Tuesday, January 31, 2017

Cuba fikir sendiri, kalau anda sakit kritikal seperti kanser. NAK PAKAI DUIT TAK?



Nak mohon Takaful ni mudah, jangan rumitkan dengan nak kaji lama lama. 

Cuba fikir sendiri, kalau anda sakit kritikal seperti kanser. NAK PAKAI DUIT TAK? 

Tipulah kalau cakap tak payah pakai duit.

So, kalau kena pakai duit, cukup tak simpanan nak tampung kos sara hidup bila dah kanser? 

Berapa banyak duit nak pakai? 

Let say RM400,000 tunai untuk beli ubat .

Cukup tak simpanan RM400,000 nak pakai? 

Kalau ada pun, sanggup tak kasi kat orang RM400,000 tu? 

Harta yang boleh diwarisi kepada keluarga, tapi anda sibuk nak wariskan kat hospital

Ada duit simpanan ke, takde simpanan ke, anda tetap perlukan Takaful. Samada nak wujudkan tabung segera atau nak lindungi harta kekayaan yang anda sudah kumpul bertahun lamanya

kredit: FB Azha Syazri Azizan

mbk
0192853910

Wednesday, January 25, 2017

RM18,000 Dan Polisi Takaful Investment-Link.

Credit gambar: FB Ekhsan Hassan
Januari 2012, ada client ambil polisi untuk satu family 5 orang. Bayar sebulan RM1,500. Sebab bayar mahal so coverage pun memang terbaik aku bagi.
Coverage complete dari pampasan kematian, cacat kekal, gantian pendapatan, pampasan kemalangan, sakit kritikal & medical card. Disebabkan client ada duit lebih, aku cadangkan tambah duit sikit masukkan dalam akaun simpanan tambahan setiap polisi.
Hampir 5 tahun payment takde masalah, senang cerita abang ni memang berduit dan tahu kepentingan takaful. Sebab tu payment cantik. Dan 3 orang dalam family termasuklah dia pernah claim masuk wad guna medical card.
November 2016, tiba-tiba client whatsapp tanya boleh tangguh payment atau bayar separuh dulu? Nak tangguh payment antara 6 bulan ke setahun sebab ekonomi tak ok, dah 4-5 bulan company tak ada projek.
Kalau tak boleh tangguh payment atau bayar separuh, maybe dia akan tutup polisi dia dulu. Maintain polisi anak-anak je.
Dengan pantas aku fikir macam mana nak selamatkan polisi satu family ni. Terus check dalam akaun simpanan takaful, untuk 5 polisi total ada hampir RM30,000 duit simpanan. Lepas tu aku call dia tanya khabar, sambil tu dia cerita duit simpanan memang ada & sekarang guna duit simpanan untuk belanja tiap bulan.
Jadi dia nak kurangkan komitmen bulanan. Ada satu rumah dia dah habis bayar. Katanya takde hal boleh jual je rumah, kereta atau moto cuma ambil masa jugak.
Dengan tenang aku sampaikan berita gembira, "Abang jangan risau, saya dah check dalam akaun simpanan takaful abang satu family ada dekat RM30,000. Bolehlah keluarkan separuh, cover dulu payment polisi untuk setahun sementara abang dapat job balik"
Alhamdulillah settle payment untuk setahun. Client tak perlu pening kepala risau polisi lapse & takde coverage. Kalau tak, dah la income tak masuk, polisi pulak lapse. Kalau apa-apa jadi duit pampasan untuk family macam mana? Kalau masuk hospital nak bayar macam mana?
Sebab tu aku dan kawan-kawan ejen Prubsn Takaful yang lain komited & fokus cadangkan pelan takaful investment-link untuk orang di luar sana. Tujuan utama nilai tunai dalam akaun untuk melindungi akaun takaful tu dulu. Andai kata kita tak buat payment, takdelah sebulan tak bayar polisi terus lapse.
Mungkin hari ni kita takde masalah untuk bayar RM1,000 sebulan tapi akan datang, kalau ada financial disaster, itu masalah paling besar yang ada. Saving yang ada masa tu nak guna untuk belanja harian. Confirm tak bayar takaful. Percayalah. Takkan hang nak bayar takaful sebulan RM1,000 tapi tak beli beras untuk anak bini makan?
Pelan takaful investment-link ni mahal sikit je kalau dibandingkan dengan pelan stand alone. Andai mampu ambillah pelan investment-link sebab kita tak tahu masa depan macam mana.
Setiap pelan takaful ada kelebihan tersendiri. Tengok keperluan perlindungan dan bajet anda.
Paling penting dapatkan nasihat yang betul dari ejen takaful anda.
Yang baru tengok nak survey-survey pelan takaful tu boleh roger PM atau whatsapp.
credit FB: Ekhsan Hassan, 


mbk
0192853910
#hibahtakaful
#TabungWanita

Thursday, January 19, 2017

Kawal Bajet Bila Ambil Takaful

Persoalan paling penting yang kita perlu tahu bila nak ambil insuran (takaful) untuk diri sendiri; (1) Apa jenis perlindungan yang kita perlu?, (2) Berapa jumlah perlindungan untuk setiap jenis?, dan (3) Berapa bayarannya?. Bila dah bersedia dengan jawapan untuk persoalan no. 1 dan no. 2, barulah minta ejen berikan quotation ikut KEPERLUAN kita sendiri, bukan ikut ‘keperluan’ ejen. Walaupun ejen selalu cadangkan bermacam-macam produk, tetapi saya akan tolak ke tepi produk yang bukan keperluan saya.

Fahami Polisi Sebelum Melanggan

Takaful tujuannya ialah PERLINDUNGAN, bukan SIMPANAN. Jadi bila ambil takaful, semak betul-betul apa yang dia cover, dan apa yang tak cover. Tak ada pelan takaful yang cover segala-galanya.
Kalau ejen cakap “TAK ADA LIMIT”, sila fahamkan apa yang dimaksudkan “tak ada limit” itu. Saya ulang lagi sekali, tak ada pelan takaful yang cover segala-galanya. Ia pasti ada LIMIT.
Kalau bayar sahaja tiap-tiap bulan tapi tak pernah semak pun polisi takaful yang kita bayar, itu membazir namanya. Bila berlaku musibah, barulah nak marah-marah ejen dan syarikat takaful sebab tak cover. Sedangkan kita sendiri tak pernah ambil CAKNA tentang polisi kita sendiri.
4 Jenis Perlindungan Takaful
Biasanya produk takaful ada empat (4) jenis perlindungan utama.  Tetapi secara ringkasnya:

#1 – Kemalangan Diri

Ia cover kes kematian & lumpuh kekal yang disebabkan kemalangan sahaja. Kalau bukan disebabkan kemalangan, ia tak cover. Ia perlindungan paling murah. Duit pampasan itu penting untuk ahli waris meneruskan hidup dan melangsaikan hutang kita (kalau ada) bila mereka hilang sumber kewangan dengan ketiadaan kita.

#2 – Medical Card

Ia cover bil hospital sahaja samada disebabkan jatuh sakit atau rawatan disebabkan kemalangan. Apa yang perlu kita tahu, kalau majikan dah cover tetapi kita masih ambil medical card, kita cuma boleh claim salah satu daripadanya sahaja. Kalau ada dua (2) medical card, yang boleh digunakan hanyalah satu sahaja untuk satu bil hospital yang kita terima.

#3 – Penyakit Kritikal

Pampasan akan dibayar terus kepada kita bila disahkan penyakit kritikal. Ia bukan untuk bayar bil hospital. Dengan duit itu kita boleh gunakan untuk rawatan, perbelanjaan hidup atau apa sahaja. Kalau kita ambil dua (2) polisi sekaligus, kita boleh claim dari kedua-duanya sekali.

#4 – Kematian ; lumpuh kekal apa sahaja punca (termasuk kemalangan)

Tujuannya sama macam polisi kemalangan diri, cuma ia cover APA SAHAJA PUNCA kematian dan lumpuh kekal, samada disebabkan kemalangan atau disebabkan penyakit. Bezanya, polisi ini lebih mahal dari kemalangan diri.

Berapa Perlindungan Perlu Diambil?

Sebenarnya kita boleh ambil berapa besar perlindungan yang kita mahu, asalkan kita mampu bayar polisi tersebut. Lagi besar perlindungan, maka lagi mahal sumbangan yang kita perlu bayar setiap bulan. Tak ada istilah syarikat takaful A lebih murah dari takaful B. Murah atau mahal itu biasanya bergantung bagaimana syarikat itu desian produk mereka. Kalau syarikat yang masukkan serba serbi dalam satu polisi (seperti 3 dalam 1), maka duit yang perlu kita bayar setiap bulan lebih mahal, sedangkan perlindungannya kecil sahaja.
Sebab itu kita kena tahu, apa tujuan kita membayar takaful dan apa perlindungan yang kita mahu.
Dari sudut bajet peribadi penulis, pada dia 5% daripada pendapatan perlu kita peruntukkan untuk bayar perlindungan takaful. Walaupun ejen selalu nasihatkan 10%, tapi bagi saya 5% sudah memadai. Dengan bajet 5% itu, gunakan sebaik mungkin untuk dapatkan polisi yang tepat supaya dalam maksimumkan perlindungan dan tidak membazir.
Masa pendapatan kecil, ambil polisi dengan perlindungan yang kecil dahulu. Bila pendapatan sudah membesar, tambah polisi lain untuk TOP-UP perlindungan sedia ada. Lagi awal, lagi bagus sebab bayaran bulanannya lebih rendah. Lagi lambat, lagi mahal sebab umur makin bertambah.

4 “Jangan” Sebelum Ambil Takaful

Untuk dapatkan nasihat tentang takaful, sila rujuk terus kepada ejen takaful masing-masing. Jadikan nasihat ini sebagai garis panduan supaya kita dapat buat keputusan yang betul demi ‘poket’ kita, bukan ‘poket’ ejen. Nasihat saya, sila pastikan 4 “JANGAN” sebab bajet kita agak terhad;
  1. Jangan ambil perlindungan yang kita tak perlu.
  2. Jangan cover berlebih-lebihan sebab nanti bayaran mahal dan membazir.
  3. Jangan terlalu rendah nilai perlindungan hingga tak membantu bila berlaku musibah.
  4. Jangan jadikan takaful sebagai platform untuk SIMPAN DUIT. Ia adalah perlindungan, bukan simpanan. Duit yang kita bayar tu, anggaplah ianya sedekah 100%.
 Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk pembaca, insyaAllah.
kredit:http://www.mohdzulkifli.com/2016/02/kawal-bajet-bila-ambil-takaful.html
mbk
0192853910

Wednesday, January 18, 2017

Sharing cerita seorang prospek yang tolak offer pelan Income Replacement...


Dulu gaji RM 5,000

Sekarang tak bergaji dan tak mampu kerja.

Umur baru 36 tahun. Diserang strok sebelah badan. Darah tinggi tak pernah monitor.

Ada 3 orang anak, anak sulung baru darjah 2. Isteri kerja kerani swasta.

Kereta dah 2 bulan tak berbayar. Rumah pulak masuk sebulan tunggakan.

Gaji isteri cuma tinggal separuh. Banyak unpaid leave sebab urus suami ulang alik hospital strok sebelah badan tak boleh berdikari dan urus anak-anak kecil.

Dulu suami tak ambil insurans sebab alasan company dah provide insurans (medical card). Lepas kena stroke, 6 bulan berikutnya kena offer VSS. Habis collapse semua medical benefit yang company bagi.

Mulanya tak nak cerita kat orang, nanti hanya dapat simpati.

Tapi cerita jugaklah, bukan untuk mintak simpati, tapi supaya yang lain sedar diri.

Kita rasa gaji kita banyak, semua harta dah ada, tapi kita lupa untuk melindungi gaji kita dari bencana sakit, hilang upaya dan kematian.

kredit: Azha Syazri Azizan.

mbk
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Monday, January 16, 2017

AMBIL TAKAFUL MACAM MINTAK NAK MATI?


Orang ambik takaful bukan sebab rancang nak mati
Tapi sebagai persediaan awal jika meninggal dunia awal, hilang keupayaan bekerja atau sakit kritikal sebelum tua/umur bersara 
Tak perlu tunggu mati, untuk claim Takaful
Mati tu bila bila........
Tak salah kalau kita rancang untuk tinggalkan harta pusaka untuk keluarga kita
Hibah Takaful ni lah BUKTI CINTA kita pada keluarga 
Lagipun mati tu urusan Allah
Bukan kita yang tentukan
Sombong kalau kita masih muda dan rasa macam lambat lagi nak mati
Maka rasa macam tak perlulah takaful takaful ni
Itulah silap kita sebagai manusia
Nak bertawakkal, tapi tak nak berusaha 
Berusaha lah dengan BERTAKAFUL dulu 
Baru BERTAWAKKAL dan serahkan pada Tuhan
Mati tu bebila kawan...

mbk
0192853910

Thursday, January 12, 2017

Bila saya asyik cakap pasal Takaful, anda mungkin ingat saya saja reka-reka cerita sebab nak jual produk. Malahan dah ambik polisi pun, boleh suka hati tak nak sambung bayar sebab sangka polisi saya takda makna, bayar saja tapi takda claim apa apa

Itu sangkaan anda sebab belum kena
Cuba kalau anda sudah kena

Tiba tiba saja, doktor sahkan anda kena kanser tahap 3
Atau jantung anda sudah tersumbat dan perlukan operation segera

Mungkin masa tu baru anda ingat balik pasal Takaful yang saya dok cerita

Saya sekadar nak ingatkan saja
Terutamanya pada rakan-rakan sebaya 

Jangan menyampah dengan posting takaful saya
Takut anak isteri yang merana kerana kedegilan anda
Tak caya, cuba baca apa kata kawan saya yang doktor cakap sudah ada penyakit dalam badannya



mbk
0192853910

Thursday, January 5, 2017

Rumah 2 Nama.

Gambar: e-pusaka.blogspot.my
"Trend" sekarang suami dan isteri membeli rumah bersama

/ Tak lepas "loan"
/ Bank suka dengan 2 nama
/ Sebagai harta sepencarian bersama?.

Namun ada yang beranggapan, apabila mati salah seorang pasangan, rumah akan menjadi pasangan yang hidup.

Dan ada juga yang mengatakan nama isteri sebagai penama.
----
Pinjaman dan takaful

Kebiasaan apabila membuat rumah, digalakkan membuat takaful / insuran sekali.

Apabila mati, rumah telah "lamsam" dibayar.

Namun ada juga yang tidak buat takaful / insuran terhadap rumah tersebut tetapi mengambil takaful diri dengan jumlah yang besar.
-----
Saya melihat, ada individu yang mencadangkan takaful diri untuk urusan rumah tersebut.

Isteri dapat pampasan takaful

/ Bayar baki hutang di bank
/ Isteri bayar tebus bayar pada waris lain
/ Isteri biaya semua urusan pentadbiran pusaka
----
Hibah rumah.

Selain aset takaful, rumah juga boleh dihibahkan.

kredit: FB Mohamad Akmal Mohamad

mbk
0192853910

Wednesday, January 4, 2017

Tahun baru dah tiba, tapi... Insurans/Takaful tak ada lagi......

Pernah tak anda terfikir yang sekarang adalah tahun 2017 dan anda masih belum ada Insurans/Takaful Nyawa (Life insurance)? Pernah tak anda terfikir kenapa majoriti bangsa lain ada Insurans/Takaful walaupun dia miskin gila? 


Tahukah anda ada yang bekerja sebagai pengutip besi buruk, pengumpul barang recycle dan pekebun, dia ada insurans/takaful untuk diri sendiri dan setiap ahli keluarga dia?

Tahukah anda kenapa bangsa Yahudi tak ada yang miskin?

Selamat Tahun Baru 2017.



mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...