Friday, March 29, 2019

KENA PATUK ULAR, COVER TAK?


Soalan yang sering ditanya pada agent Takaful atau Insurans. Mari kita lihat apa jawapan saya.

Kena patuk ular ialah sejenis kemalangan. Jadi, ianya memenuhi maksud kemalangan; unintentional, unusual, unexpected, sudden and specific place, date and time.

Ok. Dah tahu maksud accident kan? Sekarang, kita tengok apa kesan lepas kena patuk ular.

1. Kena patuk, then mati terus.

• We pay basic sum covered (plus cash value if any) dan bayar accidental sum covered (kalau dia ada attach rider accident).

2. Kena patuk, lumpuh sepenuhnya (TPD) terus tapi tak mati.

• We pay basic sum covered, dan accidental sum covered.

3. Kena patuk, masuk hospital terus. Berhari-hari duduk dalam hospital.

• GL (Pre Authorisation Letter) will be issued. Tiada waiting period untuk accident cases. So, selamat bermalamlah di hospital.

4. Kena patuk, tak masuk hospital, tapi pergi klinik je, atau treated as outpatient.

• a. Kalau dia ada medical card, boleh claim bil rawatan under Emergency Accidental Treatment.
• b. Kalau dia ada sejenis rider outpatient accidental (AMR, AMP), boleh claim bil rawatan juga.

5. Kena patuk, tapi tak ada sebarang perlindungan?

• Sila bertukar jadi SnakeMan. i.e. Padan Muka.

Kejadian di atas ialah untuk case yang standard.

Kalau you kerja memang bermain dengan ular, case you dikira sub-standard, maka ada risiko lain diambilkira (loading atau exclusion).

Dah. Cukup. Tak reti-reti nak ambil Takaful cepat? Oh.
Dah ada eh? Baik review dengan agent anda. Manalah tahu kalau-kalau plan yang anda ambil selama ini, rupanya tak cover kena patuk ular. Kan?

Kredit FB dan nukilan:
Hafizal Ahmad

👇
019-2853910
#cpmbk


KHAS BUAT STAFF KERAJAAN BERTARAF 1ST CLASS & LAIN2"


Seorang doktor sedang laju berjalan kaki tetapi tangan dan mata khusyuk bermain handphone.

Tanpa disedari terpijak lubang yang tak sampai 5cm kedalamannya. Memanglah lubang tu kecil, tapi longkang disebelah dua meter dalamnya.

Seperti pokok yang tidak akan bergoncang jika tiada angin mahupun monyet, begitu juga doktor yang tidak akan jatuh jika tiada lubang. 

Malang tidak berbau busuk seperti busuknya daki di dalam lipatan kulit celah leher doktor yang oncall 36 jam.Maka rebah lah doktor ke dalam longkang tersebut.

Mujur ada orang berdekatan ternampak kejadian tidak disangka-sangka itu.Malang sekali, lututnya kelihatan seperti kepala tanpa tempurung. Sudah lah berlekuk, tulang ketingnya juga patah riuk.

Masuklah beliau kedalam hospital di tempat kerjanya sendiri.

“Nasib baik aku kerja sini. Doktor nurse semua kenal aku. Dapat first class pulak tu. Alhamdulillah.”

Bila tiba waktu, bersua muka dengan doktor pakar.

“Awak kena bayar dulu deposit sekurang-kurangnya RM10,000. Katil free tapi alatan luar tak free.”

Alamak. Simpanan pun tak pernah ada. Ingatkan di “Hospital Sendiri” semuanya percuma?

Akhirnya rawatan ditangguh. Diberi tarikh baru untuk pembedahan dengan syarat ”besi” sudah dibayar. Terpaksalah tunggu lagi berbulan-bulan.

Kerajaan dah banyak tolong, tapi jangan sampai diri sendiri sedikit pun tak mahu tanggung. Umpama dapat makan Wagyu Steak percuma, tapi masih mengharap orang ambilkan garpu dan suap ke mulut.

JPA akan bayar semula wang yang telah dikeluarkan. Tapi sanggup kah kita bayar dahulu dan settlekan prosedur yang merumitkan?

Ada yang tunggu hampir setahun. Ada yang dah kena serangan jantung dua tiga kali baru dapat masuk belon RM24,000. Itupun nasib baik hidup.

Duit claim oncall RM200 lambat masuk sebulan pun doktor dah bising.☝️ Apatah lagi duit berpuluh ribu?

Kesimpulannya : mulakanlah dengan pengurusan profil kewangan yang mantap. Kalau makcik jual pisang goreng tepi jalan pun boleh, anda pula?

Tak perlu jumpa saya. Di luar ada ramai penasihat takaful yang baik-baik. Cari sampai jumpa. Kalau tak jumpa juga, cuba click link bwh ni utk sy bantu 👇

www.wasap.my/60192853910/Takaful 

Mardiyah #cpmbk
Fulltime takaful advisor
PruBSN Takaful

Bantu saya dengan share status ini untuk menyebarkan awareness kepada masyarakat khususnya staff kerajaan!

#Copy paste drpd sahabat agent
Kredit : DrKhalifTakaful




Tuesday, February 19, 2019

Curhat Rita Rudaini



Curahan hati (curhat) artis Rita Rudaini. Kalau terjadi sebarang musibah padanya, anak-anaknya macam mana nanti? 

Siapa nak jawab? Sila angkat kaki 😷🙋

Sebab itulah Rita Rudaini buat persiapan awal untuk kelangsungan hidup anak-anaknya. Si ibu sudah sediakan aset tunai berbentuk hibah Takaful siap-siap untuk anaknya. 

Belum terlambat nak ambik tahu. Bolehlah anda semua, cari ejen sampai dapat. Kalau tak dapat, boleh cari saya. Cepat .... Sebelum 31.03.2019.

#cpmbk (che puan mbk)
0192853910

akupenjualinsurans.blogspot.com

Thursday, February 7, 2019

#JannahCinta


Bersempena bulan cinta, agensi kami ada menawarkan kempen #JannahCinta untuk pasangan yang ingin berumahtangga. Ya, saya akui agak sukar untuk menarik minat pasangan muda untuk buka pintu hati mereka mencintai dan berkenalan dengan kempen ini. Tujuan kempen ini, ingin memberi kesedaran akan kepentingan meninggalkan aset yang mudah cair kepada isteri atau #JannahCinta dapat cover loss income jika berlaku jika total permanent disability atau diagnose penyakit kritikal. Perbelanjaan baru pun wujud bila seseorang dilanda musibah. Stress pun tanpa disedari disemai secara perlahan-lahan. Jika kita diberhentikan kerja kerana sakit atau lumpuh, duit yang tinggal hanya simpanan. Tapi, simpanan tuelah akan cepat habis bila ia dikorek-korek setiap hari.

Solusinya, mencarum lah Takaful yang fokus pada income replacement yang kami panggil kempen #JannahCinta. Pabila suami dilanda penyakit kritikal, duit yang dapat itu boleh lah cover perbelanjaan harian seperti bayarkan bill api dan air, loan rumah, loan kereta, personal loan, sewa rumah, belikan barang-barang dapur seperti barang minyak, gula,garam,bawang, ikan,sayur, ayam.  Duit ini juga PERLU untuk bayaran rawatan alternatif (jika aada), ubat-ubatan yang takaful tak cover seperti vitamin, supplement tambahan untuk menambahkan tenaga dan nutrisi. Dan juga untuk perbelanjaan anak-anak - yuran sekolah, alat sekolah, Pampers, perbelanjaan ubatan anak-anak, pakaian, makanan.

Berapa En Suami PERLU ada coverage #JannahCinta ini? Untuk kematian PERLU ada 10 tahun gaji dan untuk manfaat penyakit kritikal atau kemalangan PERLU sediakan 2@3 tahun gaji (min). 


Teringat kata-kata seorang penceramah di tempat kursus kahwin ketika team kami buka booth disana, mereka yang datang kursus nie tak pandang Takaful nie. Kesedaran dan celik Takaful belum ada ketika ini. Apa yang mereka tahu nak kahwin dan nak selesaikan perkara yang berkaitan perkahwinan sahaja. Bila mereka ada anak, baru tersedar akan kepentingan Takaful ini. Kalau yang ada sekarang pun sikit jer. Ya, saya akui agak sukar nak tackle golongan muda terutama pasangan yang baru nak kahwin. Maklumlah, banyak duit nak pakai untuk melangsungkan perkahwinan. Sebab itu priority mereka hanya terjurus perkahwinan sahaja. Itulah cabaran kami dalam berdakwah bab Takaful. Salah satu modul kursus kahwin ada menyentuh takaful dalam pengurusan kewangan. Saya harap mereka yang datang dapat menimba ilmu itu sebaik mungkin.

#cpmbk
0192853910

Sunday, February 3, 2019

#PERLU_KE_ORANG_KERAJAAN_ADA INSURANS ❓❓


Keistimewaan pegawai kerajaan di hospital kerajaan ialah mendapat rawatan percuma sahaja.

Tetapi senarai menunggu masih perlu diikut jika penyakit anda tidak urgent. Urgent di sini maksudnya ialah kalau tidak dirawat segera, boleh mati.

Makin segera kematian kalau tidak dirawat, makin urgentlah kes tersebut. Kalau tak rawat pun tak mati maksudnya tak urgent dan boleh masuk ke senarai menunggu. Dalam senarai menunggu, siapa yang datang dulu dia dapat.

Di sini anda perlu faham yang ada sakit yang boleh dirawat dengan ubat tahan sakit. Walaupun orang tersebut mengalami kesakitan sekali-sekala, dan penyakit yang dia alami tidak akan menyebabkan kematian (hanya menyebabkan kesakitan) jadi ada kemungkinan kami akan beri ubat tahan sakit dan orang tersebut masih akan berada dalam senarai menunggu.

Perkara ini memang digunapakai di semua hospital kerajaan sejak dahulu lagi. Saya yang doktor ini kalau mahu mendapatkan rawatan pun, saya perlu ikut procedure ini. Walaupun doktor bedah itu kawan kelas saya dulu. Saya masih kena hormat polisi, undang-undang dan pesakit lain yang sudah berada di senarai menunggu.

Jika saya nak cepat, saya perlu pergi ke hospital swasta dan bayar apa yang mereka sudah tetapkan. Melainkan jika saya ada insurans. Insurans akan bayar untuk pihak saya.

Mesti anda tertanya-tanya kan, kenapa kerajaan lembap sangat, tak upgarde sistem ke? Sebenarnya kerajaan dah banyak tambah dan besarkan hospital dan klinik kesihatan. Tetapi saya pun heran, sebab setiap kali kerajaan tambah hospital, tambah staf, tambah besar ruang hospital/klinik, setiap kali itu juga pesakit pun tiba-tiba bertambah ramai memenuhi ruang yang baru sahaja dibuat tersebut. Entah daripada mana semua orang ini datang pun sukar untuk saya kenal pasti.

 Tetapi, apa yang pasti adalah fasiliti kesihatan kerajaan masih lagi digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia. Berbeza dengan swasta yang hanya digunakan oleh segelintir masyarakat kita terutamanya golongan yang kaya. Kerana itulah pesakit di hospital swasta tidak ramai berbanding di hospital kerajaan.

Tempat duduk ruang menunggu hospital swasta selalu banyak kosong walaupun tidak begitu banyak kerusi disediakan. Berbeza dengan hospital kerajaan yang tempat duduk di ruang menunggunya (walaupun banyak macam dalam wayang) penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri.

Jadi sebab itu, hospital swasta boleh untuk melakukan pembedahan atau apa-apa procedure sebaik sahaja penyakit dikesan. Hospital swasta tidak memerlukan senarai menunggu kerana tidak ramai pesakit yang datang ke hospital mereka. Pembedahan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun sebenarnya ianya tidak begitu urgent.

Lagi pun, orang kaya selalunya rajin buat senaman dan makan makanan yang sihat. Jadi mereka biasanya hidup lebih lama dan masih kekal sihat.

Saya bukan nak buat promosi, tapi memang bagus kalau ada insurans. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai yang dah ada penyakit sebelum umur 30 tahun pun. Baru masuk umur 40 tahun ada yang dah masuk hospital banyak kali.

Ingat, walaupun anda kerja kerajaan dan dapat rawatan percuma di hospital kerajaan, tetapi anda masih tetap perlu mengikut polisi dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kalau anda jenis kurang sabar, sila ambil insurans untuk anda dan keluarga 😎

Monday, January 28, 2019

#TabungTakaful

NASIHAT TAKAFUL

Takaful nie mudah
Kalau anda rasa Takaful ni penting untuk keluarga dan hidup anda, dapat meringankan beban masalah kewangan bila terjadi apa-apa, pasti anda akan terus membayarnya
Tapi kalau anda percaya ada orang lain akan kasi duit 1 JUTA free-free kepada anda atau anak isteri bila sakit Kritikal, hilang upaya atau meninggal dunia awal, maka tak sambung bayar dan nak berhenti sekerat jalan pun, buatlah
At the end of the day, the choices we make, will determine what will happen to us and those around us.
#cpmbk

Tuesday, January 15, 2019

Nasihat yang salah

AMBIL TAKAFUL MACAM MINTAK NAK MATI?

Orang ambik takaful bukan sebab rancang nak mati
Tapi sebagai persediaan kalau meninggal dunia awal, hilang keupayaan bekerja atau sakit kritikal sebelum tua/umur bersara
Tak perlu tunggu mati, untuk claim Takaful sebenarnya

Yang anda perlu ingat, mati tu bila bila boleh berlaku
Tak salah kalau kita rancang untuk tinggalkan harta pusaka untuk keluarga kita
Hibah Takaful ni lah BUKTI CINTA & SIKAP TANGGUNGJAWAB kita pada keluarga

Lagipun mati tu urusan Allah
Bukan kita yang tentukan
Sombong kalau kita masih muda dan rasa macam lambat lagi nak mati
Maka rasa macam tak perlulah takaful takaful ni
Itulah silap kita sebagai manusia
Nak bertawakkal, tapi tak nak berusaha
Berusaha lah dengan BERTAKAFUL dulu
Baru BERTAWAKKAL dan serahkan pada Tuhan

Mati tu bebila kawan...


Wednesday, January 2, 2019

Tuesday, January 1, 2019

Selamat tahun baru 2019

Selamat tahun baru buat pembaca blog akupenjualinsurans. Syabas dan tahniah kerna anda sudi baca blog saya tanpa ada unsur takut, benci, menyampah dan kecewa. Moga tahun ini makin ramai yang dikurniakan kesedaran untuk mencipta #Tabungkeluarga agar ada backup plan jika dilanda musibah. Jika bajet yang amat ketat, saya sarankan ciptalah #Tabungsendiri agar orang yang kita sayangi boleh meneruskan hidup dengan aman dan damai tanpa dibebani masalah kewangan. Moga tahun baru ini dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.


Terima kasih sekali lagi kerna anda sudi baca blog saya. Anda memang ohsem, kacak dan jelita. 



Ikhlas dari saya

#cpmbk



Saturday, December 15, 2018

IBARAT TAYAR SPARE PANCIT


Bila tayar kereta pancit, anda mungkin rasa confident sebab ada tayar spare. Tapi alangkah malangnya bila anda dapati tayar spare anda pun pancit. Adusss... Macam mana nak selesai masalah ni? Ada tayar spare pun, problem tak selesai. Semuanya gara-gara anda "over-confident", tak periksa keadaan tayar spare dari masa ke semasa.

Begitu jugalah dengan polisi takaful anda. Ramai orang sangka dah ada polisi, dah selamat dah, semua problem akan selesai. Langsung tak kisah nak semak, apa jenis coverage yang ada? Berapa jumlah coverage yang ada? 

Kalau income anda RM80,000 setahun, tapi coverage takaful anda cuma RM100,000, agak agak berapa berapa lama keperluan keluarga anda dapat dipenuhi? Setahun? 2 tahun?

Kalau sakit kritikal, memaksa anda cuti tanpa gaji 3-4 tahun, coverage takaful cuma RM20,000, simpanan bank sedikit saja, macam mana anda nak tampung belanja?

Jangan sangka dah ada polisi, masalah anda akan selesai. Sebab yang selesaikan masalah bukannya caruman mahal yang anda bayar bulan-bulan. Tetapi JUMLAH COVERAGE anda yang akan selesaikan.

SEMAK BUTIRAN POLISI ANDA
Dapatkan FREE REVIEW dari saya sekarang!


Thursday, December 6, 2018

Apa itu perlindungan? Perlukah aku?

Posting ringkas sebelum solat zohor
Apa itu perlindungan? Perlukah aku?
Perlindungan adalah perkara asas yg semua tahu. Bertindak ibarat antibodi dalam badan. Perlindungan bermaksud menjaga meneliti dan mengawal sesuatu dari sebarang ancaman.
Ramai yg tidak sedar kepentingan perlindungan. Cuba tanya dalam diri kita, mengapa kita melindungi kereta degan tinted, mengapa kita membayar roadtax dan insuran pada kereta? Mengapa kita memakai phone cover dan screen protector pada telefon? Mengapa kita gunakan payung semasa hujan?
Jawapan yg cukup mudah untuk melindungi benda yg kita sayang.
Tapi sedarkah anda? Anda tidak menyayangi diri dan keluarga anda.
Kenapa saya berkata demikian. Mudah sahaja jawapan nya, kerana kita meletakan kepentingan perlindungan diri paling belakang sekali berbanding perkara lain. Kita sanggup membayar sesuatu yg mahal untuk kereta dan handphone kita. Namun jika di sebut tentang perlindungan diri? Ada sahaja alasan kita.
Tiada budget, tidak sakit, tidak perlu, kena fikir dahulu dan macam macam lagi. Ada sahaja alasan yang di berikan untuk mengelak dari berkata tentang perlindungan diri.
Lagi menyedihkan, ada yg sedar dan mengambil perlindungan diri, namun di hentikan di tengah jalan. Tidak cukup budget, komitmen bertambah. Tiap kali berdepan detik sukar dalam kewangan, mesti perlindungan yg di hentikan dahulu.
Saya berani berkata, mengapa? Saya telah menghadapi.
Lihat sahaja posting ini, mesti ianya hanya di biar berlalu di wall wall anda.
Tekan like dan share jika anda rasa perlindungan penting untuk anda.
kredit FB :-az ariff-
#Tabungkeluarga
#Tabungtakaful
#Tabungkasihsayangsuamisteri

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...