Saya ingin berkongsi cerita mengenai perlindungan takaful untuk anak-anak.
Saya berkahwin pada 2004 dan terus mendapat seorang puteri pada tahun berikutnya. Pada masa tersebut kami berdua bekerja dan berpendapatan yang agak selesa. Pada tahun 2006 kami dianugerah pula dengan seorang putera, Alhamdulillah, dah sepasang. Tapi pada masa itu saya menghadapi masalah dengan kerjaya dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Nasib baik gaji suami dapat menampung kami semua.
Saya bertanyakan suami pasal simpanan untuk anak-anak. Katanya, dia dah belikan PruBSN Takaful untuk mereka. Pelan takaful tersebut sudah meliputi perlindungan, kad perubatan dan simpanan. Bila saya tengok pelan tu, mula-mula saya rasa macam rugi sebab kami masing-masing telah ambil pelan keluarga berserta kad perubatan daripada syarikat masing-masing, ini bermakna kami masing-masing telah mempunyai 3 pelan perubatan.
Pada bulan ogos 2007, ketika puteri kami berusia 2 tahun 5 bulan dan putera kami berusia 9 bulan, cuma 5 bulan selepas kami semua membeli polisi PruBSN Takaful, suami telah didiagnos kanser otak tahap 3 & 4 tanpa sebarang tanda-tanda. Doktor cuma memberi tempoh selama 1 tahun sahaja. Waktu tu Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan kami. Habis air mata menangis mengenangkan nasib kami, anak-anak pun masih kecil lagi. Seminggu selepas didiagnos, suami lakukan pembedahan otak kerana ketumbuhan tu telah pecah dan berdarah. Suami pun amat lemah.
Alhamdulillah, pembedahan berjaya dan kami bernasib baik kerana doktor yang melakukannya ialah antara yang terbaik. Paling saya bersyukur, doktor ini sanggup luangkan masa menasihati saya agar dapat menerima hakikat. Disebabkan pembedahan dilakukan di hospital swasta, seminggu kemudian suami dibenarkan pulang dengan bil berjumlah RM30 ribu. 3 minggu kemudian kami terpaksa berjumpa pakar onkologi (pakar kanser). Pada mulanya kami ingin ke hospital kerajaan yang berdekatan dengan rumah, tetapi doktor tidak menggalakkannya kerana penyakit suami sudah kritikal dan perlu mendapatkan rawatan segera. Jadi kami terpaksa pergi ke hospital swasta.
Bila berjumpa doktor di situ, soalan pertama yang diajukannya ialah "macam mana kewangan anda?" Terdiam kami. Namun, apabila kami nyatakan pasal insurans syarikat dan peribadi yang kami miliki, doktor tersebut terus merancang tindakan yang harus kami ambil. Suami terpaksa menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi. Disebabkan bahagian kanser otak suami adalah kawasan kritikal, dia tidak dapat bekerja, dan pada hujung tahun 2008, syarikat telah melepaskan dia. Saya pun terpaksa berhenti kerja untuk memberi tumpuan pada suami yang memerlukan penjagaan 24 jam sehari.
shared by: Ernie Haslina Nawawi.Berakhirnya kerjaya kami bermakna berakhirnya insurans syarikat. Mujurlah kami masih memiliki PruBSN Takaful. Disebabkan semua polisi bawah nama suami, premium tidak perlu dibayar lagi. Suami saya meninggal pada bulan Mei tahun 2009. Sepanjang 2 tahun dia sakit, kami belanjakan hampir RM300 ribu untuk kos rawatan. Alhamdulillah, Prudential banyak menolong kami.
Credit to: http://projectlisten.com.my/ernie_story.php
No comments:
Post a Comment