Wednesday, May 31, 2017

Koleksi alasan-alasan kenapa tak apply Insurans/Takaful serta JAWAPAN. Semoga menjadi panduan anda untuk MEMOHON Takaful sekarang.



1) "nantilah dulu, aku baru je mula kerja"
- Kalau esok datang kerja kemalangan macam mana?

2) "ala, mati tu kerja tuhan"
- ye betul. Tuhan tak bagitau bila kita mati, jadi sebelum mati kena la beringat.

3) "aku kan muda lagi takkan dah nak ambil insuran"
- Masa muda la bagus sebab tengah sihat, premium murah, & protection tinggi.

4) "umur aku 30 baru nak ambil"
- Kalau sblm umur 30 dah kena penyakit kritikal, lepas tu baru nak apply agak2 syarikat insurans nak bg tak?

5) "ala, kalau dah mati habis cerita, aku bukan ada waris pun"
- Kalau mati takpe, kalau hidup tapi hilang upaya kekal hidup pun segan mati tak mahu, tak ke membebankan ibu bapa yg nak kena jaga?

6) "aku nak buat investment dulu, insurans kemudian"
- Kalau sakit kritikal / lumpuh kekal tak mampu bekerja, agak2 investment kita yang baru setahun dua tu boleh bagi jaminan tak ? sedangkan kalau ambil insurans/takaful nyawa hanya bayar RM100 sebulan dah ada jaminan RM50k hingga RM200k.

7) "aku bnyk komitment skrg ni, rumah, kereta, kad credit, anak sekolah, bil2. mcm mana nk ambil insurans"
- Yang ni lagi WAJIB ambil! Seandainya esok berlaku musibah dan kita hilang upaya kekal, sape yang nak kena tanggung semua hutang2 tu kalau bukan family, isteri dan anak2. Kita dah tentu la tak mampu bekerja. Bukan ke kalau ada insurans/takaful dapat bantu jugak dari awak tak ada ape2 kan? Kalau rase bnyk komitmen ambil la dulu yang paling rendah. Bila ekonomi dah stabil nanti tambah. ambil je dulu basic RM50 sbulan. Dah okay dari xbuat langsung.

8) "aahh! insurans semuanya penipu"
- Jangan salahkan syarikat insurans sebabnya mereka hanya mengikut polisi. Kalau polisi kata blh claim so blh la claim. Kalau polisi kata tak boleh memang tak boleh la. Syarikat insurans berniaga bukannya memberi belas ehsan. Agen hanya sebagai wakil syarikat dan bukan semua perkara dapat diterangkan dalam masa yang singkat. Kita sebagai peserta seharusnya memahami isi kandungan polisi dan bertanya jika ada kemusykilan bukannya polisi dibiar begitu sahaja. Did dalam insurans ada tempoh2 bertenang yang kita perlu tahu. Jangan menipu fakta jika anda seorang perokok, mempunyai sejarah penyakit atau pembedahan dan sebagainya semasa membuat permohonan takut kelak jika syarikat insurans mengesan adanya penipuan, insurans anda hanya sia2.

9) "masuk insurans tak untung banyak, baik aku simpan kat ASB"
- Insurans utk perlindungan bukannya utk buat duit. Nak simpan atau invest kt mana2 sekali pun ambil la insuran terlebih dahulu sebab simpanan dan investment tak memberi jaminan untuk bagi pampasan.

Macam mana sekarang? Dah blh mohon sekarang?

mbk
#ejentakaful
0192853910

#hibahtakaful
#TabungWanita
#WomenOfInspiration

Tuesday, May 30, 2017

Alternatif pada faraid jika perlu .........

Dalam beberapa bulan ini, (sebenarnya sudah lama) ada beberapa ejen memainkan isu Takaful Hibah dimana mempunyai kedudukan sendiri dalam perundangan dan sangat sesuai sebagai satu instrumen dalam harta pusaka.

Manfaat Takaful sudah diketahui untuk:
  •  Pelan legasi – seperti jalan terakhir melakukan amal jariah atau sedekah, mewariskan sejumlah kekayaan kepada waris, tujuan bisnes (keyman) dan membina asas kepada generasi seterusnya apabila sudah tiada.
  • Instrumen pengurusan harta pusaka; Hibah Takaful sebagai jalan untuk menyelesaikan hutang-hutang.
  • Mencipta satu lagi peluang penjanaan pendapatan melalui segmen takaful berbentuk pelaburan.
Sudah pasti dalam perlindungan Takaful, tujuannya adalah untuk melindungi diri seseorang. Dalam kewangan peribadi, seseorang itu perlu tahu apakah tanggungjawab terhadap diri beliau terhadap orang lain seperti keluarga terutamanya.
 
 
 


Misalnya seorang lelaki, suami dan bapa adalah orang yang penting dalam keluarga. Beliau bertanggungjawab terhadap:
  • Perbelanjaan rumah.
  • Perbelanjaan kereta.
  • Perbelanjaan runcit (makan dan minum).
  • Penyediaan dana pendidikan.
  • Penyediaan dana persaraan.
  • Pembiayaan kewangan (pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain)
Isunya di sini, apa akan berlaku apabila beliau sudah tiada?

Sudah dikupaskan, di Malaysia apabila seseorang itu mati segala harta-harta akan menjadi ‘beku’ dan tidak boleh digerakkan. Proses ini sebenarnya adalah lama dan bukan boleh diselesaikan dalam tempoh 1-3 hari. Malah ada proses boleh jadi bertahun-tahun lamanya. Manakala hutang-hutang perlu diselesaikan dengan cepat.

Langkah-langkah berikut perlu dilalui sebelum harta beku tadi boleh dibahagikan.
  • Perbelanjaan pengurusan kematian seperti upah kubur, upah mandi.
  • Menyelesaikan segala hutang piutang, bertulis (bank misalnya) atau tidak.
  • Menyelesaikan segala tunggakan cukai dan zakat tertangguh.
  • Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh si isteri.
  • Menyelesaikan bab wasiat; jika dibuat oleh si mati.
  • Pembahagian harta bersih mengikut hukum Faraid.
Semua orang tahu bila dia lahir. Tidak semua orang tahu bila dia tiada.
Bagaimana dengan perbelanjaan seharian seperti perbelanjaan anak ke sekolah, rumah yang belum habis dibayar, ansuran kereta tertunggak dan hutang kad kredit masih ada baki?
“Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.” Hadis Riwayat Tarmizi
Jadi, Takaful bukan sahaja hanya berkisarkan kad medikal; berapa had limit tahunan dan seumur hidup atau ada elaun harian atau tidak. Ini hanya satu bahagian. Takaful dalam konteks besar adalah untuk menyelesaikan isu-isu begini di mana boleh membebankan waris jika tidak diselesaikan dengan cepat dan baik.
‘Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” – Hadis Riwayat Al Bukhari
Oleh itu, sebagai orang Muslim perlu tahu tentang ilmu pengurusan pusaka dan terbaru, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 telah memperkenalkan konsep Hibah Bersyarat (lebih popular di sebut Hibah Takaful) iaitu penamaan dalam sijil Takaful itu sendiri.

kredit: adib yazid

mbk
0192853910
 

Ada orang.... (Edisi Takaful)

Ada orang
- Dah setahun ambik pelan takaful, tapi bila dengar ada pelan yang lagi murah, terus sign up yang baru. Bila ejen tanya khabar, senyap. Agaknye ejen baru tu tak terangkan pasal waiting period 120 hari ataupun incontestability period (1-2 tahun tu kot?)

Ada orang
- Dah set appointment nak jumpa di sekian-sekian tempat. Dah bergelas-gelas air ejen tu hirup, muka tak nampak-nampak. Call tak berangkat. (Ni paling biasa)

Ada orang
- Dah disahkan penyakit dan kena buat operation minggu depan, baru nak sign up takaful yang paling tinggi coveragenya. Masa ejen tanya dulu, jawabnya nak tunggu masa yang paling sesuai. (Ni pun biasa jugak)

Ada orang
- Yang kesedarannya sangat tinggi, sanggup terminate astro, kurangkan makan mewah semata-mata untuk sediakan perlindungan sebelum jadi perkara yang yang tak diingini.

Persoalannya di sini, anda orang yang bagaimana?

#TabungWanita
#hibahtakaful
#WomenOfInspiration

mbk
0192853910

Monday, May 29, 2017

Eid Mubarak 2017 /1438


Mohon maaf dipinta jika ada kesilapan dan "over" bila menulis blog nie.

mbk
0192853910
Takaful ejen

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...