Wednesday, November 21, 2012

MEDICAL CARD

Panduan kad perubatan:
Takaful Health2



Apakah Takaful Health2 ?


Takaful Health2 adalah satu pelan "rider"/"manfaat tambahan" Kad perubatan yang membayar balik perbelanjaan perubatan Hospital dan Perubatan sekiranya anda dimasukkan ke hospital. 
Pelan ini juga memberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) jika tiada sebarang tuntutan dibuat bagi tahun tersebut.


Kad Perubatan Takaful Health2 adalah kad perubatan Non-Cancelable dimana pihak Takaful tidak boleh menghentikan pembaharuan perlindungan Kad Perubatan anda walaupun anda telah membuat claim sehingga berpuluh-puluh ribu.

Siapakah yang layak menyertai pelan Takaful Health2?


Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 ke 70 tahun yang menyertai mana-mana pelan PruBSN Link Series, iaitu PruBSN Smartlink untuk umur 1-18 tahun, PruBSN Firstlink untuk umur 19-25 tahun, PruBsn Takafullink untuk umur 26-70 tahun.

Berapakah saya perlu bayar untuk menyertai pelan Takaful Health2?


Pelan boleh di custom mengikut keperluan dan bajet, untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh selalunya untuk umur 25-30, bajet antara RM150 - RM250 sudah mencukupi. Best practise untuk bajet adalah 10% daripada pendapatan anda.


Untuk anggaran yang lebih tepat saya perlukan maklumat yang lebih terperinci disebabkan bayaran bulanan premium bergantung pada umur, jantina, pekerjaan, status merokok dan rekaod kesihatan.

Bolehkah jika saya nak ambil pelan Takaful Health2 sahaja?


Boleh, saya boleh sediakan "custom plan" . Pelan boleh di custom mengikut kehendak dan bajet anda. Berhati-hati dengan Kad Perubatan Stand Alone atau Family kerana selalunya Kad Perubatan Stand Alone dan Family bukan "Non-Cancelable" dan pihak insuran boleh membatalkan insuran anda.


Bagaimana untuk pastikan Perlindungan anak berterusan jika Ibu Bapa Meninggal Dunia?

Dengan Joint Contributor , anda tidak perlu bimbang lagi akan perlindungan pendidikan andak anda. Jika berlaku Meninggal Dunia, Cacat Kekal atau disahkan menghidapi Penyakit Kritikal pada Ibu atau Bapa sebelum umur 18. Perlindungan PruBSN anak anda secara automatik menjadi PERCUMA hingga akhir policy.

Bagaimana untuk pastikan Simpanan anak berterusan jika Ibu Bapa Meninggal Dunia?

Dengan Takaful Saver Joint Contributor , anda tidak perlu bimbang lagi akan simpanan pendidikan andak anda. Jika berlaku Meninggal Dunia, Cacat Kekal atau disahkan menghidapi Penyakit Kritikal pada Ibu atau Bapa sebelum umur 18. Simpanan PruBSN anak anda secara automatik menjadi PERCUMA hingga akhir policy.

Bagaimana untuk pastikan Perlindungan Saya berterusan?

Dengan Contributor, Premium Takaful anda akan ditanggung PruBSN jika anda disahkan menghidapi Penyakit Kritikal sebelum umur 80. Perlindungan anda secara automatik menjadi PERCUMA.

Bagaimana untuk pastikan Perlindungan Pasangan saya berterusan?

Dengan Spouse Contributor , anda tidak perlu bimbang lagi akan perlindungan pasangan anda. Jika berlaku Meninggal Dunia, Cacat Kekal atau disahkan menghidapi Penyakit Kritikal pada anda sebelum umur 60. Perlindungan PruBSN pasangan anda secara automatik menjadi PERCUMA hingga umur 60. Sesuai di ambil jika Isteri bergantung pendapatan pada Suami atau sebaliknya.

Apakah Elaun Wang Tunai yang saya boleh dapat?

Dengan Hospital Benefit , anda akan dibayar Wang Tunai jika anda masuk Hospital Kerajaan atau Swasta. Bermula dari elaun sebanyak RM50/sehari hingga RM400/sehari. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.

Dengan Medical Cover , anda akan dibayar Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah. 

Dijual di dalam bentuk unit, 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital - 100hari/setahun), RM 100 sehari (Elaun ICU-30hari/setahun) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah-RM12,500/setahun)

Faedah Harian 
- untuk diwadkan di dalam hospital RM50 (sehingga 100 hari setahun)

Faedah Harian 
- untuk diwadkan di dalam unit rawatan rapi RM100 (sehingga 30 hari setahun)

Faedah Sekaligus 
- untuk prosidur pembedahan RM2,500* setiap prosidur (had maksimum sebanyak RM12,500 setahun)

Dengan Weekly Indemnity(Pampasan Mingguan), anda akan dibayar wang tunai secara mingguan jika anda hilang upaya sementara akibat kemalangan sebelum berusia 70 tahun. Tempoh maksimum untuk dibayar adalah 104 minggu selepas tarikh kemalangan. Dijual di dalam unit, 1 Unit bersamaan RM 100 seminggu bagi Hilang Upaya Menyeluruh Sementara dan RM 50 bagi Hilang Upaya Sebahagian Sementara.

Faedah Amaun          Faedah Seunit
a) Hilang Upaya       RM100 seminggu
    Menyeluruh
    Sementara

b) Hilang Upaya         RM50 seminggu

    sebahagian 
    Sementara

Apakah itu Bonus bagi tiada tuntuan (NCB)?

Non Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya. Macam NCB kereta :)

Di bawah adalah contoh pengiraan NCB untuk seorang pemegang sijil lelaki berusia 30 tahun yang telah menyertai Pelan TH2 Pelan250 yang tamat pada usia 70 tahun dengan sumbangan tahunan sebanyak RM1,032:

Tahun        Sumbangan  tahunan (RM)       Tahunan (RM) Adakah tuntutan dibuat?  Layak untuk NCB                                                                                                                                                        untuk tahun berikut(RM)
1        1,032            Tidak            Ya           300
2                1,032                    Ya                       Tidak                          -
3                1,032                       Tidak                      Ya                     300
4                1,032                       Tidak                      Ya                     300
5                1,032                         Ya                     Tidak                       -




Pada kad perubatan Pru BSN Takaful ader mention daily room and board yaitu harga bilik yg entitled yaitu RM250.

Plan medikal kad Takaful Health 2


akok says: Jom tengok muvi.
a short story about GAZA

2 comments:

Anonymous said...

tolong buatkan quotation untuk my mom medical card...dob - 19/8/1945

thanks
wanie

akok is a person not a kuih said...

Salam Wanie,

terima kasih sudi bertanyakan Takaful.

Hmmm..... agak mahal untuk saya quote medical card kerna usia ibu (age next birthday 70 tahun). Maturity medical card sama ada 70,80 tahun atau 100 tahun. Memandangkan age next birthday ibu 70 tahun, saya pilih umur 80 tahun untuk metiruty medical card. Saya quote sudah mencecah RM1,092 sebulan.

manfaat medical card

Manfaat perubatan (1) - Takaful Health2 :
- Manfaat rawatan pesakit luar Seperti yang dicaj (Deduktibel Zero)
- Manfaat hospital dan pembedahan Seperti yang dicaj (Deduktibel Zero)
- Bilik dan penginapan hospital harian RM 300
- Pembayaran balik perbelanjaan perubatan sehingga:

Had tahunan untuk manfaat dibayar RM 100,000 setahun

Had seumur hidup agregat untuk manfaat dibayar RM 1,000,000


Sis boleh pakat2 dengan adik2 untuk medical card ibu.

thanks
MBK

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...