Friday, December 14, 2012

Info RM | Produk Islamik dan produk konvensional sama sahaja?


Analoginya begini;

Orang Muslim tetap Muslim dan tidak jadi sama dengan orang kafir hanya semata tidak tutup aurat, minum arak, etc.


Begitu juga perbankan Islam, yang membezakannya dengan sistem konvensioanal adalah pada kontaknya, seumpama beza Muslim dengan non-Muslim adalah pada syahadahnya.

Mengatakan sistem ekonomi Islam sama sahaja dengan sistem ekonomi konvensional seolah-olah mengatakan sama sahaja antara Ahmad (nama sekadar contoh) yang mengucapkan syahadah, dengan Ah Chong (nama sekadar contoh) yang tidak mengucapkan syahadah.

Namun, maksiat si muslim tadi tetap diambil perkiraan oleh Allah sebagai dosa, namun ia tetap dijamin syurga selagi mana dia tidak mensyirikkan Allah.

Tidak seperti si non-Muslim, yang langsung tidak mengucapkan syahadah sebagai kontrak hidupnya dengan Allah.

Begitulah analogi untuk membezakan antara produk-produk patuh syariah dengan produk-produk konvensional.





credit dari: Rahsia Takaful

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...