Friday, April 25, 2014
Wednesday, April 23, 2014
"Paying More for Cover"
The Star - Ahad (20/4/2014)
#Insurance charges
Pemegang polisi insurans perlu membayar lebih tinggi untuk perlindungan.peningkatan premium insurans tidak dilakukan sesuka hati oleh syarikat insurans.certified actuary perlu memberi justifikasi pada sesuatu insurance charges.yang mana ia dipengaruhi oleh faktor ekonomi seperti medical inflation,kadar mortality dan morbidity dan juga investment performance oleh syarikat insurans..
Sebagai Contoh :
#Hospital charges.
Kalau tahun 2004 buat pembedahan appendic dalam RM5000
Tahun 2014,anda perlukan RM11,000 untuk melakukan pembedahan yg sama.
#Insurance charges
Tahun 2004, sebuah policy insurance lengkap mungkin boleh dapat dengan bayaran RM100.
Tahun 2014,anda mungkin perlu membayar RM150/bulan untuk mendapatkan manfaat yang sama seperti tahun 2004.
Pilihan bijak kita yang tentukan. Kalau tak puas hati & rasa nak marah, sila duduk-istigfar. Itu yg Islam ajar. Meh sembang2 tambah ilmu, tambah pendapatan kalau tak cukup nak bayar insurance tiap2 bulan..
Tuesday, April 22, 2014
Saya Mampu Membuat Hutang Lagi...
Baru-baru ini didedahkan bahawa terdapat 36 000 rakyat negara ini yang menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit(AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.
Rata-rata mereka ini berumur di antara 20an dan 50an dan mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang tersebut. Menurut AKPK, angka tersebut merupakan 26% daripada keseluruhan 140,462 pelanggannya yang buntu bagaimana hendak menyelesaikan masalah hutang.
Jumlah itu pula dijangka terus meningkat kerana gaya hidup rakyat negara ini yang kurang bersenam, tekanan kerja dan gemar mengambil makanan segera. Mengikut AKPK, trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun.
Pada tahun 2007, sebanyak 18% sahaja yang dirujuk kepada AKPK dan kini meningkat kepada 26%. Dalam kebanyakan kes, pesakit menggunakan kad kredit untuk mendapatkan rawatan awal. Ini kerana hospital-hospital swasta enggan menerima pesakit yang tidak mempunyai deposit. Oleh itu jalan mudah adalah bagi mereka menggunakan kad kredit.
Akhirnya, bukan sekadar membayar deposit sahaja menggunakan kad kredit, keseluruhan kos rawatan juga dibayar menggunakan kad kredit. Timbul persoalan apakah yang menyebabkan kos rawatan tinggi di hospital swasta? Ini kerana doktor profesional tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan caj yang tinggi terhadap pesakit kerana mempunyai jadual dan peraturan yang telah ditetapkan.
Kadar bayaran doktor profesional adalah tertakluk di bawah Jadual ke 13 kepada Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006. Ini bermakna kadar caj doktor telah ditetapkan jumlahnya.
Oleh itu caj yang mahal bukan disebabkan oleh bayaran doktor atau kepakaran, tetapi bayaran lain seperti sewa peralatan dan bilik bedah, penyelenggaraan yang tinggi serta kemudahan bilik rawatan terkini bertaraf lima bintang.
Terdapat juga caj bagi perkhidmatan jururawat, alat pakai buang, ubat yang lebih mahal serta bayaran perkhidmatan untuk buang sampah, yang juga dikenakan kepada pesakit. Ini yang menyebabkan bayaran hospital swasta kebanyakannya terlalu tinggi.
Berbanding dengan hospital kerajaan di mana perkhidmatan dan ubat-ubatannya ditanggung oleh kerajaan dan pesakit hanya membayar alat ganti dalam pembedahan. Seeloknya pesakit mendapatkan maklumat terperinci mengenai kos rawatan sebelum pergi mendapatkan rawatan di hospital swasta. Pesakit juga perlu bertanya tentang sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku, contohnya komplikasi semasa pembedahan yang akan mengakibatkan caj tambahan.
Jika pesakit sudah dilindungi di bawah insurans, pastikan jika terdapat had kepada jumlah kos rawatan yang ditanggung pihak insurans agar tidak terpaksa membayar lebih dari jumlah yang ditetapkan.
Dibebani hutang kerana kos perubatan yang tinggi
KES 1 : DIBEBANI HUTANG RAWAT PENYAKIT ANAK
Deva Tharsinny, 13, sering keluar masuk hospital sejak berusia 2 tahun
Dia dilahirkan dengan penyakit mata yang memerlukan pembedahan akibat penglihatannya yang semakin kabur.
Ketika penyakitnya dikesan kali pertama di Hospital Umum Klang, Anbarasan diberi pilihan untuk menghantar anaknya ke tiga hospital lain untuk meneruskan rawatan susulan kerana hospital awam tidak mempunyai pakar untuk merawat anaknya.
"Kesemuanya hospital swasta. Hanya Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sahaja yang semi swasta dan memikirkan yang ia mungkin murah, kami pun ke sana."
Hasil dari dua pembedahan utama dan beberapa pembedahan seterusnya, Deva Tharsinny boleh melihat semula.
Namun ketika berusia 9 tahun, keluarganya diuji sekali lagi.
"Ketika satu pemeriksaan susulan di HUKM, doktor dapati salah satu pembuluh yang menyalur ke buah pinggangnya menjadi sempit dan memutuskan untuk melakukan prosedur stenting," katanya.
Stenting ialah satu prosedur memasukkan tiub atau kerangka besi ke dalam saluran pembuluh darah yang sempit.
Bagaimanapun, prosedur tersebut tidak berjaya dan sejak itu kedua-dua buah pinggangnya gagal berfungsi.
Pada satu ketika, keadaan Deva Tharsinny bertambah teruk menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selama sebulan.
Pada masa itu, Anbarasan masih mempunyai sebuah kedai gunting rambut yang telah disewa selama 20 tahun di Setapak.
Pendapatannya ketika itu sekitar RM4,000 hingga RM5,000 sebulan dan mampu mengaji seorang pekerja dengan bayaran sebanyak RM1,600 serta mampu membayar bil hospital.
Bagaimanapun, keadaan menjadi bertambah lebih buruk dua tahun yang lalu apabila pemilik kedai tersebut mengambil semula kedainya.
Untuk mengurangkan perbelanjaan, keluarganya berpindah ke rumah sewa yang lain di Klang selepas dia terpaksa menutup kedai.
Anbarasan kemudian mendapat pekerjaan di sebuah kedai gunting rambut berdekatan namun hanya dengan berpendapatan RM2,000 sebulan.
"Sejak itu saya tidak mampu lagi untuk menyara keluarga dan membayar kos perubatan. Saya mula lewat membayar pinjaman kad kredit dan faedah makin tinggi."
Walaupun Deva Tharsinny akhirnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur, namun penyakit yang dialami bertahun-tahun menyebabkan keluarganya dibebani hutang.
Dengan pendapatan yang rendah, ansuran kereta RM300 dan sewa rumah RM700, Anbarasan berhutang dengan bank sebanyak RM35,000.
Isterinya tidak boleh bekerja kerana Deva Tharsinny perlu menjalani rawatan dialisis 4 kali sehari di rumah.
Setelah segala perubahan dan penjimatan telah dilakukan dengan sedaya upaya namun mereka masih tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah walaupun Anbarasan sudah bekerja keras bertahun lamanya. Apa pun, Anbarasan tenang dan reda dengan nasibnya.
"Ya, rawatan perubatan memang mahal, semua pun mahal, tapi apa pilihan yang saya ada? Anak atau wang? Wang boleh dicari, tapi jika saya kehilangan anak..."
Anbarasan juga sejak itu telah mendapatkan nasihat kewangan dari Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).
KES 2 : TERKEJUT DENGAN BIL HOSPITAL YANG TINGGI SELEPAS DIRAWAT 2 MINGGU
RANI (bukan nama sebenar), 31, amat terkejut apabila diminta membayar RM90,000 selepas dirawat selama 2 minggu di sebuah hospital swasta.
Dia yang mengalami pneumonia pada April, dimasukkan ke sebuah hospital swasta dengan satu surat jaminan dari majikannya. Keadaannya menjadi teruk selepas 3 hari dan dia dihantar ke Unit Rawatan Rapi untuk pemerhatian selanjutnya. Dia sepatutnya berada di sana hanya sehari atau dua namun dia ditahan selama 8 hari.
"Mereka melakukan pemeriksaan dan memberi saya ubat untuk prosedur tersebut. Saya diberi dos yang tinggi menyebabkan saya tertidur lebih lama dari dijangkakan iaitu 5 hari," katanya yang bekerja di sebuah syarikat media.
Apabila dia sedar, bil perubatannya mencapai RM80,000. Kerana bimbang bil perubatan akan meningkat jika tinggal lebih lama, dia meminta supaya dikeluarkan.
"Mereka pada mulanya teragak-agak kerana hanya sebahagian dari paru-paru saya sudah pulih. Namun saya terus meminta dan pada hari ke 14 saya keluar."
Bilnya kemudian berjumlah RM86,000 dan insuran berkumpulan yang diambil di bawah syarikatnya hanya membayar RM4,500 setahun.
Bapanya, seorang pesara tentera yang berkerja sebagai pemandu teksi, tidak mampu untuk membantu manakala ibunya pula sudah meninggal dunia akibat menderita penyakit kencing manis sekian lama setahun sebelum itu.
Dengan hanya wang simpanan yang sedikit dan tiada insuran peribadi, Rani panik.
"Hanya saya dan bapa. Saya tak tahu apa nak buat."
Dia bernasib baik kerana majikannya membantu dan berunding dengan hospital tersebut. Mereka memberikannya diskaun sebanyak RM10,000 dan membayar RM45,000, iaitu sebahagian dari bil tersebut.
"Baki hutang dibayar oleh majikan saya. Saya membayar majikan saya balik denga gaji ditolak RM500 sebulan.
Rani sekarang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital tersebut kerana tidak mendapatkan izinnya atau berbincang dengannya cara rawatan sebelum meneruskan rawatan.
"Mereka tidak memaklumkan saya berapa kos perubatan atau kesan dari rawatan tersebut.
"Mereka sepatutnya tanya saya dulu jika saya ingin meneruskan rawatan di hospital mereka atau dipindahkan ke hospital awam.
"Jika lebih awal saya tahu kosnya agak tinggi, saya tidak akan meneruskan rawatan di situ. Mereka tidak berbincang sebelum memulakannya, atau dengan bapa saya, yang berada di situ selepas saya tidak sedarkan diri," katanya.
Apabila ditinjau kembali, Rani berkata mereka seolah-olah tidak sabar untuk meneruskan rawatan.
"Sekarang setiap kali saya datang balik untuk pemeriksaan, mereka bertanya jika saya yang akan bayar bil atau majikan. Saya rasa mereka boleh caj saya lebih jika majikan yang membayar bil."
KES 3 : MASA MENUNGGU DI HOSPITAL AWAM TERLALU LAMA
Kecederaan belakang yang dialami Nordin Hassan menyebabkan dia mengalami kesakitan yang teruk dan ia juga menyebabkan dia berhutang.
Kecederaan tersebut dialami pekerja hotel itu ketika mengangkat benda berat semasa bekerja sebagai penjaga stor beberapa tahun yang lalu.
Sejak itu, dia terperangkap dalam masalah hutang kad kredit yang tinggi dan masih cuba membayar pinjaman yang tertunggak sehingga kini.
Dia berkata pada mulanya dia pergi ke hospital awam untuk mendapatkan rawatan, namun giliran menunggu terlalu lama.
"Temujanji pada pukul 7 pagi, tapi nama saya hanya dipanggil pada pukul 1 tengah hari. Setelah saya dipanggil masuk, doktor hanya bercakap dengan saya tanpa melakukan sebarang pemeriksaan," katanya.
Perjalanan ke hospital swasta juga bermakna dia perlu membayar kos pengangkutan kerana dia tidak boleh memandu.
"Saya akan ke hospital beberapa kali seminggu. Dengan menaiki teksi pergi dan balik kosnya saja RM50."
Dia akan mengalami kekejangan otot pada tulang belakangnya secara tiba-tiba jika cuaca sejuk dan ini membahayakannya jika menunggang motosikal.
Pernah sekali, ketika menunggang di dalam hujan lebat, dia mengalami kekejangan menyebabkan dia terjatuh dari motosikalnya. Dia terbaring 3 jam di tepi jalan di dalam hujan sebelum dibantu seseorang. Orang itu ingat saya mangsa langgar lari, katanya.
"Hanya sekarang saja kewangan saya bertambah baik," kata Nordin.
Perancangan yang lemah
Perancangan kewangan yang lemah dan tabiat berbelanja yang tidak mengikut kemampuan diri merupakan faktor utama penyebab masalah hutang serta ketidakupayaan membayar balik pinjaman, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Koid Swee Lian.
Beliau berkata daripada 90,807 peminjam yang dibantu melalui Program Pengurusan Kredit (DMP) AKPK bagi tempoh 2007 hingga 31 Mei lalu, 20,886 atau 23 peratus merupakan golongan yang memiliki perancangan kewangan lemah.
Katanya 18,161 atau 20 peratus lagi berhutang disebabkan perbelanjaan perubatan yang tinggi; lain-lain (17,253/19 peratus); masalah atau kegagalan perniagaan (13,621/15 peratus); gagal mengawal penggunaan kad kredit (9,989/11 peratus); kehilangan pekerjaan (9,081/10 peratus); manakala kematian atau hilang punca pencari nafkah dan kegagalan dalam pelaburan masing-masing (908/satu peratus).
credit to:
1. http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8409-masalah-hutang-perubatan-tinggi-rakyat-malaysia
2. http://duniaitu.blogspot.com/2013/09/isu-dibebani-hutang-kerana-kos.html
3. http://www.ashrieerazak.com/medical-card/hutang-tertinggi-kos-perubatan/#sthash.1BhKz8bC.dpuf
mardiyah79@gmail.com
Saturday, April 19, 2014
Baru umur 15 hari dah ader takaful
Ada seorang ibu bertanyakan mengenai takaful untuk anaknya. Anaknya dah ader bronkitis. Tapi sayangnya, takafulnya kena hold dulu selama 2 tahun. Selepas tue baru boleh mohon balik. Jika anak2 puan/tuan baru jer lahir, seumur 15 hari sudah boleh mencarum takaful
Friday, April 18, 2014
Saya raser dah banyak tips medikal kad dah yg saya post kat sini. Satu kat sini dan satu lagi kat sini. Yang ini pun tips pasal medikal kad.... just sebagai panduan idup memilih medikal kad..
Sekiranya anda sedang mencari medical card, pastikan anda mempertimbangkan perkara-perkara di bawah:
1. Kekerapan Lawatan doktor
Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan lawatan doktor sekali sehari. Kebanyakan doktor akan membuat lawatan 2 kali sehari, terutama utk penyakit kritikal. Jika polisi anda hanya cover sekali lawatan doktor sehari, maka anda perlu menanggung sendiri kos selebihnya. Periksa polisi atau product disclosure. Akan ada tertulis. Tak semua agent akan cerita benda ni.
2. Co-Insurance @ Co-Takaful
Kalau boleh, cari yg tak perlu bayar co-insurance/co-takaful. Mungkin mahal sedikit tapi sekurang-kurangnya anda tak perlu keluar cash sendiri bila kena masuk hospital. Kalau mahal pun dlm RM20-30 sahaja.
3. Claim Senang @ Tidak
Anda boleh selidik sendiri dgn orang hospital @ admission counter. Selalunya diorang akan tau. Kalau tanya agent semua kata cepat.
4. Agent
Saya selalunya tak suka agent yg cakap semua indah. Dalam syurga je semua indah. Cari agent yg betul2 boleh educate anda. Apa pro dan kontra produk tu. Bagaimana kelebihan dan kelemahan produk tu boleh disesuaikan dgn keperluan anda.
5. Harga
Pastikan apa yg anda bayar tu berbaloi. It's not about how much you pay but what VALUE you get from it. Kadang2 bayar murah tapi rupanya feature kurang. Kalau bayar mahal pulak, pastikan dapat coverage yg menyeluruh.
6. First Party atau Third Party?
Ini SANGAT PENTING.
First Party - syarikat pengendali insurans tu sendiri yang kendalikan medical card dia.
Third party - syarikat pengendali insurans menggunakan syarikat lain untuk mengendalikan medical insurance. MCO iaitu Managed Care Organization @ Third Party Medical Card Provider. Cthnya seperti MediJaring, PMCare dan AsiaAssist, MiCares.
Macamana nak tahu? Tengok medical card anda... kalau ada logo selain daripada logo syarikat insurans anda, maka third party lah tu. Kenapa third party leceh? Sebab nanti bila nak claim jadi macam main ping pong.
7. Investment-Linked vs Traditional
Kalau ambil yang traditional, mungkin murah sedikit. Cuma bezanya, kalau ada masalah payment sangkut ke (ye lah mana tahu macam2 benda boleh jadi kan), maka medical card anda tak boleh guna sampai anda clear kan outstanding payment. Kalau investment-linked, anda boleh pakai medical card selagi polisi in-force.
8. Baca Quotation dan Polisi
Sebelum turunkan tandatangan anda atas borang insurans, sila BACA QUOTATION LINE BY LINE. Dalam quotation tu ada product disclosure. Kalau kurang faham, minta tolong agent explain. Kalau mata agent tu sambil cerita sambil terkebil2 ke tak nak pandang anak mata anda ke, call syarikat insurans tu terus, abis cerita.
Bila dah dapat polisi, baca polisi untuk betul2 fahamkan. Bank negara punya requirement lepas dapat polisi ada 15 hari cooling off period... di mana anda boleh cancel polisi tu kalau anda rasa tak sesuai dengan keperluan anda. Lepas 15 hari dah tak boleh cancel.
Malas baca? Patutnya agent terangkan satu persatu? Agent juga manusia biasa...kadang-kadang dorang terlepas pandang. Jadi untuk kebaikan anda sendiri, elok lah anda baca Product Disclosure tu. Sekurang-kurang nya anda tahu hak anda, apa yang anda dapat dengan membayar polisi setiap bulan. :)
Ok kawan-kawan :) oh ya! Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan pengecualian cukai sebanyak RM3000 setahun utk polisi perubatan sendiri dan anak2?
Sekian.
Thursday, April 10, 2014
"orphan certificate" aka sijil yg tidak bertuan (UPDATE: CEK CLAIM DAH SIAP YEAAAYYY)
seorang kawan dan juga pengguna Takaful mohon pertolongan saya untuk buat claim. Agent yg sedia ader "missing in action". Setelah diperiksa.. ruper2nyer sijil nyer diklasifikasi sebagai "orphan certificate" yaitu sijil yg tidak bertuan. Walaupun agent korang sudah tiada, hak agent akan dikembalikan pada manager (tuan agent).
Cam ner nak tahu korang punyer sijil dah dapat pangkat "orphan certificate" nih? Adakah anda rasa:
1. Agent anda dah lamer menyepi. Kerna mungkin agent tue apply konsep sepi itu indah...
2. SMS tak reply. Call tak menjawab. Atau return call ambik maser 2@3 minggu. Whats App aper ntah lagi nak menjawab padahal FREE jerrr
3. Biler call customer service tetiba korang dapat tahu agent korang dah tukar Jantina atau bertukar nama (org lain ambik alih ler tue..)
Jika korang raser ketiga2 itu menepati apa yg korang alami maka..DUGAAN KU BENAR BELAKA...
So, sesaper yg ader masalah cam gini cer cepat call customer service dan check saper agent korang yg baru. Normally manager akan ambik alih tugas agent yg "missing in action".
pesanan ringkas dan khidmat masyarakat dari mbk (takaful agent)
ps: Retetan dari citer "orphan certificate" kelmarin, alhamdulillah saya dapat call dari Pihak Takaful yg claim kawan saya dah approved untuk claim pre & post hospital (reimbursement basis). Dan juga elaun hospital pun dah approved. Takaful bayar via cek. Tunggu nak bank in jer. Jika korang raser Takaful dah diklasifikasi "orphan certicicate", jangan panik dan kecewa... just call customer service Takaful operator dan tanya saper yg ganti agent korang yg missing in action tue. Normally Manager akan ambik alih.
Moga Allah SWT mempermudahkan tugasan dan segala urusan kalian. Salam Jumaat buat semua
Cam ner nak tahu korang punyer sijil dah dapat pangkat "orphan certificate" nih? Adakah anda rasa:
1. Agent anda dah lamer menyepi. Kerna mungkin agent tue apply konsep sepi itu indah...
2. SMS tak reply. Call tak menjawab. Atau return call ambik maser 2@3 minggu. Whats App aper ntah lagi nak menjawab padahal FREE jerrr
3. Biler call customer service tetiba korang dapat tahu agent korang dah tukar Jantina atau bertukar nama (org lain ambik alih ler tue..)
Jika korang raser ketiga2 itu menepati apa yg korang alami maka..DUGAAN KU BENAR BELAKA...
So, sesaper yg ader masalah cam gini cer cepat call customer service dan check saper agent korang yg baru. Normally manager akan ambik alih tugas agent yg "missing in action".
pesanan ringkas dan khidmat masyarakat dari mbk (takaful agent)
ps: Retetan dari citer "orphan certificate" kelmarin, alhamdulillah saya dapat call dari Pihak Takaful yg claim kawan saya dah approved untuk claim pre & post hospital (reimbursement basis). Dan juga elaun hospital pun dah approved. Takaful bayar via cek. Tunggu nak bank in jer. Jika korang raser Takaful dah diklasifikasi "orphan certicicate", jangan panik dan kecewa... just call customer service Takaful operator dan tanya saper yg ganti agent korang yg missing in action tue. Normally Manager akan ambik alih.
Moga Allah SWT mempermudahkan tugasan dan segala urusan kalian. Salam Jumaat buat semua
Wednesday, April 9, 2014
ke arah mencari 11 org yg sudi trima saya sebagai agent setiap bulan :)
Kembali ke masa lalu adalah suatu perkara yang sangat mustahil. Ramai yang terkenang-kenang dengan keputusan yang dibuat suatu ketika dahulu. "Kalaulah aku ambil..." "Kan bagus kalau..." Kalau...kalau kalau...
Balik-balik duit...duit..duit..duit. Betul..kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit mahupun harta setinggi gunung.Tahukah anda, pelan takaful dapat meringankan beban keewangan insan kesayangan yang 'ditinggalkan' ?
Orang kata "manusia mati meninggalkan nama". Cuba kita sama-sama fikirkan sejenak, adakah kita akan meninggalkan nama yang baik atau bebanan hutang kepada insan kesayangan kita?
Fikir-fikirkan, renung-renungkan, ambil tindakan seawal mungkin. Tiada paksaan
*share tak rugi, semoga dapat membantu disaat memerlukan.
mardiyah79@gmail.com
Thursday, April 3, 2014
Maklumat yang perlu anda AMBIL TAHU SECARA SERIUS sebelum mengambil plan kad perubatan.
1) Adakah kad perubatan tersebut GUARANTEE RENEWAL atau YEARLY RENEWAL BASIS? Apakah kesannya jika menggunakan kad perubatan biasa-biasa?
2) Apakah perbezaan antara kad perubatan STANDALONE dan kad perubatan sebagai rider di dalam INVESTMENT LINK PLAN? Planning jangka panjang? kad perubatan mana lebih bagus?
3) Apakah perbezaan KO-TAKAFUL @ KO-INSURANS dengan PENALTI kalau Ugrade Bilik? Kad perubatan yang mengenakan penalti dan kad perubatan yang tidak mengenakan penalti. Bagaimana?
4) Adakah terdapat MANFAAT PAYOR/CONTRIBUTOR di dalam plan anda yang akan membantu membayar caruman sekiranya anda di diagnos penyakit kritikal? kad perubatan anda masih boleh digunakan?
5) LIMITATION berkaitan lawatan pakar ketika menerima rawatan dihospital dengan kad perubatan biasa?
6) LIMITATION untuk rawatan pesakit luar berkaitan buah pinggang dan kanser jika menggunakkan kad perubatan biasa?
7) TEMPOH PLAN BERKUATKUASA. Sehingga bilakah anda dilindungi? Short term or long term? pilih tempoh kad perubatan yang melindungi anda lebih lama? Kenapa?
8) Perbezaan kad perubatan 1st PARTY dan 3rd PARTY?
9) Apakah plan anda plan 3 dalam 1, PERBEZAAN antara 3 dalam 1 atau sekadar plan kad perubatan 2+1? Mana satu pilihan anda. Fikir-fikirkan……
10) Kad perubatan MAHAL? kad perubatan MURAH tentu ada sebab? Adakah berbaloi dengan INVESTMENT yang anda buat?
Ramai yang tak tahu, bila dah terkena baru tahu, tetapi semuanya sudah terlambat pada waktu itu. Kami ada jawapan untuk pilihan kad perubatan terbaik anda
ps:// soklan D atas adalah panduan biler korang nak cari atau beli medikal kad. so, silakan tanya soklan diatas dengan agent kesayangan anda k. dari situ korang boleh buat pernilaian sebenar. good luck!!!
ps:// soklan D atas adalah panduan biler korang nak cari atau beli medikal kad. so, silakan tanya soklan diatas dengan agent kesayangan anda k. dari situ korang boleh buat pernilaian sebenar. good luck!!!
surat cinta dari Takaful : Tips Dapat Surat Tak Bayar Takaful
Kalau ada antara kau orang (klien aku atau klien orang lain), yang dapat surat dari HQ Takaful sound kata payment ada outstanding 2 bulan, makanya possibility ada 2 saja:
a) kau memang betul punya tak bayar.
b) kau bayar cara manual. Samada bagi duit kat agen di hujung bulan suruh agen bayar, atau bayar sendiri kat kaunter, atau bayar m2u, atau bayar cimb click.
Untuk kes A, aku ucapkan Assalamuailakum lah. Semoga selamat sejahtera.
Untuk kes B, mekanisma surat HQ ni dia akan capture overspill. Maksudnya, kalau sistem tak capture payment ko in that particular month, automatic dia akan keluarkan surat dan bgtau ko tak bayar 2 bulan sebab due date semua payment Takaful ni jatuhnya pada 1st day of the month.
Cth: March 2014 ko tak bayar. Masuk 1 April, dah kira 2 bulan due. So along the week atau week after dia akan keluarkan surat autogenerated bgtau outstanding ni.
Yang selalu buat klien melompat adalah bila dia bagi duit kat agen suruh agen bayar, tiba tiba dapat surat tak bayar 2 bulan, pehhhh memang panasss laa!
Tapi bertenang, jangan panas dulu. Sebabnya, kalau ko bagi duit kat agen pada bulan April untuk pembayaran bulan March, maka surat tu akan jadi isu teknikel yang explainable. Maksudnya, ko bayar tapi lambat, disebabkan lambat, HQ keluarkan surat (sebab overspill month).
Hal yang macam ni tak menjejaskan polisi, sebab overspill cuma sebulan, kalau overspill dua atau tiga bulan, memang Assalamualaikum lah.
Walaupun begitu, boleh jadi juga agen yang tak jujur kelepet duit korang. Kalau bab kelepet ni kau orang buatlah spot cek, caranya call customer service 03 20537188, semak rekod payment. Kalau rekod payment takde, walhal setiap bulan ko bagi duit kat agen, it means something wrong.
Hahh masa ni kau kena cemas! Sebab boleh jadi polisi dah lapsed.
Jadinya, pada yang dapat surat macam aku cakap kat atas, mohon rilek dan bertenang, verify dengan agen masing masing dan buat spot cek kalau instinct rasa tak sedap.
Selamat beramal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye
Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...
-
Anda berdepan kesempitan kewangan? Apakah pilihan yang ada atau boleh dipertimbangkan supaya anda dapat terus membayar premium? Adakala,...
-
1. ROC berlaku apabila pemegang polisi ‘surrender’ polisi asal dan ambil polisi baru. 2. Ada 2 keadaan; inter/internal dan external ROC...