Wednesday, November 21, 2018

Suami akan bertukar kepada kacak pabila buat hibah pada Isteri dan anak-anak tersayang.

Pernahkah anda terfikir, apabila anda meninggal dunia nanti;

1️⃣Adakah hutang-hutang anda akan membebankan keluarga anda?

2️⃣Adakah wang simpanan anda mencukupi untuk memastikan keluarga anda dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa?

Saya tiada harta untuk dihibahkan. Maka, saya tak perlu buat hibah Takaful. Mind set begini sebenarnya perlu ditukar. Jika tiada harta, create satu tabungan harta untuk orang yang kita sayang. Jika si suami meninggal dunia dan dialah satu-satu pencari nafkah, dengan duit pampasan hibah takaful, si isteri boleh menjalankan kelangsungan hidup, tolong bayarkan hutang kereta, tolong bayarkan hutang rumah, tolong bayarkan badal haji, infaqkan harta arwah untuk pahala yang berpanjangan, yang selebihnya untuk buat modal meniaga.Si anak boleh guna duit pampasan hibah takaful untuk pembayaran yuran sekolah atau universiti. Teringat cerita seorang ejen, semasa beliau buat direct approach, dia ada terjumpa seorang pemuda yang memang guna duit pampasan arwah si ayah untuk bayar pelajaran nya hingga ke peringkat menara gading. Bertuah anaknya, kerna arwah ayahnya sudah buat perancangan yang teliti agar anaknya tidak berhutang bila dialam persekolahan dan di menara gading.
Abang yang kacak. Yah mohon abang buat Hibah untuk perancangan kewangan masa depan. Yah harap bila tiba masanya, takkan ada percakaran, bermasam muka, tuduh menuduh dan berkecil hati dikemudian hari. Taknaklah makan hati berulam jantung. Orang lain makan ulam jantung sihat walafiat. Tapi Kita..bila makan jadi sakit hati. 
Tapi saya masih bujang. Itu kalu yang dah ada keluarga kiranya logiklah buat hibah Takaful. Kita masih ada mak dan ayah bukan?. Apa kata kita buat hibah Takaful untuk mereka. Jika berlaku kat kita, sekurang-kurang duit pampasan itu adalah hadiah yang paling bernilai buat mereka. Mana tahu, dengan duit itu mak dan ayah boleh pi buat haji, tolong infaqkan harta pampasan itu untuk amalan kita dialam sana. Sesungguhnya, budi dan pengorbanan mak dan ayah tiada tolok bandingnya. Tak boleh dibeli dengan harta yang banyak.

#cpmbk


No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...