Friday, March 29, 2019

KHAS BUAT STAFF KERAJAAN BERTARAF 1ST CLASS & LAIN2"


Seorang doktor sedang laju berjalan kaki tetapi tangan dan mata khusyuk bermain handphone.

Tanpa disedari terpijak lubang yang tak sampai 5cm kedalamannya. Memanglah lubang tu kecil, tapi longkang disebelah dua meter dalamnya.

Seperti pokok yang tidak akan bergoncang jika tiada angin mahupun monyet, begitu juga doktor yang tidak akan jatuh jika tiada lubang. 

Malang tidak berbau busuk seperti busuknya daki di dalam lipatan kulit celah leher doktor yang oncall 36 jam.Maka rebah lah doktor ke dalam longkang tersebut.

Mujur ada orang berdekatan ternampak kejadian tidak disangka-sangka itu.Malang sekali, lututnya kelihatan seperti kepala tanpa tempurung. Sudah lah berlekuk, tulang ketingnya juga patah riuk.

Masuklah beliau kedalam hospital di tempat kerjanya sendiri.

“Nasib baik aku kerja sini. Doktor nurse semua kenal aku. Dapat first class pulak tu. Alhamdulillah.”

Bila tiba waktu, bersua muka dengan doktor pakar.

“Awak kena bayar dulu deposit sekurang-kurangnya RM10,000. Katil free tapi alatan luar tak free.”

Alamak. Simpanan pun tak pernah ada. Ingatkan di “Hospital Sendiri” semuanya percuma?

Akhirnya rawatan ditangguh. Diberi tarikh baru untuk pembedahan dengan syarat ”besi” sudah dibayar. Terpaksalah tunggu lagi berbulan-bulan.

Kerajaan dah banyak tolong, tapi jangan sampai diri sendiri sedikit pun tak mahu tanggung. Umpama dapat makan Wagyu Steak percuma, tapi masih mengharap orang ambilkan garpu dan suap ke mulut.

JPA akan bayar semula wang yang telah dikeluarkan. Tapi sanggup kah kita bayar dahulu dan settlekan prosedur yang merumitkan?

Ada yang tunggu hampir setahun. Ada yang dah kena serangan jantung dua tiga kali baru dapat masuk belon RM24,000. Itupun nasib baik hidup.

Duit claim oncall RM200 lambat masuk sebulan pun doktor dah bising.☝️ Apatah lagi duit berpuluh ribu?

Kesimpulannya : mulakanlah dengan pengurusan profil kewangan yang mantap. Kalau makcik jual pisang goreng tepi jalan pun boleh, anda pula?

Tak perlu jumpa saya. Di luar ada ramai penasihat takaful yang baik-baik. Cari sampai jumpa. Kalau tak jumpa juga, cuba click link bwh ni utk sy bantu 👇

www.wasap.my/60192853910/Takaful 

Mardiyah #cpmbk
Fulltime takaful advisor
PruBSN Takaful

Bantu saya dengan share status ini untuk menyebarkan awareness kepada masyarakat khususnya staff kerajaan!

#Copy paste drpd sahabat agent
Kredit : DrKhalifTakaful




No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...