Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Wednesday, January 25, 2017

RM18,000 Dan Polisi Takaful Investment-Link.

Credit gambar: FB Ekhsan Hassan
Januari 2012, ada client ambil polisi untuk satu family 5 orang. Bayar sebulan RM1,500. Sebab bayar mahal so coverage pun memang terbaik aku bagi.
Coverage complete dari pampasan kematian, cacat kekal, gantian pendapatan, pampasan kemalangan, sakit kritikal & medical card. Disebabkan client ada duit lebih, aku cadangkan tambah duit sikit masukkan dalam akaun simpanan tambahan setiap polisi.
Hampir 5 tahun payment takde masalah, senang cerita abang ni memang berduit dan tahu kepentingan takaful. Sebab tu payment cantik. Dan 3 orang dalam family termasuklah dia pernah claim masuk wad guna medical card.
November 2016, tiba-tiba client whatsapp tanya boleh tangguh payment atau bayar separuh dulu? Nak tangguh payment antara 6 bulan ke setahun sebab ekonomi tak ok, dah 4-5 bulan company tak ada projek.
Kalau tak boleh tangguh payment atau bayar separuh, maybe dia akan tutup polisi dia dulu. Maintain polisi anak-anak je.
Dengan pantas aku fikir macam mana nak selamatkan polisi satu family ni. Terus check dalam akaun simpanan takaful, untuk 5 polisi total ada hampir RM30,000 duit simpanan. Lepas tu aku call dia tanya khabar, sambil tu dia cerita duit simpanan memang ada & sekarang guna duit simpanan untuk belanja tiap bulan.
Jadi dia nak kurangkan komitmen bulanan. Ada satu rumah dia dah habis bayar. Katanya takde hal boleh jual je rumah, kereta atau moto cuma ambil masa jugak.
Dengan tenang aku sampaikan berita gembira, "Abang jangan risau, saya dah check dalam akaun simpanan takaful abang satu family ada dekat RM30,000. Bolehlah keluarkan separuh, cover dulu payment polisi untuk setahun sementara abang dapat job balik"
Alhamdulillah settle payment untuk setahun. Client tak perlu pening kepala risau polisi lapse & takde coverage. Kalau tak, dah la income tak masuk, polisi pulak lapse. Kalau apa-apa jadi duit pampasan untuk family macam mana? Kalau masuk hospital nak bayar macam mana?
Sebab tu aku dan kawan-kawan ejen Prubsn Takaful yang lain komited & fokus cadangkan pelan takaful investment-link untuk orang di luar sana. Tujuan utama nilai tunai dalam akaun untuk melindungi akaun takaful tu dulu. Andai kata kita tak buat payment, takdelah sebulan tak bayar polisi terus lapse.
Mungkin hari ni kita takde masalah untuk bayar RM1,000 sebulan tapi akan datang, kalau ada financial disaster, itu masalah paling besar yang ada. Saving yang ada masa tu nak guna untuk belanja harian. Confirm tak bayar takaful. Percayalah. Takkan hang nak bayar takaful sebulan RM1,000 tapi tak beli beras untuk anak bini makan?
Pelan takaful investment-link ni mahal sikit je kalau dibandingkan dengan pelan stand alone. Andai mampu ambillah pelan investment-link sebab kita tak tahu masa depan macam mana.
Setiap pelan takaful ada kelebihan tersendiri. Tengok keperluan perlindungan dan bajet anda.
Paling penting dapatkan nasihat yang betul dari ejen takaful anda.
Yang baru tengok nak survey-survey pelan takaful tu boleh roger PM atau whatsapp.
credit FB: Ekhsan Hassan, 


mbk
0192853910
#hibahtakaful
#TabungWanita

No comments: