Syarikat abang saya ada ambilkan Takaful Syarikat untuk pekerjanya. Jadi saya lah yang tolong uruskan. Kiranya, sudah hampir setahun saya menguruskan berkenaan dengan Insurans syarikat. Memandangkan syarikat yang saya wakili tak "offer" Employee benefits untuk kad perubatan, maka terpaksalah saya mengambil dari Takaful operator yang lain. Disamping tak mahu ada konflik of interest. Hehehehe
Patulah ramai yang berlagak gila bile saya approach dan nak citer pasal Personal Takaful. Memang Insurans company ambik coverage kaw2 banyak dan nak dapat GL pun cepat. Siap cover Takaful Klinik lagi. Patutlaaahhhhhhhh..... Siapa tak nak kan?
Setiap produk Takaful baik untuk Takaful syarikat atau Personal Takaful ada kelemahan dan kebaikannya sendiri. Dari pengalaman kecil ini, harapnya dapat membantu kalian diluar sana untuk mengenal lebih dekat tentang kesedaran Takaful.
Beberapa syarikat insurans/takaful di Malaysia |
Insurans/Takaful Syarikat
--------------------------------------
Kebanyakan syarikat akan ambil coverage untuk setiap pekerjanya dengan coverage yang berbeza. Perbezaan coverage ini berdasarkan ranking atau berdasarkan seniority pekerja tersebut. Contoh: Coverage executive dengan coverage manager takkan sama. Kemungkinan pihak HR akan pilih coverage tahunan kad perubatan executive hanya RM50,000 setahun manakala coverage tahunan kad perubatan untuk manager adalah RM100,000. Lihat... banyak bezakan?
Begitu juga dengan coverage perlindungan hayat untuk pekerja. Akan ada perbezaan diantara status ranking pekerja itu sendiri. Kebiasaannya , coverage perlindungan hayat berdasarkan gaji pekerja itu sendiri. Takkan ada coverage perlindungan hayat bawah RM20,000. Itu sudah dikira "under insured". Pihak Majikan takkan ambil Insurans/Takaful "under insured" untuk kategori perlindungan hayat. Jika mereka pilih, sudah jadi Majikan tahap Neraka. Majikan juga harus fikir cara-cara untuk menjaga kebajikan pekerja supaya mereka kekal bekerja ditempat mereka. Jika pekerja mereka meninggal secara tiba-tiba atau meninggal kerana sakit atau accident, sekurang-kurangnya pampasan yg diberikan dapat meringankan beban pewaris.
Paling istimewa Insurans/Takaful syarikat adalah mereka ada menawarkan kad perubatan klinik. Dengan maksimum perlindungan tahunan sebanyak RM1,500 setahun, memberi kelebihan Insurans/Takaful syarikat untuk menjadi pilihan utama majikan. Pekerja takkan rasa terbeban untuk membayar kos rawatan klinik jika mereka demam atau sekadar batuk atau selsema manja-manja gitu. MC pun dapat. Pekerja mana tak tersenyum. Sekurang-kurangnya pihak Insurans/Takaful syarikat yang tolong bayarkan. Jimat duit pekerja. Ada juga syarikat yang ambil "pre screening health" yaitu coverage untuk medikal check up secara percuma untuk pekerja mereka. Anda boleh check dengan HR department sama ada syarikat anda anda memohon untuk coverage ini.
Seperti Insurans/Takaful klinik, pihak mereka juga menawarkan kad perubatan berunsurkan hospitalization. Kad perubatan ini khas untuk warded di hospital sahaja. Untuk menyenangkan pekerja dan pihak syarikat Insurans/Takaful, pekerja atau anda dinasihatkan untuk warded di panel hospital untuk isu GL. Bila GL dah approved, baru boleh warded di hospital. Harga bilik berapa? Itu anda sendiri kena check dengan HR apa yang pihak Insurans/takaful cover.
Company Insurans/Takaful adalah Insurans/Takaful yang berkelompok. Bukan secara individual. Agak terlampau mahal jika majikan memilih plan individu. Plan secara berkelompok agak murah dan sesuai dengan bajet syarikat. Bila sebut kelompok, Insurans/Takaful syarikat ada beri pilihan untuk majikan sama ada mahu masukkan spouse dan anak2 dalam plan perlindungan syarikat atau tidak? Semuanya terpulang dengan bajet syarikat.
Jika pekerja dimasukkan ke hospital, GL akan di mohon oleh pihak hospital. Kebiasaanya tiada isu yang berbangkit semasa memohon GL. Dr di klinik boleh juga isu GL jika anda atau spouse atau anak2 (jika mereka dilindungi oleh syarikat) mengalami sakit yang berulang atau sakit yang ada tidak juga sembuh. Kiranya bile anda ke hospital, GL sudah approved dan tak perlu tunggu lama untuk dimasukkan ke dalam ward. Canggih bukan? Dr di kinik pun ada sistem yang boleh berhubung dengan hospital yang ingin kita pergi. Ini hanya terjadi jika melibatkan Insurans/Takaful syarikat SAHAJA.
Paling saya suka sekali Insurans/Takaful syarikat adalah mereka terima jika anda sudah ada penyakit. Kebanyakan Insurans/Takaful syarikat akan terima penyakit yang sedia ada. Walaupun begitu, anda mesti buat juga declare penyakit tersebut. Salah seorang pekerja abang saya sudah ada penyakit gastrik yang agak kronik juga. Akan tetapi pihak Insurans/Takaful syarikat accept without any exclusion. Sehingga sekarang, GLnya tiada isu. Approved sahaja jika dimasukkan ke dalam hospital. Kenapa boleh jadi begini? Tak rugi ker? Anda semua kena sedia maklum yang dana mereka sudah cukup tinggi atau banyak untuk company yang focus general Insurans/Takaful ini. Jadi, tiada masalah untuk buat sebarang tuntutan. Cuba lihat syarikat seperti Great Eastern, Allianz, AIA Public Takaful, Takaful Malaysia (hanya menyebut beberapa company yang focus dan ada tawaran General Insurance/Takaful). Sudah berapa lama mereka bertapak di Malaysia sebagai General Insurans/Takaful? Agak lama bukan? Bukan setahun dua tapi sudah berpuluh tahun di Malaysia. Jadi tak hairanlah, jika mereka mampu untuk membayar tuntutan yang dibuat. Pastikan tuntutan yang dibuat itu tuntutan yang munasabah.
Sepanjang pengalaman saya yang masih sedikit ini, jika ingin buat sebarang tuntutan sama ada outpatient atau hospitalization, dokumen yang diperlukan tidaklah serigid mana dan complicated. Hanya itemised bills, kad rawatan dan borang claim pun sudah mencukupi. Oh ya.. saya lupa.... Sakit outpatient pun mereka cover tak kisah dari demam manja hingga ke perjumpaan specialist (mesti ada surat referral dari Dr. yang merawat).
Tapi apa yang tak bestnya, Insurans/Takaful syarikat yang ditawarkan ini hanya tempoh setahun sahaja atau dikenali sebagai annual renewal (Perbaharuan tahunan). Jika syarikat masih mempunyai bajet sebelum ini, maka jumlah coverage yang dilindungi sebelum ini takkan berubah. Jika bajet syarikat sedikit, maka pihak syarikat kena review balik nilai coverage yang ditawarkan. Kemungkinan untuk menurunkan nilai perlindungan cukup tinggi. Pihak HR berhak untuk review balik nilai perlindungan Insurans/Takaful tanpa persetujuan pekerja.
Jika pekerja sudah resign atau sudah bersara, mereka tidak akan dilindungi oleh Insurans/Takaful syarikat.
Personal Insurans/Takaful
-------------------------------------
Saya lihat kesedaran Takaful sudah meningkat. Walaupun tak banyak, jika dibanding dengan 5 tahun dulu, jauh bezanya. Ibu bapa sudah tak lokek untuk membelanjakan sedikit duit mereka untuk mencarum Takaful. Takaful pun sebahagian dari Financial Tool.
Coverage untuk Personal Insurans/Takaful berdasarkan plan penggantian gaji 5-10 tahun (untuk perlindungan hayat) manakala kad perubatan harus diukur dengan kadar inflasi medikal. Kadar inflasi medikal akan naik 15% setiap tahun. Kiranya annual limit wajib RM100 ribu keatas. Apa yang saya tiliskan ini hanyalah panduan sahaja. Tapi semuanya berdasarkan bajet korang jugak. Korang yang menentukan nilai coverage. Pihak ejen hanya mencadangkan sahaja. Tidak seperti Insurans/Takaful yang menentukan adalah pihak HR dan nilai coverage seseorang pekerja berdasarkan seniority atau pangkat seseorang didalam organisasi.
Tiada beza sangat antara Insurans/Takaful Syarikat dan Personal Insurans/Takaful. Tapi secara jujur, apa yang saya lihat isu GL. GL untuk personal Insurans/Takaful kebiasaanya akan mengambil masa dalam tempoh satu jam, itupun kalau clear case. Jika ada masalah dengan approval GL, anda ada pilihan:-
1) Sama ada sign surat untuk membayar kos rawatan. Kiranya kos rawatan yang dibayar boleh PAY n CLAIM (bayar dulu claim kemudian) atau
2) Discharge dan refer to hospital government atau hospital swasta yang kos rawatan murah sikit. Kiranya kos rawatan yang dibayar boleh PAY n CLAIM (bayar dulu claim kemudian).
Perkara ini berlaku kerana ada kemusykilan atau keraguan dari pihak Takaful berdasarkan report Dr yang merawat. Ada klausa didalam buku polisi yang menyatakan dalam tempoh 2 tahun polisi itu, pihak Takaful ada hak untuk melakukan sebarang penyiasatan jika didapati ada keraguan. Keraguan yang dimaksudkan:-
1. Sebagai contoh: Anak demam dan influenza. GL decline kerana ada keraguan. Kenapa decline? Tak Cover ker? Bukan begitu. Ada beberapa situasi pihak Takaful tengok jika berlaku demam atau influenza:
a) Muntah yang berterusan
b) Cirit birit yang berterusan
c) Tidak dapat minum atau pun makan
d) Kelihatan terlalu keletihan. Biasanya anak akan jadi tidak aktif, dan tidur. Dalam keadaan tertentu akan jadi "Irritable"
e) Sesak nafas/bernafas laju
Dalam keadaan ini, admission diperlukan dan pesakit hendaklah di "hydrate" kan dengan memasukkan air. Jika sesak nafas, bantuan oksigen hendaklah diberikan
Keadaan demam 38.5-39.0 adalah bukan indikasi untuk dimasukkan kedalam ward. Jika tiada simptom seperti disebut diatas, GL decline kerana pihak Takaful menganggapkan pesakit boleh di rawaat sebagai outpatient. Harus diingatkan, outpatient personal kad perubatan TIDAK COVER. Tidak seperti Insurans/Takaful syarikat yg cover outpatient tak kisah sakit apa pun. Saya pernah mendengar rintihan ibu/bapa, suhu anaknya sudah mencecah 40.00 degree, tapi Dr tak masukkan dalam ward. Perkara ini berlaku di PPUM. Ini kerana anaknya masih boleh makan dan minum. Badannya tak "hydrate".
2. Penyakit yang biasa didapati dinegara yang sejuk seperti Negara Eropah. Pihak Takaful akan memohon requirement seperti MC dari HR, Laporan klinik dan laporan hospital.
3. Declare tiada penyakit, akan tetapi lepas tempoh bertenang bulan ke 5 ada cysts. Pihak Takaful akan buat pemeriksaan secara menyeluruh. Pencarum kena Pay and Claim.
Sepanjang yang saya tulis bunyi macam menakutkan bukan? Saya harap korang semua jangan khuatir. Jika kes tuan-puan, atau anak-anak clear yaitu memang mereka sakit, GL akan diluluskan. Sebab itu saya sarankan harus ke klinik dahulu sebelum ke hospital. Dapatkan surat referral dari Dr. Surat itu boleh membantu anda untuk menyenangkan pihak Hospital untuk isu GL dan memudahkan pihak Takaful meluluskan GL.
Tuntutan yg bakal dibuat akan mengambil masa kerana ia bergantung medikal report dari hospital (jika pernah warded), laporan klinik, MC dari HR (jika bekerja).
Personal Insurans/Takaful harus dicarum kerana jika anda sebagai pekerja tiba2 sakit atau accident atau sudah tidak bekerja, sekurang-kurang sakit pening atau sakit sampai masuk hospital akan ada kad perubatan yang boleh diharapkan dan boleh bayarkan kos rawatan korang. Kalian juga boleh dapat pampasan yg mana boleh jadi plan penggantian gaji selama 5 atau 10 tahun. Tempoh matang kad perubatan sama ada 70 tahun atau 80 tahun. Oh ya.. kad perubatan hanya cover kemasukan hospital sahaja. Buat masa ini, tiada lagi personal Takaful/Insurans operator yang menawarkan kad perubatan klinik. Jika Insurans/Takaful hayat, tempoh matang samada 80 tahun atau 100 tahun.
So apa yang bestnya personal Insurans/Takaful nie? Saya nak tanya sampai bila korang boleh bekerja? Sehingga pencen atau sehingga anda kahwin? Setuju tak sekiranya saya kata kehidupan ini tidak dijangka? Jika berlaku musibah waktu bekerja, dan tidak dapat bekerja selama 6 bulan secara berterusan atau asyik MC saja, rasanya majikan nak simpan korang tak? Korang tahu tak, jika berlaku musibah seperti didiagnose salah satu penyakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh dan seumur hidup, Insurans/Takaful korang akan"waive" sehingga tempoh matang atau meninggal dunia (yang mana dahulu). Perkara ini tidak berlaku di Insurans/Takaful Syarikat. Sepanjang Insurans/Takaful "Waive", Insurans/Takaful korang masih inforce yang mana korang masih boleh buat claim, masih boleh guna kad perubatan bila perlu. Kiranya korang tak perlu fikir macam mana nak bayar duit keta, macam mana nak bayar umah, macam mana nak bayar utang PTPTN, macam mana nak beli susu anak, macam mana nak bayar yuran skolah anak. Kerana korang masih entitled dilindungi dan masih boleh dapat pampasan yg sewajarnya.
Untuk Insurans/Takaful Syarikat, jika anda sudah menghidap sakit kronik yang melampau, ada kemungkinan pihak Insurans/ Takaful tak dapat nak memperbaharui Insurans/Takaful kerana risiko yang cukup tinggi. Anda kemungkinan dibuang kerja kerana MC yg berpanjangan dan tiada istilah "waive" didalam Insurans/Takaful Syarikat.
Insurans/Takaful syarikat dan personal Insurans/Takaful adalah sama penting. Apa salahnya ambil Personal Insurans/Takaful Syarikat? Kalau kita kata tiada duit, cuba lihat cara kita berbelanja. Cuba adjust perbelanjaan kita. Saya percaya, kalian boleh add in Takaful sebahagian dari Tabung kecemasan.
Saya selitkan video dari rakan seperjuangan saya saudara Firdaus Ahmad yg juga dikenali sebagai bote atau pidomat. Amati video ini dan saya rasa korang akan terkedu melihatnya. Kenapa kita WAJIB ada personal Insurans/Takaful.
Kredit: Fdaus Ahmad
mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans@blogspot.com
No comments:
Post a Comment