Tuesday, July 17, 2012

TAK DAPAT CLAIM TAKAFUL

CLAIM REJECTED? GGGrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr


Kita sering mendebgar berita berkaitan dengan pihak insuran/takaful tidak membayar claim hospital dan pembedahan yang telah dilakukan oleh client mereka. Kenapa pihak insuran tidak membayar claim-claim mereka ini? Adakah pihak insuran/takaful telah menipu mereka? Atau mereka tidak memahami polisi yang telah mereka beli?

Baiklah... disini saya ingin kongsi 5 sebab utama mengapa claim hospital dan pembedahan mereka tidak dibayar/ditanggung oleh pihak insurans/takaful:

1. Claim tersebut tidak dilindungi

Ini terjadi kerana client tidak peka atau tidak memahami tentang klausa-klausa yang terdapat didalam polisi insuran/takaful. Sebagai contoh kelainan atau kecacatan fizikal yang terdapat sejak lahir tidak dilindungi oleh takaful/insuran. Client perlu membayar bil pembedahan tersebut sendiri. Pihak insuran/takaful juga tidak menanggung sebarang diagnostic test yang dilakukan oleh client.

2.Penggunaan manfaat hospital & pembedahan telah melebihi had yang ditetapkan

Sebagai contoh, had tahunan bagi setiap polisi hospital & pembedahan adalah RM 50,000 dan had seumur hidup adalah RM500,000. Sekiranya bil hospital client RM70,000, client terpaksa membayar RM20,000 menggunakan duit sendiri, manakala syarikat insurans/ takaful hanya membayar RM50,000 sahaja. Client juga perlu peka dengan co-insuran/co-takaful yang terpaksa ditanggung oleh client, dimana ada syarikat memerlukan client membayar 10% dari jumlah bil yang sebenar.

3. Gagal mengistiharkan penyakit yang sedia ada

Kegagalan client mengistiharkan tentang penyakit yang sedia ada akan menyebabkan claim mereka ditolak oleh syarikat insuran. Sebagai contoh, client pernah menjalani pembedahan akibat penyakit resdung, tetapi semasa membeli polisi insuran beliau tidak mengistiharkan penyakit tersebut, akibatnya jika dia melakukan pembedahan akibat penyakit yang sama, pihak insuran/takaful tidak akan membayar bil tersebut.

4. Perlindungan belum bermula.


Saya ader ceriterkan grace period / tempoh menunggu, setiap tempoh waktu ader terms and conditions nyer. Paling maksimum grace period adalah 120 hari. Sebagai contoh, sebelum berakhir 30 hari, jika client dimasukkan ke hospital akibat demam atau peyakit kritikal, pihak insurans tidak akan membayar pampasan. Ini kerana selepas 30 hari hingga 90 hari, barulah pihak insurans boleh membayar pampasan.  Jika client mengalami penyakit spesifik, pihak insurans tidak akan cover atau membayar pampasan. Untuk mendapatkan pampasan, penyakit spesifik itu haruslah berlaku selepas 120 hari grace period. Gambar rajah di ats adalah brief summary mengenai tempoh menunggu. Adalah penting untuk client mengetahui akan perkara ini untuk elak dari terasa TERTIPU!!!!

5. Gagal membayar premium pada masa yang ditetapkan.

Kegagalan client membayar insuran/takaful pada masa yang ditetapkan mengakibatkan polisi mereka luput (lapse). Namun begitu sekiranya polisi mereka adalah polisi yang berkaitan dengan pelaburan, dan mempunyai nilai (value) mereka masih lagi dilindungi walaupun client gagal membayar pada masanya dan ini tertakluk kepada polisi masing-masing.

Diharap dengan tips tersebut, client dapat memahami mengapa ada ketikanya claim mereka tidak dibayar oleh pihak insuran/takaful. Sebagai pemegang polisi mereka sepatutnya membaca dan memahami polisi yang mereka beli. Dan agen insuran/ takaful bertanggungjawab menerangkan kepada client tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi.


email: mardiyah79@gmail.com 

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...