Tuesday, July 10, 2012

Jari budak tersepit eskalator


Johor Bharu: Budak lelaki empat tahun menempuh detik mencemaskan selama 15 minit, apabila jari telunjuk tangan kanannya tersepit pada eskalator pasar raya Plaza Angsana di sini, malam kelmarin. 


Kejadian berlaku jam 9.10 malam, apabila mangsa, Mohd Nasrullah Mohd Adham, dikatakan terpisah daripada ibunya yang sedang membeli belah dan berdiri berhampiran eskalator di tingkat satu.


Kakitangan pasar raya berusaha mengeluarkan jari telunjuk kanan Nasrullah ,yang tersepit pada eskalator di Plaza Angsana, malam kelmarin.

Hanya selepas mendengar jeritan kanak-kanak itu, ibunya, Lailatul Kartini Hashim, 32, sedar Mohd Nasrullah tidak bersamanya. 

Bagaimanapun, tindakan segera kakitangan pasar raya itu mematikan eskalator berkenaan berjaya mengelak kecederaan lebih teruk. 

Lailatul Kartini berkata sebelum kejadian, dia bersama dua anaknya termasuk Nasrullah dan adik perempuannya yang berusia dua tahun, sedang meninjau bahagian pakaian kanak-kanak. 

"Saya terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi jeritan anak sulung saya yang hilang dari pandangan, sebelum mendapati dia terbaring dalam keadaan jarinya tersepit pada eskalator. 

"Berderau darah saya sejurus melihat keadaan jarinya tersepit kerana takut seluruh tangannya memasuki eskalator," katanya ketika ditemui menemani Nasrullah di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam. 
Lailatul Kartini berkata, kakitangan pasar raya yang membantu, mengambil masa 15 minit sebelum dapat mengeluarkan hujung jari telunjuk anaknya yang tersepit sebelum dihantar ke hospital. 

"Pagi ini doktor melakukan pembedahan pada bahagian hujung jarinya. Saya berharap jarinya termasuk bahagian kukunya yang cedera pulih seperti biasa. 

"Selama ini, jika menaiki eskalator, saya sentiasa menemani anak-anak kerana tahu bahaya tangga itu tetapi kejadian malam tadi, berlaku sekelip mata. 

"Syukur kerana hanya jari telunjuk kanannya mengalami kecederaan dan berharap anak saya segera sembuh," katanya.

Credit to: Berita Harian

email:mardiyah79@gmail.com

1 comment:

akok is a person not a kuih said...

Teringat kisah anak sepupu yang tersempit kaki kat eskalator. Menangis2 mak bapak dier. Nasib baik bapaknyer sempat matikan suis eskalator tue. Terus bawak pi KPJ Damansara. Kena jahit hari tue jugak. Nasib baik jari kaki tak putus.

Berlaku pulak hari Ahad, nasib baik ader medikal kad. Nak mintak GL dari opis pun, opis tutup. Maklumlah hari Ahad.

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...