Tuesday, July 31, 2018

Anak Angkat & Hibah Takaful

Azmi ambil anak angkat Sarah dari umur 7 hari. Sekarang Sarah sudah 21 tahun. Dah jadi anak muda yang cantik dan sopan. Sedang ambil jurusan perubatan di Universiti Swasta di Cyberjaya. Bayaran di tanggung Azmi. Alahai Anak ku sayang. Apa sahaja demi mu nak !

Itu lah satu - satu permata hati Azmi & Noriah

Apakah tugas Agent Takaful jika bertemu Azmi & Noriah ?

1. Terangkan applikasi hibah Takaful yang boleh ada dalam senario Azmi & Noriah

- Tujuan Pembayaran pendidikan Sarah

2. Boleh juga diskusi terbuka tentang bagaiman pembahaguan harta setelah kematian Azmi & Noriah

- Siapakah yang layak menerima keseluruhan harta itu

Okay. Ini macam trivia sahaja. Nak lebih banyak. PM lah 😆



Ringgit Sense: 30 July 2018 - Health insurance

Pada yang mencari takaful atau masih mencari takaful, video nie sesuatu yang wajib tonton. Pencerahan macam matahari di awal pagi. Cerah dan fresh. Cewwaaahhh..

Apa perbezaan life takaful dan kad perubatan (health takaful).? Nak tahu? Mohon tonton dan hadam.

Nota kaki: Nanti nak propose pada Fika & Husna pasal hibah takaful #Tabungsuami. Nak suruh shah mencarum. Kan adil tue.

Perlu ker hibah 1 juta?

Basically bila saya nak cadangkan program hibah, saya akan melihat kepada beberapa aspek penting sebelum jumlah amaun hibah diberikan. Antaranya seperti berikut:

1. Jumlah hutang/liabiliti yang ditinggalkan suami.

2. Pendapatan tahunan bagi suami. 5 tahun gaji atau 10 tahun gaji.

3. Anggaran kos sara hidup dan inflasi setiap tahun.

4. Hasrat pemberi Hibah (Suami). Kepada siapa hibah ingin diberi dan berapa jumlah hibah yang diperlukan.

5. Haji Badal (Sekiranya perlu)

6. Anggaran kos pendidikan anak-anak untuk jangkamasa tertentu.

7. Tebus hak milik hartanah/rumah sekiranya ada.

8. Nilai tunai simpanan untuk jangka panjang.

9. Hasrat untuk infak harta.

10. Keselesaan kewangan peserta hibah.

Jadi barulah saya dapat prepare amaun hibah yang bersesuaian dengan keadaan financial semasa, planing untuk jangka panjang dan hasrat peserta hibah.

Dan mungkin boleh melepasi amaun Hibah RM 1 Juta.

#cpmbk
#takaful
#hibah
#TabungWanita
#planpenggantiangaji


Saturday, July 21, 2018

#takafulbabydalamperutsejak14minggu

Assalamualaikum sain. Mintok tolong ghoyak ko sain sahabat semuo deh. Prubsn Takaful ado tawarkan Takaful untuk baby dalam perut bermula 14 minggu lagi. Apo hok best nyo dio cover,  17 penyakit konginental seperti  jantung berlubang, Cerebral palsy, syndrome down, cleft  lip with/without cleft palate ( macam anak Lan solo pernah kena) dan banyak lagi Wei. Jenuh nak menaip.

Jugak cover penyakit berjangkit seperti HFMD (dah menular dah ia), Inlfuenza A (sesiapa yang mencarum PruBsn Takaful ada promosi diskaun Kat hospital Columbia Asia. Pi kontak depa). Measles, Rabies, thypoid fever, Chigukunya fever, Malaria, dan hmmmm banyak Wei.

Sesiapa nak tahu lebih lanjut mai PM saya. Tak rugi kalau dengar kita bercerita.

Dan akhir sekali, ia cover jugak ibu yang mengandung. Apa? Nak tahu?

Mai PM saya.

Tolong sebarkan pada sain-sain, waris semuo deh.

Moga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi rezeki sain semuo.

Tq

Sunday, July 15, 2018

Kenapa nak takut dan benci agent Takaful kalau kerja kami adalah :


1. Anda sakit kami uruskan kemasukan ke hospital swasta yang selesa. Urusan anda mudah, rawatan cepat dan selesa. Saudara mara anda boleh datang melawat bila-bila masa, suami/isteri anda pun boleh teman tidur di situ siap berdengkur lagi😂

2. Sekiranya sampai ajal anda meninggal, kami agent Takaful datang bawa cheque kepada isteri anda. Anda kena tahu, sebaik sahaja kehilangan anda, selain dari sedih anda tiada di sisi, mereka juga akan pening dan serabut memikirkan hal-hal rumahtangga yang terpaksa diuruskan seorang diri.

Jangan terlalu memikirkan siapa kami agent Takaful, tetapi, fikirkanlah mereka yang anda sayang. Anda suka atau tidak, suatu hari nanti, bila sampai ajal anda, anda tetap pergi jua. Tak cepat sesaat, tak lewat sesaat.

Alhamdulillah teruskan menyebarkan kebaikan untuk semua sahabat dan client tercinta.💋🌹

Selamat Pagi 🌻 semua.

#takaful
#hibah
#cpmbk
#askcpmbkfortakaful
#TabungWanita
#planpenggantiangaji

Friday, July 13, 2018

Sayangilah saya sebab saya agent takaful😍

*ramai orang BENCI dan TAK SUKA pada agent insurans/ takaful. Tetapi ramai dah mula SAYANG bila dia di timpa MUSIBAH kerana satu-satu nya orang yang boleh tolong tika tu adalah Agent Insurans/ takaful.
*ramai orang akan LARI bila jumpa dengan agent tetapi tak kurang juga yang KEJAR agent bila dah jatuh sakit..
*ramai orang pandang NEGATIF pada agent insurans tetapi akan mula POSITIF bila diri ditimpa bencana..
P/s : RAMAI YANG TAK SUKA KERJA MACAM KAMI .. Tetapi RAMAI YANG INGINKAN KEJAYAAN SEPERTI KAMI.. 







“Ingat 5 perkara sebelum sampai 5 perkara "... Versi Takaful

1. Ambillah Takaful ketika SIHAT sementara masih layak.. Sebab bila dah SAKIT semua company akan REJECT..

"Tolong lah encik buatkan plan medical untuk saya segera.. Saya nak guna buat operation minggu ni.. Mana saya nak cari duit untuk bayar bil RM50,000??? "...

2. Ambillah Takaful ketika MUDA sebab waktu ni masih murah.. Bila dah TUA harga dah terlalu mahal nanti nak ambil pun dah tak mampu nak bayar..

"Aduhh RM600 sebulan!!! Macamana saya nak bayar bulan-bulan ni??.. Memang silap saya sebab waktu muda tak fikir nak ambil..."...

3. Ambillah Takaful ketika KAYA (ketika masih bekerja) nanti bila dah MISKIN (dah tak kerja) siapa nak tolong bayar ..

"Setakat nak bayar bil hospital RM50,000 tak de masalah lah bagi saya.. Simpanan saya masih banyak dan company saya pun ada coverage UNLIMITED untuk saya dan family"...

"Saya kena buang kerja.. Duit simpanan semua dah habis.. Boleh buatkan plan paling murah untuk saya dan family"...

4. Ambillah Takaful ketika LAPANG nanti bila dah SIBUK susah nak planning jumpa agent..

"Encik ambillah plan ni sekarang.. Nanti lah saya tengah busy.. Nanti bila dah tak busy saya cari awak"... Selama saya jadi agent insurans tak de lagi customer cari saya nak ambil Takaful KECUALI customer tu dah sakit.. Dan saya harap encik akan cari saya ketika encik masih SIHAT"...

5. Ambillah Takaful ketika masih HIDUP nanti bila dah MATI dah tentu tak boleh nak ambil..

"Berapa pampasan suami saya ambil dengan encik??? Boleh percepatkan klaim pampasan tu tak?? Saya anak beranak dah tak de pendapatan lain kecuali duit pampasan tu je.. "

*ramai orang BENCI dan TAK SUKA pada agent insurans.. Tetapi ramai dah mula SAYANG bila dia di timpa MUSIBAH kerana satu-satu nya orang yang boleh tolong tika tu adalah Agent Insurans..

*ramai orang akan LARI bila jumpa dengan agent tetapi tak kurang juga yang kejar agent bila dah jatuh sakit..

*ramai orang pandang NEGATIF pada agent insurans tetapi akan mula POSITIF bila diri ditimpa bencana..

P/s : RAMAI YANG TAK SUKA KERJA MACAM KAMI .. Tetapi RAMAI YANG INGINKAN KEJAYAAN SEPERTI KAMI.. 😊😊😊

#hibah
#takaful
#cpmbk
#askcpmbkfortakaful
#TabungWanita


Thursday, July 5, 2018

Edisi pampasan kematian dan kemalangan

Arwah baru sahaja sign up plan takaful bulan April & polisi baru sahaja disampaikan.
Insya Allah segala tuntutan kematian + kemalangan berjumlah RM 45,000.00 akan diuruskan dengan sebaiknya dan diserahkan kepada waris. Semoga dengan pampasan yang disediakan dapat membantu keluarga arwah membesarkan anak arwah.
Salam takziah buat ahli keluarga beliau.
Takaful tak akan buat anda Kaya Raya, tapi akan menolong anda dan orang yang tersayang meringankan beban masalah kewangan.
Kredit: Huda Prudential Bsn Takaful.



Sebagai agen Takaful, banyak yang saya pelajari tentang kelebihan memiliki Takaful.

👩
👀Takaful ni ibarat menyimpan dalam diam sambil membuat back up plan jika sakit & hilang upaya. Begitu juga plan hibah utk keluarga yg ditinggalkan jika pencarum mati.
😢Rasa sgt sedih bila dpt tahu ada kenalan yg blm memiliki Takaful tetapi terlebih dahulu diuji dan mgkin peluang utk beliau memiliki Takaful pada masa akan datang semakin tipis.
💔💔Saya tiada wang yang bnyk untuk dihadiahkan, saya cuma dapat hadiahkan ilmu mengenai kepentingan Takaful dan menguruskan permohonannya jika anda mahu.
👉Semoga dapat memberi kesedaran kpd semua golongan.

#Takaful terbaik untuk umat Islam.

💪Tanggungjawab kita utk menghindarkan diri dan keturunan dari kesusahan. Ini juga slh satu objektif Maqasid Syariah

😉Kalau berniat nak ambil Takaful baik cepat-cepat uruskan permohonan.

Wednesday, July 4, 2018

WAITING PERIOD

Waiting Period atau tempoh menunggu sebelum claim boleh dibuat sekiranya client mengalami sebarang penyakit atau melalui life stage. Dan tempoh menunggu ini terdapat beberapa tempoh yang berlainan.

Antaranya..

1. Medical Card untuk penyakit specific 120 hari dari tarikh policy approved
2. Critical Illness punya coverage, ada yang 30 hari waiting period dan ada yang 60 hari waiting period. 
3. Death Benefit - untuk case bunuh diri, kena setahun selepas policy start cover
4. Untuk Claim Life stage benefit (Untuk policy firstlink - Berkahwin, dapat baby, beli rumah dan sebagainya (refer dalam policy)...ada yang 2 tahun, ada yang setahun dan sebagainya)....

Untuk waiting period ni, bagi case specific illness, sebagai agent atau client, anda kena tahu, ia mula dikira daripada symptom (gejala) penyakit tersebut berlaku, bukan masa nak dapatkan rawatan.

Contoh, untuk penyakit specific (Batu karang le katakan, kena tunggu 120 hari daripada tempoh policy lulus)....katakan pada hari yang ke 125 client nak dapatkan rawatan, tapi bila doctor tanya, bila start sakit, patient atau client jawab dah seminggu lebih...then, symptom tersebut sudah berlaku dalam tempoh waiting period (kalau case macam nie berlaku)...ini yang kekadang GL Declined (client kena bayar dulu claim kemudian, sebab pihak syarikat Takaful memerlukan maklumat lanjut untuk history penyakit tersebut)....dan lebih buruk kalau symptom berlaku dalam tempoh FREE LOOK PERIOD, dan ini boleh menyebabkan CLAIM DECLINED....so, kena terangkan bebetul kepada client.

Sekian tips dari saya....untuk maklumat lanjut, boleh hubungi agent masing2 atau leader masing2....dan untuk orang awam yang nak dapatkan info lanjut pasal perlindungan takaful dan sebagainya, boleh hubungi saya 0192853910.

kredit: Blog Aziz Riadi

#tipstakaful
#takaful
#hibah
#cpmbk
#TabungWanita
#celiktakaful


Sharing claim case sakit kritikal

Just nak share claim case sakit kritikal. Case ni bukan client saya tapi under agent yang kena terminated.

Biasanya bila agent kena terminated, polisi tu akan ditransfer pada leader. So leader akan bantu untuk dapatkan agent baru utk servicing.

Nak jadikan cerita, saya dapat sms nyatakan client admit hospital. Pending Req GL. Tergerak hati saya check dan call client. Rupanya client ni tak tau agent kena terminated dan dia baru disahkan cancer. Client ni seorang guru ada polisi dia dan and education plan. So skrg client nak buat rawatan di private.

Jadi bila saya tahu, saya pun tolong follow up sampai GL dia settle. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Selepas rawatan saya pun bertanya khabar dia. Dengar cerita, keadaan tak berapa baik dan dia terpaksa bercuti tanpa gaji. Saya pun mintak dia poskan report doc untuk final report dan mungkin saya boleh bantu claim untuk pampasan sakit kritikal. Form saya submit pada bulan puasa, Alhamdulillah 28/6 satu lagi pampasan sakit krital telah diluluskan.

Tadi saya call client maklumkan hal ni. Pampasan dia ada RM20k, polisi dia dan anak sudah pun waive. Allahuakbar kali ni suara dia sangat lemah. Sayup hati saya mendengar. Ucapan syukur dia kedengaran dalam sebak. Saya pulak menitis air mata. Mungkin saat ini, saya merasa kemanisan dlm biz takaful.

Sehingga arini ini, kami belum pernah berjumpa. Berhubung hanya melalui talian saja. Apa yang buat saya terfikir, rugi agent yg kena terminated tu tak dapat meneruskan tugasnya. Sebab dulu dia la call, present dan hantar polisi pada client. Tapi disaat client sangat memerlukan dia, dia tak ada lagi dalam industri. 

So pada rakan yang lain, ramai orang diluar sana memerlukan pertolongan kita. Bantu dan selesaikan tanggungjawab kita hari ini. Dikala kita permudahkan masalah orang, yakinlah Allah akan permudahkan urusan kita nanti.

#takaful
#hibah
#TabungWanita
#fightforcancer

Kisah dari client Syafiq Ikhwan Abu Bakar

  • Mungkin sesetengah berpendapat, duit bukan lah segalanya. Namun percayalah buat ibu bapa yg anak mereka Allah uji dgn sakit berat seperti kanser. Kebutuhan melengkapi keperluan hidup sangat tinggi.
  • Pengorbanan dan kasih seorang ibu , nekad utk ambil cuti tanpa gaji demi menjaga ank tercinta. Maka terputuslah sumber pendapatan hidup.Ini bukan kali pertama. Penghujung tahun 2015 , bermula dgn demam yang tak kebah adik Rizki ketika itu berusia 2 tahun lebih di diagnos acute leukaemia . Selama hampir setahun setengah ibu dan ayh menjaga anak tercinta menjalani rawatan kimoterapi hingga akhirnya sel yg ada hampir 100% di sahkan tidak aktif. Setahun lebih Rizki kembali kepada kehidupan normal tanpa rawatan kimo.
  • Awal tahun 2018 sekali lagi sel kanser darah kembali aktif. Doktor pakar sahkan Rizki kena jalani skli lagi proses yg sama seperti sebelumnya buat kali kedua. Syukur Alhamdulillah polisi sedia ada sedikit sebanyak dapat membantu utk ringankn beban yang di tanggung. Doakan agar hari hari mendatang di permudahkan urusan kesihatan Rizki.
  • Pesanan utk ejen ejen baru kat luar sana. Fightlah appoiment dgn seramai mungkin org yg kita kenal dan jumpa. Barangkali asbab pertemuan itu suatu hari nanti dapat ringankan beban mereka apabila di uji seumpama ini. Polisi Zikri di ambil pd tahun 2013 dgn caruman sebulan Rm100 sahaja. Ayah paksa diri ketika itu utk ambil juga polisi walaupun keadaan kewangan bukanlah pd tahap yg baik. Barangkali pengalaman hidup org lain boleh membantu kita untuk buat keputusan penting terhadap keluarga kita berkenaan takaful.





#takaful
#hibah
#fightforcancer
#cpmbk
#TabungWanita

0192853910

Monday, July 2, 2018

Kisah RM 43,464.50


Klien saya nie seorang penuntut matrikulasi. Baru berusia 19 tahun. Hobi dia adalah memancing. Ibunya mulakan carumannya pada tahun lepas 2017. Kerna terkesan dengan kisah suaminya meninggal tanpa ada insurans, hanya bergantung pada SOCSO, membuatkan ibunya mencarum kad perubatan untuk anak sulongnya (klien saya). Suatu hari, klien saya terjatuh ditempatnya memancing. Dia tak boleh nak jalan dan kaki sebelah kiri mula rasa sakit.

Al-maklumlah anak sulong dan harapan keluarga, ibunya cukup risau. Alhamdulillah, kerna ada kad perubatan, ibunya terus bawa ke Columbia Asia Bukit Rimau, Klang. Cepat dapatkan rawatan. Bila pi jumpa Dr dan scan, Dr orthopedik sahkan dia ada ACL. Dr tak tunggu lama, terus buat pembedahan keesokan harinya.

Bill pembedahan dan segala rawatan adalah RM43,464.50. Bayangkan jika klien saya nie tak ada kad perubatan? Ya, dia akan dapat rawatan, tapi belum tentu dapat menjalani pembedahan secepat mungkin. Kemungkinan kena menunggu untuk beri laluan kepada yang lebih memerlukan.

Disudut hati kecil saya, rasa terharu dan berbangga kerna dapat kenal puan nie. Terima kasih puan kerna percayakan saya. Sekurang-kurangnya, saya dapat bantu ibunya meringankan kos rawatan anaknya. Sebagai ibu tunggal, ya saya akui, banyak tanggungjawab yang dia perlu pikul. Saya doakan puan dibukakan hati untuk ambil hibah takaful pula. Ini untuk diri sendiri. Memandangkan puan adalah "bread winner", ia amat penting untuk perlindungan puan dan keluarga.

Benarlah kata orang, kisah yang lalu mengajar kita satu pengalaman yang berguna. Kalau boleh tak nak ia berulang. Maka, kita cari solusi untuk ia tak berulang. Seperti kes puan, beliau mencarum kad perubatan untuk anak sulongnya.

Insya Allah, Ahad ini saya akan ziarah puan dan keluarga untuk buat tuntutan " Accident medical Reimbursement" #AMR

Kita bila lagi?

#takaful
#hibah
#cpmbk
#askcpmbkfortakaful
#TabungWanita

0192853910


Siapa bilang budak baru graduate tak perlukan takaful? (Sila nanyi seperti lagu "Siapa bilang gadis melayu tak menawan?")


Saya akui agak sukar nak yakin orang muda yang baru konvo untuk mencarum takaful. Mereka fikir, takaful untuk orang yang sudah berusia dan sudah bekeluarga. Mereka masih muda, sihat dan kebarangkalian untuk menimpa musibah cukup nipis. Itu tanggapan mereka. Sebenarnya mereka silap. Kematian akibat penyakit atau kemalangan memang tak kenal usia, jantina, pekerjaan, bangsa dan agama. Kalau nak jadi tue, maka terjadilah... Kalau musibah berlaku..harapannya tak adalah perkataan KALAU........

Perkara yang patut ada pada diri anak muda yang baru grades nie selepas dapat pekerjaan pertama, mereka perlu:-

a) Melebarkan simpanan
b) Melindungi diri sendiri
c) Kad perubatan dan insurans kemalangan

Kenapa perlu ada semua nie:

Setelah beberapa bulan bekerja, mesti nak beli kereta atau motor kan? Bila masa nak beli motor atau kereta mesti WAJIB ada perlindungan kenderaan. Kenapa WAJIB ada? Kerna kalau berlaku kemalangan, tak perlulah kita yang bayar hasil dari duit poket kita sendiri. Insurans yang akan tolong bayarkan pampasan kereta tue. Senangkan? Peace of mind kata omputih.

Takaful perubatan. Kalau nak melindungi diri sendiri dari bebanan perbelanjaan kos rawatan di hospital, molek sangatlah kalau korang ada kad perubatan. Company kita orang dah cover unlimited. Canggih manggih.. Haaaaaaaaaaaa cer korang tanya HR sendiri. Adakah polisi mereka berkenaan dengan perlindungan pekerja akan berubah atau tetap sampai 100 tahun? Mana ada kan? Mesti polisi perlindungan pekerja akan berubah dari semasa ke semasa. Kemungkinan unlimited akan jadi sejarah akibat tanggungan kos yang tingi. Jangan terkejut kalau dapat email dari HR suruh korang semua cari plan perlindungan sendirik. Masa tuelah baru kelam kabut. Kalau dah sakit, pihak takaful dah tak terima bro... Senyumlah sorang-sorang. Hmmmmmmm Lagi satu..kalau kita dah didiagnose penyakit kritikal, rasa korang, company nak simpan kita lagi tak? Tanyalah HR korang..

Personal accident. Nie lagi satu.. Kalau korang rasa kad perubatan tue banyak songeh, saya sarakan sesangat ambik perlindungan kemalangan. Rata-rata anak muda sekarang nie, mana nak guna pengangkutan awam. Mesti nak beli kereta atau motor sebijik. Personal accident sungguh berguna jika kita disabitkan kemalangan. Jangan buat nyanyuk k, statistik kemalangan di Malaysia cukup tinggi. Kalau berlaku, sekurang-kurangnya kita ada pampasan yang boleh cover loss income. Apsal pulak loss income? Gaji kan ada..Gaji jalan. Ya bro dan sis. Gaji jalan. Tapi, takkanlah kita nak pakai gaji kita uat bayar kos rawatan. Gaji tuelah nak bayar bil-bil, nak bayar sewa umah, nak bayar keta, nak bayar tol, nak bayar parking, nak bayar PTPTN, nak bagi duit belanja mak dan abah. Nanti, tinggal berapa dekat kita? Kalau ada personal accident nie, akan tolong kita langsaikan kos rawatan hospital. Siap bagi extra income lagi dengan pampasan mingguan (MC allowance), kerna MC akibat cedera dirumah.

Harap korang baca apa yang aku bebelkan. Bukan untuk aku, tapi untuk diri sendiri. Aku sebagai takaful ejen just sampaikan aja. 

#takaful
#budakgrades
#konvo
#cpmbk
#askcpmbkfortakaful
#TabungWanita




Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...