Thursday, November 30, 2017

Tips Takaful | Takaful ada 3 bahagian

=================================
#1 LIFE sebagai protection of income jika seseorang meninggal, lumpuh @ kritikal.

#2 MEDICAL CARD sebagai dana perubatan & protection of aset/saving.

#3 SAVING sebagai fungsi UTAMA adalah protection of policy (medical life) agar tak cepat tamat tempoh, tidak seperti medical card STANDALONE, Dan juga simpanan jangka masa panjang (20 tahun) sebagai pendidikan, persaraan, haji dll. Namun simpanan yang sebenar adalah bukan di takaful tetapi di alat kewangan lain.



mbk
0192853910

Tuesday, November 28, 2017

Panggilan Hangit vs Panggilan Memukau

Panggilan Hangit????

1. Dapat panggilan nak mengadu mengenai penutupan polisi Insurans.
2. Kakak nie citer dia dapat panggilan dari third party mewakili Insurans X nak tanya sama ada Kakak nie nak tutup atau renew. Kakak nie pilih nak tutup memandangkan ada kekangan kewangan.
3. Yang tak bestnya, pemanggil tue kata, Kakak nie kena bayar ribuan ringgitlah jugak jika nak tutup akaun insurans. FYI, Kakak nie just ambik Personal Accident sahaja. Takkanlah nak tutup akaun kena bayar ribuan ringgit siap boleh bagi diskaun lagi jika tak mampu bayar. Take ke pelik tue. Kakak nie mohon pandangan saya...

Nasihat Saya
1. Report pada organisasi yang bertanggung jawab seperti BNM (bahagian Laman Informasi Nasihat & Khidmat -LINK) dan FMB (Financial Bureau Mediation) atau dikenali sebagai Ombudsman Perkhidmatan Kewangan. 

2. Alamat dan No Telefon Organisasi berkenaan Ada dibawah:-

Financial Mediation Bureau
(Ombudsman Perkhidmatan Kewangan), Tingkat 14, Block Utama, Menara Takaful Malaysia, No.4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur
Tel : 03 22722811
Up: unit aduan
Email: enquiry@ofs.org.my

Laman Informasi Nasihat & khidmat (LINK), Ground Floor, Blok C, Bank Negara Malaysia, Peti Surat 10922, 50929 Kuala Lumpur
Tel: 0326988044
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

2. Report pada polis- nie kerana Kakak nie kata pemanggil kerap buat panggilan dan ada juga berbaur unggutan. Takut kan..pemanggil nie siap claim dari third party sebagai pemungut bayaran Insurans.

Mohon hati-hati semua.

Panggilan Memukau
kredit-Aziz Riadi
Minggu ni dapat 2 panggilan dari scammer...
1- Call dari nombor yang pelik, mesin yang jawab, kata saya ada hutang Credit Card dengan Affin Bank dan tertunggak tak bayar.
2- Dapat call dari Maybank, kata account kena block. And then transfer ke officer lepas tu, minta sahkan account dengan bg no account. Saya bgtau balik, "Takpe lah Encik, account saya dah ok dah, sebab saya tgh online maybank2u ni, mcm mana Encik kata account saya kena block. Tak pe lah Encik, saya tak de masa nak layan scammer phone ni. Saya ada banyak kerja...terima kasih"...
So, kalau ada call macam nie, jangan layan. Kalau dia forward ke nombor telefon balai polis pun, jangan layan....
Sekian.

mbk
0192853910

Monday, November 27, 2017

TAKAFUL TIDAK DI HIBAH KEPADA SUAMI!

Rata-rata klien perempuan yang dah berkahwin yang ambil takaful dengan kami tidak meletakkan nama suami sebagai penerima hibah.
Mereka lebih memilih untuk letakkan nama anak-anak2 sebagai penerima hibah walaupun anak belum cukup umur.πŸ˜…
Siap ada tu, mulanya letak nama suami di awal perkahwinan, kemudian bila ada anak, di tukarkan nama penerima hibah kepada nama anakπŸ˜‚
Kadang2 saya terfikir..kenapa ye begitu?
Satu hari..saya bertanya kepada suami..
‘Kenapa ye ramai klien perempuan kita yang ambil takaful tidak meletakan nama suami diorg sebagai penerima hibah? Diorang tak percayakan suami diorg ke? Bukan ke diorg yang pilih suami diorg, kenapa tak percaya?’
Suami menjawab..
‘Macam mana mereka nak percaya kalau suami mereka tak buat benda yang sama?’
‘Maksudnya?’ saya bertanya lagi..
‘Suami diorg ambil takaful tak letak nama isteri sebagai penerima hibah! Kalau ada ambil la.. or even worse tak ambil langsung takaful! Maknanya suami diorg tak fikir langsung nasib isteri apabila mereka tiada. So, buat apa si isteri nak ambil takaful letak nama suami kn?’ jawab suami saya.
‘Oooo..betul jugak tu’
Bila saya fikir balik..kenapa saya letak nama suami saya sebagai penerima hibah takaful saya..
Betul!! Sebab saya terharu suami saya meletakkan nama saya sebagai penerima hibah takaful beliau.
Bila ada orang terdekat tahu tentang suami saya letakkan nama saya sebagai penerima hibah, ada yang berkata.. ‘amboi, jadi janda jutawan la sya nanti’
ermm..saya agak berkecil hati bila dgr ayat tersebut sebenarnya. Macam la saya ni seronok sangat kalau suami mati sebab akan jadi kaya! huhu...
Tak ada siapa pun akan seronok/gembira kalau orang yang dia sayang mati.😒
Tapi suami selalu berpesan, hidup harus diteruskan walaupun dia atau saya mati. Harta yang dihibahkan adalah untuk kegunaan kami teruskan hidup tanpa salah seorang kelak.
At least, kami tinggal kesenangan pada pasangan apabila kami sudah tiada, bukan tinggalkan kesusahan/hutang.
Kalau umur kami panjang bersama, kami akan berusaha bersama-sama mencari rezeki untuk kesenangan hidup masa depan.
This is marriage!! Saling bahagia membahagiakan!
*******
Therefore suami-suami...jangan la marah isteri ambil takaful!
Isteri ambil takaful sebab dia fikir masa depan anak-anak bila dia sudah tiada kelak. Encik suami tak fikir ke??
Bukankah hibah itu juga akan menyenangkan en suami kelak? Anak-anak dapat harta, boleh la guna untuk besarkan mereka. Tapii..itu harta anak yatim tauuu..sbb anak2 adalah penerima hibah!😝
Kalau nak isteri hibahkan pada encik suami..Encik suami sila hibahkan pada isteri dulu yer..

kredit: Sakinah Shabudin

mbk
0192853910

Thursday, November 23, 2017

#luahan


mbk
0192853910

Wang takaful rezeki siapa?



Banyak ejen promote income replacement. Bukan tak bagus, ia bagus untuk buat hibah secara takaful. Pada pandangan saya, selain income replacement, income protection pun perlu. Situasinya, bila didiagnosed penyakit kritikal, kita masih perlu bayar hutang dan perlu duit untuk pebelanjaan harian. Amat jarang dapat bantuan kerajaan untuk bayarkan hutang kita, apatah lagi bank nak 'waived' hutang piutang kita.

idea asal: Ahmad Huzaimi
mbk
0192853910

Hakim akan merujuk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 di mana ianya akan memberi hak mutlak ke atas penerima hibah.

Si suami ambil plan takaful dengan jumlah perlindungan RM2 juta dan menghibahkan pampasan perlindungan kepada isteri.

Suami meninggal.


Isteri mendapat RM2 juta daripada hibah takaful tadi.

Waris tidak setuju dan mengatakan mereka juga berhak ke atas hibah tersebut.

Waris membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Sivil kerana harta bernilai lebih RM2 juta.

Hakim akan merujuk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 di mana ianya akan memberi hak mutlak ke atas penerima hibah.

Kes tutup. Waris akur.

Hibah takaful disebut khusus dalam Islamic Financial Services Act 2013 yang menjadi panduan hakim-hakim.

Hibah takaful akan diterima secara mutlak kepada penamanya.

Antara lain tujuan hibah takaful:
A. Sebagai aliran tunai segera kepada penama.
B. Untuk menampung kos semasa mengurus harta pusaka.
C. Penggantian pendapatan yang hilang akibat kematian suami tadi
D. Untuk nafkah anak-anak.
E. Selesaikan hutang anda

Ingin cipta Dana Hibah Takaful? Saya sedia bantu uruskan.

kredit: Ahmad Humaizi Mat Noor
mardiyah
0192853910

#nasihatibu


mbk
0192853910

Tuesday, November 21, 2017

Newly launched from PruBSN Takaful!!!

Memperkenalkan PruBSN Anugerah.

Satu plan untuk memenuhi keperluan anda. Antara kelebihan plan ini :

1. Kos Immunisasi Haji sehingga RM300
2. No Lifetime Limit
3. Additional 100% annual limit sekiranya diagnos sakit jantung, kanser atau kegagalan buah pinggang
4. Annual Income sekiranya diagnos dengan sakit kritikal atau lumpuh kekal.
5. Elaun harian hospital kerajaan.

Kami faham anda nak sangat sangat medical card Prudential BSN TAKAFUL tapi dengan harga yang AFFORDABLE. Kami mendengar dan kami kini ada medical card mampu anda miliki.

Anda tidak perlu lagi risau dengan harga. Anda hanya perlu risau untuk sign up secepat mungkin sebelum sakit datang menjengah dan pilihlah agent yang boleh bagi HIGH COMMITMENT!

Bole PM untuk maklumat lanjut.

#prubsntakaful
#anugerah
#medicalcard
#affordable

mbk
0192853910


Monday, November 20, 2017

Kaum wanita, perlukan faedah TOTAL PERMANENT DISABILITY DAN 36 PENYAKIT KRITIKAL yang tinggi. Kalau boleh tambah faedah penyakit wanita dan early cancer untuk life policy mereka. Sebab keadaan itulah yang akan buat mereka hilang income berterusan dan hidup meminta minta.......


Sejak saya didiagnose penyakit Endometriosis, saya makin peka dengan penyakit yang berkaitan dengan wanita. Salah seorang klien saya ada didiagnose dengan penyakit puan, 
ia dikenali sebagai Andenomyiosis. Kebanyakan sakit puan ini ada kaitan dengan masalah haid. Jika simptom seperti bleeding period, lama tak datang haid, sekejap datang sekejap tak datang haid, bloated, pening, mual, sakit belakang, sengal di pinggang; saya sarankan sesangat pi jumpa Dr pakar sakit puan. Buat pemeriksaan ultrasound atau buat pemeriksaan berkala untuk wanita berumur 35 tahun keatas. 

Macam kes saya, saya miss period hampir 48 hari. Terus pi buat ultrasound. Sekali.. huh.. keputusannya abnormal di bahagian kedua-dua ovari. Dr diagnose saya ada Endometriosis. Dunia terus gelap... 

Saya menjalani pembedahan secara opem surgery @ laporostomy @ czer dengan kadar  segera. Tak perlu tunggu lama. Hari nie final diagnose, lusa tue terus masuk OT. Sekejap kan? Ada kad perubatan saya tak perlu pikir lama.  Alhamdulillah, saya bersyukur saya punya benign... secara khusus penyakit saya nie dikenali endometriomas cyst atau nama glamour chocolate cysts. Saya bersyukur saya dah ada kad perubatan sejak 2012 lagi. Hampir 5 tahun kad perubatan bersama saya dan hampir 5 tahun di simpan rapi dalan wallet. Tibalah ia memberi khidmat dengan bangga kepada saya.

Saya nasihatkan kaum hawa semua, dapatkanlah kad perubatan secepat mungkin. Kebanyakan yang saya lihat, bila dah sakit baru nak apply. Masa tue sudah terlambat. Sudah menjadi polisi syarikat Takaful atau Insurans untuk tidak mengambil sesuatu yang sudah berisiko pada sekarang dan masa hadapan. Dan satu lagi, kalau boleh tambah satu lagi polisi berkenaan dengan faedah penyakit wanita dan early cancer untuk life policy mereka. Sebab keadaan itulah yang akan buat mereka hilang income berterusan dan hidup meminta minta.......



mbk

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...