Just nak share claim case sakit kritikal. Case ni bukan client saya tapi under agent yang kena terminated.
Biasanya bila agent kena terminated, polisi tu akan ditransfer pada leader. So leader akan bantu untuk dapatkan agent baru utk servicing.
Nak jadikan cerita, saya dapat sms nyatakan client admit hospital. Pending Req GL. Tergerak hati saya check dan call client. Rupanya client ni tak tau agent kena terminated dan dia baru disahkan cancer. Client ni seorang guru ada polisi dia dan and education plan. So skrg client nak buat rawatan di private.
Jadi bila saya tahu, saya pun tolong follow up sampai GL dia settle. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.
Selepas rawatan saya pun bertanya khabar dia. Dengar cerita, keadaan tak berapa baik dan dia terpaksa bercuti tanpa gaji. Saya pun mintak dia poskan report doc untuk final report dan mungkin saya boleh bantu claim untuk pampasan sakit kritikal. Form saya submit pada bulan puasa, Alhamdulillah 28/6 satu lagi pampasan sakit krital telah diluluskan.
Tadi saya call client maklumkan hal ni. Pampasan dia ada RM20k, polisi dia dan anak sudah pun waive. Allahuakbar kali ni suara dia sangat lemah. Sayup hati saya mendengar. Ucapan syukur dia kedengaran dalam sebak. Saya pulak menitis air mata. Mungkin saat ini, saya merasa kemanisan dlm biz takaful.
Sehingga arini ini, kami belum pernah berjumpa. Berhubung hanya melalui talian saja. Apa yang buat saya terfikir, rugi agent yg kena terminated tu tak dapat meneruskan tugasnya. Sebab dulu dia la call, present dan hantar polisi pada client. Tapi disaat client sangat memerlukan dia, dia tak ada lagi dalam industri.
So pada rakan yang lain, ramai orang diluar sana memerlukan pertolongan kita. Bantu dan selesaikan tanggungjawab kita hari ini. Dikala kita permudahkan masalah orang, yakinlah Allah akan permudahkan urusan kita nanti.
#takaful
#hibah
#TabungWanita
#fightforcancer
No comments:
Post a Comment