Monday, August 1, 2016

Takaful untuk pengantin

Kebiasaannya pasangan pengantin akan meletakkan barangan hantaran perkahwinan seperti beg, kasut, alat-alat mekap, Al-Quran, Sejadah, Kain telekung, manisan dan macam-macam lagi. Boleh tak kalau kita ubah hantaran perkahwinan berbentuk celik Takaful. Kan elok kalau ada perlindungan ini sebagai tabung kecemasan. Musibah datang tak diduga. Sekurang-kurangnya adalah aset atau nilai duit untuk kita melangsungkan kehidupan ini selepas dia tiada. Jaminan masa depan untuk orang yang tersayang.
Kredit gambar: MS Facebook
Saya tertarik dengan sisipan suratkhabar Berita Harian tahun 2006, menurut Ketua Hakim Syarie dengan adanya Takaful, ia dapat membela nasib anak atau Isteri selepas perceraian atau kematian Suami. Memandangkan Takaful sekarang menggunakan konsep Hibah, saya kira ia memang berbaloi untuk dijadikan salah satu tabung kecemasan. Dan pampasan yang dihibahkan dapat terus ke penama tanpa memerlukan wasi atau faraid.
So.. suprisingly... di Mesir, sistem Takaful dalam perkahwinan digunapakai dan terbukti dapat membela Isteri dan anak-anak sekiranya berlaku perceraian atau mengalami kematian suami. Difahamkan bakal suami perlu mencarum Takaful sejumlah RM100 yang dikelolakan oleh pihak bank. RM100 sebulan, saya kira sudah berbaloi dan sudah murah. Dengan usia kurang dari 30 tahun, dengan bayaran RM100, pampasan sebanyak RM200,000 dapat diperolehi. 

Walaupun jumlah bayaran kecil, saya kira nilai pampasan yang diterima agak bernilai buat mereka. Dengan adanya Takaful, dapat meringankan beban Isteri dan anak-anak dalam menjalani kehidupan harian. Berapa kerapkah nasib Isteri dan anak-anak terbela selepas perceraian atau kematian suami? 
mbk
perunding takaful
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...