Thursday, August 30, 2012

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55. SAYA SAYANG MALAYSIA. SAYA PILIH MALAYSIA. KEKALKAN KEHARMONIAN YANG TELAH KECAPI HASIL SUSAH LELAH PEJUANG BANGSA DAHULU.

MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! 

Monday, August 27, 2012

Boleh ker Claim elaun spital untuk ibu2 yg bersalin?

Salam semua,

Amacam raya Ok tak? Raya kiter nie.. masa first raya keta rosal.. 7 perhentian... tau.. sian akak nie.. sampai kg kol 2.30 pagi. Tue dah kira second day rayer dah tue... Lepas tue cirit birit laks.. ish ish ish.. dugaan sungguh... 

Alhamdulillah... lepas jer dugaan tue.. semuanyer smooth jer...

Nie nak citer pasal claim lah kan.. Kos rawatan untuk isteri atau ibu bersalin totally 100% TAK COVER by Insurans.. Sorri.. bukan takat tue jer.. ruper2nyer claim untuk elaun spital pun takleh cover.. pasal dikira satu package ngan kos bersalin.. Memula tue, memang saya tak tahu.. cakap jer kat clinet boleh. Punyer lah malu .. biler dapat tahu tak leh. Tue pun double check ngan manager. Nasib baik client boleh terima tak boleh. Malu lah weiiiii... Len kali call dulu manager.

So.. kepada takafulovers semua.. kos bersalin tak cover by insurans tau...!!!! Bukan takat kos bersalin.. yg sewaktu dengannya (berkaitan) pun TAK doverrrrrrrrrr

akupenjualinsurans: Hanya mampu bagi duit raya kat anak client..... 

Selamat Hari Raya


selamat hari raya Aidilfitri buat semua Takafulovers. Maaf Zahir dan batin

Thursday, August 16, 2012

7 Perbezaan Insuran Konvensional Dan Insuran Takaful



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekadar renungan dan perkongsian minda yang wajar dipanjang-panjangkan.

Pada zaman ini, Insuran adalah menjadi salah satu keperluan yang sangat penting kepada kehidupan harian anda. Ini kerana, setiap hari anda dihadapkan dengan pelbagai risiko dalam kehidupan sebagai contoh risiko kemalangan, risiko sakit dan macam-macam risiko yang boleh menyebabkan anda tidak meninggalkan apa-apa untuk ahli keluarga anda!

Dalam pemilihan untuk mengambil insuran kehidupan (atau life insurance) soal-soal Islamik juga haruslah di titikberatkan jika anda seorang muslim ataupun muslimah. Ini kerana jika tersilap mengambil pelan insuran dan tidak mengambil insuran yang di sahkan halal oleh majlis fatwa, ia akan menyebabkan anda meninggalkan harta/wang yang tidak halal kepada waris-waris anda. Semuanya atas pilihan anda sendiri.

1. Kontrak

Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pihak         
yang diinsurankan                                        







Kontrak Tabbaru' ( Derma &   sumbangan ) yang disertakan   dengan pelaburan.





2. Bayaran Premium




Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran.                                                





Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri
di bawah skim
                                                                                                    

                                                                                                    



3. Pengendali kewangan



Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti                                        
dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)                   




   - Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang Takaful

                                                 
   - Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan Wang Takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hassan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan


4. Pelaburan


                                                                      
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah                                                         

                                                                                                         

                                                                                                       


Aset kumpulan Wang Takaful  hanya boleh dilaburkan  dalam instrumen yang selari  dengan Shariah







5. Keuntungan

 
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.                                                                                         

                                                                                                         

                                                                                                     
                                                                                                         

Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum  tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntungan adalah milik  tabung kumpulan pencarum.




6. Wang pelanggan/ Pencarum


Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimiliki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.             

                                                                                                        

                                                                                                        




Wang pencarum tidak dikira  sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki
oleh pengendali.




7. Surplus

 
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'.                                                               

                                                                                                         

                                                                                                        





Lebihan untung atau pulangan  dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada

 pencarum.





Di harapkan penjelasan secara ringkas ini mengenai perbezaaan insuran konvensional dan insuran takaful dapat memberi sedikit sebanyak ilmu kepada anda. Semoga anda mendapat manfaat.

Buatlah penilaian yang betul dalam memilih insuran yang benar-benar sesuai dengan kehidupan anda.

Boleh lihat di sini untuk megetahui lebih teprinci :
http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/jurnal_muamalat/2011/02/1_.pdf




Tuesday, August 14, 2012

6 Fakta & Mitos Sebenar Kanser Payudara

Kanser payudara adalah antara penyakit barah yang amat ditakuti oleh wanita kerana ia amat mudah menyerang. Apakah mitos dan fakta sebenar kanser payudara ini?

Fakta & Mitos Sebenar Kanser Payudara | Kanser payudara sering kali mengancam nyawa manusia terutama sekali golongan wanita dan merupakan kanser paling biasa di kalangan hampir semua manusia di pelosok dunia.




Penggunaan agen antipeluh mengakibatkan kanser payudara.

Dalam kajian tersebut, tiada bukti menunjukkan bahawa bahan aktif dalam agen antipeluh atau mengurangkan perpeluhan di bawah ketiak mempengaruhi risiko kanser payudara. Hubungan antara kanser payudara dan agen anti peluh adalah berdasarkan maklumat yang tidak tepat mengenai anatomi dan kanser payudara.

Semua benjolan adalah kanser.

Secara umumnya, 80% benjolan adalah tidak merbahaya iaitu bukan kanser dalam payudara terutama di dalam golongan wanita muda di bawah 35 tahun. Akan tetapi risiko kanser payudara ini akan meningkat dengan bertambahnya usia.


Semakin besar ukuran payudara, semakin tinggi risiko.

Jumlah tisu payudara seseorang wanita tidak mempengaruhi risiko pertumbuhan kanser payudaranya. Saiz payudara bukan faktor risiko yang signifikan bagi kanser payudara.

 Mammogram menyebabkan kanser.

Hakikatnya, mammogram adalah prosedur yang selamat serta melibatkan radiasi yang sangat minimum untuk mewujudkan imej payudara yang jelas. Sistem mamografi diperakui selamat, dikawal ketat dan pengggunaan dos radiasi yang rendah.

Keguguran cetusan menyebabkan kanser payudara.

Beberapa kajian memberikan data yang kuat bahawa sama ada keguguran cetusan atau spontan tidak mempunyai pengaruh secara keseluruhan terhadap risiko kanser payudara.

 Implan payudara menyebabkan kanser.

Beberapa kajian mendapati implan payudara tidak meningkatkan risiko kanser payudara, walaupun implan payudara silikon boleh menyebabkan pembentukan parut yang tidak berbahaya pada payudara.
Oleh itu, kita digalakkan untuk melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya terdapat sesuatu perubahan yang ketara kepada payudara kita. Pemeriksaan boleh dilakukan di hospital atau pun melakukan sendiri dengan teknik-teknik yang betul.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kajian ini, bolehlah melayari laman sesawang Persatuan Siswa-siswi Islam perubatan Universiti Malaya (PSIPUM) – LINK viaMyNewsHub.





Friday, August 10, 2012

Infor Takaful: Penama



PENAMA

Kita 80% suami meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka. Namun, hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama. Selalunya isteri akan meletakkan nama anak sebagai penama mereka. Selalunya alasan wanita untuk tidak meletakkan nama suami sebagai penama kerana khuatir suami akan menggunakan harta pampasan takaful tadi untuk perkara yang "tidak disenanginya".

Selalunya wanita tidak meletakkan nama suami sebagai penama takaful mereka kerana khuatir suami akan menggunakan pampasan takaful untuk perkara yang "tidak disenanginya", seperti kahwin lain. Sebenarnya tindakan wanita melatakkan nama anak tidak menyelesaikan masalah "kekhuatiran" itu tadi kerana penama hanyalah pemegang amanah, bukan penerima. Suami masih berhak menerima harta pampasan tersebut melalui faraid.

Berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Ada satu kes, seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan anak. Si mati mengambil polisi takaful. Apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka di bawah umur 18 tahun. Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun.

Info Takaful: Takaful



Topi atau tali pinggang keledar tidak sekali-kali mampu mengelakkan berlakunya kemalangan, namun ia boleh meringankan impak risiko apabila berlaku kemalangan.

Begitu juga dengan takaful, ia tidak mampu mengelakkan peserta takaful daripada terlibat dalam kemalangan atau ditimpa musibah kematian, lumpuh atau sakit kritikal.

Namu, takaful mampu meringankan impak risiko apabila pesertanya ditimpa musibah seperti kematian, lumpuh atau sakit kritikal.

Allah jualah yang Maha Pelindung, bukan takaful.

Kenapa kiter suka tgk TV biler raya? Pasal Iklan dier besttttttttttttttttttttttt

Alhamdulillah!!!! Minggu depan dah nak raya. Biler sebut pasal raya nie, mesti ramai nak tunggu iklan raya.. sedey, gembira pun ader. Setakat nie yg saya dah tgk iklan petronas dan syabas. Penuh iktibar yg perlu kiter ambil.


best tgk iklan raya petronas kali nie. Penuh dgn kesyukuran dan keinsafan. Sob sob!!! Kiter patut bersyukur kerana negara kiter aman damai.. dan sentiasa dilimpahi rezeki... Tgk Iklan pasal seorang engineer yg bertugas di Uzbekistan sebagai Pegawai Petronas di sana.



Iklan nie lagi sedey dan pilu. Dua org sahabat fizi dan ahmad.  Satu hubungan yg unik dan mereka saling lengkap melengkapi. Fizi menjadi suara buat Ahmad, dan Ahmad mejadi mata buat Fizi. Mereka menempuh cabaran untuk pulang ke kampung halaman. Simbolik yang sungguh INDAH!!!

Kedua2 Iklan nie, memang buat siapa yg menontonnya tersentuh dan memebri impak yg berkesan.  

Wednesday, August 8, 2012

Save Maryam : AMARAN untuk kita semua

Surf blog politik yesterday afternoon, dan terbaca artikel nie. Hmmm... dah makin ramai umat Islam di negara seberang dimurtadkan. Memang kiter ader dengar macam2 pasal dierorg bie.. lebih2 lagi pasal kahwin dibolehkan jika berbeza agama. Hayatilah apa yang Ridhuan Tee Abdullah ulas pasal nie. Moga kiter sama2 mengambil iktibar dari kisah ini. Diharap dibulan Ramadhan yg penuh barakah ini (memandangkan ia sudah pertengahan ramadhan), sama2 kita berdoa Agar Umat Islam di dunia ini memperoleh kemenangan.ketenangan dan kesejahteraan. Aminnnnnnnn




Dr Ridhuan Tee Abdullah – Kempen “Selamatkan Maryam” atau savemaryam, mengenai gerakan Kristianisasi di Indonesia kini hangat diperkatakan. Menurut laporan, lebih 2 juta rakyat Indonesia murtad menjadi Kristian setiap tahun.

Pada hemat saya, melihat situasi Indonesia dahulu dan kini, perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Rakan laman muka buku saya menceritakan gerakan Kristian di sana amat hebat dan berkesan.

Antara faktornya adalah (i) kadar kemiskinan yang tinggi boleh menyebabkan orang menjual akidah, (ii) tidak ada perlindungan terhadap Islam dalam perlembagaan, (iii) tidak ada program yang tersusun yang serius untuk menyelamat akidah umat Islam, (iv) saiz negara yang begitu besar, mempunyai lebih 13,000 pulau, menyebabkan sukar untuk dikawal jika mengamalkan sistem demokrasi, (v) agama Islam hanya tinggal pada nama dalam Pancasila, (vi) nama dan cara hidup sudah tidak membezakan antara Islam dengan Kristian, (vii) kebebasan media yang keterlaluan, (viii) tidak ada tindakan dilakukan jika ada usaha untuk memurtadkan orang Islam, (ix) membenarkan perkahwinan antara agama dan sebagainya.

Indonesia dikenali sebagai negara berpenduduk terbesar Islam di dunia. Dahulunya, lebih 90 peratus penduduknya beragama Islam. Kini hanya 200 juta sahaja yang beragama Islam, daripada 240 juta jumlah keseluruhan. Mengikut jangkaan, jika sesuatu tidak dilakukan, pada 2035, Indonesia akan menjadi negara majoriti Kristian.

Jika perkara ini berlaku, ini satu ancaman besar kepada negara Islam kecil seperti Malaysia. Apatah lagi, negara semut ultra kiasu di selatan tanah air yang dahulunya milik Tanah Melayu, sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengambil kesempatan.

Gerakan Kristianisasi tidak kurang hebatnya di sini. Apa yang berlaku di Indonesia ini, cuba dipraktikkan di sini atas nama hak asasi manusia. Kita bernasib baik kerana terdapat perlindungan terhadap Islam dan perlembagaan.

Saya amat berharap kerajaan Malaysia sensitif dengan perkara ini, walaupun ada pihak yang sinis, mengatakan, kenapa kita terlalu takut dengan Kristianinasi, bukankah menjadi tanggungjawab mereka menyebarkan agamanya? Jawapannya, negara kita berbeza dengan negara lain dan perlu mesti bersedia berhadapan dengan perancangan tersusun dan licik orang lain.

Persediaan akidah yang mantap, kekuatan pertahanan dan keselamatan hendaklah dilakukan serentak. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu serta musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan ALLAH mengetahuinya. Apa sahaja kamu nafkahkan pada jalan ALLAH, nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi” (Surah Al-Anfal : 60)

Mereka mempunyai kewangan yang mantap dari seluruh dunia. Nusantara Melayu adalah sasaran utama mereka, setelah mereka dilihat seolah-olah telah ‘gagal’ dalam perancangan dakwahnya di barat kerana Islam lebih mendapat tempat di sana. Maka tidak hairanlah begitu ramai bangsa saya yang memeluk agama Kristian.

Inilah yang berlaku di Indonesia. Inilah juga perancangan jahat InterFaith Commission (IFC) dengan 14 tuntutannya, yang mahukan kerajaan mengiktiraf mereka. Ingatlah wahai saudara ku, orang Indonesia itu juga adalah saudara kita.

Selamat mereka, selamatlah kita. Kita tidak boleh berpeluk tubuh. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, tidak menzalimi atau mencelakakannya. Barang siapa membantu keperluan saudaranya sesama Muslim dengan menghilangkan satu kesusahan darinya, nescaya ALLAH akan menghilangkan darinya satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. Dan barang siapa menutupi aib seorang Muslim, nescaya ALLAH akan menutup aibnya pada hari kiamat” (Riwayat Bukhari).

Bagaimana pula nasib dan hak pembantu rumah Indonesia beragama Islam yang bermajikan mereka yang bukan Islam? Bayangkan jika proses Kristianisasi berlaku, apakah tidak mungkin pembantu rumah ini menjadi murtad? Pihak imigresen perlu melakukan sesuatu. Jika tidak, kita juga dianggap bersubahat.

Akhirnya, marilah kita memberi sumbangan (sedekah) sebanyak mungkin kepada umat Islam di sana untuk mengadakan televisyen Islam dan menyokong segala usaha menyelamatkan akidah umat Islam.

Read more: http://www.pisau.net/2012/08/kempen-save-maryam-amaran-umat-malaysia.html#ixzz22uuuDRAL

Monday, August 6, 2012

Super Lawak.... Puasa versi Filem 300



Hahahahahahhah.. lawak betul... tersenyum sorang2 pagi isnin nie.. Thumb sup pembuat video nie. Sangatlah the kreatifnyer....

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...