Friday, January 19, 2018

Dekat sebulan simpan

Dekat sebulan aku fikirkan ayat ayat dan perkataan yang baik baik untuk share case claim ni,

Dekat sebulan aku simpan dan fikir cara nak susun ayat untuk apa yang aku nak sampaikan ni sampai tepat, faham dan rasa dia tu,

okay aku start;

Tahun 2017, klien aku sorang meninggal dunia, arwah dah jadi klien sejak Ogos 2015, jumpa waktu aku buka booth di Giant Shah Alam. Sibuk dia kejar anak dia berlari , aku tegur, macam biasa kan agent Insurans tiba tiba muncul masa tengah jalan jalan di Shopping Mall ke tengah beli groceries ke apa. “Assalamualaikum kak, akak dah buat Takaful kak?” Pendek santai sampai soalan tu.

Fast forward ke tahun 2017 bulan Julai, abang kepada arwah call aku kata adik dia meninggal dunia kemungkinan punca dari demam denggi berdarah. Okay, stop di situ kejap, bear in mind , arwah tak pernah ada sakit yang serious, basically health record, clean, MC di company tempat dia kerja pun tak banyak , nothing chronic atau major dan tiada regular Doctors. “Sudden Death” , itu statement pihak polis penyiasat (Investigation Officer). Post mortem juga tidak dapat conclude apa apa cause of death, “unascertained” kata doctor Pathologist.

Apa yang aku nak bagi sampai adalah, arwah yang aku jumpa kira kira 2 tahun lebih lepas, sihat dan takda sejarah sakit, clear dia ada anak kecil 2 orang, sorang 7 tahun sorang lagi 5 tahun, sedang membesar , insyaAllah masih jauh perjalanan, beliau jelas yang anak masih jauh perjalanan hidup ini , dan ayat simple, anak anak perlu duit belanja.

Kita mati hari ni, dimandikan , dikafankan, dikebumikan, ditalkinkan, esok isteri dan anak anak kena teruskan hidup, besok besok dah kena ke sekolah dan pergi kerja, perjalanan adalah kos, segala bentuk loan masih perlu dibayar balik, segala jenis bil juga masih perlu dijelaskan, begini, bil telco takkan kata , “oh ayah atau suami atau ibu you meninggal eh?, bulan ni tak payah bayar, kami turut bersimpati” , bank juga takkan kata, “oh spouse you meninggal? Okay semua urusan kami selesaikan, you sit and relax and home, let me do everything and waive off all outstandings”.

Kehidupan akan tetap diteruskan tanpa anda, cuma apa yang aku nak tanya? What will your anak anak and spouse be like without you ? Apa yang kau tinggalkan untuk keluarga? Hutang ? Simpanan semata semata ? Akan difaraidhkan, akan ambil masa untuk diagihkan. Sebelum selesai urusan pengagihan, kehidupan orang yang ditinggalkan perlu diteruskan , esok masih kena makan minum, duit belanja, buku buku, pakaian, beli ikan, telur, susu, roti dan hal dapur bukan beli dengan simpati.

Ingat perkataan ini, Hibah. Dari post sebelum sebelum ni juga aku ada mention Hibah , dan aku akan tetap terus cerita perihal Hibah sampai kau boring , sebab percayalah, keluarga yang kau tinggalkan bila kau meninggal nanti takkan boring tanya status Hibah yang kau tinggalkan. Ini real.

Akhir sekali, claim selesai , alhamdulillah. Claim kematian ke 2 sepanjang aku jadi ejen Takaful. Anak anak arwah 2 orang dapat apa yang arwah niatkan pada mula dia tandatangan di atas borang Takaful. Ambil Takaful ni basically is Life and Death punya decision, apa kita buat hari ni, samaada akan menyusahkan family kita atau mudahkan urusan waris kita. Kau yang pilih mana satu. Pertemuan biasa seorang ejen insurans dan klien pada tahun 2015 dengan niat untuk mudahkan urusan keluarga.

Berapa amaun nak ditinggalkan ? The moment kau fikirkan soal survival keluarga lepas kau pergi dan kau tenang, insyaAllah itu amaunnya.

Janji last sekali ,

I thank you kepada semua who support and trust the journey. Thank you thank you thank you ❤️

kredit: FB Fidi Rizal



mbk
0192853919

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...