Wednesday, December 19, 2012

Bina Tabung Pendidikan Menerusi Pelan Takaful




Bina Tabung Pendidikan Menerusi Pelan Takaful
Dalam zaman yang serba moden ini, kos sara hidup sangat tinggi terutamanya bagi yang tinggal di bandar. Namun, ini bukanlah alasan untuk anda tidak memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi, mulalah menyimpan seawal mungkin agar hidup berkeluarga lebih teratur dan terjaga.
Umumnya, terdapat banyak cara untuk menabung. Antaranya ialah membuat simpanan di bank, membeli saham amanah, menabung melalui skim kerajaan seperti SSPN atau ASB dan  mengambil pelan insurans/takaful. Simpanan yang dibuat itu pula perlulah mengikut kemampuan supaya konsisten dan mendapat manfaat yang dijanjikan.
Tidak dinafikan, untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidikan yang sempurna. Pendidikan inilah yang mesti kita berikan kepada anak-anak agar mereka mendapat ilmu pengetahuan yang mencukupi bagi meneruskan kehidupan alam dewasa sebaik mungkin. Tetapi harus diingat, dari masa ke semasa, kos pendidikan semakin meningkat. Oleh itu, kita perlu menabung.  Sebagai contoh, pada masa ini, kos sebenar untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah RM166,000 (Utusan Malaysia:15 April 2012). Bayangkan peningkatan kos 10 tahun akan datang.
Peningkatan yuran pendidikan bukan hanya tertakluk kepada Institusi Pengajian Tinggi malah, yuran tadika dan taska pun semakin meningkat. Yuran bulanan sahaja sudah mencecah antara RM200 hingga RM300. Itu belum termasuk yuran pendaftaran yang biasanya sekitar RM500 hingga RM1500.
Tidak kira institusi pendidikan tinggi awam atau swasta, yurannya sahaja boleh menjadi beban jika ibu bapa tidak membuat perancangan rapi. Apatah lagi kos pembelajaran di luar negara. Inilah sebabnya ibu bapa perlu bertindak cepat kerana bukan semua akan mendapat tajaan atau pinjaman pendidikan untuk melanjutkan pelajaran. Menabunglah sejak awal agar tidak terbeban apabila tiba masanya nanti. Anda juga akan berasa lebih puas hati apabila dapat membantu anak-anak anda menyambung pelajaran dalam jurusan yang diminatinya tanpa risaukan kosnya.
Ada beberapa cara untuk ibu bapa menyimpan :
•Akaun Simpanan Biasa
Akaun simpanan membolehkan anda menyimpan atau memasukkan wang dan menerima faedah tanpa tempoh matang tertentu. Pastikan simpanan yang dibuat adalah konsisten dan tidak membuat pengeluaran sewenang-wenangnya.
•Akaun Tetap
Ia sejenis pelaburan yang menjamin kadar pulangan tetap pada tarikh matang. Selalunya amaun pelaburan bermula dari RM1,000.
•Unit Amanah (Unit Trust)
Unit amanah adalah antara alternatif pelaburan bagi kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun). Bagaimanapun, pulangannya tertakluk kepada prestasi dana yang terikat dengan pelan tersebut.
•Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 
Ia merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN turut menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah tertakluk kepada syarat peraturan yang ditetapkan.
•Pelan Takaful
Apakah itu takaful? Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang tertentu. 
Antara kelebihan mengambil pelan pendidikan takaful ialah:
  • Menyediakan perlindungan nyawa untuk anak anda di samping membina dana atau simpanan pendidikan.
  • Menyediakan perlindungan nyawa dan kewangan terhadap ibu bapa agar anak anda terus mendapat manfaat simpanan jika ibu bapa mengalami hilang upaya atau kehilangan nyawa.
  • Pilihan untuk mendapatkan perlindungan perubatan.
  • Ganjaran untuk kecemerlangan akademik.
  • Pilihan pengeluaran dana atau simpanan untuk menampung kos pendidikan.
Merancang Dengan Pelan Yang Bijak
Jika belum ada perancangan, anda boleh mengambil pelan PruBSN SmartLink . Melalui pelan bijak ini, anda boleh menarik nafas lega. PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda.
Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda seawal usia 14 hari selepas lahir. PruBSN SmartLink juga fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun. Di samping itu, pelan ini juga memberikan ganjaran Bonus Loyalti sekiranya anda membuat bayaran secara konsisten.

credit dari: http://pama.karangkraf.com/bayi/bina-tabung-pendidikan-menerusi-pelan-takaful-1.109918

Friday, December 14, 2012

Info RM | Produk Islamik dan produk konvensional sama sahaja?


Analoginya begini;

Orang Muslim tetap Muslim dan tidak jadi sama dengan orang kafir hanya semata tidak tutup aurat, minum arak, etc.


Begitu juga perbankan Islam, yang membezakannya dengan sistem konvensioanal adalah pada kontaknya, seumpama beza Muslim dengan non-Muslim adalah pada syahadahnya.

Mengatakan sistem ekonomi Islam sama sahaja dengan sistem ekonomi konvensional seolah-olah mengatakan sama sahaja antara Ahmad (nama sekadar contoh) yang mengucapkan syahadah, dengan Ah Chong (nama sekadar contoh) yang tidak mengucapkan syahadah.

Namun, maksiat si muslim tadi tetap diambil perkiraan oleh Allah sebagai dosa, namun ia tetap dijamin syurga selagi mana dia tidak mensyirikkan Allah.

Tidak seperti si non-Muslim, yang langsung tidak mengucapkan syahadah sebagai kontrak hidupnya dengan Allah.

Begitulah analogi untuk membezakan antara produk-produk patuh syariah dengan produk-produk konvensional.





credit dari: Rahsia Takaful

Tuesday, December 11, 2012

jadual kadar faedah untuk kemalangan

Jika dalam polisi anda menyatakan manfaat kemalangan adalah RM20,000 maka jangan lah mimpi untuk dapatkan 100% RM20k kerana PruBSN Takaful ader jadual hokeyyyyyyyy



Takaful VS Konvensional

Ramai yg tanya apa beza konvensional dan takaful. Samer ker? So.. uols nie ader sedikit infor pasal pertanyaan nie.. Moga pencerahan nie membuka minda semua.... enjoiceeeeeeeeeeeeeeee


klik gambar (jadual) untuk pencerahan lebih jelas
klik gambar (jadual) untuk pencerahan lebih jelas


Monday, December 10, 2012

Nasihat Takaful






Semua yang baru nak ambil mana2 perlindungan, pastikan anda faham keperluan diri. Agent mana tau sepenuhnya keperluan anda. Bagi agent, kalau boleh kitaorang mmg nak bagi fully protection pada semua org. Tapi setiap org x sama keperluan dan kemampuan. Fahamkan dulu keperluan dan baru buat keputusan.


Alhamdulillah skrg ni dah agak jarang kita dengan perkataan takaful/insurans ni menipu, tak mcm dulu2. Agent cuma jual death benefit due to accident je RM 15 sebulan, tup2 accident patah kaki, masuk swasta...keluar nak claim insurans kos rawatan tu...tak ke kes naya kan bagi agent?

ps:// bak kata pujangga 
"LIFE is like multiple choice question, sometimes the choice confuse you, not the question it self"

selamat beramal.. renung... renumgkannnnnn

Monday, November 26, 2012

polisi aku tunjuk something yg pelik.. apa erkkk...nie??

client: (menyoal)
tumpang tanya sini.. aku br perasan kt polisi aku.. dekat last2 page lepas quotation ada item ni




yg aku tanda tu, apa makna..??????
- adakah dpt terus 20k dan secara berterusan setahun sekali dpt rm2280?

atau

- dapat terus 20k atau berterusan setahun sekali dpt rm2280?

agent:(menjawab)


Pampasan tu akan dpt lump sum

Yg 2ribu lebih tu, premium di byrkan yearly oleh pihak insuran jika lumpuh/sakit kritikal

Client: 
oo maksudnya lump sum dpt & akan setiap tahun dpt ek.. utk berapa lama. ada jumlah tahun ke

agent:

Yg lamsam tu skali dpt 
Yg tiap2 thn tu, co byrkan premium sampai umur 80thn




sekian soklan dan jawapan diantara agent dan client. Moga ceria di hari isnin... weeeiiiiiiiiiiiiiiiiiii

ps:// selamat melayan perasaan Monday Bluesssssssssssssssss


Wednesday, November 21, 2012

MEDICAL CARD

Panduan kad perubatan:
Takaful Health2



Apakah Takaful Health2 ?


Takaful Health2 adalah satu pelan "rider"/"manfaat tambahan" Kad perubatan yang membayar balik perbelanjaan perubatan Hospital dan Perubatan sekiranya anda dimasukkan ke hospital. 
Pelan ini juga memberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) jika tiada sebarang tuntutan dibuat bagi tahun tersebut.


Kad Perubatan Takaful Health2 adalah kad perubatan Non-Cancelable dimana pihak Takaful tidak boleh menghentikan pembaharuan perlindungan Kad Perubatan anda walaupun anda telah membuat claim sehingga berpuluh-puluh ribu.

Siapakah yang layak menyertai pelan Takaful Health2?


Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 ke 70 tahun yang menyertai mana-mana pelan PruBSN Link Series, iaitu PruBSN Smartlink untuk umur 1-18 tahun, PruBSN Firstlink untuk umur 19-25 tahun, PruBsn Takafullink untuk umur 26-70 tahun.

Berapakah saya perlu bayar untuk menyertai pelan Takaful Health2?


Pelan boleh di custom mengikut keperluan dan bajet, untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh selalunya untuk umur 25-30, bajet antara RM150 - RM250 sudah mencukupi. Best practise untuk bajet adalah 10% daripada pendapatan anda.


Untuk anggaran yang lebih tepat saya perlukan maklumat yang lebih terperinci disebabkan bayaran bulanan premium bergantung pada umur, jantina, pekerjaan, status merokok dan rekaod kesihatan.

Bolehkah jika saya nak ambil pelan Takaful Health2 sahaja?


Boleh, saya boleh sediakan "custom plan" . Pelan boleh di custom mengikut kehendak dan bajet anda. Berhati-hati dengan Kad Perubatan Stand Alone atau Family kerana selalunya Kad Perubatan Stand Alone dan Family bukan "Non-Cancelable" dan pihak insuran boleh membatalkan insuran anda.


Bagaimana untuk pastikan Perlindungan anak berterusan jika Ibu Bapa Meninggal Dunia?

Dengan Joint Contributor , anda tidak perlu bimbang lagi akan perlindungan pendidikan andak anda. Jika berlaku Meninggal Dunia, Cacat Kekal atau disahkan menghidapi Penyakit Kritikal pada Ibu atau Bapa sebelum umur 18. Perlindungan PruBSN anak anda secara automatik menjadi PERCUMA hingga akhir policy.

Bagaimana untuk pastikan Simpanan anak berterusan jika Ibu Bapa Meninggal Dunia?

Dengan Takaful Saver Joint Contributor , anda tidak perlu bimbang lagi akan simpanan pendidikan andak anda. Jika berlaku Meninggal Dunia, Cacat Kekal atau disahkan menghidapi Penyakit Kritikal pada Ibu atau Bapa sebelum umur 18. Simpanan PruBSN anak anda secara automatik menjadi PERCUMA hingga akhir policy.

Bagaimana untuk pastikan Perlindungan Saya berterusan?

Dengan Contributor, Premium Takaful anda akan ditanggung PruBSN jika anda disahkan menghidapi Penyakit Kritikal sebelum umur 80. Perlindungan anda secara automatik menjadi PERCUMA.

Bagaimana untuk pastikan Perlindungan Pasangan saya berterusan?

Dengan Spouse Contributor , anda tidak perlu bimbang lagi akan perlindungan pasangan anda. Jika berlaku Meninggal Dunia, Cacat Kekal atau disahkan menghidapi Penyakit Kritikal pada anda sebelum umur 60. Perlindungan PruBSN pasangan anda secara automatik menjadi PERCUMA hingga umur 60. Sesuai di ambil jika Isteri bergantung pendapatan pada Suami atau sebaliknya.

Apakah Elaun Wang Tunai yang saya boleh dapat?

Dengan Hospital Benefit , anda akan dibayar Wang Tunai jika anda masuk Hospital Kerajaan atau Swasta. Bermula dari elaun sebanyak RM50/sehari hingga RM400/sehari. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.

Dengan Medical Cover , anda akan dibayar Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah. 

Dijual di dalam bentuk unit, 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital - 100hari/setahun), RM 100 sehari (Elaun ICU-30hari/setahun) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah-RM12,500/setahun)

Faedah Harian 
- untuk diwadkan di dalam hospital RM50 (sehingga 100 hari setahun)

Faedah Harian 
- untuk diwadkan di dalam unit rawatan rapi RM100 (sehingga 30 hari setahun)

Faedah Sekaligus 
- untuk prosidur pembedahan RM2,500* setiap prosidur (had maksimum sebanyak RM12,500 setahun)

Dengan Weekly Indemnity(Pampasan Mingguan), anda akan dibayar wang tunai secara mingguan jika anda hilang upaya sementara akibat kemalangan sebelum berusia 70 tahun. Tempoh maksimum untuk dibayar adalah 104 minggu selepas tarikh kemalangan. Dijual di dalam unit, 1 Unit bersamaan RM 100 seminggu bagi Hilang Upaya Menyeluruh Sementara dan RM 50 bagi Hilang Upaya Sebahagian Sementara.

Faedah Amaun          Faedah Seunit
a) Hilang Upaya       RM100 seminggu
    Menyeluruh
    Sementara

b) Hilang Upaya         RM50 seminggu

    sebahagian 
    Sementara

Apakah itu Bonus bagi tiada tuntuan (NCB)?

Non Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya. Macam NCB kereta :)

Di bawah adalah contoh pengiraan NCB untuk seorang pemegang sijil lelaki berusia 30 tahun yang telah menyertai Pelan TH2 Pelan250 yang tamat pada usia 70 tahun dengan sumbangan tahunan sebanyak RM1,032:

Tahun        Sumbangan  tahunan (RM)       Tahunan (RM) Adakah tuntutan dibuat?  Layak untuk NCB                                                                                                                                                        untuk tahun berikut(RM)
1        1,032            Tidak            Ya           300
2                1,032                    Ya                       Tidak                          -
3                1,032                       Tidak                      Ya                     300
4                1,032                       Tidak                      Ya                     300
5                1,032                         Ya                     Tidak                       -




Pada kad perubatan Pru BSN Takaful ader mention daily room and board yaitu harga bilik yg entitled yaitu RM250.

Plan medikal kad Takaful Health 2


akok says: Jom tengok muvi.
a short story about GAZA

Monday, November 19, 2012

Anggota polis perlu insurans peribadi

Assalamualaikum.......

Ok.. artikel baru khusus untuk abang dan kakak polis di luar saner. Sambutlah saranan perlu ader insurans peribadi nie..


Oleh MALINDA ABDUL MALIK
berita@kosmo.com.my





GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat mewajibkan anggotanya dicarum dengan skim perlindungan insurans peribadi sebagai persediaan jika berlaku kejadian buruk termasuk di luar waktu bertugas.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, langkah itu merupakan pelengkap kepada insurans berkelompok yang diluluskan kerajaan pada Bajet 2013.
Menurut beliau, insurans peribadi penting memandangkan kemalangan semasa bertugas sehingga melibatkan kecederaan serius kerap berlaku.
"Kejadian pegawai atau anggota polis dirempuh semasa bertugas sering berlaku sejak akhir-akhir ini sehingga memberi kesan buruk kepada anggota tersebut.
"Kita tahu kerajaan menyediakan peruntukan perubatan (kepada polis) tetapi jika mereka sendiri mempunyai skim perlindungan diri peribadi ia lebih baik," katanya selepas melawat seorang anggota polis trafik yang menjadi mangsa kemalangan yang kini dirawat di Penang Adventist Hospital di sini semalam.
Dalam kejadian Isnin lepas, Lans Koperal Abu Talib Shariff parah dirempuh motosikal di Kilometer 127.6 menghala arah utara di Sungai Dua, Butterworth.
Mangsa ketika itu sedang mengeluarkan surat saman kepada seorang pemandu kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu melebihi had laju.
Dia tiba-tiba dirempuh seorang penunggang motosikal dan mengheretnya sejauh 30 meter sebelum tercampak ke lorong kecemasan.



p/s: sambil baca kes polis nie pasal kena langgar oleh mat motor maner ntah.. marilah kiter sama2 berdoa untuk kesejahteraan umat islan di Palestin, Syria dan seluruh dunia. Doa kan keamanan sejagat.


Wednesday, November 14, 2012

Salam Ma'al Hijrah 1434, 2012/2013Masihi

Cepat masa berlalu.. dah nak masuk tahun baru.. Salam Ma'al Hijrah semua....




Lagu yang berkumandang setiap kali sambutan Maal Hijrah diadakan.Saya pun tak tahu tahun bila lagu ni dibuat tapi dari zaman sekolah saya lagi lagu ni dah popular.Versi yang ini dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Al-Ajiba (Akademi Seni Kebangsaan). Lagu ini terkandung dalam koleksi nasyid terbitan JAKIM 2002.Saya tak pasti siapa pencipta dan penulis lirik asal lagu ini. Dah cuba cari tapi tak jumpa. Siapa yang tau tolong kongsi bersama ya.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

ps:// Apa visi uols. Saya harap saya dapat memperkembangkan lagi ilmu Takaful nie.. Insya-Allah

Jom layan video pasal hijrah nie....


Tuesday, November 6, 2012

Takaful untuk anak - untuk mommies and anak dalam kandungan since 20 week sampai beranak sampai anak tue beranak pinak

Pru BSN Takaful baru sahaja melancar produk baru untuk mommies and anak dalam perut since 20 weeks lagi..... manfaat tambahan tue namer nyer Vital care, baby care dan manfaat Xtra.



1. VITAL CARE

- Penyakit dilindungi bagi kanak-kanak

1. Penyakit Lelah yang teruk
2. Epilepsi yang teruk
3. Glomerulonefritis dengan Sindrom Nefritik
4. Leukemia
5. Penyakit Kawasaki dengan Komplikasi Jantung
6. Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin Melitus
7. Demam Reumatik dengan Ketidaksempurnaan Injap
8. Artritis Reumatoid Juvenil yang teruk
9. Trauma kepala major.

- Vital Care membayar manfaat sekiranya orang yang dilindungi didiagnosis penyakit yang dilindungi bagi kanak-kanak sebelum umur  25. Ianya dibayar sebagai tambahan dari jumlah perlindungan asas

- peserta perlu menunggu 60 hari selepas polisi diluluskan.. lepas tue baru boleh tuntut pampasan ini.

- Tiada manfaat akan dibayar:

Jika anda mengalami simptom-simptom penyakit dilindungi bagi kanak-kanak sebelum atau di dalam tempoh menunggu 60 hari daripada tarikh permulaan sijil.

Sekiranya anda didiagnosis menghidapi penyakit dilindungi bagi kanak-kanak yang:

a) timbul secara langsung atau tidak langsung daripada Keadaan Sedia Ada yang ditakrifkan sebagai hilang upaya orang yang dilindungi yang diketahui sewajarnya oleh peserta dan wujud sebelum tarikh permulaan pelan; atau

b) disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau jangkitan Virus Kurang Daya

Tahan Manusia (HIV); atau

c) merupakan sebarang penyakit yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang Keadaan Sejak Lahir atau penyakit keturunan sebelum Orang yang Dilindungi mencapai enam (6) tahun; atau

d) kecederaan yang dilakukan sendiri ke atas diri semasa waras atau tidak waras; atau e) trauma kelahiran dan / atau komplikasi dari sisanya; atau

f)  merupakan akibat daripada menggunakan dadah yang tidak dipreskripsikan, di mana mengikut undang-undang dadah tersebut perlu dipreskripsikan oleh doktor.


2. Manfaat Xtra

a) Manfaat khairat kematian

- Sekiranya berlaku kematian ibu kepada orang  yang 
dilindungi dalam 20 minggu  mengandung sehingga 60 hari selepas  kelahiran, khairat kematian sebanyak RM5,000 akan dibayar.


b) Manfaat Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Pergantungan 
Tinggi (HDU)

- Sekiranya  orang  yang  dilindungi dimasukkan ke  ICU atau  HDU  serta merta  selepas  kelahiran  disebabkan kelahiran  pra-matang (dilahirkan sebelum minggu ke- 36), manfaat ini membayar balik caj ICU atau HDU  harian sehingga manfaat maksimum sebanyak RM300 sehari, selama 30 hari secara maksimum. Amaun maksimum sebanyak RM300 sehari adalah termasuk Manfaat Inkubasi (jika ada).

c)Manfaat Inkubasi

- Sekiranya orang yang dilindungi diinkubasi selama sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut dalam 60 hari dari hari kelahiran, manfaat ini akan membayar balik caj inkubasi sehingga RM100 sehari secara maksimum.

-PENGECUALIAN
  • Sebarang rawatan atau pembedahan bagi keadaan sejak lahir termasuk keadaan yang disebabkan oleh keturunan.
  •  Perbuatan secara sengaja seperti mengambil dadah, racun atau minuman keras yang memabukkan, bunuh diri atau percubaan membunuh diri waras atau kecederaan ke atas diri sendiri yang disengajakan semasa waras atau tidak.
  • AIDS, kompleks berkaitan AIDS atau jangkitan oleh HIV.
  • Penggunaan dadah yang tidak dipreskripsikan, di mana mengikut undang-undang dadah tersebut perlu dipreskripsikan oleh doktor.
  • Memilih untuk menamatkan kehamilan selain daripada atas sebab-sebab perubatan seperti yang dinasihatkan oleh Perunding Obstetrik dan Sakit Puan.
  • Sebarang rawatan kesuburan dan komplikasi yang mungkin timbul daripada rawatan tersebut.
  • Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, perbuatan jenayah atau perbuatan secara sengaja atau kegagalan untuk bertindak. Peperangan, rusuhan atau revolusi atau sebarang peristiwa seumpamanya atau mengambil bahagian dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.

3. BABY CARE
Baby Care membayar manfaat-manfaat berikut sebelum umur 46, untuk beberapa kelahiran:
-Manfaat khairat kematian sebanyak RM2,000 
sekiranya berlaku kematian fetus dari 20 minggu 
mengandung sehingga kelahiran dan kematian 
anak dalam 2 tahun daripada hari kelahiran.

- Manfaat Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit 

Pergantungan Tinggi (HDU) secara bayaran balik 

sehingga maksimum RM300 sehari bagi 

maksimum 30 hari. sekiranya bayi dimasukkan 

ke ICU atau HDU serta merta selepas kelahiran 

disebabkan kelahiran pra- matang (dilahirkan 

sebelum 36 minggu). Amaun maksimum 

sebanyak RM300 sehari adalah termasuk 

Manfaat Inkubasi (jika ada).

- Manfaat inkubasi secara bayaran balik sehingga 

maksimimum RM100 sehari jika bayi diinkubasi 

sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut 

dalam 60 hari selepas kelahiran.

- Bonus imunisasi sebanyak RM200 apabila kanak-
kanak mencapai umur 2 tahun.

-PENGECUALIAN
  • Sebarang rawatan atau pembedahan bagi keadaan sejak lahir termasuk keadaan yang disebabkan oleh keturunan.
  •  Perbuatan secara sengaja seperti mengambil dadah, racun atau minuman keras yang memabukkan, bunuh diri atau percubaan membunuh diri waras atau kecederaan ke atas diri sendiri yang disengajakan semasa waras atau tidak.
  • AIDS, kompleks berkaitan AIDS atau jangkitan oleh HIV.
  • Penggunaan dadah yang tidak dipreskripsikan, di mana mengikut undang-undang dadah tersebut perlu dipreskripsikan oleh doktor.
  • Memilih untuk menamatkan kehamilan selain daripada atas sebab-sebab perubatan seperti yang dinasihatkan oleh Perunding Obstetrik dan Sakit Puan.
  • Sebarang rawatan kesuburan dan komplikasi yang mungkin timbul daripada rawatan tersebut.
  • Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, perbuatan jenayah atau perbuatan secara sengaja atau kegagalan untuk bertindak. Peperangan, rusuhan atau revolusi atau sebarang peristiwa seumpamanya atau mengambil bahagian dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.

oK.. DAH habis update. nak tahu berapa quotation just 

saya nak mohon:

1. tarikh lahir ibu

2. EDD

3. pekerjaan ibu

4. smoking atau tak

dari infor nie, saya boleh buat quotation......


thxxxxxxxx

mardiyah79@gmail.com



Monday, November 5, 2012

AWAS!! BAHAYA MENIMANG DAN MENGGOYANG ANAK!!




Nie dapat dari cari Forum untuk tatapan mommies semua. Moga memberi manfaat.


Assalamualaikum..
Malam ni CK tengok ramai yang post pasal hal ni. Penting!!! Kita mesti pernah main timang2 baby kan.. CK pun penah. Bila baca pasal ni, dalam hati CK, “Alamak!! Ape yang aku dah buat ni.. Harap2 ok la baby tu..”Bagi yang belum baca, baca la.. Info penting ni..!!!
Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Dia sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Dia tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama dia mendapat sawan.Sesampai di resus room (red zone), dia masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Dia kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depannya yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan dia tidak demam dan ujian menunjukkan dia kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).Scan otak menunjukkan dia mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
 Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
 PENCEGAHAN
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Rujukan :1.http://www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm2.http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm3.http://www.dontshake.org/4.http://en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome
Dr.MunaUMMUSAIF.COM68000, Ampang.
Credit to: http://azimaris.blogspot.com/2012/11/awas-bahaya-timang-anak.html

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...