Wednesday, November 21, 2018

KALAU ORANG KITA FAHAM




Suami akan bertukar kepada kacak pabila buat hibah pada Isteri dan anak-anak tersayang.

Pernahkah anda terfikir, apabila anda meninggal dunia nanti;

1️⃣Adakah hutang-hutang anda akan membebankan keluarga anda?

2️⃣Adakah wang simpanan anda mencukupi untuk memastikan keluarga anda dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa?

Saya tiada harta untuk dihibahkan. Maka, saya tak perlu buat hibah Takaful. Mind set begini sebenarnya perlu ditukar. Jika tiada harta, create satu tabungan harta untuk orang yang kita sayang. Jika si suami meninggal dunia dan dialah satu-satu pencari nafkah, dengan duit pampasan hibah takaful, si isteri boleh menjalankan kelangsungan hidup, tolong bayarkan hutang kereta, tolong bayarkan hutang rumah, tolong bayarkan badal haji, infaqkan harta arwah untuk pahala yang berpanjangan, yang selebihnya untuk buat modal meniaga.Si anak boleh guna duit pampasan hibah takaful untuk pembayaran yuran sekolah atau universiti. Teringat cerita seorang ejen, semasa beliau buat direct approach, dia ada terjumpa seorang pemuda yang memang guna duit pampasan arwah si ayah untuk bayar pelajaran nya hingga ke peringkat menara gading. Bertuah anaknya, kerna arwah ayahnya sudah buat perancangan yang teliti agar anaknya tidak berhutang bila dialam persekolahan dan di menara gading.
Abang yang kacak. Yah mohon abang buat Hibah untuk perancangan kewangan masa depan. Yah harap bila tiba masanya, takkan ada percakaran, bermasam muka, tuduh menuduh dan berkecil hati dikemudian hari. Taknaklah makan hati berulam jantung. Orang lain makan ulam jantung sihat walafiat. Tapi Kita..bila makan jadi sakit hati. 
Tapi saya masih bujang. Itu kalu yang dah ada keluarga kiranya logiklah buat hibah Takaful. Kita masih ada mak dan ayah bukan?. Apa kata kita buat hibah Takaful untuk mereka. Jika berlaku kat kita, sekurang-kurang duit pampasan itu adalah hadiah yang paling bernilai buat mereka. Mana tahu, dengan duit itu mak dan ayah boleh pi buat haji, tolong infaqkan harta pampasan itu untuk amalan kita dialam sana. Sesungguhnya, budi dan pengorbanan mak dan ayah tiada tolok bandingnya. Tak boleh dibeli dengan harta yang banyak.

#cpmbk


Hebatnya panahan penyakit kritikal

Selain kepentingan hibah yang kini rancak di perkatakan, ketahui dan sedarilah kepentingan critical illness plan.
Hibah penting apabila kita sudah tiada, manakala critical illness plan penting apabila kita masih hidup tapi SAKIT!

Kenapa pampasan penyakit kritikal penting?

1. Cash ini digunakan untuk membayar sebarang commitment sekiranya pada waktu itu anda terpaksa bercuti. Sebagai pengganti pendapatan.

2. Membantu membayar cost perubatan secara moden dan traditional.

3. Mengurangkan beban kewangan.

4. Duit pampasan boleh digunakan untuk membayar hutang seperti pinjaman bank dan sebagainya.


Terdapat 36 jenis sakit kritikal yang layak untuk mendapat manfaat pampasan ini. Daripada 36 jenis sakit kritikal tersebut, ada 10 jenis sakit kritikal yang paling banyak membuat claim pampasan ini. Yang mana kita boleh conclude as the most common critical illness happened to malaysian.

1) Breast Cancer
2) Other type of cancer
3) Myocardial infaction (heart attack)
4) Stroke
5) Kidney Failure
6) Coronary Disease Requiring Surgery
7) Cancer of small instestine&colon expect rectum
8)Other Serious Coronary Artery disease 
9) Nasopharyngeal Carcinoma
10) Cancer of Ovary.

Sekali lagi saya bertanya..Kenapa Perlu Critical Illness Plan?
1) Keperluan segera - pampasan sakit kritikal dibayar sebaik sahaja anda di dapati menghidap sakit kritikal. 

2) Keperluan jangka masa panjang - pampasan sakit kritikal boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan semasa dalam proses pemulihan dari sakit kritikal. Contohnya untuk supplement, untuk perubatan alternatif dll.



3) Keperluan masa depan - pampasan yang tinggi boleh digunakan sebagai income protection/replacement apabila anda tidak lagi boleh bekerja disebabkan oleh sakit kritikal.
Kalau tak nak plan penyakit kritikal nie boleh tak? Ada cara lain untuk cover plan nie? Sebagai plan gantian?Ada banyak cara untuk cover kos rawatan kritikal secara cepat jika tidak sertai takaful. Jangan risau. Antara kaedah terbaik ialah:
1. Gunakan wang simpanan kahwin dan haji

2. Pinjam dari bank, rakan dan keluarga


3. Minta derma dari orang ramai


4. Dapatkan wang persaraan dari KWSP

5. Jual rumah dan tanah

6. Gadai harta benda

7. Jangan diberhentikan majikan semasa sakit supaya layak dapat benefit insurans takaful pekerja.

Menurut laporan Syarikat Prudential berkenaan tuntutan penyakit kritikal pada tahun 2015,Prudential telah membayar sebanyak RM101,729,026 pampasan sakit kritikal kepada 1950 orang pemegang polisi.


Purata pampasan yang dibayar adalah RM52,168/claim. Pampasan ini sangat membantu kewangan mereka di kala mereka menghidap sakit kritikal ini.

For 4 years berturut-turut, BREAST CANCER masih menjuarai claim critical illness dengan bilangan lebih dari 300 claims dibuat setiap tahun.

Manfaat tertinggi yang dibayar untuk breast cancer pada tahun 2015 adalah bernilai RM602,052. Pampasan ini dibayar kepada seorang pemegang polisi yang berkerja sebagai director berusia 43tahun. Beliau telah mengambil insurans/takaful dengan manfaat sakit kritikal ini selama 9 tahun 9bulan sebelum beliau didapati menghidap breast cancer.
Jadi..tunggu apa lagi? Revise polisi anda!

Tak perlu hubungi agen, cuma perlu semak buku polisi anda. Kalau tak ada..sila contact agen untuk tambah atau ambil polisi baru untuk Critical illness.

Saya sendiri punyai critical illness cover RM250k! InsyaAllah, akan tambah lagi.

#cpmbk
0192853910
#Tabungtakaful
#Tabunghibah
#BahanaPenyakitKritikal
#TabungIsteri
#Tabungkasihsuamisteri

Tuesday, November 20, 2018

Pesanan Elyana yang menyentuh hati.

Selamat tengahari semua. Pesanan dari Elyana. Moga membuka hati dan minda anda semua untuk mencarum Takaful. Kita akan rasa sihat sebab tue tak rasa Takaful penting. Bila dah sakit, sudah terlambat nak mencarum Takaful.

Bila dah sakit, perbelanjaan kita sudah lari dari biasa dan bertambah berbanding semasa sihat. Mana nak dapatkan duit extra untuk menampung perbelanjaan baru ini? Hebatkan panahan penyakit kritikal.

Mohon share sebanyak mungkin pada rakan-rakan, dan kaum keluarga. Moga ia beri manfaat.

#cpmbk
0192853910



Monday, November 19, 2018

Majlis sambutan Maulidul Rasul

19.11.2018

IHari ini, SiXMA agency ada mengadakan sambutan Maulidul Rasul. Intipati tazkirah Maulidul Rasul.

Ringannya shariat umat Nabi Muhammad SAW

1. Boleh bersih tempat terkena najis

2. Tidak diambil kira jika terlupa atau tersalah atau dipaksa

3. Tempat solat yang luas

4. Boleh guna air dan tanah untuk bersuci

5. Boleh bergaul dengan orang yang datang haid - kalau bukan umat Nabi Muhammad , jika seorang wanita datang haid, tidak boleh bercakap atau bergaul dengganya (sisuami Tak boleh bercakap dengan isteri jika didatangi haid).

6. Tidak dibuka aib bagi orang yang melakukan dosa

Sayangnya Rasulullah SAW kepada kita 

1. Rasulullah SAW menyimpan doa untuk umat dia

2. Rasulullah SAW memberi syafaat untuk umatnya pada hari akhirat nanti

3. Rasulullah berdoa untuk umatnya
(2 daripada 3 doa baginda diperkenankan).

# aku memohon kepada Allah supaya dia tidak membinasakan umatku dengan musim yang susah yang berpanjangan. Permohonan ku ini diperkenankan oleh Allah.

#aku telah memohon kepada Allah supaya umatku in jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam yang besar seperti yang berlaku pada umat Nabi Nuh. Permohonan ku diperkenankan

# mohon umatnya tidak bercakaran dan bergaduh sesama mereka. Doa baginda tidak diperkenankan.

4. Rasulullah mengakui umatnya sebagai saudara baginda

5. Rasulullah menyelamatkan umatnya didalam neraka

Amalan sunat harian Rasulullah SAW

1. Qiamullail

2. Baca Al Quran dan maknanya

3. Solat berjemaah

4. Sedekah - Pada waris dahulu, boleh tolak bala

5. Solat Sunat Dhuha - 2 rakaat, 4 rakaat, 12 rakaat

6. Berwudhuk

7. Zikir - Istighfar at least 300 x, Selawat






#cpmbk
#Tabunghibah
#hibahuntukeluarga

Friday, November 2, 2018

Sijil terAKHIR


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

1. Pernah menemani teman menguruskan dokumen berkenaan kematian.

2. Bila sudah memaklumkan pihak JPN, pihak JPN akan potong sikit tepi sebelah kanan kad pengenalan arwah. Saya akui, Saya ada merasakan sentapan sampai ke hati. Naik bulu roma saya. Bermula saat itu, segala urusan akan disekat. Urusan apa yang disekat? Urusan bank. Pasangan tak boleh keluarkan duit kerna akaun bank sudah disekat. Kredit kad tak boleh pakai kerna akaun sudah disekat.

3. Kalau memerlukan duit mudah cair, kemungkinan boleh dapat dari tabungan khairat kematian, gadai barang kemas di Ar-Rahnu atau melalui #tabungtakaful.

4. Selepas JPN sudah update sistem status kepada "deceased" (kematian), sijil kematian dikeluarkan.

5. Dalam gambar nie, sijil kematian milik seorang muallaf.  Allahyarhamah meninggal kerana kanser. Selama ini, suaminya tak tahu isterinya ada penyakit. Warded 5 hari, si isteri dipanggil Illahi.

6. Suami arwah ada mencarum takaful untuk isteri. Kesedaran timbul setelah diceramahkan oleh boss nya

7. Jika isterinya tiada hutang, suaminya boleh gunakan duit pampasan #tabungtakaful sebagai infaq (sedekah) agar pahala sentiasa mengalir hingga akhir zaman, juga boleh buat #tabungpendidikan pada anaknya. Memang benar, nyawa dan kasih sayang tak boleh ditukar ganti dengan wang. Tapi, dengan #tabungtakaful boleh meringankan beban masalah kewangan keluarga.

8. Kes nie bukan milik saya. Tapi milik kawan saya, juga seorang ejen. Dan kes ini adalah tuntutan kematian yang pertama dia uruskan.

9. Moga urusan kawan saya dipermudahkan untuk buat tuntutan kematian.

Mohon doa dan sedekah kan Al Fatihah untuk arwah. Moga roh arwah bersama dengan orang mukmin.

#cpmbk
0192853910

Salam Jumaat yang penuh keberkatan


Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...