Takafulovers

Thursday, November 1, 2012

Contoh Quotation

Salam, 

Saya kan beri beberapa contoh caruman untuk uols tengok dan buat penilaian wokey...at least uols faham taklah raser kebengongan kan.... enjoiceeeeeeeeeee!!!!!!

Contoh 1: Insurans untuk anak (bayi dalam kandungan) - PRUSMARTLINK

di bawah nie contoh information untuk seorang mommie yg ingin mencarum prusmart link untuk anak dalam baby kandungan nyer dan kehendak mommie lebih pada high protection dan low education saving:-

1. Umur : 33 age next birthday
2. pekerjaan : housewife
3. merokok: : tidak
4. EDD : 21.04.2013
5. Usia Kandungan: 20 minggu

Dengan hanya bayaran RM 160 yang mana:-

Life insurans                  : RM150
Saving (education fund) : RM  10
Grand total                     : RM 160

Manfaat yang akan baby nie dapat dengan bayaran bulanan RM 160:-

1. Manfaat kematian 
2. Manfaat hilang upaya kekal
3. manfaat asas Xtra
4. Manfaat 36 penyakit kritikal
5. Manfaat kemalangan
6. Manfaat peubatan akibat kemalangan
7. medikal kad
8. elauns hospital
9. Manfaat penyakit kanak-kanak
10. Contributor/parent contributor
11. Saving (education)

Keterangan manfaat :-

1. Manfaat Kematian
- Jika berlaku kematian, keluarga peserta akan mendapat RM 72,000 plus cash value. Beraper cash value tue? Peserta kena tgk quotation report kerana cash value tue tgk pada umur biler peserta meninggal. Untuk budget nie.. cash value boleh mencecah sehingga RM103,000....
- Khairat kematian RM2000 akan diberikan pada keluarga peserta.
-Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
-Sekiranya berlaku kematian atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh atau didiagnos penyakit kritikal bagi kanak-kanak sebelum berusia 5 tahun pada hari lahir akan datang, jumlah yang akan dibayar adalah seperti berikut:

Umur pada hari lahir akan datang
% jumlah yang dilindungi
1
20%
2
40%
3
60%
4
80%
5
100%

2.Manfaat hilang Upaya kekal
- Pampasan akan diberikan sebanyak RM70,000.
-Definisi hilang upaya kekal:-

Bagi hilang upaya di bawah umur 16 tahun, hilang upaya kekal dan menyeluruh bermakna beliau memerlukan penjagaan dan perhatian berterusan, dan disebabkan oleh kemalangan atau penyakit mesti tinggal di rumah di bawah penyeliaan perubatan atau di hospital atau institusi yang seumpama dengannya.  Hilang upaya tersebut mesti kekal dan berlanjutan sekurang-kurangnya selama 180 hari secara berterusan.

- Bagi hilang upaya di antara umur 16 hingga  60 tahun,  hilang upaya kekal dan menyeluruh bermakna beliau  tidak boleh  bekerja sepenuhnya di dalam sebarang pekerjaan  atau menjalankan sebarang tugas untuk  mendapat gaji atau keuntungan. Hilang upaya tersebut mesti kekal dan berlanjutan sekurang-kurangnya selama 180 hari secara berterusan.

- Bagi hilang upaya selepas umur 60 tahun, hilang upaya kekal dan menyeluruh bermakna beliau tidak dapat melakukan sekurang - kurangnya 3 atau lebih aktiviti kehidupan harian samada dengan atau tanpa penggunaan alatan mekanikal, alatan khas atau bantuan dan penyesuaian lain untuk kegunaan orang kurang upaya. Hilang upaya tersebut mesti kekal dan berlanjutan sekurang-kurangnya selama 180 hari secara berterusan.

- Selain daripada definisi-definisi di atas, kehilangan upaya yang berikut juga diambil sebagai hilang upaya kekal dan menyeluruh tanpa mengambil kira umur hilang upaya:
(a)  kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata secara penuh dan tidak boleh dipulihkan lagi.
(b)  kehilangan kerana putusnya 2 anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki.
(c)  kehilangan penglihatan sebelah mata dan satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki.

3.Manfaat Asas Xtra
-Manfaat khairat kematian

  •  Sekiranya berlaku kematian ibu kepada orang  yang dilindungi dalam 20 minggu  mengandung sehingga 60 hari selepas  kelahiran, khairat kematian sebanyak RM5,000 akan dibayar.

-Manfaat Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Pergantungan Tinggi (HDU)

  • Sekiranya  orang  yang  dilindungi dimasukkan ke  ICU atau  HDU  serta merta  selepas  kelahiran  disebabkan kelahiran  pra-matang (dilahirkan sebelum minggu ke- 36), manfaat ini membayar balik caj ICU atau HDU  harian sehingga manfaat maksimum sebanyak RM300 sehari, selama 30 hari secara maksimum. Amaun maksimum sebanyak RM300 sehari adalah termasuk Manfaat Inkubasi (jika ada).

-Manfaat Inkubasi

  •  Sekiranya orang yang dilindungi diinkubasi selama sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut dalam 60 hari dari hari kelahiran, manfaat ini akan membayar balik caj inkubasi sehingga RM100 sehari secara maksimum.
4.Manfaat penyakit kritikal
- pampasan RM20,000 jika didiagnose salah satu dari 36 penyakit kritikal
- List 36 penyakit kritikal

Sejumlah 36 penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi:

Nota: * hanya diberi pampasan untuk kanser 3rd stage atau virus kanser malignmant
          ** hanya diberi pampasan 3 arteri kena block

1. AIDS akibat pemindahan darah atau full blown AIDS
2. Anemia aplasia
3. Sindrom apalik
4. Penyakit alzheimer
5. Tumor otak benigna
6. Buta
7. Pembedahan otak
8. Kanser *
9. Kardiomiopati
10. Penyakit hati kronik
11. Penyakit paru-paru kronik
12. Koma
13. Penyakit arteri koronari termasuk Angioplasti dan rawatan invasif lain bagi penyakit arteri koronari **
14. Pekak
15. Ensefalitis
16. Hepatitis viral fulminan
17. Serangan jantung
18. Penggantian injap jantung
19. Kegagalan buah pinggang
20. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
21. Kehilangan pertuturan
22. Kelecuran major
23. Trauma kepala major
24. Pemindahan organ major
25. Penyakit sistik medulari
26. Meningitis
27. Penyakit neuron motor
28. Sklerosis berbilang
29. Distrofi otot
30. Kelumpuhan
31. Penyakit parkinson
32. Poliomielitis
33. Tekanan darah tinggi arteri pulmonari utama
34. Strok
35. Pembedahan pada aorta
36. Lupus eritematosus sistemik dengan lupus nefritis

5. Manfaat Kemalangan
- Peserta akan mendapat RM20,000
- elaun khairat kematian sebanyak RM2,000 sekiranya berlaku kematian yang disebabkan oleh kematian semulajadi atau kemalangan.
- jumlah perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh disebabkan oleh kemalangan.
- peratusan daripada jumlah perlindungan jika hilang upaya (berdasarkan skala manfaat) yang disebabkan kemalangan.

6. Manfaat peubatan akibat kemalangan
-membayar balik perbelanjaan sebenar yang dikenakan mak RM 2,000 bagi rawatan perubatan sehingga jumlah perlindungan dalam tempoh 104 minggu daripada tarikh kemalangan.
-Ok.. untuk ini jika kemalangan berlaku dan peserta tidak ke hospital hanya pi klinik.. still boleh claim dengan cara reimbursement. Bayar dulu claim kemudian. Kena simpan resit asal.

7. medikal kad atau dikenali sebagai Takaful health2
Takaful Health2 membayar manfaat berdasarkan pelan yang dipilih di bawah sekiranya berlaku kemasukan hospital atau rawatan pesakit luar disebabkan penyakit atau kecederaan sebelum umur luput yang dipilih.

Pelan
TH 150
Manfaat Hospital dan Pembedahan*
Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian (120 hari setiap tahun) Unit rawatan rapi (30 hari setiap tahun)
Manfaat Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang berkaitan

RM 150
}
}Seperti yang dicaj
} (tertakluk pada ko-takaful)
Manfaat Rawatan Pesakit Luar**
Manfaat Rawatan sebelum masuk Hospital (dalam tempoh 30 hari sebelum masuk)
Manfat Rawatan selepas keluar hospital (dalam tempoh 90 hari selepas keluar)

Manfaat Penjagaan Jururawat di rumah  (180 hari bagi seumur hidup) Manfaat Pembedahan Hari
Rawatan Kanser
Rawatan dialisis buah pinggang
Rawatan kecemasan bagi kecederaan akibat kemalangan (Had Tahunan)

}

}

}Seperti yang dicaj
}(tertakluk pada ko-takaful)
}
}
RM 1,000
Had Tahunan Keseluruhan
RM 50,000
Had Seumur Hidup
RM 500,000
Bantuan Perubatan Kecemasan
Ya

Ada 2 isu penting peserta kena tahu apabila deal dengan medikal kad PruBSN Takaful
i. Ko takaful
ii. Tempoh bertenang untuk medikal kad

i-Ko-Takaful

* Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation; Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.

Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation(300>= ko-takaful :10% <=1000)

Contoh 1 : Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN akan bayar selebih RM1,700.

Contoh 2 : Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.

Contoh 3 : Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.

**Untuk manfaat rawatan pesakit luar, peserta perlu membayar 10% daripada  jumlah perbelanjaan yang layak tertakluk kepada jumlah maksimum ko-takaful sebanyak RM2,000.

PruBSN berhak menyemak semula had minimum dan maksimum ko-takaful sekali setiap 12 bulan, dengan memberi notis bertulis 30 hari kalendar kepada peserta-peserta. Untuk jumlah minimum ko-takaful sahaja, jumlah yang dinaikkan semasa semakan tidak akan melebihi RM100.




ii- Tempoh bertenang
8. elauns hospital
- Tinggal di hospital di wad biasa RM 100 sehari
- Tinggal di hospital di wad ICU      RM 100 sehari
- Prosedur pembedahan                   RM 2,500 setiap prosedur

Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :

Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500

9. Manfaat penyakit kanak-kanak (VITAL CARE)
-Vital Care membayar manfaat sekiranya orang yang dilindungi didiagnosis penyakit yang dilindungi bagi kanak-kanak sebelum umur 25.
-Vital Care - Penyakit dilindungi bagi kanak-kanak
1. Penyakit Lelah yang teruk
2. Epilepsi yang teruk
3. Glomerulonefritis dengan Sindrom Nefritik
4. Leukemia
5. Penyakit Kawasaki dengan Komplikasi Jantung
6. Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin Melitus
7. Demam Reumatik dengan Ketidaksempurnaan Injap
8. Artritis Reumatoid Juvenil yang teruk
9. Trauma kepala major.

-Manfaat pampasan : RM20,000
-Tiada manfaat akan dibayar:

Jika anda mengalami simptom-simptom penyakit dilindungi bagi kanak-kanak sebelum atau di dalam tempoh menunggu 60 hari daripada tarikh permulaan sijil.
Sekiranya anda didiagnosis menghidapi penyakit dilindungi bagi kanak-kanak yang:

a) timbul secara langsung atau tidak langsung daripada Keadaan Sedia Ada yang ditakrifkan sebagai hilang upaya orang yang dilindungi yang diketahui sewajarnya oleh peserta dan wujud sebelum tarikh permulaan pelan; atau

b) disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau jangkitan Virus Kurang Daya
Tahan Manusia (HIV); atau
c) merupakan sebarang penyakit yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang Keadaan Sejak Lahir atau penyakit keturunan sebelum Orang yang Dilindungi mencapai enam (6) tahun; atau

d) kecederaan yang dilakukan sendiri ke atas diri semasa waras atau tidak waras; atau e) trauma kelahiran dan / atau komplikasi dari sisanya; atau

f)  merupakan akibat daripada menggunakan dadah yang tidak dipreskripsikan, di mana mengikut undang-undang dadah tersebut perlu dipreskripsikan oleh doktor.


 10. Contributor/parent contributor
-Contributor membayar manfaat tahunan bersamaan dengan sumbangan PUA (life insurance account) di bawah sijil  ini sekiranya orang yang dilindungi mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum umur 70 tahun atau didiagnosis penyakit kritikal dalam tempoh sijil, yang mana-mana terdahulu. 
- Dari erti lain kalau berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum umur 70 tahun atau didiagnosis penyakit kritikal dalam tempoh sijil, yang mana-mana terdahulu. , maka insurance ini akan FREE sehingga tamat tempoh insurans nie atau peserta meninggal (mana2 yg terdahulu)

-Parent Contributor membayar manfaat tahunan bersamaan dengan sumbangan PUA  (life insurance account)di bawah sijil ini sekiranya ibubapa mengalami kehilangan upaya kekal dan menyeluruh sebelum umur 70 tahun, meninggal dunia atau didiagnosis penyakit kritikal dalam tempoh sijil atau sebelum umur ibubapa mencapai 100 tahun, yang mana terdahulu.
- Dari erti lain kalau ibu/bapa berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum umur 70 tahun atau didiagnosis penyakit kritikal dalam tempoh sijil, yang mana-mana terdahulu. , maka insurance ini akan FREE sehingga anak berumur 25 tahun sahaja.

11. Saving
- Saving nie untuk education fund. Akan tetapi harus diingat the main purpose insurans nie adalah protection semata2. Kalau nak dapatkan pulangan yg setimpal dinasihatkan mencarum ke unit perlaburan
- Dengan perlaburan saving RM 10, maka pabile anak berumur 
                           Jika perlaburan rendah                Jika perlaburan tinggi
18 tahun:         RM4,104                RM7,187
23 tahun:         RM5,415                RM10,664

 OK.. buat maser nie tgk dulu comtoh quotation satu nie.. contoh lain akan menyusul. Bback.....

No comments: