Bukan mudah jadi konsultan Takaful sebenarnya. Sebab ramai orang menyampah bila kita bukak cerita pasal mati, lumpuh, sakit teruk, kemalangan mahupun masuk hospital dengan kos mahal. Mana ada orang nak dengar pasal musibah
Tapi itulah cabarannya. Kami konsultan Takaful terpaksa selamatkan anda ketika anda masih sihat, masih berupaya nak kerja dan masih hidup bahagia. Dalam erti kata lain, masa anda rasa diri anda "KEBAL". Sebab kami tau, by the time anda sudah ditimpa musibah, sudah terlambat untuk kami bantu anda. Cuma dapat bantu dengan berapa komisyen yang kami ada saja dan itu tak seberapa.
Kita perlu hadapi kenyataan hidup. Kerja Kerajaan ada pro and cons dia. Kerja swasta pun ada pro and cons dia. Takde pilihan yang perfect. Mana yang tak cukup, yang lopong, itulah kami cuba bantu dengan jaminan Takaful. Sebagai contoh, pekerja swasta yang ada KWSP dan SOCSO. Bukan semua masalah boleh selesai dengan mudah. Ada part part tertentu yang KWSP dan SOCSO tak cover. KWSP hanya cover 55 jenis penyakit kritikal sahaja dan Wang hanya boleh dikeluarkan untuk bayar hospital. Bukan untuk belanja sara hidup. SOCSO hanya cover kanser bila stage 3 atau 4. Kalau peringkat awal tu, memang belum cover lagi. Pandai pandai la anda cari sumber lain untuk rawat dan cegah dari merebak
Memang konsultan Takaful sering diberi persepsi buruk. Awal awal lagi dah letak notis Ejen Takaful dilarang masuk, tanpa anda menyedari Ejen Takaful lah yang akan bantu beri gantirugi dengan banyak kepada anda. Apa anda ingat gaji 5,000, bila meninggal boleh mintak sukahati 5,000 tiap tiap bulan dari Pusat Zakat, BaitulMal atau Jabatan Kebajikan?
Saya bercakap pasal realiti tuan puan. Tak kira pahit macam mana pun, buruk sangka macam mana pun, kami konsultan Takaful terpaksa beritahu realiti hidup ini - Yang takde siapa pun akan ganti gaji bulanan anda selama lamanya. Tak percaya, tanya orang sebelah anda!
Jangan hidup dalam alam fantasi sendiri.
Terima kenyataan dan realiti.
Buat persediaan awal dengan miliki COVERAGE TAKAFUL yang secukupnya. Bukan main hentam saja beli atau nak order itu ini, macam dah pakar sangat pasal Takaful.
No comments:
Post a Comment