Surf blog politik yesterday afternoon, dan terbaca artikel nie. Hmmm... dah makin ramai umat Islam di negara seberang dimurtadkan. Memang kiter ader dengar macam2 pasal dierorg bie.. lebih2 lagi pasal kahwin dibolehkan jika berbeza agama. Hayatilah apa yang Ridhuan Tee Abdullah ulas pasal nie. Moga kiter sama2 mengambil iktibar dari kisah ini. Diharap dibulan Ramadhan yg penuh barakah ini (memandangkan ia sudah pertengahan ramadhan), sama2 kita berdoa Agar Umat Islam di dunia ini memperoleh kemenangan.ketenangan dan kesejahteraan. Aminnnnnnnn
Dr Ridhuan Tee Abdullah – Kempen “Selamatkan Maryam” atau savemaryam, mengenai gerakan Kristianisasi di Indonesia kini hangat diperkatakan. Menurut laporan, lebih 2 juta rakyat Indonesia murtad menjadi Kristian setiap tahun.
Pada hemat saya, melihat situasi Indonesia dahulu dan kini, perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Rakan laman muka buku saya menceritakan gerakan Kristian di sana amat hebat dan berkesan.
Jika perkara ini berlaku, ini satu ancaman besar kepada negara Islam kecil seperti Malaysia. Apatah lagi, negara semut ultra kiasu di selatan tanah air yang dahulunya milik Tanah Melayu, sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengambil kesempatan.
Mereka mempunyai kewangan yang mantap dari seluruh dunia. Nusantara Melayu adalah sasaran utama mereka, setelah mereka dilihat seolah-olah telah ‘gagal’ dalam perancangan dakwahnya di barat kerana Islam lebih mendapat tempat di sana. Maka tidak hairanlah begitu ramai bangsa saya yang memeluk agama Kristian.
Selamat mereka, selamatlah kita. Kita tidak boleh berpeluk tubuh. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, tidak menzalimi atau mencelakakannya. Barang siapa membantu keperluan saudaranya sesama Muslim dengan menghilangkan satu kesusahan darinya, nescaya ALLAH akan menghilangkan darinya satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. Dan barang siapa menutupi aib seorang Muslim, nescaya ALLAH akan menutup aibnya pada hari kiamat” (Riwayat Bukhari).
Bagaimana pula nasib dan hak pembantu rumah Indonesia beragama Islam yang bermajikan mereka yang bukan Islam? Bayangkan jika proses Kristianisasi berlaku, apakah tidak mungkin pembantu rumah ini menjadi murtad? Pihak imigresen perlu melakukan sesuatu. Jika tidak, kita juga dianggap bersubahat.
Akhirnya, marilah kita memberi sumbangan (sedekah) sebanyak mungkin kepada umat Islam di sana untuk mengadakan televisyen Islam dan menyokong segala usaha menyelamatkan akidah umat Islam.
No comments:
Post a Comment