Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Thursday, April 3, 2014

surat cinta dari Takaful : Tips Dapat Surat Tak Bayar Takaful




Kalau ada antara kau orang (klien aku atau klien orang lain), yang dapat surat dari HQ Takaful sound kata payment ada outstanding 2 bulan, makanya possibility ada 2 saja:

a) kau memang betul punya tak bayar.
b) kau bayar cara manual. Samada bagi duit kat agen di hujung bulan suruh agen bayar, atau bayar sendiri kat kaunter, atau bayar m2u, atau bayar cimb click.

Untuk kes A, aku ucapkan Assalamuailakum lah. Semoga selamat sejahtera.

Untuk kes B, mekanisma surat HQ ni dia akan capture overspill. Maksudnya, kalau sistem tak capture payment ko in that particular month, automatic dia akan keluarkan surat dan bgtau ko tak bayar 2 bulan sebab due date semua payment Takaful ni jatuhnya pada 1st day of the month.

Cth: March 2014 ko tak bayar. Masuk 1 April, dah kira 2 bulan due. So along the week atau week after dia akan keluarkan surat autogenerated bgtau outstanding ni.

Yang selalu buat klien melompat adalah bila dia bagi duit kat agen suruh agen bayar, tiba tiba dapat surat tak bayar 2 bulan, pehhhh memang panasss laa!

Tapi bertenang, jangan panas dulu. Sebabnya, kalau ko bagi duit kat agen pada bulan April untuk pembayaran bulan March, maka surat tu akan jadi isu teknikel yang explainable. Maksudnya, ko bayar tapi lambat, disebabkan lambat, HQ keluarkan surat (sebab overspill month).
Hal yang macam ni tak menjejaskan polisi, sebab overspill cuma sebulan, kalau overspill dua atau tiga bulan, memang Assalamualaikum lah.

Walaupun begitu, boleh jadi juga agen yang tak jujur kelepet duit korang. Kalau bab kelepet ni kau orang buatlah spot cek, caranya call customer service 03 20537188, semak rekod payment. Kalau rekod payment takde, walhal setiap bulan ko bagi duit kat agen, it means something wrong. 
Hahh masa ni kau kena cemas! Sebab boleh jadi polisi dah lapsed.

Jadinya, pada yang dapat surat macam aku cakap kat atas, mohon rilek dan bertenang, verify dengan agen masing masing dan buat spot cek kalau instinct rasa tak sedap.

Selamat beramal.

No comments: