Saya akui agak sukar nak yakin orang muda yang baru konvo untuk mencarum takaful. Mereka fikir, takaful untuk orang yang sudah berusia dan sudah bekeluarga. Mereka masih muda, sihat dan kebarangkalian untuk menimpa musibah cukup nipis. Itu tanggapan mereka. Sebenarnya mereka silap. Kematian akibat penyakit atau kemalangan memang tak kenal usia, jantina, pekerjaan, bangsa dan agama. Kalau nak jadi tue, maka terjadilah... Kalau musibah berlaku..harapannya tak adalah perkataan KALAU........
Perkara yang patut ada pada diri anak muda yang baru grades nie selepas dapat pekerjaan pertama, mereka perlu:-
a) Melebarkan simpanan
b) Melindungi diri sendiri
c) Kad perubatan dan insurans kemalangan
Kenapa perlu ada semua nie:
Setelah beberapa bulan bekerja, mesti nak beli kereta atau motor kan? Bila masa nak beli motor atau kereta mesti WAJIB ada perlindungan kenderaan. Kenapa WAJIB ada? Kerna kalau berlaku kemalangan, tak perlulah kita yang bayar hasil dari duit poket kita sendiri. Insurans yang akan tolong bayarkan pampasan kereta tue. Senangkan? Peace of mind kata omputih.
Takaful perubatan. Kalau nak melindungi diri sendiri dari bebanan perbelanjaan kos rawatan di hospital, molek sangatlah kalau korang ada kad perubatan. Company kita orang dah cover unlimited. Canggih manggih.. Haaaaaaaaaaaa cer korang tanya HR sendiri. Adakah polisi mereka berkenaan dengan perlindungan pekerja akan berubah atau tetap sampai 100 tahun? Mana ada kan? Mesti polisi perlindungan pekerja akan berubah dari semasa ke semasa. Kemungkinan unlimited akan jadi sejarah akibat tanggungan kos yang tingi. Jangan terkejut kalau dapat email dari HR suruh korang semua cari plan perlindungan sendirik. Masa tuelah baru kelam kabut. Kalau dah sakit, pihak takaful dah tak terima bro... Senyumlah sorang-sorang. Hmmmmmmm Lagi satu..kalau kita dah didiagnose penyakit kritikal, rasa korang, company nak simpan kita lagi tak? Tanyalah HR korang..
Personal accident. Nie lagi satu.. Kalau korang rasa kad perubatan tue banyak songeh, saya sarakan sesangat ambik perlindungan kemalangan. Rata-rata anak muda sekarang nie, mana nak guna pengangkutan awam. Mesti nak beli kereta atau motor sebijik. Personal accident sungguh berguna jika kita disabitkan kemalangan. Jangan buat nyanyuk k, statistik kemalangan di Malaysia cukup tinggi. Kalau berlaku, sekurang-kurangnya kita ada pampasan yang boleh cover loss income. Apsal pulak loss income? Gaji kan ada..Gaji jalan. Ya bro dan sis. Gaji jalan. Tapi, takkanlah kita nak pakai gaji kita uat bayar kos rawatan. Gaji tuelah nak bayar bil-bil, nak bayar sewa umah, nak bayar keta, nak bayar tol, nak bayar parking, nak bayar PTPTN, nak bagi duit belanja mak dan abah. Nanti, tinggal berapa dekat kita? Kalau ada personal accident nie, akan tolong kita langsaikan kos rawatan hospital. Siap bagi extra income lagi dengan pampasan mingguan (MC allowance), kerna MC akibat cedera dirumah.
Harap korang baca apa yang aku bebelkan. Bukan untuk aku, tapi untuk diri sendiri. Aku sebagai takaful ejen just sampaikan aja.
#takaful
#budakgrades
#konvo
#cpmbk
#askcpmbkfortakaful
#TabungWanita
No comments:
Post a Comment