Saturday, December 15, 2018

IBARAT TAYAR SPARE PANCIT


Bila tayar kereta pancit, anda mungkin rasa confident sebab ada tayar spare. Tapi alangkah malangnya bila anda dapati tayar spare anda pun pancit. Adusss... Macam mana nak selesai masalah ni? Ada tayar spare pun, problem tak selesai. Semuanya gara-gara anda "over-confident", tak periksa keadaan tayar spare dari masa ke semasa.

Begitu jugalah dengan polisi takaful anda. Ramai orang sangka dah ada polisi, dah selamat dah, semua problem akan selesai. Langsung tak kisah nak semak, apa jenis coverage yang ada? Berapa jumlah coverage yang ada? 

Kalau income anda RM80,000 setahun, tapi coverage takaful anda cuma RM100,000, agak agak berapa berapa lama keperluan keluarga anda dapat dipenuhi? Setahun? 2 tahun?

Kalau sakit kritikal, memaksa anda cuti tanpa gaji 3-4 tahun, coverage takaful cuma RM20,000, simpanan bank sedikit saja, macam mana anda nak tampung belanja?

Jangan sangka dah ada polisi, masalah anda akan selesai. Sebab yang selesaikan masalah bukannya caruman mahal yang anda bayar bulan-bulan. Tetapi JUMLAH COVERAGE anda yang akan selesaikan.

SEMAK BUTIRAN POLISI ANDA
Dapatkan FREE REVIEW dari saya sekarang!


No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...