Monday, November 19, 2012

Anggota polis perlu insurans peribadi

Assalamualaikum.......

Ok.. artikel baru khusus untuk abang dan kakak polis di luar saner. Sambutlah saranan perlu ader insurans peribadi nie..


Oleh MALINDA ABDUL MALIK
berita@kosmo.com.my





GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat mewajibkan anggotanya dicarum dengan skim perlindungan insurans peribadi sebagai persediaan jika berlaku kejadian buruk termasuk di luar waktu bertugas.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, langkah itu merupakan pelengkap kepada insurans berkelompok yang diluluskan kerajaan pada Bajet 2013.
Menurut beliau, insurans peribadi penting memandangkan kemalangan semasa bertugas sehingga melibatkan kecederaan serius kerap berlaku.
"Kejadian pegawai atau anggota polis dirempuh semasa bertugas sering berlaku sejak akhir-akhir ini sehingga memberi kesan buruk kepada anggota tersebut.
"Kita tahu kerajaan menyediakan peruntukan perubatan (kepada polis) tetapi jika mereka sendiri mempunyai skim perlindungan diri peribadi ia lebih baik," katanya selepas melawat seorang anggota polis trafik yang menjadi mangsa kemalangan yang kini dirawat di Penang Adventist Hospital di sini semalam.
Dalam kejadian Isnin lepas, Lans Koperal Abu Talib Shariff parah dirempuh motosikal di Kilometer 127.6 menghala arah utara di Sungai Dua, Butterworth.
Mangsa ketika itu sedang mengeluarkan surat saman kepada seorang pemandu kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu melebihi had laju.
Dia tiba-tiba dirempuh seorang penunggang motosikal dan mengheretnya sejauh 30 meter sebelum tercampak ke lorong kecemasan.



p/s: sambil baca kes polis nie pasal kena langgar oleh mat motor maner ntah.. marilah kiter sama2 berdoa untuk kesejahteraan umat islan di Palestin, Syria dan seluruh dunia. Doa kan keamanan sejagat.


No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...