Monday, August 29, 2016

Edisi Celik Takaful: Jom Hibah Takaful

Contoh Hibah Takaful dari seorang Ayah kepada keluarga.
Sebab apa saya minta anda create Hibah Takaful RM250,000 | RM500,000 dan RM1,000,000 hari ini? 3 sebab utama :

a-anda sendiri tak pasti bila ajal akan memanggil

b-tiada siapa akan hulur RM250,000 pada anak dan isteri anda yg sedang menangis. RM2500 pun belum tentu.

c-polisi hibah ini sangat murah minimum RM100* sebulan. Anda terlebih mampu utk ambil.

Kami mengingatkan sepanjang masa supaya anda tidak kesal dikemudian hari, anda pergi dengan tidak tenang atau barangkali anda tidak akan memaafkan diri anda sendiri.

credit to: Zaman Kini

* RM100 diukur dari segi umur bawah 30 tahun, risiko pekerjaan kelas 1. Setiap umur dan kelas pekerjaan yang berbeza memberi jumlah contribution yang berbeza.

mbk
perunding takaful
0192853910

Edisi celik takaful: Jom kita berhibah Takaful


Assalamualaikum
Saya nak ajak kawan kawan sy
yang dah ada polisi mahupun
yang belum ada polisi takaful
untuk create satu akaun hibah
sama ada RM250,000 ataupun
RM500,000 atau RM1,000,000.
Awak boleh letak nama ibu,ayah,
Isteri atau anak sebagai penama,
Sebab duit fund tersebut 100%
Untuk kegunaan keluarga awak.

mbk
perunding takaful
0192853910

Wednesday, August 24, 2016

EDISI CELIK TAKAFUL: TAKAFUL COMPANY VS PERSONAL TAKAFUL (DARI PENGALAMAN KECIL CIK PUAN MBK)

Syarikat abang saya ada ambilkan Takaful Syarikat untuk pekerjanya. Jadi saya lah yang tolong uruskan. Kiranya, sudah hampir setahun saya menguruskan berkenaan dengan Insurans syarikat. Memandangkan syarikat yang saya wakili tak "offer" Employee benefits untuk kad perubatan, maka terpaksalah saya mengambil dari Takaful operator yang lain. Disamping tak mahu ada konflik of interest. Hehehehe

Patulah ramai yang berlagak gila bile saya approach dan nak citer pasal Personal Takaful. Memang Insurans company ambik coverage kaw2 banyak dan nak dapat GL pun cepat. Siap cover Takaful Klinik lagi. Patutlaaahhhhhhhh..... Siapa tak nak kan? 

Setiap produk Takaful baik untuk Takaful syarikat atau Personal Takaful ada kelemahan dan kebaikannya sendiri. Dari pengalaman kecil ini, harapnya dapat membantu kalian diluar sana untuk mengenal lebih dekat tentang kesedaran Takaful. 


Beberapa syarikat insurans/takaful di Malaysia


Insurans/Takaful Syarikat
--------------------------------------
Kebanyakan syarikat akan ambil coverage untuk setiap pekerjanya dengan coverage yang berbeza. Perbezaan coverage ini berdasarkan ranking atau berdasarkan seniority pekerja tersebut. Contoh: Coverage executive dengan coverage manager takkan sama. Kemungkinan pihak HR akan pilih coverage tahunan kad perubatan executive hanya RM50,000 setahun manakala coverage tahunan kad perubatan untuk manager adalah RM100,000. Lihat... banyak bezakan? 

Begitu juga dengan coverage perlindungan hayat untuk pekerja. Akan ada perbezaan diantara status ranking pekerja itu sendiri. Kebiasaannya , coverage perlindungan hayat berdasarkan gaji pekerja itu sendiri. Takkan ada coverage perlindungan hayat bawah RM20,000. Itu sudah dikira "under insured". Pihak Majikan takkan ambil Insurans/Takaful "under insured" untuk kategori perlindungan hayat. Jika mereka pilih, sudah jadi Majikan tahap  Neraka.  Majikan juga harus fikir cara-cara untuk menjaga kebajikan pekerja supaya mereka kekal bekerja ditempat mereka. Jika pekerja mereka meninggal secara tiba-tiba atau meninggal kerana sakit atau accident, sekurang-kurangnya pampasan yg diberikan dapat meringankan beban pewaris.

Paling istimewa Insurans/Takaful syarikat adalah  mereka ada menawarkan kad perubatan klinik. Dengan maksimum perlindungan tahunan sebanyak RM1,500 setahun, memberi kelebihan Insurans/Takaful syarikat untuk menjadi pilihan utama majikan. Pekerja takkan rasa terbeban untuk membayar kos rawatan klinik jika mereka demam atau sekadar batuk atau selsema manja-manja gitu. MC pun dapat. Pekerja mana tak tersenyum. Sekurang-kurangnya pihak Insurans/Takaful syarikat yang tolong bayarkan. Jimat duit pekerja. Ada juga syarikat yang ambil "pre screening health" yaitu coverage untuk medikal check up secara percuma untuk pekerja mereka. Anda boleh check dengan HR department sama ada syarikat anda anda memohon untuk coverage ini.

Seperti Insurans/Takaful klinik, pihak mereka juga menawarkan kad perubatan berunsurkan hospitalization. Kad perubatan ini khas untuk warded di hospital sahaja. Untuk menyenangkan pekerja dan pihak syarikat Insurans/Takaful, pekerja atau anda dinasihatkan untuk warded di panel hospital untuk isu GL. Bila GL dah approved, baru boleh warded di hospital. Harga bilik berapa? Itu anda sendiri kena check dengan HR apa yang pihak Insurans/takaful cover.

Company Insurans/Takaful adalah Insurans/Takaful yang berkelompok. Bukan secara individual. Agak terlampau mahal jika majikan memilih plan individu. Plan secara berkelompok agak murah dan sesuai dengan bajet syarikat. Bila sebut kelompok, Insurans/Takaful syarikat ada beri pilihan untuk majikan sama ada mahu masukkan spouse dan anak2 dalam plan perlindungan syarikat atau tidak? Semuanya terpulang dengan bajet syarikat.

Jika pekerja dimasukkan ke hospital, GL akan di mohon oleh pihak hospital. Kebiasaanya tiada isu yang berbangkit semasa memohon GL. Dr di klinik boleh juga isu GL jika anda atau spouse atau anak2 (jika mereka dilindungi oleh syarikat) mengalami sakit yang berulang atau sakit yang ada tidak juga sembuh. Kiranya bile anda ke hospital, GL sudah approved dan tak perlu tunggu lama untuk dimasukkan ke dalam ward. Canggih bukan? Dr di kinik pun ada sistem yang boleh berhubung dengan hospital yang ingin kita pergi. Ini hanya terjadi jika melibatkan Insurans/Takaful syarikat SAHAJA. 

Paling saya suka sekali Insurans/Takaful syarikat adalah mereka terima jika anda sudah ada penyakit. Kebanyakan Insurans/Takaful syarikat akan terima penyakit yang sedia ada. Walaupun begitu, anda mesti buat juga declare penyakit tersebut. Salah seorang pekerja abang saya sudah ada penyakit gastrik yang agak kronik juga. Akan tetapi pihak Insurans/Takaful syarikat accept without any exclusion. Sehingga sekarang, GLnya tiada isu. Approved sahaja jika dimasukkan ke dalam hospital. Kenapa boleh jadi begini? Tak rugi ker? Anda semua kena sedia maklum yang dana mereka sudah cukup tinggi atau banyak untuk company yang focus general Insurans/Takaful ini. Jadi, tiada masalah untuk buat sebarang tuntutan. Cuba lihat syarikat seperti Great Eastern, Allianz, AIA Public Takaful, Takaful Malaysia (hanya menyebut beberapa company yang focus dan ada tawaran General Insurance/Takaful). Sudah berapa lama mereka bertapak di Malaysia sebagai General Insurans/Takaful? Agak lama bukan? Bukan setahun dua tapi sudah berpuluh tahun di Malaysia. Jadi tak hairanlah, jika mereka mampu untuk membayar tuntutan yang dibuat. Pastikan tuntutan yang dibuat itu tuntutan yang munasabah.

Sepanjang pengalaman saya yang masih sedikit ini, jika ingin buat sebarang tuntutan sama ada outpatient atau hospitalization, dokumen yang diperlukan tidaklah serigid mana dan complicated. Hanya itemised bills, kad rawatan dan borang claim pun sudah mencukupi. Oh ya.. saya lupa.... Sakit outpatient pun mereka cover tak kisah dari demam manja hingga ke perjumpaan specialist (mesti ada surat referral dari Dr. yang merawat). 

Tapi apa yang tak bestnya, Insurans/Takaful syarikat yang ditawarkan ini hanya tempoh setahun sahaja atau dikenali sebagai annual renewal (Perbaharuan tahunan). Jika syarikat masih mempunyai bajet sebelum ini, maka jumlah coverage yang dilindungi sebelum ini takkan berubah. Jika bajet syarikat sedikit, maka pihak syarikat kena review balik nilai coverage yang ditawarkan. Kemungkinan untuk menurunkan nilai perlindungan cukup tinggi. Pihak HR berhak untuk review balik nilai perlindungan Insurans/Takaful tanpa persetujuan pekerja. 

Jika pekerja sudah resign atau sudah bersara, mereka tidak akan dilindungi oleh Insurans/Takaful syarikat.

Personal Insurans/Takaful
-------------------------------------
Saya lihat kesedaran Takaful sudah meningkat. Walaupun tak banyak, jika dibanding dengan 5 tahun dulu, jauh bezanya. Ibu bapa sudah tak lokek untuk membelanjakan sedikit duit mereka untuk mencarum Takaful. Takaful pun sebahagian dari Financial Tool. 

Coverage untuk Personal Insurans/Takaful berdasarkan plan penggantian gaji 5-10 tahun (untuk perlindungan hayat) manakala kad perubatan harus diukur dengan kadar inflasi medikal. Kadar inflasi medikal akan naik 15% setiap tahun. Kiranya annual limit wajib RM100 ribu keatas. Apa yang saya tiliskan ini hanyalah panduan sahaja. Tapi semuanya berdasarkan bajet korang jugak. Korang yang menentukan nilai coverage. Pihak ejen hanya mencadangkan sahaja. Tidak seperti Insurans/Takaful yang menentukan adalah pihak HR dan nilai coverage seseorang pekerja berdasarkan seniority atau pangkat seseorang didalam organisasi.

Tiada beza sangat antara Insurans/Takaful Syarikat dan Personal Insurans/Takaful. Tapi secara jujur, apa yang saya lihat isu GL. GL untuk personal Insurans/Takaful kebiasaanya akan mengambil masa dalam tempoh satu jam, itupun kalau clear case. Jika ada masalah dengan approval GL, anda ada pilihan:-

 1) Sama ada sign surat untuk membayar kos rawatan. Kiranya kos rawatan yang dibayar boleh PAY n CLAIM (bayar dulu claim kemudian) atau 

2) Discharge dan refer to hospital government atau hospital swasta yang kos rawatan murah sikit. Kiranya kos rawatan yang dibayar boleh PAY n CLAIM (bayar dulu claim kemudian).

Perkara ini berlaku kerana ada kemusykilan atau keraguan dari pihak Takaful berdasarkan report Dr yang merawat. Ada klausa didalam buku polisi yang menyatakan dalam tempoh 2 tahun polisi itu, pihak Takaful ada hak untuk melakukan sebarang penyiasatan jika didapati ada keraguan. Keraguan yang dimaksudkan:-

1. Sebagai contoh: Anak demam dan influenza. GL decline kerana ada keraguan. Kenapa decline? Tak Cover ker? Bukan begitu. Ada beberapa situasi pihak Takaful tengok jika berlaku demam atau influenza: 

a) Muntah yang berterusan
b) Cirit birit yang berterusan
c) Tidak dapat minum atau pun makan
d) Kelihatan terlalu keletihan. Biasanya anak akan jadi tidak aktif, dan tidur. Dalam keadaan tertentu akan jadi "Irritable"
e) Sesak nafas/bernafas laju

Dalam keadaan ini, admission diperlukan dan pesakit hendaklah di "hydrate" kan dengan memasukkan air. Jika sesak nafas, bantuan oksigen hendaklah diberikan

Keadaan demam 38.5-39.0 adalah bukan indikasi untuk dimasukkan kedalam ward. Jika tiada simptom seperti disebut diatas, GL decline kerana pihak Takaful menganggapkan pesakit boleh di rawaat sebagai outpatient. Harus diingatkan, outpatient personal kad perubatan TIDAK COVER. Tidak seperti Insurans/Takaful syarikat yg cover outpatient tak kisah sakit apa pun. Saya pernah mendengar rintihan ibu/bapa, suhu anaknya sudah mencecah 40.00 degree, tapi Dr tak masukkan dalam ward. Perkara ini berlaku di PPUM. Ini kerana anaknya masih boleh makan dan minum. Badannya tak "hydrate".

2. Penyakit yang biasa didapati dinegara yang sejuk seperti Negara Eropah. Pihak Takaful akan memohon requirement seperti MC dari HR, Laporan klinik dan laporan hospital.

3. Declare tiada penyakit, akan tetapi lepas tempoh bertenang bulan ke 5 ada cysts. Pihak Takaful akan buat pemeriksaan secara menyeluruh. Pencarum kena Pay and Claim.

Sepanjang yang saya tulis bunyi macam menakutkan bukan? Saya harap korang semua jangan khuatir. Jika kes tuan-puan, atau anak-anak clear yaitu memang mereka sakit, GL akan diluluskan. Sebab itu saya sarankan harus ke klinik dahulu sebelum ke hospital. Dapatkan surat referral dari Dr. Surat itu boleh membantu anda untuk menyenangkan pihak Hospital untuk isu GL dan memudahkan pihak Takaful meluluskan GL. 

Tuntutan yg bakal dibuat akan mengambil masa kerana ia bergantung medikal report dari hospital (jika pernah warded), laporan klinik, MC dari HR (jika bekerja). 

Personal Insurans/Takaful harus dicarum kerana jika anda sebagai pekerja tiba2 sakit atau accident atau sudah tidak bekerja, sekurang-kurang sakit pening atau sakit sampai masuk hospital akan ada kad perubatan yang boleh diharapkan dan boleh bayarkan kos rawatan korang. Kalian juga boleh dapat pampasan yg mana boleh jadi plan penggantian gaji selama 5 atau 10 tahun. Tempoh matang kad perubatan sama ada 70 tahun atau 80 tahun. Oh ya.. kad perubatan hanya cover kemasukan hospital sahaja. Buat masa ini, tiada lagi personal Takaful/Insurans operator yang menawarkan kad perubatan klinik. Jika Insurans/Takaful hayat, tempoh matang samada 80 tahun atau 100 tahun. 

So apa yang bestnya personal Insurans/Takaful nie? Saya nak tanya sampai bila korang boleh bekerja? Sehingga pencen atau sehingga anda kahwin? Setuju tak sekiranya saya kata kehidupan ini tidak dijangka? Jika berlaku musibah waktu bekerja, dan tidak dapat bekerja selama 6 bulan secara berterusan atau asyik MC saja, rasanya majikan nak simpan korang tak? Korang tahu tak, jika berlaku musibah seperti didiagnose salah satu penyakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh dan seumur hidup, Insurans/Takaful korang akan"waive" sehingga tempoh matang atau meninggal dunia (yang mana dahulu). Perkara ini tidak berlaku di Insurans/Takaful Syarikat. Sepanjang Insurans/Takaful "Waive", Insurans/Takaful korang masih inforce yang mana korang masih boleh buat claim, masih boleh guna kad perubatan bila perlu. Kiranya korang tak perlu fikir macam mana nak bayar duit keta, macam mana nak bayar umah, macam mana nak bayar utang PTPTN, macam mana nak beli susu anak, macam mana nak bayar yuran skolah anak. Kerana korang masih entitled dilindungi dan masih boleh dapat pampasan yg sewajarnya.

Untuk Insurans/Takaful Syarikat, jika anda sudah menghidap sakit kronik yang melampau, ada kemungkinan pihak Insurans/ Takaful tak dapat nak memperbaharui Insurans/Takaful kerana risiko yang cukup tinggi. Anda kemungkinan dibuang kerja kerana MC yg berpanjangan dan tiada istilah "waive" didalam Insurans/Takaful Syarikat.

Insurans/Takaful syarikat dan personal Insurans/Takaful adalah sama penting. Apa salahnya ambil Personal Insurans/Takaful Syarikat? Kalau kita kata tiada duit, cuba lihat cara kita berbelanja. Cuba adjust perbelanjaan kita. Saya percaya, kalian boleh add in Takaful sebahagian dari Tabung kecemasan.

Saya selitkan video dari rakan seperjuangan saya saudara Firdaus Ahmad yg juga dikenali sebagai bote atau pidomat. Amati video ini dan saya rasa korang akan terkedu melihatnya. Kenapa kita WAJIB ada personal Insurans/Takaful. 


Kredit: Fdaus Ahmad

Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya yang panjang lebar ini. Sanggup anda membaca demi Takaful yang tercinta. Saya sungguh bangga dengan korang. Moga kalian yang membaca dapat ilmu dan manfaat yang berguna. 


mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans@blogspot.com

Friday, August 19, 2016

Edisi Celik Takaful: Bahaya Letak Nama Anak Umur bawah umur sebagai penama

Kita semua perlu tau ni....JANGAN..... letak anak bawah umur sebagai penama atau penerima hibah polisi takaful, KWSP, ASB dan Tabung Haji"

Kalau anda bukan peguam syarie...bukan hakim syarie...bukan pegawai bicara pusaka...bukan pekerja di Amanah Raya, anda mesti tidak pernah terpikir akan siapa yang akan menjaga dan mengurus harta anak-anak anda jika ditakdirkan anda meninggal dunia ketika usia anak-anak anda masih di bawah 18 tahun.

Atau suami secara spontan mengatakan isterilah yang akan jaga harta anak-anak anda kerana mereka yang akan jaga anak-anak anda nanti jika anda pergi dahulu. Jaga anak-anak mungkin YA, tetapi menjadi penjaga harta bagi anak bawah umur mungkin TIDAK dari sudut undang-undang syarak.

Sepintas perbualan dengan seorang ibu tunggal, Puan Imah, yang telah kematian suami kira-kira 10 tahun lepas. Suaminya seorang guru di sebuah sekolah di Pontian, Johor meninggal dunia kerana sakit ketika usia anak masih kecil. Tanpa sempat membuat apa-apa perancangan harta pusaka.

Oleh kerana Puan Imah seorang yang berkerjaya, biasa dengan urusan-urusan pejabat, puan Imah telah menguruskan segala urusan harta pusaka arwah suaminya dari permohonan surat kuasa mentadbir, pembayaran hutang-piutang arwah termasuk hutang kereta, hutang kredit kad dan hutang rumah sehingga lah pertukaran milik rumah dan kereta arwah atas nama waris diselesaikannya. Lebih setahun jugalah urusan pusaka itu baru selesai.

Namun puan Imah agak terkejut dengan perintah yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah yang mengarahkan harta pusaka yang berhak diterima oleh anak perempuan mereka yang merangkumi wang simpanan, KWSP, ASB, takaful dan sebagainya dari arwah suami diserahkan kepada Amanah Raya. Mahkamah tidak memberikan hak penjagaan harta anak tunggalnya yang ketika itu baru berusia 6 tahun, ke atasnya walaupun Puan Imah merupakan ibu kandung anak tersebut, yang melahirkan dan membesarkan, sihat akal dan tubuh badan, serta berkemampuan dari segi fizikal untuk menjaga anaknya tetapi kenapa mahkamah memutuskan dia tidak berhak menjaga harta pusaka yang sepatutnya diterima oleh anaknya?

Disebabkan keputusan mahkamah tersebut, selama 10 tahun ini Puan Imah membesarkan anaknya dengan duit gajinya. Nasib baik dia bekerja dan duit gajinya cukup-cukup untuk menampung keperluan asas sara hidup mereka 2 beranak. Walaubagaimanapun ada masa-masa tertentu pendapatannya juga tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan persekolahan dan perubatan anaknya dan dia perlu juga mengeluarkan wang anaknya yang dibawah jagaan Amanah Raya.

Jadi Puan Imah perlu pergi memohon di Amanah Raya yang berada di Johor Bahru untuk dikeluarkan sedikit dari wang anaknya yang disimpan dan dijaga di syarikat tersebut untuk menampung kos perbelanjaan anaknya. Dalam 2 minggu biasanya permohonan diluluskan dan Puan Imah perlu kembali ke Amanah Raya semula untuk mengambil perbelanjaan yang telah diluluskan tersebut yang mana jarak rumah dan syarikat tersebut terletak lebih kurang 80km. Nasib baik Puan Imah boleh memandu sendiri untuk ke Amanah Raya. Jika tidak, jenuh juga hendak menaiki pengangkutan awam ke Johor Bahru. Begitulah rutinnya saban tahun selama 10 tahun ini dan rutin ini terpaksa diteruskan sehingga anak itu cukup umur 18 tahun beberapa tahun lagi.

"Ketahuilah suami bahawa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak-anak bawah umur secara automatik"

Kenapa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak bawah umur secara terus? Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, 'bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa (iaitu ayah kepada suami atau ayah mertua isteri). Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.'

Jika bapa tidak meninggalkan wasiat pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur. Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan diserah kepada Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.

Begitu juga halnya bagi wang hasil polisi takaful, KWSP, ASB dan sebagainya yang mengamalkan konsep penamaan. Ramai orang meletakkan penama anak yang masih di bawah umur dengan anggapan sekiranya berlaku kematian pada si ayah (pemegang polisi/pencarum/pemilik harta), wang dari sumber tersebut akan dapat kepada anak untuk mereka survive  nanti. Namun berdasarkan undang-undang jika penama atau penerima hibah masih di bawah umur kompeten berkontrak (bawah 18 tahun), wang tersebut akan diserah kepada Amanah Raya bukannya diserah terus kepada anak yang masih bawah umur ataupun kepada isteri atau ibu anak tersebut. Boleh rujuk jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Jadi, bagaimana isteri hendak survive membesarkan anak-anak bila suami tiada nanti? semua sedia maklum, bahagian isteri dalam faraid suami adalah sebanyak 1/8 berbanding bahagian anak yang mengambil asobah (baki) faraid suami.

Jadi sebagai isteri dan juga ibu kepada anak-anak, dengan 1/8 bahagian pusaka itulah ditambah dengan pendapatan isteri (jika ada) digunakan secara berjimat oleh si isteri untuk menampung perbelanjaan sara hidup anak-anak, perbelanjaan sekolah anak-anak, perbelanjaan hari raya anak-anak, menampung kos perubatan anak-anak dan sebagainya. Belum dikira lagi sara hidup isteri itu sendiri lagi. Tidakkah suami kasihan akan isteri anda yang terus setia mengorbankan diri demi anak-anak anda bersendirian tanpa suami di sisi? Meletak tepi keinginannya untuk berhias dan bermewah-mewah demi mengutamakan keperluan anak-anak. Sehinggakan isteri sendiri tidak merasa 1/8 haknya dari pusaka suaminya.

Oleh itu, suami jangan alpa, jangan leka dan jangan ambil mudah. Islam telah menggariskan keperluan berwasiat untuk melantik penjaga harta bagi anak yang masih bawah umur. Rujuk Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang jelas menyatakan bahawa 'Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka.'

"Suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta anak-anak dalam wasiat"

Kepada suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta bagi anak-anak anda agar isteri dan anak-anak anda tidak terbeban jika ditakdirkan anda pergi dahulu ketika usia anak-anak masih kecil. Bila suami melantik isteri sebagai penjaga harta anak-anak di dalam wasiatnya, selepas kematian suami, bahagian pusaka yang diterima oleh anak-anak akan diserah kepada isteri untuk diguna secara berhemah sebagai pemegang amanah atau penjaga harta bagi manfaat anak-anak tersebut sehingga cukup umur. Dengan itu, anak-anak anda membesar dengan hasil titik peluh yang telah anda usahakan selama hayat anda.

Bukannya tidak percaya pada datuk tetapi jika datuk juga ditakdirkan pergi dahulu. Pakcik-makcik kepada anak-anak anda pula, walaupun menerima pusaka anda, tetapi tiada peruntukan undang-undang yang jelas mengatakan mereka wajib menanggung nafkah anak-anak anda sehingga mencapai umur dewasa. Bukannya Amanah Raya tidak bagus dalam menjaga harta anak-anak anda tetapi prosedur dan jarak tempat tinggal yang menjadi kekangan. Dan akhirnya isteri anda yang merupakan ibu kepada anak-anak anda juga yang akan berhempas pulas bekerja siang dan malam menampung nafkah membesarkan anak-anak anda sendirian.

Suami, fahamlah dan buatlah perancangan terbaik untuk isteri dan anak-anak anda.

Sumber: Facebook Jaafar Shah

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans@blogspot.com

Friday, August 12, 2016

NON DISCLOSURE

NOTA: Sekiranya syarikat Takaful mendapat tahu yang client pernah mendapat rawatan atau pernah sakit tetapi tidak dinyatakan dalam borang permohonan polisi , syarikat Takaful berhak untuk tidak membayar tuntutan client

Saya ada terima phone call dari seorang abang nie berkenaan isu non disclosure. Dia mencarum Takaful sejak tahun 2015 lagi. Pada tahun 2013, dia didiagnose ada penyakit darah tinggi hasil buat check up di klinik kesihatan. Dr klinik kesihatan ada memberi ubat penyakit darah tinggi yang mana sampai sekarang dia masih makan ubat tue. Abang nie TAK PERNAH WARDED KERANA PENYAKIT DARAH TINGGI. Masaalahnya, dia tak declare penyakit darah tinggi tue. Baguslah usaha abang nie untuk bersikap jujur dalam kehidupannya. Saya cuma sarankan abang nie buat surat untuk declare kembali penyakit darah tinggi tue. Pihak Takaful akan review balik dan kemungkinan premium caruman bulanan naik atau exclude penyakit darah tinggi. Itu semua budi bicara pihak Takaful.


Saya nasihatkan pada korang semua, jika pernah didiagnose penyakit samada darah tinggi ker, TB ker, kencing kotor ker atau apa sahaja penyakit yang tidak WARDED HOSPITAL, MOHON DECLARE. WALAUPUN PENYAKIT ITU BERLAKU PADA TAHUN 2000 dan KITA SUDAH SIHAT WALAFIAT. kalau terjumpa rekod non disclosure ko, memang GL ko tak lepas, alamat kene siasat la. Paling worst, polisi ko dibatalkan dan duit caruman yang ko bayar selama ini akan dikembalikan.

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Tuesday, August 9, 2016

HIBAH | WASIAT | FARAID

Perkongsian drpd Zaman Kini.

Assalamualaikum..

Pagini, saya nak kongsikan 3 kaedah pewarisan harta secara islam yang efektif.

Untuk pengetahuan semua, sejumlah 60 billion ringgit harta orang islam di malaysia masih gagal di agihkan sebab harta banyak, pewaris tidak faham dan lain lain.

Apa tiga kaedah tu?


HIBAH, WASIAT dan FARAID

HIBAH
---------
HIBAH maksudnya kita hadiahkan harta yg dah sempurna milik. Ia dilaksanakan ketika kita hidup dan akan terus berkuatkuasa masa kita hidup. Kita boleh HIBAH pada sapa sapa saja.Contoh HIBAH setiap anak tanah or cash or kereta. So terus tukar nama atas nama mereka. Harta ni dah sempurna jadi milik mereka dan tak terlibat dgn faraid dah di kemudian hari.
🎁pampasan takaful juga tergolong dalam kategori HIBAH dan tidak akan masuk faraid.

WASIAT
----------
WASIAT pula perkara yg kita tulis masa hidup, tapi akan dilaksanakan selepas kita tiada. Tujuan WASIAT ialah apabila kita nak bagi harta pada selain dari pewaris seperti masjid, surau,wakaf atau anak angkat. Syarat tidak melebihi sepertiga harta kita. Bolehlah lantik trustee atau penulis wasiat berdaftar.

FARAID
-----------
FARAID pula adalah pembahagian harta pusaka peninggalan si mati sesama ahli waris utama seperti mak ayah anak anak dan isteri atau lain lain.Selepas hutang dan wasiat si mati ditunaikan, baki harta adalah subject to faraid.

mbk
Perunding Takaful.
0192853910

Monday, August 1, 2016

Takaful untuk pengantin

Kebiasaannya pasangan pengantin akan meletakkan barangan hantaran perkahwinan seperti beg, kasut, alat-alat mekap, Al-Quran, Sejadah, Kain telekung, manisan dan macam-macam lagi. Boleh tak kalau kita ubah hantaran perkahwinan berbentuk celik Takaful. Kan elok kalau ada perlindungan ini sebagai tabung kecemasan. Musibah datang tak diduga. Sekurang-kurangnya adalah aset atau nilai duit untuk kita melangsungkan kehidupan ini selepas dia tiada. Jaminan masa depan untuk orang yang tersayang.
Kredit gambar: MS Facebook
Saya tertarik dengan sisipan suratkhabar Berita Harian tahun 2006, menurut Ketua Hakim Syarie dengan adanya Takaful, ia dapat membela nasib anak atau Isteri selepas perceraian atau kematian Suami. Memandangkan Takaful sekarang menggunakan konsep Hibah, saya kira ia memang berbaloi untuk dijadikan salah satu tabung kecemasan. Dan pampasan yang dihibahkan dapat terus ke penama tanpa memerlukan wasi atau faraid.
So.. suprisingly... di Mesir, sistem Takaful dalam perkahwinan digunapakai dan terbukti dapat membela Isteri dan anak-anak sekiranya berlaku perceraian atau mengalami kematian suami. Difahamkan bakal suami perlu mencarum Takaful sejumlah RM100 yang dikelolakan oleh pihak bank. RM100 sebulan, saya kira sudah berbaloi dan sudah murah. Dengan usia kurang dari 30 tahun, dengan bayaran RM100, pampasan sebanyak RM200,000 dapat diperolehi. 

Walaupun jumlah bayaran kecil, saya kira nilai pampasan yang diterima agak bernilai buat mereka. Dengan adanya Takaful, dapat meringankan beban Isteri dan anak-anak dalam menjalani kehidupan harian. Berapa kerapkah nasib Isteri dan anak-anak terbela selepas perceraian atau kematian suami? 
mbk
perunding takaful
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...