Monday, July 25, 2016

Berapa banyak pampasan takaful yang sepatutnya anda sediakan untuk keluarga anda?

Berapa banyak pampasan takaful yang sepatutnya anda sediakan untuk keluarga anda sekiranya ditakdirkan meninggal dunia lebih awal? RM100,000? RM500,000? RM1 juta?

Jawapan mudah ni. Dalam al-Quran dah ada panduan.

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakaian dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dan perkara yang patut (yang tidak dilarang syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.

– Surah al-Baqarah Ayat 240

Memang tak tulis berapa, jadi nak mudah, kita ambil kiraan asas gaji setahun. Contoh, gaji RM3,000, maka pampasan minimum kita ambil adalah RM36,000 atau genapkan terus jadi RM40,000.

Itu permulaan. Bila dimurahkan rezeki, naik pangkat, zuriat bertambah, maka pampasan yang diambil awal-awal tadi berkemungkinan dah tak cukup. Gaya hidup mungkin dah berubah, perbelanjaan pun meningkat.

Dan lagi satu, takkan untuk sara hidup setahun je? Bagaimana pula selepas setahun tu? Bagaimana pula dengan dana pendidikan anak?

Bila dah sampai tahap ini, digalakkan untuk anda menyediakan pampasan 5 tahun gaji. Contoh pengiraan:

Gaji tahunan RM48,000 x 5 tahun = RM240,000. Kalau boleh, pampasan penyakit kritikal biarlah sekurang-kurangnya separuh daripada amaun ini. Kena ambil kira part bila anda menghidap penyakit kritikal dan masih panjang umur.


Macam mana nak survive kalau dah hilang pekerjaan + sakit? Memang perit masa tu. Pampasan takaful boleh bantu untuk kurangkan beban kewangan.

Walau bagaimanapun, pampasan banyak mana pun memang tak akan dapat menggantikan diri anda tapi sekurang-kurangnya mereka tidaklah terbeban dengan masalah kewangan sekiranya ditakdirkan anda

Apa-apa pun, kita hanya merancang dan segala apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Selagi mampu, usahakanlah untuk kebaikan diri dan keluarga sendiri dan selebihnya, bertawakallah.

kredit: BijakTakaful

mbk
perunding Takaful
0192853910

Friday, July 22, 2016

Hidup dengan hutang yang banyak atau sikit akan menjadi beban untuk ahli keluarga.

Saya ada terjumpa iklan berkaitan dengan insurans/takaful. Walaupun syarikat insurans/takaful yang kalian tonton ini, bukan dari syarikat insurans/takaful yang saya wakili, apa yang penting bagi saya ia memang memberi satu "message" yang jelas akan kepentingan insurans/takaful. Kisah seorang suami yang menyesal kerna tidak mencarum insurans/takaful seperti disarankan oleh isteri beliau. Setelah suaminya sudah tiada, suaminya meninggalkan hutang yang begitu banyak yang mana isterinya perlu menjelaskannya. Hidup dengan hutang yang banyak atau sikit akan menjadi beban untuk ahli keluarga.


Hidup tidak pernah menjanjikan kepastian, apatah lagi dalam melayari sebuah rumahtangga yang tidak pernah sunyi daripada cabaran dan dugaan.

Namun, perancangan awal mampu membantu dalam menghadapi saat-saat getir. Pelan perubatan yang baik bukan sahaja dapat meringankan beban namun dapat membela nasib mereka yang disayangi.

Sebagai Takaful Ejen, saya berharap agar dapat mencetus inspirasi kepada orang ramai untuk membuat perancangan awal.

mbk
perunding takaful
akupenjualinsurans.com
0192853910

Thursday, July 21, 2016

CUKUPKAH JUMLAH PERLINDUNGAN TAKAFUL ANDA?

Assalamualaikum,

Jom kita buat kira-kira. Terror tak subjek matematik? Kalau tak terror, jangan bimbang. Nak kira nilai perlindungan Takaful nie senang sajer. Tak perlu pecah kepala memikirkan jalan yang benar. Cer tengok gambar kat bawah sebagai panduan hidup. Kan senang........



Rules of Thumb: 

Setiap caruman RM 100 = Jumlah perlindungan Pampasan kematian ideal RM200,000 *

*Quotation berdasarkan umur bawah 35 tahun, risiko pekerjaan kelas 1 
(cth:kerja di pejabat ; admin, HR, setiausaha, cikgu, guru besar etc)

kredit gambar: Anwar Suran

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Tuesday, July 19, 2016

Suami Meninggal Dunia, Keluarga Berebut Nakkan Harta Sehingga Isteri Merempat. Mereka Lupa…


"Susulan tulisan saya mengenai hibah, saya kongsikan satu artikel kisah benar betapa pentingnya kita membuat persediaan untuk Wealth Distribution.
Baca dan hayati kisah ini kerana inilah yang saya sebut akan berlaku sekiranya kita tidak membuat persediaan, terutamanya kepada 3 kelompok. Dalam artikel ini, balu ini tidak mempunyai anak lelaki. Sebab itu ilmu agama perlu didalami agar kita faham tanggungjawab di sebalik pembahagian dalam hukum faraid dan buatlah perancangan yang terbaik untuk melalui situasi sebegini. Dan saya bersedia membentu!Terlalu ramai orang di luar sana belum tahu dan sedar betapa pentingnya merancang untuk situasi begini. Saya minta pertolongan anda semua untuk anda juga bantu diri anda dan mereka dengan:- 
1. Luangkan sedikit masa untuk berjumpa saya untuk saya kongsi secara mendalam bagaimana untuk anda merancang 
2. Kongsikan maklumat ini dengan saudara mara dan kawan kawan agar mereka ada kesedaran 
3. Sertai team saya supaya anda menjadi terlatih dan boleh membantu lagi ramai orang di luar sana"Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sekiranya berminat, boleh PM saya.

Kematian orang tersayang iaitu suami yang selama ini menanggung dan memastikan keluarga hidup dalam serba lengkap pastinya sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada keluarga.
Tugas untuk membesarkan anak selepas itu menjadi tanggungjawab si ibu. Namun ramai tidak tahu sebenarnya tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab.
Berikut perkongsian wanita ini beserta kisah benar yang pernah berlaku bagi menjelaskan hal ini.
Tanggungjawab jatuh kepada wali
Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya…iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila – al Maraaya, tv alhijrah). Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki…bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..
Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Sy bukanlah ustazah nk cakap psl agama,tapi sy nk ajak saudara saudari semua berfikir akn kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.
Suami meninggal, keluarga minta harta dibahagikan
1. Semasa hidup simati org susah,adikberadik tak pernah menjenguk,apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.
2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan dpt buat sebuah rumah teres diats tanah tersebut.tak lama kemudian,si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)
3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank.ada sebuah rumah.dan sebidang tanah.
4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada,isteri dan anak2 tak lah susah mana,ada tempat bergantung,ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.
6. Sejurus selepas simati dikebumikan,adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.
7. Simati tiada anak lelaki,so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.
8. Tak sampai seminggu si mati meninggal,datanglah adik beradik bertandang kerumah,siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid,bahagian utk isteri,anak2,ibu simati dan adik beradik simati.
Hukum faraid, isteri dapat paling sikit
9. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit(org terengganu ckp dpt bahagian kepala mayat).lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih,dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.
10. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran.kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu,atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual,dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
11.celah mana mahu cari 150k?nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut.rumah dijual,dapatlah bahagian sibalu dan anak2,dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat,mustahil dpt cari rumah baru.
12. Bermula lah episod merempat si anak2 yatim.berpindah randah,menyewa situ sini,jgnkan sibalu,si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri.duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris.harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.
13. Waris2,semua lesap lepas dpt bahagian masing2.nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh sekali.
14. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2.ada cikgu,ada pegawai kerajaan,ada golongan prefesional,malah kaki masjid pon ada.tp syg,bab tangggungjawab pada anak simati langsung tak dihiraukan.
Wajib wali tanggung nafkah anak si mati
15. Walaupon berhak pada harta simati,tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul.jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri.ya,tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum,tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)
16 .kalu kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni,berubahlah,dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.
17.ambil pengajaran saudara saudari.sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar,bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh,wajib bg walinya(mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah utk anak simati.kalu tidak diambil peduli,menanggunglah diakhirat kelak.
18. Hukum faraid itu sgt adil dan indah.diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya,kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati?jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) ,dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
19.ingt ye dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru,shopping atau melancong dulu,tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim..
Sumber : Rahimah Rosli

mbk
Perunding Takaful
0192853910

Monday, July 18, 2016

Hibah dalam Takaful adalah satu cara yang sangat berkesan dalam WEALTH DISTRIBUTION ataupun Pembahagian Harta

Hibah dalam Takaful adalah satu cara yang sangat berkesan dalam WEALTH DISTRIBUTION ataupun Pembahagian Harta. Terutamanya kepada

1. Pasangan yang tidak mempunyai anak lelaki

2. Pasangan yang tidak mempunyai anak kandung tetapi mempunyai anak angkat yang disayangi

3. Lelaki yang berkahwin lebih daripada satu dan sayang kesemua isterinya( Poligami)

4.Individu yang single atau sebatang kara tidak mempunyai keluarga

Nak tahu details bagaimana HIBAH dapat membantu , jom hubungi saya untuk kita sembang kopi. Demi kesejahteraan keluarga tersayang yang ditinggalkan.

Sila Share atau tag rakan/keluarga anda yang memerlukan penerangan khusus tentang ini.

Sila Klik link dibawah untuk pembacaan artikel Hibah disiarkan oleh BH Online.

mbk
Perunding Takaful
0192853910

Tuesday, July 12, 2016

7 Perbezaan Mudah Takaful Perubatan (Medical Card) vs Takaful Hayat

Semoga bermanfaat untuk anda lebih mengenali 2 jenis insurans yang menawarkan perlindungan yang berbeza ini.

PERBEZAAN MEDICAL CARD (TAKAFUL PERUBATAN) DAN TAKAFUL HAYAT SAHAJA
1. Medical card itu bersifat bayar balik (reimbursement) – bayar balik bil perubatan saja. Itu pun banyak peraturan dan prosedurnya.Takaful hayat pula bersifat pampasan (compensation) – pampasan dapat lumpsum dalam nilai yang besar. Tak banyak songeh sangat, kalau dah mati, matilah.

2. Medical card bayar kepada hospital.
Takaful hayat bayar kepada pelanggan.

3. Medical card tiada guna jika kita mati dilanggar lori.
Takaful hayat ada guna, dibayar sekaligus kepada keluarga (lumpsum)

4. Medical card boleh bayar bil potong kaki (amputation), tapi tak dapat bayar kerusi roda, kaki palsu, peralatan bantuan, kehilangan pendapatan.
Takaful hayat boleh guna wang pampasan untuk bayar peralatan sokongan dan ganti pendapatan.



5. Medical card hanya dapat claim satu saja setiap kali masuk hospital.
Takaful hayat jika ada banyak pun dapat claim semua (jika disahkan mati, cacat kekal atau berpenyakit kritikal)
6. Jika manfaat kematian takaful hayat lebih besar dari harga rumah, bank lebih suka pada kita dan tak paksa kita beli insuran loan rumah daripada mereka.
Medical card tak boleh buat begitu.
7. Medical card hanya bayar hutang hospital swasta. Hutang peribadi masih sangkut.
Takaful hayat boleh digunakan sebagai fungsi membayar apa-apa hutang peribadi setelah kita pergi supaya roh kita tak sangkut.
kredit: FaizNajmi

mbk
perunding takaful
0192853910

CUBA TANYA ISTERI DAN SUAMI SEBELUM TIDUR NANTI

CUBA TANYA ISTERI SEBELUM TIDO NANTI
kalau one day saya dah takde, datang ejen takaful bawak cek RM500,000 untuk awak dan anak anak, awak akan terima tak cek tu?
jika jawapannya "mestila", "takkanlah nak tolak", "kalau dah hak kita, ambillah"..itu petanda suami kene kena ambil satu pelan takaful.

CUBA TANYA SUAMI SEBELUM TIDO NANTI
kalau one day saya dah saya pergi dulu, datang ejen takaful bawak cek RM500,000 untuk awak dan anak anak, awak akan terima tak cek tu?
jika jawapannya "mestila", "takkanlah nak tolak", "kalau dah hak kita, ambillah"..itu petanda isteri kene kena ambil satu pelan takaful.
Pesan kat dia, duit tu bukan untuk HANTARAN KAWIN DIA DENGAN PEREMPUAN LAIN.

credit: FB Zaman Kini.

mbk
perunding takaful
0192853910

Monday, July 11, 2016

Nak ambil takaful tetapi tidak mampu. Ini caranya


Bayaran bulanan takaful kadang kala menjadi beban bagi sesetengah orang terutama mereka yang berpendapatan rendah. Apabila ini terjadi, ramai yang terpaksa mengelak untuk mengambil pelan perlindungan tersebut walaupun mereka faham ia adalah penting.

Bagi mereka yang mempunyai gaji tinggi, mungkin tiada masalah untuk mencarum takaful. Namun, lain pula bagi mereka yang berpendapatan rendah kerana kos yang tinggi menjadi halangan untuk mengambil pelan perlindungan.

Apabila sesetengah pemegang polisi tidak mampu untuk membuat bayaran setiap bulan secara tetap, maka polisi tersebut boleh terbatal dengan sendirinya.

Bagi mereka yang bergaji rendah tetapi masih mahu mengambil takaful, anda mungkin boleh baca dan kaji beberapa faktor seperti berikut:

Bajet
Pengurusan kewangan yang baik biasanya menetapkan pengambilan takaful tidak melebihi 10% dari gaji yang diterima. Jika gaji anda adalah RM2,000 sebulan, ini bermakna anda hanya boleh ambil pelan takaful sehingga RM200 setiap bulan sahaja.

Tetapkan had limit anda sendiri bagi mengelakkan beban yang terlalu tinggi setiap bulan dan menyebabkan polisi terbatal kerana tidak mampu membuat bayaran setiap bulan.

Selain itu, cara terbaik bagi mengelakkan anda terlepas membuat bayaran takaful adalah dengan membuat potongan secara automatik melalui akaun bank anda. Dengan cara ini anda tidak perlu risau tentang masalah pembayaran kerana anda telah meletakkan takaful sebagai perbelanjaan yang utama.

Keperluan
Setiap orang mempunyai keperluan pelan perlindungan yang berbeza mengikut kadar risiko masing-masing.

Orang yang bekerja di pejabat mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding mereka yang bekerja di atas jalan raya. Oleh itu, tetapkan had bayaran bulanan mengikut kadar risiko anda.

Selain itu, semak juga kad perubatan yang telah disediakan oleh kebanyakan majikan. Jika sesetengah kos perubatan sudah dibiayai oleh majikan, tidak perlu untuk ambil kad perubatan yang sama. Anda hanya perlu ambil kad perubatan luar yang tidak dibiayai oleh majikan anda.

Produk
Kebanyakan ejen takaful pada hari ini akan cuba mempromosikan pelan perlindungan yang digabungkan sekali dengan pelan pelaburan. Apabila pelan tersebut mempunyai fungsi tambahan, ini bermakna caruman bulanan anda akan meningkat.

Jika anda rasa terbeban, anda boleh pilih untuk mengambil pelan takaful hayat bagi perlindungan diri anda sahaja dengan syarat majikan anda menawarkan faedah kad perubatan. Cara ini dapat mengurangkan kos bulanan anda.

Perkara yang perlu anda faham adalah semakin banyak manfaat pelan perlindungan tersebut, semakin tinggi caruman bulanan. Oleh itu, pilih produk yang terbaik supaya anda tidak membayar takaful yang terlalu mahal tetapi manfaat yang sedikit.

Bermula awal 
Jika anda adalah seorang lepasan universiti, takaful adalah antara perkara utama yang perlu anda fikirkan. Hal ini kerana anda masih muda dan caruman takaful setiap bulan masih lagi rendah.

Selain itu, ketika muda juga anda masih lagi sihat dan jauh dari sebarang masalah kesihatan atau penyakit yang boleh menyebabkan caruman bulanan anda meningkat. Permohonan polisi anda juga mungkin akan ditolak jika anda sudah menghidap pelbagai jenis penyakit.

Anda juga digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Caruman bagi mereka yang merokok tidak sama nilainya dengan mereka yang tidak merokok. Ini kerana perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam pemilihan pelan perlindungan anda.


mbk
perunding takaful.
0192853910

KISAH BENAR : BOS BAIK HATI NAK TANGGUNG KOS PERUBATAN KERANA TIADA TAKAFUL PERUBATAN


Nak berkongsi satu kisah benar..minggu lepas abang kepada seorang kawan saya terlibat dalam satu kemalangan..dia di bawa ke salah sebuah hospital kerajaan..ini satu kes kecemasan tetapi proses untuk di masukan ke wad ambil masa berjam-jam..keluarga begitu kecewa dengan perkhidmatan yang di berikan..selepas beberapa hari berada di wad keadaan pesakit semakin tenat tetapi hospital itu tidak mengambil tindakan yang sewajarnya,,keluarga pesakit itu mengambil keputusan supaya pesakit itu di bawa ke hospital swasta setiba nya di sana, pemeriksaan terus di jalankan dan di dapati terdapat satu ketulan darah beku di kepala, dan pembedahan terus di lakukan...walaubagaimanapun pembedahan tersebut menelam kos RM 10,000 dan pesakit tidak mempunyaai insurans perubatan nasib baik lah syarikat tempat dia bekerja bermurah hati menanggung kos tersebut...apa yang saya ceritakan ini adalah kisah benar-benar berlaku..pilihan di tangan anda tak kira walaupun anda kakitangan kerajaan ke swasta ke ada ada pilihan untuk memilih yang terbaik..kalau saya sendiri pun tak de simpanan RM 10,000 ,so sebagai langkah perlindungan saya miliki kad perubatan ..sediakan payung sebelum hujan..

kongsi cerita dari forums cari.com

mbk
perunding takaful
0192853910

Tuesday, July 5, 2016

TAHUKAH ANDA "HARTA" PAMPASAN TAKAFUL BOLEH DIBAWA KE DALAM KUBUR?

Ramai salah faham pasal benda ni.bila kita mati, harta pampasan takaful hanya bermanfaat pada orang yang masih hidup. kita yang dah mati tak dapat apa apa pun....Betulkah????????
.
Well,betul la tu..manfaat akan pergi pada anak,isteri dan mak ayah kita yang masih hidup. dengan harta tersebut, mereka makan,minum,membeli pakaian,membayar hutang,naik haji,sedekah, isi minyak pergi masjid,berniaga,hantar anak pergi universiti,dan banyak lagi.
.
Kita dalam kubur dapat apa???JANGAN RISAU, IN SHAA ALLAH KITA DAPAT PAHALA YANG TIADA HENTINYA...YANG SENTIASA MENGALIR DAN MELAPANGKAN KUBUR DAN AKHIRAT KITA.
.
Sedarilah bahawa harta hibah/pampasan yang kita tinggalkan adalah dikira sebagai SEDEKAH JARIAH yang bermanfaat buat mereka yg masih hidup. 
.
Hadis menyebut bahawa bila meninggal anak adam terputus semua amalnya dgn dunia kecuali tiga iaitu doa anak soleh, ilmu yang bermanfaat dan SEDEKAH JARIAH.
.
Jadi harta pampasan kita akan bermanfaat pada yang hidup NAMUN beribu ribu kali lebih bermanfaat pada kita di alam barzakh..in shaa Allah.
.
Jadi jangan pernah merasa rugi mengambil TAKAFUL!!!kerana takaful bermanfaat untuk dunia dan akhirat in shaa Allah.

credit:
Kamarulzaman Bin Nasib

Nota Cik Puan Mbk: Semakin banyak anda berhutang .... semakin banyak perlindungan dalam bentuk Khairat Kematian dan Perlindungan Penyakit Krikal yg mesti anda ada.

mbk
perunding takaful
0192853910

Monday, July 4, 2016

PENERANGAN UNTUK POLISI SATU JUTA RINGGIT




Amin: Kak, boleh terangkan sedikit pasal polisi 1 juta ni?

Agent : Amin, thanks sebab sudi bertanya. Polisi RM1 JUTA ni bermaksud, jika pemegang polisi meninggal dunia atau hilang upaya kekal akibat kemalangan atau penyakit, maka Takaful akan serahkan cek bernilai RM1,000,000 pada amin sekeluarga. Amin ada 1 juta dalam akaun sekarang ?

Amin : takde lagi.

Agent : Akak pun takde. Nak kumpul 1 juta dalam akaun, kita kena simpan dalam tabung haji RM1000 sebulan selama 30 tahun. Kalau panjang umur Alhamdulillah. Tapi mati kan bila bila masa jer. So polisi RM1 JUTA ni adalah back up kita jika "dipanggil awal".

Amin : betul tu. Mahal tak kak, bayaran bulanan?

Agent : untuk umur dan pekerjaan amin, contribution tak sampai RM400 sebulan. Cuba tanya wife amin, dia setuju tak amin tinggalkan 1 juta?

Wife Amin : saya ok jer. (Tersenyum)

credit: FB Zaman kini.

Nota umur dan pekerjaan: Umur 27-39 , pekerjaan risiko kelas 1 (Terlibat dalam perkerjaan profesional, pentadbiran, pengurusan dan pekerjaan tidak manual.)

mbk
perunding takaful
019-2853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...