Thursday, May 31, 2012

Kenapa Orang Melayu Kurang Prihatin ttg Takaful dan Medical Card?

Salam semua,

Dapat topic setelah mengkodek dalam Cari Malay Forum mengenai Insurans Takaful. Kodek punyer kodek dapat topic yang cukup indah dan menarik nie. Saya ambik sikit penjelasan serba sedikit dari topic nie. nak baca yang selebihnya boleh pi layar di http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=277724&extra=&highlight=Takaful&page=2

Ok ini perbincangan yg menarik, jadi adalah tanggunjwb aku sebagai ejeninsuran utk menjelaskan (mengikut pendapat peribadi) apa yg kabur..Apa yg aku tau ni pun sbb masakursus b4 jd ejen..
Firstly about premium (ada co offer murah, ada juga co yg cekik darah)Contohnya: co A kata premium utk kita RM30 sebulan jek..co B katapremium dia RM150 sebulan. Then ko tanya ejen tu balik apa medicalcoverage nya? Sure medical coverage yg bernilai RM30 & bernilaiRM150 berbeza. Mcm kita beli kete Kancil RM30ribu dgn kete Honda RM150ribu mesti ada beza dr specifikasi betul tak? Kesimpulannya 'u pay the value that u get'..So...ini lah antara sebab pemegang polisi itu sendiri terasa tertipu, samadadi tipu oleh ejen itu sendiri atau tak ambil tau or tak baca langsungpun buku polisi. Sedangkan kita sendiri beli insuran kete pun, ada kdg2tak baca langsung pun policy tu.
Begini ringkasan step servis seorg ejen pd client nya:
1. Jumpa dan present tentang produk insuran pd client
2. Sekiranya bersetuju, sign borang dan ejen submit di opis
3. Setelah buku polisi siap, dan tugas ejen run-tru the policy book (menerangkan page by page) face2face dgn client
4. Sekiranya:
        - Client rasa policy tak menepati citarasa keperluannya, boleh cancel policy within 2 weeks & premium di kembalikan
        - Client berpuas hati, boleh teruskan mencarum 
5. Every 6 months, it's the ejen responsible to run-tru lg skali policy dgn client (mengingatkannya tentang medical coverage)
6. Kalau ada claim, hubungi ejen anda
7. Sekiranya tak puas hati samada dgn ejen atau syarikat insuran itu sendiri, kita ada hak utk buat report pada Bank Negara (sbb Bank Negara yg memantau sume ni)
Berkenaan dgn 30 hari atau 120 hari baru bole claim sesetengah penyakiteg. darah tinggi, kencing manis, gastrik - sbb apa penyakit2 mcm niafter 30 days baru bole claim? Tapi apsal lak denggi, food poisoningbole claim trus 24 jam?
Sbb co. insuran tak mau suatu penipuan/cheating berlaku. Biasanyapenyakit darah tinggi, kencing manis, gastik ni sume adalah penyakit ygbkn bole ada on the spot mcm denggi td..Penyakit ni kene dpt pengesahandr doctor dulu, dan biasanya ujian pengesahan akan mengambil masa. Sbbtu masa kita isi borang apply insuran jgn menipu. Kalau ada penyakitdeclare awal2. Dah ada penyakit then baru nak amik insuran, sorryla..tak ada lg insuran nak tanggung kita. Kalau ada pun, sume org sakitdah byk beli insuran dgn aku..silap2 co insuran pun bankrupt. Sama lamcm, kalau kete kita eksiden tanpa roadtax & insuran, pastu besokbaru nak buat..sorry la beb..tu menipu namanya..
Just bayangkan, kalau kita sendiri owner sesuatu co insuran, sudahtentu kita akan set regulation utk customer kita. Kita nak customerkita terjamin risiko nya, awak untung kerana kami jamin risikoawak..kami kenakan upah sewajarnyauntuk jenis perkhidmatan yg kami sediakan utk kemudahan awak..bukankami menzalimi awak..so win-win situation la..Lg pun, amik insuran bknutk buat untung duit, tapi utk protection..kalau kita ingat kita lgcerdik, co insuran lg cerdik, diorg pun ada lawyer, ada doctor sendiri..
Di sbb kan kemudahan protection yg di sediakan ni td, maka adalahsesetengah pemegang polisi yg menipu syarikat insuran or misused thebenefit..maka bermula lah restriction dlm polisi itu td.
Sekiranya lah, kita berisiko tinggi eg. obese atau dlm famili adakencing manis, mungkin syarikat insuran akan request kita  buat medicalcheck-up, dan bil ini sume di tanggung oleh syarikat. Bkn utkmenyusahkan kita, tapi kan lg bagus kesan penyakit lebih awal drpterlambat..

Knp  kdg2 pemegang polisi itu terasa tertipu? 
1. Kene tipu dgn ejen yg buat keje tak ikhlas
2. Pemegang polisi tak baca buku polisi
Adakah syarikat insuran menipu? 
Jika co insuran menipu, aku rasa takada la Prudential, Great Eastern, AIA or byk2 lg insuran (sedangkanmereka wujud lebih 100 thn lg). Tapi ejen insuran yg menipu ada! akutak nafikan..tapi korang jgn takut, kalau dia menipu ari ni..besok diadah tak lama lg la tu..
Kalau lah syarikat insuran tu menipu, agak2 korang ada tak doctor atau lawyer yg nak amik insuran??? Rata2 yg doctor clinic tu mostly ada..
akhir skali nasihat aku:
1. Jgn lah kita menipu
2. Ambil la insuran waktu kita muda & sehat (kerana caruman rendah & lebih menguntungkan dlm jangka masa pjg)
3. Dah ambil, BACA BUKU POLICY (tak paham, tanya!) Jgn buat anak main conteng2..
Sebelum ambil polisi, cuba kira2 protection yg apa kita mau..pastikan ianya memenuhi keperluan kita...
eg. Kalau aku mati la agaknye, brapa byk ek utang aku tinggal kan utk mak aku/bini aku/anak aku langsaikan..
Kalau dlm famili tu parents penah ade penyakit eg. kanser/jantung/kencing manis..tanya balik diri...Eh agak2 ek..brapa kos pembedahan kalau nak buat by-pass jantung/kos dialysis buah pinggang/kos ubat kanser or diabetic (sebab penyakit2 ni berisiko dan maybe related dgn kita, mcm kita ada sebidang tanah..suatu hari tentu kita akan agihkan part tanah2 ni pada anak kita betul tak? sama jg dgn penyakit td..it may runs in the family..)
Dari sini kita dah bole tau apa keperluan medical coverage kita. So jgn tersilap ambil polisi yg tak sepatutnya..Discuss lah dgn ejen awak, your needs & not ejen needs..so tat dia bole cadangkan polisi mengikut keperluan & budget kita..
Macam kita nak travel jauh2 balik kampung eg. KL ke Alor Star..kete kita mesti check, air radiator kene penuh..minyak itam mesti full..tayar spare kene ada angin cukup..etc...Takkan kita nak jln jauh kat hiway, gamble isi minyak takat RM5 kot..Pastu blame petrol station..tak adil la cam tuu..
Memang kdg2 ejen tu terlalu mendesak utk clientnya..
Ada 2 kemungkinan:
1. Ejen tu nak close-sale sbb keperluan komisen-nya ATAU
2. Ejen tu nak close-sale sbb utk memenuhi keperluan kawan/client dia
Kalau ejen tu berjaya close-sale utk keperluan komisen..maka samaada ko untung n ejen untung atau dia untung n ko rugi..depends on polisi yg ko amik..maka ko la yg akan buat decision utk masa dpn ko..
Tapi kalau ejen tu berjaya close-sale utk memenuhi keperluan ko..maka dua-dua akan untung! In fact ko untung lebih drp untung ejen!!!
Ko percaya tak, dlm hidup..apa yg berlaku ke atas kita, 10% di sbb kan oleh pengaruh luar persekitaran..dan 90% adalah di sbb kan oleh decision kita sendiri..
eg.  ko naik kete kat hiway..ko bwk slow, tetiba org blakang bawak laju sondol kete kita...maybe 10% je yg berlaku. ko naik kete kat hiway..ko decide whether ko nak bawak laju atau slow..kalau ko bwk laju..next destination either ko slamat or ko kene saman..so 90% yg jd ni sume kita yg decide
Sama gak kat sini, kalau ejen tu betul2 ikhlas..dia memang nak tolong ko..memang dia akan desak ko cara hikmah Sbb mende ni sendiri penah terjd pada kawan aku 2 thn lepas..Dia ejen insuran co A..Dia meninggal eksiden selepas tolong client dia admit hospital..Masa tu dia on the way utk submit lebih 30 polisi pada customer dia yg lain..Masa tu aku ingat lg waris family dia dapat almost 1/2 milion..(bkn nak kasi family dia kaya, tapi skurang2nya terbela)
So masa tu, aku terpikir..kalau aku jumpa client..n tak close, ada 2 kemungkinan..sama-ada aku ada lg atau client aku..kalau aku tak ada, skurang2nya keluarga aku terbela..tp kalau kawan aku ni tak amik, aku belom tau bgaimana dgn keluarga dia...
Credit to: Cari (Jenglut)

Wednesday, May 30, 2012

Mahalnyer medikal kad dierrrrrrrrr

Salam,


Dah masuk bulan rejab.. Lepas tue bulan Syaaban.... dan Ramadhan. Cepatnyer masa berlalu. Nielah dunia akhir zaman... Ok... bukan nak citer bab bab agama ........ just nak citer pasal medikal kad. Medikal kad nie paling afdalnyer di ambil ketika usia masih riamg ria muda remaja. Kalau dah mencapai umur 30 tahun ke atas.. hmmm jawabnyer mahal lah.. saya nie usia menjangkau 3 series pun dah caruman RM220. kalau nak mencarum less than that.. maka usia mudalah yang paling sessssuaiii skali nak mencarum. 


Bukan apa.. ni nak citer pasal client saya yang mana dier dah ader Insurans Hayat tapi tak der Medikal kad. So, saya tolong includekan medikal kad dan elaun. Biler HQ dah kira... nah ko.. kena bayar double laks. Normal montly payment just RM 157.00 jer.. kalau include medikal kad RM 473.00.. wow.. apsal pulak tue...? Nie kerana umur client saya sudah 51 tahun dan seorang perempuan. Mengikut insurans, kalau pompuan, medikal kad nyer lebih tinggi dari lelaki. Ini kerana pompuan mudah dapat penyakit berbanding lelaki. hmmmmmmmmmmmmm So, ditambah ngan umur yang makin meningkat naik... maka tinggilah carumannyer.

BERHATI_HATI!!!!!!!!! KIDNAPPING ACCIDENT DI THE CURVE DI DAMANSARA

Semalam ader tonton citer "KINI TRENDING" bercirikan update issues di ASTRO Awani.. Guess what!! Ader kidnapping news di The Curve, Damansara. Alhamdulillah, pompuan tue dapat lari.. So, gurlzzzzzzz n ladies be careful out there. Baca ayat Kursi dan tiga Qul dan zikir pelindung diri. Agar Allah melindungi kita. Insya-Allah selamat. Amin

So.. citer details nie kena baca sampai habis


This is the kidnapping that happened at The Curve. You might want to share with the staff, esp the description of the men and where and how it happened.

---------- Forwarded message ----------

Subject: 30 hours ago, I escaped from being kidnapped.

Dear friends and family,
This is a true story recounted by my neighbour's (Khailee's) girlfriend as she was confronted by two armed men at the Curve car park over the weekend. She managed to escape unhurt (read how she did it below) but the 2 men sped off with the car. (I followed Khailee's updates on Twitter..the car was spotted in Cheras, he managed to get the police with him to ambush the men, but they escaped. But they got good leads)

Pls read and share widely - this only happened over the weekend, and at a place we thought was safe.

rgds
Azlan
*******************************
As I sit here writing this, I am just so grateful to be alive.

To think that 30 hours ago I had a knife to my throat, face to face with the threat of being kidnapped and raped.

It was a Sunday, at 5.22PM. I was alone, walking towards my boyfriend's car in level B2 of The Curve, Mutiara Damansara. He was not in town, and I was running errands with his car. Just as I was putting my shopping bags in the rear seat, the rear car door was slammed against my back, and a meat cleaver was pressed against my throat. A man covered my mouth with his hand, and whispered not to scream. He then shoved me onto the floor of the backseat of the car and waved the cleaver at me, reminding me not to scream. He was skinny, wearing a baggy turqoise blue t-shirt, had a thick moustache and short curly hair, approx 5'8", mid-30s, and of Indian descent.

At this moment, second man appeared. He was also in his mid-30s. He was wearing a red t-shirt, had a crewcut, and was of Malay descent. He grabbed my car keys and demanded for my parking ticket. I couldn't remember where it was. They shoved me deeper into the car, and the Indian man got into the back seat with me, while the Malay man got into the driver's seat, driving us out of the carpark.

I told them they could take everything, just let me go. But at that point they didn't even ask for money. Instead, the Indian man started to make sexual advances. Then it hit me. "Oh my God. Oh my God. This is really happening. I'm being kidnapped.. and I think I know what they want."

From this moment on, there were a few crucial things that happened that I think is the reason I'm alive today.

1. I managed to get into a position to escape.
 When they got into the car, the Indian man had tried to force my body down onto the floor. I knew that the moment I'm on the floor, there would be no chance of escape. So I begged him to let me sit up. I promised him I wouldn't scream or alert anyone's attention. Thankfully, he trusted me, and let me sit up, gripping my arm tightly. Then I told him my arm really hurt and to please not grip it so hard. He loosened his grip.

2. I did not fight for the sake of fighting.
 I was in an enclosed space, with no clear escape route. I would never win in a fight with these 2 guys, especially when they have sharp weapons. Had I fought from the get go, I may not have been in a position to escape. I might've even been knocked out cold, and God only knows where I would be right now.

3. I was lucky and sneaky.
I knew that the only way to escape, was to jump out of the car, even if it was moving. They had locked the car doors. So I leaned back, pretended to scratch my hair, and shakily unlocked the door I was leaning against. I'm so lucky they did not see or hear this!

4. I went 'crazy' at the right time.
And then I waited. I knew that the car would have to slow down outside the parking lot, as it exits to merge with the main roads. The moment it slowed down, I opened the car door and tried to make a run for it. I failed. I kicked my legs out of the car, but the Indian man had managed to pull my body back in. From this moment on, everything is a blur. I remember the Malay driver temporarily stopping the car, leaning over from the driver's seat and attempting to close the door and pull my legs in. At that point I remember thinking, "Even if I don't get out now, I need to keep the door open and my legs out the door. At the very least, it should cause a scene, and someone would see me. Or, the door might hit another car and they'll be forced to slow down." So I continued kicking. My right foot pushed against the wide-open car door to keep it open. I recall elbowing, struggling, kicking, and even biting. I lost my glasses, and was struggling blindly for my life. At some point the Malay driver yelled, "BAGI DIA LEPAS! BAGI DIA LEPAS!" (Let her go! Let her go!) and the Indian man loosened his grip. I made a jump out of the still-moving car, and ran for my life.

5. I acted in spite of the fear.
My friends said I was brave. But I didn't feel like it. I was quivering and shaking in fear. I was so afraid. I thought I was going to die.  I was weak with fear and deathly afraid. I truly thought "this was it". But I knew I HAD to move. I had to run. Or there would be a worser fate in store for me. While I was quaking in fear, I forced myself to look around and see if there was any way I could escape, or even catch someone's eye.

6. I remembered the people I love.
The only thing that matters when you're faced with potentially horrendous fate, is the people in your life. When I felt the knife to my neck, the first thing I thought was , "This cannot be happening. I must be dreaming." The second? The people that truly matter to me flashed across my mind. It sounds cliche, but it's true. I thought of my parents. My brother. Khailee. Esther. More people. That's all I could think of for a few moments, before I started brainstorming my escape.

I ran towards the Maybank outlet at the Curve. There were plenty of people milling around. I screamed for help over and over again. I was hysterical. I grabbed an older Malay man by his shoulders and begged for help before practically collapsing at his feet.

I will always remember the relief and liberation I felt, running over Mutiara Damansara's manicured grass and into the crowd.

Today, I found out that the entire ordeal from the moment I left the parking ticket payment machine, to my escape, happened in about 4 minutes. To me, it felt like one long nightmare.

We never think its going to happen to us... and then it does. I used to think that this is something that happens only in the papers and to people far, far removed from me. But then it did happen to me. I moved to PJ/KL 6 years ago, and I've spent countless mornings, afternoons and nights at The Curve. When my friends and I were organizing Rock Up! back in 2008, we were walking around the place at 4AM even. It's been 6 years, and never once did I feel that I was unsafe at The Curve. Until yesterday.

I feel like moving out of the country ASAP. Getting the hell out of this state where you hear of a kidnapping or attempted one every month (remember Nayati?), or a snatch theft every week. And yet I'm fully aware of the fact that in another country with more lax firearm laws, they would've been holding a gun to my head, not a cleaver. And that would've been so, so much worse.

I'm Blessed. By God's grace, I am alive and relatively well. And I will live another day to build another cat iPhone app. It just was not my time to go. And for that, I thank God.

I want to share this story with everyone because cops tell me that they rarely get to hear it from someone who escapes.

Girls, be so very careful. Be vigilant, and please try not to go anywhere alone. If you need to walk to the carpark, and you're alone, get a guard to go with you. I was recently told that it's part of their job description to assist anyone if needed.

Guys, watch out for your girlfriends, wives, mothers, sisters and friends. Walk with them, don't take their paranoia or fear lightly. Watch out for them.

And everyone, just watch out for each other. Take care of each other. These things really DO happen. As I ran out of the car, so many people came to help me. Strangers who didn't know who I was, came forward and offered me tissue paper, water, cellphones, and general comfort.

Malaysians, please care for one another. You already do. Just keep on caring. Keep watching out for each other. Don't worry about being thought of as "busy body" or "overreacting". The world can be a cruel place, but all it takes is for people to care for one another to make all the difference.

Saturday, May 26, 2012

kecewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


kecewaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nyer aku macam dalam gambar nie...  huhuhuhuuhu... bukan kecewa putus cinta.. sob sob sob... bukan kecewa tak dapat bonus.. tapi kecewaaaa menghampakan customer yang nak beli insurans.. Punyerlah kakak tue tunggu 1 ja. Nasihat adik pi lah beli smart phone taklah ko sessatttt.. tuelah.. pasal sessat semua jadi punah harapan. Yalah.. aku redha pasal potential client chow dulu.. yerlah kan.. panas punggung tunggu aku.. sejam dooohhhhhh... tapi aku sedey, malu sesanagt.. aku dah banyak kali mintak maap ngan kakak tue... mesti bengkek kakak n hubby dier tunggu aku... perghhh.. malu weeiiii.. huhuhuhu...

Moga Allah permudahkan kerja saya menjual insurans... Pengalaman yang cukup berharga...

Akhir kata... kakak saya mintak maap sekali lagi.. soriii saya sesat... huhuhuhuhuhu

Wednesday, May 23, 2012

Projek Listen... bukan sebarang projek

Sempena 88 tahun anniversary Prudential Assurance Berhad,  untuk mengucapkan ribuan Terima Kasih pada rakyat jelata Malaysia yang mencarum insurans prudential, dengan bangga nyer prudential mempersembahkan cerita yang memberi sumber inspirasi pada PRUDENTIAL........ Projek Listen... Paling sedey biler dengar citer pasal anak dier ader sakit jantung berlubang sejak dalam kandungan lagi.. sobbb sobb sobbb.. tgk mak dier sedeyyy.. kitoer pun sedey .. sob sob sob!!! So, sesaper nak share storey morey uols boleh ker prudential web site.. http://www2.prudential.com.my/corp/prudential_en_my/








Kalau sesiapa nak share citer dierorg yg boleh memberi sumber inspirasi, boleh lah melayari ke http://projectlisten.com.my/index.php.....

Enjoiceeeeeeeee


Tahniah!!!!!!!!

Tahniah nak di ucapkan pada graduan UITM.. especially my sista n my clients merangkap blogger www.propertywaltz.com... 
haaaaaaaaaaaaa siap posing ngan payung Pru BSN Takaful. Best of
luck u gurlz.. Moga Allah permudahkan perjalanan kalian... Amin












Friday, May 11, 2012

Hijabster : Sebalik Hijab

Sering kali kita dengar soalan dilemparkan pada wanita muslim “Kenapa harus pakai tudung”? Tetapi masih ada yang ragu-ragu dan tidak dapat menjelaskan apa maksudnya. Akan tetapi kita haruslah ketahui yang maksud bertudung terdapat di dalam pelbagai aspek.
Dalam islam wanita muslim diharuskan berhijab kerana ia adalah sebahagian dari aurat wanita. Islam menuntut agar wanita muslim berhijab untuk mengelak kan timbulnya perkara maksiat dan dosa. Berhijab melambangkan ketulenan serta maruah diri seseorang wanita muslim. Perlu kita ketahui yang mana di dalam islam menyatakan wanita itu dihargai kerana iman dan ilmu nya dan bukan lah berdasarkan populariti dan gaya seksinya.

Dari aspek kebersihan pula, ada sesetengah profesion seperti pekerja di outlet makanan dan jururawat dimestikan untuk menutup kepala dengan hijab. Dari situ kita boleh memperlihatkan bahawa hijab bukan sekadar untuk menutup aurat sahaja malah juga ia untuk kebersihan.

Bukan sekadar dijadikan gaya sahaja tetapi bertudung boleh menyekat dari terkena pancaran matahari berbahaya juga. Kulit akan terselamat dari pancaran matahari tersebut dan tanpa disedari ia boleh menyebabkan kulit kita berada dalam keadaan sihat. Hijab bukanlah cuma helaian kain yg boleh menutup kepala sahaja sebaliknya ia melambangkan tingkah laku, cara pemikiran, iman dan pendirian seseorang wanita muslim tersebut.

credit to: OhBulan


Wednesday, May 9, 2012

Saya Tahu Insurans dan Riba Itu Haram, Tetapi…





(Artikel ini turut disiarkan di MajalahNiaga.com) 

Beliau mengangguk-angguk tanda setuju dengan penjelasan saya tentang perbezaan di antara insurans konvensional dengan takaful.

Tatkala saya menerangkan tentang perbezaan kontrak insurans konvensional yang menggunakan kontrak jual beli, dan kontrak takaful yang menggunakan kontrak derma, beliau bertanya beberapa soalan untuk penjelasan.

Dari bahasa badannya, nampak beliau begitu bersungguh-sungguh inginkan penjelasan tentang perkara tersebut. Ternyata soalan-soalan yang beliau kemukakan menunjukkan kematangannya berfikir, sesuai dengan statusnya sebagai seorang bisnesman.

“Ya Encik Afyan, saya pun pernah membaca tentang perkara ini”, kata beliau merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang hukum insurans konvensional.

Nampaknya sebelum menemui saya, beliau sudah pun membuat sedikit kajian dan pembacaan. Ia memudahkan kerja saya untuk menerangkan perkara tersebut. Tambahan lagi, kafeteria tempat kami bertemu tidak ramai pelanggan mengunjunginya memudahkan saya membuat penerangan dengan jelas.

“Ada sebarang persoalan yang Tuan ingin tanyakan lagi?”, saya bertanya kepada beliau selepas penjelasan terakhir tentang perkara ini.

“Setakat ini tiada”, kata beliau sambil menyandarkan badan ke kerusi.

“Jika begitu, kita boleh berpindah ke topik seterusnya iaitu keperluan kewangan Tuan sebelum saya cadangkan mana-mana produk takaful yang sesuai”, kata saya.

“Sebenarnya saya sudah memiliki beberapa polisi sebelum ini”, kata beliau.

“Alhamdulillah, suka saya mendengarnya kerana Tuan sudah mengambil keputusan yang bijak untuk masa hadapan Tuan”, balas saya, menyanjungi kesedarannya untuk memiliki plan perlindungan kewangan.

“Tetapi…”, beliau membiarkan ayatnya tergantung.

 Ingin Berhijrah, Tetapi…

Saya diam seketika memberi peluang beliau menghabiskan kata-kata.

Saya cuba meneka. Mungkin dia tidak berpuas hati dengan polisi sedia ada, atau beliau hanya ingin berjumpa saya sekadar ingin mengetahui perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional, kerana beliau mengetahui saya selepas membaca blog saya tentang isu ini.

“Sebenarnya, saya sudah melanggan dengan insurans konvensional”, kata beliau agak perlahan.

“Oh, begitu rupanya”, kata saya di dalam hati. Agak jauh dari tekaan saya sebelum ini.

“Saya sudah mengambil polisi insurans konvensioanal kira-kira sepuluh tahun lalu ketika baru berkahwin. Ketika itu saya tidak tahu insurans konvensional ini haram hukumnya. Dan saya pun baru tahu dalam setahun dua ini bahawa insurans konvensional ini haram”, jelas beliau panjang lebar.

“Alhamdulillah, selain daripada mempunyai kesedaran untuk memiliki perlindungan kewangan, Tuan juga mempunyai kesedaran tentang aspek halal haram. Tahniah saya ucapkan”, tambah saya lagi, menyanjung tinggi kesedaran beliau. Kali kedua saya ucapkan tahniah kepada beliau.

“Tetapi, kalau saya batalkan polisi insurans konvensional saya, saya akan rugi”, kata beliau lagi.

Saya diam sebentar.

Saya dapat meneka apa yang bermain di benak fikirannya; beliau bercadang untuk berpindah kepada takaful tapi beliau memikirkan kerugian yang beliau akan alami sekiranya membatalkan polisi insurans konvensional sedia ada.

“Tuan, menjadi tanggungjawab saya untuk mengajak Tuan berhijrah daripada insurans konvensional kepada takaful yang bebas daripada riba, sebagaimana yang saya kongsikan di awal tadi tentang bahaya riba. Jika Tuan sudah mengambil pelan perlindungan takaful dari syarikat lain, saya tidak akan menasihat Tuan untuk batalkan polisi-polisi Tuan”, jelas saya panjang lebar.

Kemudian, saya menyambung lagi, “Tetapi memandangkan Tuan mengambil pelan insurans konvensional, maka adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab saya untuk mengajak Tuan keluar daripada sistem kewangan riba dan berhijrah kepada sistem takaful”.

 Untung Rugi Berpindah-pindah Polisi

Beliau mengangguk-angguk perlahan sambil berkata “Ya Encik Afyan, saya tahu bahawa insurans konvensional adalah riba dan riba itu haram hukumnya, tetapi saya akan rugi banyak jika saya membatalkan polisi yang sudah saya langgan lebih 10 tahun ini”.

Saya tersenyum, apa yang diperkatakannya benar. Membatalkan polisi lama yang sudah diambil bertahun-tahun semata-mata untuk mengambil polisi baru bukanlah satu tindakan bijak.

Malah, adalah satu perbuatan yang tidak beretika mana-mana ejen insurans atau takaful yang menasihati pelanggan untuk membatalkan polisi sedia ada dengan tujuan supaya pelanggan mengambil polisi baru dengannya.

Sebagai perunding kewangan dan takaful, menjadi prinsip saya untuk menasihati pelanggan untuk kekalkan polisi sedia ada kerana membatalkan polisi sedia ada yang lama, dan melanggan polisi baru akan melibatkan kos dan kerugian tertentu yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan atas dua faktor, iaitu;

Umur; usia pelanggan semakin hari semakin meningkat, justeru kos untuk melanggan polisi baru hari ini secara logiknya akan lebih tinggi berbanding polisi yang sama tahun lalu atas faktor umur, dan
Kesihatan; kesihatan pelanggan hari ini tentu tidak sama ketika beliau melanggan polisi lama dahulu. Situasi akan lebih teruk untuk melanggan polisi baru jika beliau pernah membuat tuntutan.
Atas kedua-dua faktor ini, berpindah daripada polisi lama kepada polisi baru lebih banyak merugikan pelanggan. Tetapi yang paling untung dalam situasi ini adalah ejen.

Itu sebabnya, adalah sesuatu yang tidak beretika bagi mana-mana ejen atau wakil takaful menasihati pelanggan untuk membatalkan polisi sedia ada, kerana ia hanya menguntungkan ejen, bukan pelanggan.

Tidak dapat dinafikan terdapat segelintir ejen yang tidak beretika yang mengamalkan cara ini untuk memperbanyakkan bisnes mereka. Tetapi selalunya mereka tidak kekal lama dalam industri.

Namun yang menyedihkan, perbuatan mereka sedikit sebanyak merosakkan industri. Bak kata Karam Singh Waliya; Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Atas dasar prinsip, ejen-ejen yang beretika tidak sekali-kali menasihati pelanggan untuk membatalkan polisi sedia ada hanya semata untuk bisnes. Pengalaman saya, selalunya saya akan mencadangkan untuk menambah jumlah perlindungan yang baru bersesuaian dengan keperluan kewangan semasa.

Contohnya polisi lama yang diambilnya dahulu adalah ketika bujang, mungkin bersesuaian ketika polisi tersebut dilanggan. Namun sekarang prospek sudah berkahwin dan beranak pinak sudah tentu keperluan perlindungan kewangannya bertambah berbanding dahulu.

Namun, dalam situasi ini, pelanggan yang ditemui sudah pun lama menjadi pelanggan insurans konvensional.

Jadi, juga atas dasar prinsip yang lebih utama iaitu prinsip Islam yang saya pegang, saya akan menasihati pelanggan untuk berhijrah daripada institusi riba kepada alternatif yang bebas riba dan patuh syariah.

Ya, atas dasar prinsip juga kerana insurans konvensional adalah instrumen riba, justeru itu adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menerangkan bahawa insurans yang dilanggan selama ini adalah riba dan alternatifnya adalah takaful.

Kemudian, keputusan terletak di tangan pelanggan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya, di dunia dan akhirat.

“Berapa caruman yang Tuan ambil dengan insurans sebelum ini?”, tanya saya.

“Saya mengambil tiga polisi untuk saya dan anak sulung saya, jumlahnya dalam RM500 sebulan. Saya ambil pada tahun 1999, ketika awal perkahwinan dan setahun kemudian selepas mendapat anak sulung”, jawab beliau sambil menghulurkan satu fail yang terisi polisi-polisi insurannya.

Saya mencongak-congak jumlah caruman yang sudah beliau bayar selama ini. Sebulan RM500 maka setahun RM6,000. Congakan awal saya, polisi-polisi tersebut sudah lebih 10 tahun maka sekurang-kurangnya sudah RM60,000 yang sudah dibayar selama ini.

Ia satu jumlah yang besar. Jadi tidak hairanlah beliau agak ralat untuk membatalkan polisi sedia ada dan berhijrah kepada takaful.

Sambil membelek polisi-polisi insurannya, beliau berkata kepada saya “Encik Afyan, saya sudah pun membuat kiraan sebelum saya bertemu dengan Encik. Jumlah caruman yang saya bayar untuk kesemua polisi adalah RM524.40 sebulan dan jumlah keseluruhan yang saya bayar berjumlah RM71,463.96. Dan saya sudah pun hubungi syarikat berkenaan, nilai tunai insurans saya adalah RM34,356.14. Rugi kalau saya batalkan sekarang”.

Perkataan “rugi” diulang lagi, kali ini dengan lebih ditekankan. Sambil itu beliau menunjukkan satu kertas yang bertulisan tangan tertulis jumlah-jumlah yang disebutkannya tadi.

Saya tersenyum, sambil mempelawa beliau minum minuman yang kami pesan di awal pertemuan tadi, “Minum dulu Tuan, nanti sejuk pula”.
Beliau turut tersenyum, sambil menyedut air minumannya.

Sambil minum, sempat beliau berkata “Jika saya batalkan, saya rugi 50% daripada jumlah caruman yang saya sudah bayar, kira-kira RM40,000. Memang rugi.”

Nampak semacam beliau cuba menguji saya. Suasana hening seketika.

 Sanggup Untuk Teruskan?

Saya turut minum sambil saya bertanya kepadanya, “Tuan, bagaimana kalau saya katakan yang air yang kita minum ini sebenarnya tersalah pesan?”.

“Maksud En Afyan?”, tanya beliau, keliru tiba-tiba saya berubah topik.

“Maksud saya, andai kata tiba-tiba datang pelayan restoran ini kepada kita, dan memaklumkan air yang kita minum ini sebenarnya dipesan ini adalah air minuman beralkohol, tapi kita tidak perasan dalam menunya tadi”, kata saya.

“Isshhhh…. saya akan muntahkan balik apa yang saya minum dan minta air baru”, balasnya sambil ketawa kecil.

“Tuan tidak berasa rugi?”, tanya saya, menguji.

“Tidaklah. Apalah sangat rugi sedikit berbanding minuman haram masuk ke perut kita ini”, balasnya tegas, sambill mencebikkan bibir tanda jijik dengan air syaitan itu.

“Eh, mahal ni Tuan”, kata saya merujuk kepada harga air minuman kafeteria hotel ekslusif yang kami bertemu sekarang. Memang harganya sedikit mahal berbanding restoran-restoran biasa.

“Tidak kisahlah. Saya boleh bayar apa yang sudah dipesan dan kita pesan air minuman baru. Jangan risau Encik Afyan, hari ini saya belanja Encik Afyan”, balas beliau.

“Begitulah juga dengan insurans konvensional yang Tuan langgan selama ini”, balas saya, agak tajam.

Beliau terdiam. Nampak agak tersentak berdasarkan kerutan keningnya yang tajam memerhatikan saya.

“Apalah sangat rugi sedikit berbanding dosa riba dan hukuman riba di akhirat kelak”, saya menyambung lagi, kali ini menggunakan ayat-ayat yang beliau gunakan tadi dengan sedikit olahan.

Beliau masih terdiam. Nampak ingin berkata sesuatu tapi tidak terkeluar.

“Malah Tuan, balasan dosa riba lebih teruk berbanding dosa minum arak”, tegas saya merujuk kepada penerangan awal saya berkenaan dosa-dosa riba yang Allah mengisytihar perang terhadap pelaku riba.

“Begini Tuan, saya tidak nafikan bahawa dalam situasi Tuan sudah tentu Tuan memikirkan kerugian yang bakal Tuan tanggung sekiranya Tuan membatalkan polisi sedia ada dan melanggan polisi baru. Namun, memandangkan polisi yang Tuan langgan selama ini adalah polisi riba, dan Tuan sudah pun sedia maklum tentang hukum-hakam riba, maka sudah tibalah masanya untuk Tuan berhijrah. Insya-Allah, apabila Tuan berhijrah kelak, nescaya Allah akan bersama-sama Tuan dengan keputusan yang Tuan lakukan”.

Beliau masih diam. Berfikir barangkali. Keningnya masih berkerut seperti tadi.

“Sebagaimana air yang kita tersalah pesan tadi, kita tidak terasa rugi sekalipun membayar ekstra dua harga untuk satu gelas yang kita patut minum dan satu gelas yang kita tersalah pesan, dan hanya satu sahaja yang kita akan minum sebenarnya”, sambung saya lagi, kali ini menggunakan perkataan ‘kita’ sebagai kata ganti diri pertama.

“Tuan, saya ada satu cara untuk mengurangkan kerugian yang Tuan alami. Caranya adalah dengan memindahkan nilai tunai polisi lama Tuan ke polisi baru yang akan Tuan langgan nanti. Dengan cara ini, sekalipun polisi baru Tuan baru sahaja sebulan, tetapi nilai tunainya sama dengan polisi lama Tuan yang sudah lebih 10 tahun”, saya memberikan cadangan.

Nampak sedikit sinar di wajahnya, lantas berkata “Oh, begitukah?”

 Mari Berhijrah! Hapuskan Riba

Beliau menyambung lagi “Sebenarnya saya sudah lama memikirkan alternatif terbaik untuk menggantikan polisi insurans saya ini selepas mengetahui tentang hukum haramnya kira-kira dua tahun lalu. Namun, selama ini saya buntu memikirkan kerugian yang bakal saya alami jika membatalkan insurans tersebut”.

“Alhamdulillah, hari ini saya sudah nampak jalannya”.

Beliau nampak begitu ceria sekali.

Seterusnya saya mencadangkan agar beliau tidak terus membatalkan polisi insurans konvensionalnya selagi mana polisi takafulnya berkuatkuasa sepenuhnya. Ini kerana setiap polisi baru akan mempunyai tempoh menunggu sebulan sehingga tiga bulan bagi memastikan perlindungan-perlindungan untuk kematian, lumpuh, serta sakit kritikal berkuatkuasa sepenuhnya.

Tempoh menunggu ini ada kaitan dengan tahap kesihatan peserta.

Jika polisi lamanya terus sahaja dibatalkan sebelum polisi baru berkuatkuasa sepenuhnya, risiko kepada pelanggan seandainya ditimpa musibah pada waktu itu. Jika ia berlaku, maka tiada perlindungan kewangan diberi dan saya adalah orang yang paling terkilan seandainya ia berlaku kepada pelanggan saya.

Justeru itu, saya mengesyorkan agar polisi lama dibatalkan hanya selepas polisi takaful yang baru dilanggan melepasi tempoh menunggu yang selalunya mengambil masa 90 hari atau 3 bulan. Sebaiknya selepas setahun untuk memastikan keadaan kesihatan peserta benar-benar sihat.

“Alhamdulillah, tahniah kerana Tuan berani mengambil keputusan untuk BERHIJRAH!”, kata saya. Kali ketiga saya ucapkan tahniah, dan yang paling bermakna kerana dalam masa sama saya bersyukur kerana menyelamatkan seorang lagi muslim daripada bahaya dan bahana riba.

Oh, bukan seorang, termasuk juga anaknya

credit to: http://rahsiatakaful.com/v1/saya-tahu-insurans-dan-riba-itu-haram-tetapi/
             
 – DECEMBER 15, 2011

Monday, May 7, 2012

“Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?”



Salam everybodiess....

Nie tak nak citer pasal politik. Dah menimbum kat dalam alam maya pasal politik nie.. Just nak share pasal insurans cover tak kalau masuk himpunan nie.. contohnyer nyer Bersih.... Terpikir lah jugaks... maner tahu clients diluar saner begitu bersemangat nak masuk perhimpunan nie... So.. terjawablah persoalan sayer nie biler blogger Rahsia Takaful menghuraikan nyer secara jelas dan nyata...

“Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?”

Saat ini, 2 hari menjelang 9 Julai 2011, antara soalan yang paling popular diajukan kepada saya ialah “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”.

Sekali imbas, ia soalan-soalan nakal ditujukan kepada saya selaku perunding takaful. Namun, di sebalik kenakalan tersebut, ia ada benarnya juga.

Ada juga saya memberi respon kepada soalan itu dengan respon, “Ada cover – Takaful ALLAH Taala”.

Untuk menjawab persoalan ini beberapa perkara yang saya lakukan, antaranya;

menyemak terma-terma pengecualian di dalam polisi, berbincang dengan rakan-rakan perunding takaful,
bertanya kepada bahagaian tuntutan syarikat takaful, saya juga bertanya kepada rakan-rakan peguam, memandangkan ia ada kaitan dengan undang-undang.

Selepas beberapa perbincangan dan penyelidikan dijalankan, saya dapati soalan ini perlu disertakan dengan beberapa sampel kes, agar ia menjurus kepada jawapan yang tepat. Apapun, tulisan yang bakal saudara-saudari baca nanti bukanlah mewakili mana-mana syarikat takaful. Ia hanyalah pandangan berdasarkan pengalaman peribadi seorang perunding takaful.

Pertama, apabila dirujuk kepada terma-terma di dalam mana-mana polisi takaful dan insurans, selalunya akan terdapat klausa pengecualian yang memungkinkan syarikat tidak akan membayar pampasan sekiranya kemalangan berlaku akibat daripada penglibatan di dalam rusuhan dan perhimpunan haram.

Antara klausa pengecualian yang boleh dijadikan contoh ialah sebagaimana berikut;

Peserta Terlibat dalam atau percumaan dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Tuntutan terhadap penyakit atau kecederaan akibat daripada perlakuan yang melanggar atau menyalahi undang-undang.

Kedua-dua klausa di atas saya ambil daripada laman web http://www.insuranceinfo.com.my  yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dan ia selari dengan klausa-kluasa pengecualian yang di dalam polisi mana-mana syarikat takaful.

Berdasarkan klausa-klausa di atas, nyata sekali sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan ketika terlibat di dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara, termasuk perhimpunan awam, maka tuntutan ke atas perkara tersebut akan ditolak. Ia bukan terhad kepada perhimpunan awa, malah juga aktiviti perjudian, rompakan, kecurian, dan sebagainya.

Saya pasti, semua orang akan bersetuju dengan kesimpulan pertama ini, termasuk pegawai bahagian tuntutan syarikat insurans / takaful 

Kedua, timbul pula isu lain, adakah perhimpunan BERSIH adalah termasuk perkara yang dikira sebagai “aktiviti melanggar undang-undang”?

Inilah yang menjadi persoalan besar untuk menjawab soalan “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”. Untuk menjawab persoalan ini, saya bertanya kepada bahagian tuntutan syarikat takaful serta beberapa orang peguam.

Di syarikat yang saya wakili belum pernah terjadi isu tuntutan seperti ini. Malah pengalaman saya sendiri selepas lapan tahun menjadi perunding takaful, belum pernah ada pelanggan yang membuat tuntutan selepas terlibat “perhimpunan awam” 

Antara maklumat yang saya terima, memang pernah berlaku satu kes mahkamah seorang pelanggan insurans yang membawa kes ke mahkamah apabila tuntutan insurans kemalangan yang dibuatnya ditolak dengan alasan kemalangan terjadi kerana beliau terlibat dalam demonstrasi resformasi 1999.

Pada waktu itu, beliau mengalami kecederaan apabila terlibat dalam satu siri demonstrasi reformasi di ibu kota. Proses mahkamah membawa beberapa tahun dan akhir sekali pihak pendakwaan gagal membuktikan dia terlibat dalam perhimpunan awam. Beliau mempertahankan pertuduhan dengan pembelaan bahawa beliau di dalam perjalan pulang daripada kerja syif malam ketika dalam demonstrasi reformasi itu. Justeru, mahkamah menerima penghujahannya dan mendapati beliau tidak bersalah. Maka, akhir sekali beliau Berjaya membuat tuntutan daripad syarikat insurans selepas beberapa tahun.

Saya hanya mendegar kes ini berdasarkan cerita seorang rakan, dan bercadang ingin mendapatkan fakta kes bagi rujukan di kemudian hari. Mungkin ada rakan-rakan peguam yang dapat membantu saya mendapatkan fakta kes ini?

Seterusnya, untuk mendapat kepastian tentang perkara ini, saya berbincang dengan rakan-rakan peguam yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan kesalah demonstrasi.

Satu jawapan yang agak mengejutkan saya, yang  sebenarnya sudah saya pelajari di universiti dulu, perkataan “perhimpunan haram” yang termaktub di dalam Akta Polis tidak difahami oleh polis sendiri!

Untuk makluman semua, di dalam Akta Polis, Seksyen 27 memperuntukan sebarang perhimpunan hendaklah mendapat permit daripada polis, jika tidak ia dianggap sebagai perhimpunan haram.

Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan :

Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan.

Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.

OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.

Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaanya dibenarkan
Apa yang berlaku di dalam kes-kes yang melibatkan perhimpunan awam ialah, polis sendiri tidak dapat membuktikan berlaku perhimpunan haram. Antara contoh dialog perbicaraan mahkamah yang menjadi bahan jenaka di kalangan peguam adalah sebagaimana berikut;

Peguam : Apakah perhimpunan haram?

Polis : 3 orang atau lebih berkumpula tanpa permit.

Peguam: Baiklah, jika saya bersama isteri dan anak berkumpul sambil menikmata makan malam di dalam rumah, adakah ia haram?

Polis : Oh, tidak. Perhimpunan haram mesti di luar premis.

Puguam : Baiklah, jika saya, ister dan anak berada di luar rumah sambil menikmati makan malam, adakah dikira sebagai perhimpunan haram?

Polis : Oh, tidak. Perhimpunan haram hanya jika terdapat pembesar suara.

Peguam : Baiklah, jika saya, isteri dan anak berada di luar rumah sambil berkaraoke, adakah dikira perhimpunan haram?

Polis : Errr…. ya… eh tidak….

Yang paling nyata, Seksyen 27 Akta Polis ini bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub

Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);

(a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

(b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

KESIMPULAN yang dapat saya rumuskan untuk menjawab persoalan “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”, ia bergantung kepada persoalan ”Adakah menyertai BERSIH melanggar undang-undang atau tidak?”. Jika BERSIH adalah aktiviti yang melanggar undang-undang, maka sekiranya berlaku sebarang kecederaan ketika terlibat dalam aktiviti itu tidak akan diberikan pampasan insurans / takaful. Tapi jika ia tidak melanggar undang-undang, maka syarikat takaful / insurans mesti meluluskan tuntutan yang dibuat.

Dan, yang akan menjawab soalan ”Adakah menyertai BERSIH melanggar undang-undang atau tidak?”, adalah mahkamah, bukan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, atau Perkasa!

I rest  my case!

credit to: Rahsia Takaful :) Peace no war!!!!!

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...