Tuesday, January 27, 2015

[INFORMASI] Senarai Hukuman Disiplin Yang Kini Diharamkan . Untunglah budak sekarang..

Untung Giler

Senarai hukuman yang kini tidak lagi boleh dilakukan bila budak sekolah tidak berdisiplin. Lucky kids!

Sumber Khabir M
kredit:www.blogserius.blogspot.com



Friday, January 23, 2015

Chef Wan Jalani Rawatan Bronkitis Di Bilik RM3,800

Cuba baca sikit apa Chef Wan cakap:-
My presidential suite room at the Gleneagle hospital is like a hotel pulak.It has its own office, two kitchen area siap dua peti sejuk and 3 TV.Bedroom, Living and asst or Maid TV area jugak. I was told all for rm$3,800.00 a night.When i was told mula2 almost nak jatuh pitam terus.
Tapi my wonderful AIA Insurance will take care of all that lah. Jika tidak saya sewa maid room tu sahaja lah. This is the beauty of having a good medical coverage. U will never know your rainy days. Sedia kan payung sebelum hujan kan.
Thank you to my wonderful friend Puan Laila Johari from AIA Insurance that always take care of my insurance need.
When u are sick u also want abit of style and glamour which u are accustomed with. Tak kan holiday sahaja nak tidur di hotel best2 5 star sahaja.
Jika sakit pun mesti selesa. Especially if u worked superhard for your money. So jangan rasa kedekut untuk membeli insurance medical tau. Its for yr own good and family. Nasihat org tua yg dah lama makan garam
.

Inilah keadaan wad yang harga keseluruhannya ialah RM3,800 untuk satu malam.

Cuba baca sikit apa mbk cakap:-
Wah! Untung nya atok......kalau bole baya internet, astro, coway, tuka henpon setahun sekali..better la invest dlm insurans....skrg kos rawatan mmg tak masuk akal..kalau aku pon nk dok tempat selesa mase sakit...kalau x dpt presindental suite pon, dpt bilik yg dlm 400 or 500 sehari pon dah selesa bg aku...Tak kisah lah insurans atau takaful mana yg awak ambil. Yang penting ia cover sakit pening kita semasa di hospital. Chef Wan pun ambil insurans. Walaupun dier ada duit yang berkepok, masih memerlukan insurans untuk hari yang tak terjangka. Kita? Bagaimana pula? Sekadar komen di hari jumaat yang mulia

Monday, January 12, 2015

Pentingnya Memahami Polisi Medical Card Sebelum Melanggan


Adakah anda membaca polisi insurans anda sebelum sain perjanjian? Masih ingat dengan isu pada tahun lepas di bulan November 2014.  Isu dimana seorang pencarum Takaful tidak dapat mengunakan medical card yang dilanggan bertahun-tahun sebelum ini. Jadi sangat penting untuk tahu bagaimana sesuatu polisi medical card berfungsi.


Medical Card Sebagai Jalan Selamat Untuk Mengelak Menanggung Kos Perubatan Yang Tinggi

Medical card sangat penting pada masa sekarang. Contohnya anda perlu menjalani pembedahan dengan kos RM25,000. Bagaimanakah anda ingin mencari wang sebanyak itu  dalam masa yang singkat kecuali anda seorang hartawan. Dengan adanya fungsi medical card ini, pihak insurans atau takaful akan menanggung kos perubatan berkenaan. Namun, ia tidak berfungsi untuk kes sebegini:

1. Ia sekadar untuk diagnostik atau nak menguji penyakit. Penyedia medical card mensyaratkan, penyakit perlu disahkan terlebih dahulu dan wajib masuk wad barulah boleh menuntut. Jadi perlu melalui kaunter pesakit luar terlebih dahulu untuk diagnostik atau ujian. Walau bagaimanapun jika kes kecemasan seperti kemalangan, tiada masalah tentang isu tuntutan ini.

2. Tiada coverage untuk penyakit tertentu. Contohnya bersalin. Kebanyakan medical card tidak cover untuk kos bersalin kecuali medical card yang khusus untuk bersalin ( Ya. Memang ada, jika tidak silap Alliance ada). Penyakit buatan orang ini (bersalin) tidak dicover oleh kebanyakan medical card. Jadi jangan nak memandai nak claim atau ke hospitak swasta jika tidak mampu bayar kos bersalin di sana.

3. Bergantung kepada pengesahan pihak penyedia Medical Card. Pihak hospital swasta akan menghantar request kepada penyedia medical card untuk pengesahan. Jika tidak disahkan oleh penyedia medical card, anda perlu bayar sendiri kos berkenaan. Kebiasaannya ia disebabkan oleh penyakit yang tidak dicover dalam polisi medical card. Antara sebab lain ialah tidak mebanyar caruman medical card seperti yang sepatutnya.

Takaful Medical Card dan Insurans Medical Card

Dalam kes ini, bagi penganut agama Islam saya sarankan mencari dan melanggan takaful. Elakkan daripada Insurans konvensional kerana amalan riba dalam urusannya.

Berkenaan Isu Dengan Cuepacs Care Takaful  berikut adalah jawapannya.


Daripada apa yang berlaku, pentingnya sebagai pencarum perlu tahu bagaimana untuk mengunakan kad medikal anda. Apa syaratnya dan sebagainya. Kebanyakan kad medikal sememangnya mensyaratkan perlu “warded” iaitu masuk wad dulu walaupun sehari baru boleh claim. Kalau datang, pastu boleh balik. Tak boleh claim menerusi Kad Medikal.

Daripada isu ini, ramai yang melenting kenapa Cuepacs Care menawarkan pakej yang murah, pastu tak boleh claim tanpa mengetahui isu sebenar yang terjadi. Kad medical ini sebenarnya sangat bagus terutamnya untuk mereka yang kerja kerajaan dan juga bekas pegawai kerajaan. Ia murah dan coverage juga tinggi berbanding kad medikal lain yang ada di pasaran.

credit to: http://www.shamsuriyadi.com/isu-semasa/pentingnya-memahami-polisi-medical-card-sebelum-melanggan/

ps:// setiap pihak ada cerita sendiri. Apa yg penting, pengguna kena tahu macam mana medikal kad tue berfungsi dan PENGECUALIAN medikal kad yg kita ambil.

Catatan ringkas kegiatan ko kurikulum (Kisah Seorang Ejen)

Tahun 2015


Tahun 2015 nie memang banyak dugaan, rajau dan duri. Moga di permudahkan segala urusan.

1. Belanja keluarga
Komisen dapat awal .. Alhamdulillah. Niat di hati memang nak belanja keluarga. Nak buat sedekah. So, diatas permintaan yang ramai, adik pilih restaurant Me'nate (Bahasa Perancis yang bermaksud potongan daging). Kalau yang tak arif sebutannya maka ia akan berbunyi menate. heheeheheheh... Saya highly recommend datang sini kerna sesuai dengan nama restaurant itu, memang pakar mengenai daging. Sama ada daging lebu atau daging kambing. Saya dan family just lepak kat Me'nate cawangan setapak.

credit to: http://www.eyriqazz.com/2014/11/menate-steak-house-steak-terbaik-di-kuala-lumpur.html

credit to: http://www.eyriqazz.com/2014/11/menate-steak-house-steak-terbaik-di-kuala-lumpur.html
Tengok harga, terbeliak sekejap biji mata. Range harga untuk steak kambing/lembu dari RM40+ sehingga ratusan ringgit bergantung kepada bahagian yang dipilih. Takpelah, bukan selalu, on special occasion, apa salahnya kan?
2. Appointment dengan pengusaha Tadika


Untuk tahun 2015 nie nak fokus EBS (employee benefit scheme). Insya Allah. Saya cuma membuat perkongsian mengenai manfaat yang akan pekerja dapat dengan anda Takaful berkelompok untuk pekerja. Buat masa nie, hanya fokus untuk Personnel Accident, Penyakit kritikal, kematian, income untuk cacat kekal menyeluruh dan khairat kematian.


3. Pre Annual Planning Workshop 2015
Nak tahu jugak target untuk tahun nie dan actual yang akan saya dapat setiap quarter. Ok ker tak ada ok. Keputusan nya semua atas kemahuan kita. Terima kasih pada semua pemimpin agency SIXMA.

Cuba teka? Di mana saya?

konsep takaful


Bagaimana duit takaful yang kita bayar tiap-tiap bulan diuruskan? Contoh seperti gambar diatas. Katakan 4 orang klien, klien A, klien B, klien C dan klien D. 4 orang klien nie macam uols , bayar Takaful dan bayaran tersebut dikumpulkan dalan satu tabung. Tabung itu kita panggil tabarru'. Konsep tabarru' nie dari segi bahasa adalah derma. Jika klien B sakit, duit yang dikumpulkan oleh keempat klien itu akan dibayar ke pihak hospital. Dari segi kata lain, klien B dapat duit pampasan hasil  derma dari keempat empat klien tersebut. 

Bahasa pasarnya, aku bagi ko duit aku nie dahulu untuk ko bayar duit hospital. Jika aku pulak yang sakit, duit ko tue pulak akan aku ambik untuk buat bayaran hospital. 

Ada faham tak? Kalu tak faham, contoh lain berkenaan konsep Takaful seperti gambar dibawah:


credit to: FB Takaful Awareness Through Cartoon



Akhir kata renungkanlah hadis ini:


Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...