Salam,
Semasa aku tgh sakit kepala nak pikir tulis apa dalam belog nie, member lak datang, nama dia teh, terbantut angan2 aku. Dia baru abis berlatih berLARI, insyallah kalau sentiasa diamalkan boleh ganti raja pecut si Bolt tue.
Aku:- aku ingat aku taknak jadi lecturer lagi la
Teh :- lor, kenapa taknak jadi lak, abis tu ko nak jadi aper?
Aku:- aku ingatkan aku nak jadi agen takaful la, Full time.
Teh:- biar betul ko.
Aku:- betul la, lagipun dengan takaful ni, aku dapat kepuasan la, coz dapat tolong orang waktu dia dalam kesusahan, ko mesti masuk biler dah kerja nanti tau, walaupun bukan dengan aku.
Teh:- aku memang nak masuk pun, aku tahu kepentingan takaful ni.
Aku:- bagus2, nanti aku cerita tentang takaful ni yer.
Tgh syok2 sembang, datang lak member aku sorang lagi nama dia Orange
Orange:- takaful ni makan duit kita jer, kita juga yang rugi, bukan dapat aper2 pun.
Aku:- tersenyap ( malas nak cakap sebenarnya)
Teh:- hahahhahaha (gelak lak mamat ni)
Kesimpulan
1. Dalam perbualan ini, kita dapat saksikan masyarakat kita memandang negative akan takaful/insuran ni, maybe kepada agen itu sendiri.
2. Menjadi tugas kita untuk menasihati mereka betapa pentingnya takaful ini sebagai salah satu item yang patut ada di dalam pengurusan kewangan anda
.
3. Anda sayang tak kereta BMW X5 anda(sebagai contoh), mesti la sayang bukan, mahal kan. Balik Malaysia nanti mesti anda kena beli roadtax bukan, dan nak buat road tax, kene ada insuran bukan. Kalau anda berfikiran negative, anda mesti akan kata, rugi la ambil insuran ni, tapi terpaksa ambil juga kan coz nak buat road tax.
4. Nak di pendekkan cerita, 2 minggu lepas itu, kereta BMW X5 anda hilang, mat gian maner tah rembat. Tapi nasib baik insuran ada, maka dapat la RM150K (sekiranya cover anda sebanyak itu). Time tu saya rasa, anda mesti bersyukur kerana ambil insuran bukan.
5. Katakan lah anda tak ambil insuran kereta itu, alamatnya, duit lebur, naik bas mini jer la pergi kerja.. emm ada lagi ker bas mini pink tu kat KL.
6. Nyawa, kesihatan juga penting, macam kereta kita itu, mungkin lagi penting, sekiranya kita adalah ketua keluarga, nak tanggung anak2, bini2, ibu bapa.
7. Kalau kita tiada didunia ini, sapa lah nak tanggung mereka, kesiankan terkontang kanting.
8. Itu kalau kita mati lah, kalau kita lumpuh, dah la menyusahkan keluarga, anak bini mak bapak. Dimasa itu anda akan berdoa kepada allah agar ditarik nyawa kita kerana tidak sanggup melihat penderitaan anak bini kita mennanggung kita yang tidak ada upaya ini. fikir2 lah yer. adakah time itu anda akan kata, kalaulah aku ambil takaful, tentu tak jadi begini.
9. Mungkin kata2 saya ini kasar pada sesetengah orang, tapi ketahuilah, saya hanya ingin membantu bukan kerana wang komisyen.
10. kalau benci saya, jangan lah ambil takaful dengan saya, ambil lah dengan orang lain. Anda perlukannya satu hari nanti.
11. Satu hari nanti, anda akan tahu betapa ia menolong anda sekiranya anda ditimpa kesusahan dan bencana, Insyallah.
12. Akhir sekali, selepas berusaha(takaful),Jangan lupa berdoa kepada Allah agar di beri umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk beribadah dan berbakti kepada agama,bangsa dan Negara.
ps:// Hmmmm... fikir-fikirlah sejenak. Kaum lain ambik Takaful bukan satu,, tapi dua tiga.. Mereka tahu kelebihan Takaful. Teringat pulak perbualan antara lelaki cina dengan agent takaful.
No comments:
Post a Comment