Monday, January 12, 2015

Pentingnya Memahami Polisi Medical Card Sebelum Melanggan


Adakah anda membaca polisi insurans anda sebelum sain perjanjian? Masih ingat dengan isu pada tahun lepas di bulan November 2014.  Isu dimana seorang pencarum Takaful tidak dapat mengunakan medical card yang dilanggan bertahun-tahun sebelum ini. Jadi sangat penting untuk tahu bagaimana sesuatu polisi medical card berfungsi.


Medical Card Sebagai Jalan Selamat Untuk Mengelak Menanggung Kos Perubatan Yang Tinggi

Medical card sangat penting pada masa sekarang. Contohnya anda perlu menjalani pembedahan dengan kos RM25,000. Bagaimanakah anda ingin mencari wang sebanyak itu  dalam masa yang singkat kecuali anda seorang hartawan. Dengan adanya fungsi medical card ini, pihak insurans atau takaful akan menanggung kos perubatan berkenaan. Namun, ia tidak berfungsi untuk kes sebegini:

1. Ia sekadar untuk diagnostik atau nak menguji penyakit. Penyedia medical card mensyaratkan, penyakit perlu disahkan terlebih dahulu dan wajib masuk wad barulah boleh menuntut. Jadi perlu melalui kaunter pesakit luar terlebih dahulu untuk diagnostik atau ujian. Walau bagaimanapun jika kes kecemasan seperti kemalangan, tiada masalah tentang isu tuntutan ini.

2. Tiada coverage untuk penyakit tertentu. Contohnya bersalin. Kebanyakan medical card tidak cover untuk kos bersalin kecuali medical card yang khusus untuk bersalin ( Ya. Memang ada, jika tidak silap Alliance ada). Penyakit buatan orang ini (bersalin) tidak dicover oleh kebanyakan medical card. Jadi jangan nak memandai nak claim atau ke hospitak swasta jika tidak mampu bayar kos bersalin di sana.

3. Bergantung kepada pengesahan pihak penyedia Medical Card. Pihak hospital swasta akan menghantar request kepada penyedia medical card untuk pengesahan. Jika tidak disahkan oleh penyedia medical card, anda perlu bayar sendiri kos berkenaan. Kebiasaannya ia disebabkan oleh penyakit yang tidak dicover dalam polisi medical card. Antara sebab lain ialah tidak mebanyar caruman medical card seperti yang sepatutnya.

Takaful Medical Card dan Insurans Medical Card

Dalam kes ini, bagi penganut agama Islam saya sarankan mencari dan melanggan takaful. Elakkan daripada Insurans konvensional kerana amalan riba dalam urusannya.

Berkenaan Isu Dengan Cuepacs Care Takaful  berikut adalah jawapannya.


Daripada apa yang berlaku, pentingnya sebagai pencarum perlu tahu bagaimana untuk mengunakan kad medikal anda. Apa syaratnya dan sebagainya. Kebanyakan kad medikal sememangnya mensyaratkan perlu “warded” iaitu masuk wad dulu walaupun sehari baru boleh claim. Kalau datang, pastu boleh balik. Tak boleh claim menerusi Kad Medikal.

Daripada isu ini, ramai yang melenting kenapa Cuepacs Care menawarkan pakej yang murah, pastu tak boleh claim tanpa mengetahui isu sebenar yang terjadi. Kad medical ini sebenarnya sangat bagus terutamnya untuk mereka yang kerja kerajaan dan juga bekas pegawai kerajaan. Ia murah dan coverage juga tinggi berbanding kad medikal lain yang ada di pasaran.

credit to: http://www.shamsuriyadi.com/isu-semasa/pentingnya-memahami-polisi-medical-card-sebelum-melanggan/

ps:// setiap pihak ada cerita sendiri. Apa yg penting, pengguna kena tahu macam mana medikal kad tue berfungsi dan PENGECUALIAN medikal kad yg kita ambil.

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...