Thursday, January 19, 2017

Kawal Bajet Bila Ambil Takaful

Persoalan paling penting yang kita perlu tahu bila nak ambil insuran (takaful) untuk diri sendiri; (1) Apa jenis perlindungan yang kita perlu?, (2) Berapa jumlah perlindungan untuk setiap jenis?, dan (3) Berapa bayarannya?. Bila dah bersedia dengan jawapan untuk persoalan no. 1 dan no. 2, barulah minta ejen berikan quotation ikut KEPERLUAN kita sendiri, bukan ikut ‘keperluan’ ejen. Walaupun ejen selalu cadangkan bermacam-macam produk, tetapi saya akan tolak ke tepi produk yang bukan keperluan saya.

Fahami Polisi Sebelum Melanggan

Takaful tujuannya ialah PERLINDUNGAN, bukan SIMPANAN. Jadi bila ambil takaful, semak betul-betul apa yang dia cover, dan apa yang tak cover. Tak ada pelan takaful yang cover segala-galanya.
Kalau ejen cakap “TAK ADA LIMIT”, sila fahamkan apa yang dimaksudkan “tak ada limit” itu. Saya ulang lagi sekali, tak ada pelan takaful yang cover segala-galanya. Ia pasti ada LIMIT.
Kalau bayar sahaja tiap-tiap bulan tapi tak pernah semak pun polisi takaful yang kita bayar, itu membazir namanya. Bila berlaku musibah, barulah nak marah-marah ejen dan syarikat takaful sebab tak cover. Sedangkan kita sendiri tak pernah ambil CAKNA tentang polisi kita sendiri.
4 Jenis Perlindungan Takaful
Biasanya produk takaful ada empat (4) jenis perlindungan utama.  Tetapi secara ringkasnya:

#1 – Kemalangan Diri

Ia cover kes kematian & lumpuh kekal yang disebabkan kemalangan sahaja. Kalau bukan disebabkan kemalangan, ia tak cover. Ia perlindungan paling murah. Duit pampasan itu penting untuk ahli waris meneruskan hidup dan melangsaikan hutang kita (kalau ada) bila mereka hilang sumber kewangan dengan ketiadaan kita.

#2 – Medical Card

Ia cover bil hospital sahaja samada disebabkan jatuh sakit atau rawatan disebabkan kemalangan. Apa yang perlu kita tahu, kalau majikan dah cover tetapi kita masih ambil medical card, kita cuma boleh claim salah satu daripadanya sahaja. Kalau ada dua (2) medical card, yang boleh digunakan hanyalah satu sahaja untuk satu bil hospital yang kita terima.

#3 – Penyakit Kritikal

Pampasan akan dibayar terus kepada kita bila disahkan penyakit kritikal. Ia bukan untuk bayar bil hospital. Dengan duit itu kita boleh gunakan untuk rawatan, perbelanjaan hidup atau apa sahaja. Kalau kita ambil dua (2) polisi sekaligus, kita boleh claim dari kedua-duanya sekali.

#4 – Kematian ; lumpuh kekal apa sahaja punca (termasuk kemalangan)

Tujuannya sama macam polisi kemalangan diri, cuma ia cover APA SAHAJA PUNCA kematian dan lumpuh kekal, samada disebabkan kemalangan atau disebabkan penyakit. Bezanya, polisi ini lebih mahal dari kemalangan diri.

Berapa Perlindungan Perlu Diambil?

Sebenarnya kita boleh ambil berapa besar perlindungan yang kita mahu, asalkan kita mampu bayar polisi tersebut. Lagi besar perlindungan, maka lagi mahal sumbangan yang kita perlu bayar setiap bulan. Tak ada istilah syarikat takaful A lebih murah dari takaful B. Murah atau mahal itu biasanya bergantung bagaimana syarikat itu desian produk mereka. Kalau syarikat yang masukkan serba serbi dalam satu polisi (seperti 3 dalam 1), maka duit yang perlu kita bayar setiap bulan lebih mahal, sedangkan perlindungannya kecil sahaja.
Sebab itu kita kena tahu, apa tujuan kita membayar takaful dan apa perlindungan yang kita mahu.
Dari sudut bajet peribadi penulis, pada dia 5% daripada pendapatan perlu kita peruntukkan untuk bayar perlindungan takaful. Walaupun ejen selalu nasihatkan 10%, tapi bagi saya 5% sudah memadai. Dengan bajet 5% itu, gunakan sebaik mungkin untuk dapatkan polisi yang tepat supaya dalam maksimumkan perlindungan dan tidak membazir.
Masa pendapatan kecil, ambil polisi dengan perlindungan yang kecil dahulu. Bila pendapatan sudah membesar, tambah polisi lain untuk TOP-UP perlindungan sedia ada. Lagi awal, lagi bagus sebab bayaran bulanannya lebih rendah. Lagi lambat, lagi mahal sebab umur makin bertambah.

4 “Jangan” Sebelum Ambil Takaful

Untuk dapatkan nasihat tentang takaful, sila rujuk terus kepada ejen takaful masing-masing. Jadikan nasihat ini sebagai garis panduan supaya kita dapat buat keputusan yang betul demi ‘poket’ kita, bukan ‘poket’ ejen. Nasihat saya, sila pastikan 4 “JANGAN” sebab bajet kita agak terhad;
  1. Jangan ambil perlindungan yang kita tak perlu.
  2. Jangan cover berlebih-lebihan sebab nanti bayaran mahal dan membazir.
  3. Jangan terlalu rendah nilai perlindungan hingga tak membantu bila berlaku musibah.
  4. Jangan jadikan takaful sebagai platform untuk SIMPAN DUIT. Ia adalah perlindungan, bukan simpanan. Duit yang kita bayar tu, anggaplah ianya sedekah 100%.
 Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk pembaca, insyaAllah.
kredit:http://www.mohdzulkifli.com/2016/02/kawal-bajet-bila-ambil-takaful.html
mbk
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...