Monday, April 29, 2013

Adakah rokok elektronik selamat?


Baru2 ni isu rokok elektronik ni jadi debat besar jugak. 


Adakah vaping/rokok elektronik selamat? 

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai - bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).

3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.

4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”

5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”

Bahan Rujukan
http://www.youtube.com/watch?v=x_MAOyU3ybk
http://phys.org/news/2010-12-evidence-e-cigs-safer-cigarettes.html
http://www.reuters.com/article/2012/08/25/us-heart-ecigarettes-idUSBRE87O05Y20120825
http://www.aaphp.org/Resources/Documents/20100207FDAPetition2.pdf
https://www.facebook.com/papadontsmoke

PS:// Di borang application form tiada dimasukkan jenis merokok. Akan tetapi, since client ader suka berasap jadi dragon, suka client dinasihatkan declare jugak ader makan asap nie tak kiralah shisha ker vaper ker e-cigar ker.. asalkan benda nie kuar asap dan kekerapan menghisap.. Eeewwwwwww... Aku benci berasap-asap nie. Tak kiralah bahaya ker idak stillllll bahaya tauuu!!!!

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...