Perkongsian drpd Zaman Kini.
Assalamualaikum..
Pagini, saya nak kongsikan 3 kaedah pewarisan harta secara islam yang efektif.
Untuk pengetahuan semua, sejumlah 60 billion ringgit harta orang islam di malaysia masih gagal di agihkan sebab harta banyak, pewaris tidak faham dan lain lain.
Apa tiga kaedah tu?
HIBAH, WASIAT dan FARAID
HIBAH
---------
HIBAH maksudnya kita hadiahkan harta yg dah sempurna milik. Ia dilaksanakan ketika kita hidup dan akan terus berkuatkuasa masa kita hidup. Kita boleh HIBAH pada sapa sapa saja.Contoh HIBAH setiap anak tanah or cash or kereta. So terus tukar nama atas nama mereka. Harta ni dah sempurna jadi milik mereka dan tak terlibat dgn faraid dah di kemudian hari.
🎁pampasan takaful juga tergolong dalam kategori HIBAH dan tidak akan masuk faraid.
WASIAT
----------
WASIAT pula perkara yg kita tulis masa hidup, tapi akan dilaksanakan selepas kita tiada. Tujuan WASIAT ialah apabila kita nak bagi harta pada selain dari pewaris seperti masjid, surau,wakaf atau anak angkat. Syarat tidak melebihi sepertiga harta kita. Bolehlah lantik trustee atau penulis wasiat berdaftar.
FARAID
-----------
FARAID pula adalah pembahagian harta pusaka peninggalan si mati sesama ahli waris utama seperti mak ayah anak anak dan isteri atau lain lain.Selepas hutang dan wasiat si mati ditunaikan, baki harta adalah subject to faraid.
mbk
Perunding Takaful.
0192853910
1 comment:
Kalau saya, saya bercadang buat wasiat dan selebihnya bahagi secara faraid kepada sesiapa yang berhak menerima :)
Post a Comment