Monday, October 27, 2014

Kalu client tanya...........Syarikat Takaful yg terbaeek dari ladang

Kalu client tanya perbandingan antara Pru dengan Takaful lain...

Kita (agent) cakap la..

Kita mewakili 1 dari 9 Takaful operation kat Malaysia nie... Setiap syarikat ader lebih n kurangnya. Kalu En Client tanya saya, mesti saya cakap Pru terbaik. N kalu En Client tanya Syarikat lain, depa akan jawab depa yg terbaik antara yg terbaik. At the end, En Client akan dapat kekeliruan

Maka pihak terbaik yg En Client boleh tanya adalah bahagian insurance di hospital swasta. Telepon la beberapa hospital swasta n tanya la mereka, Syarikat Takaful mana yg antara 3 terbaik dalam pengurusan clain n process masuk/keluar hospital nie x menyusahkan pemegang policy.

Maka x de la jawapan berat sebelah yg En Client terima

credit: kata kata hikmat ~Takafulman~




Friday, October 24, 2014

Akibat accident, terasa rugi x ambik takaful

Last Friday call PA client,nak mohon payment. Biler agkat, dier kata dier MC ari nie. So niat nak pi jumpa pun terbantut. Ingatkan MC demam, rupa2 nya MC accident dgn keta. Terkena masa nak pi kerja. Nasib baik selamat. Alhamdulillah. Tapi tang cedera tue, teruk jugaklah. Hubby dier tulang rusuk terkeluar atau lari sikit manakala PA pulak retak di kaki. So kena simen. Dapatlah MC 2 bulan. Dgn tetiba , kakak nie cakap "alangkah ruginya tak ambik takaful"

Saya hanya mampu terdiam....................

Dahlah company dier x cover... Nasib baiklah company hubby cover. Kalu tak, harus kena korek duit tabung. Alahaiiiii!!!! Sabar jerlah kak....

Memanglah nak jadi.. Sebab tue org dolu dolu cakap malang x berbau. So korang semua d luar sana.. Bertakafullah dengan hati yg tenang. Jangan tangguh2... Kalau dah buat, tahniah.. Kalu jadi cam gini boleh takaful tolong cover n tolong bayarkan. Dapat jugak elaun tambahan. Boleh cover expenses yg lain. Dapat jimat duit minyak.. 🚗⛽️

Muharram Bukan Bulan Nabi Berhijrah

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?
Nasir, Kuantan.
Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;
1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.
2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.
3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:
Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.
4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).
gua_thur.jpg
Gambar Hiasan – Gua Thur
5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.
6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.
7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.
8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.
9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.
Disiarkan pada December 10, 2010 - http://drmaza.com/home/?p=1297

Selamat Menyambut Awal Muharram 1436 Hijrah


Monday, October 20, 2014

Bila Takaful lama tak dibayar

Saya paling tak suka tiap2 bulan buat calls tanyakan pasal payment takaful. Dah macam ceti rasernyer.. hohohohohohohoho. Bukan untuk kayakan diri sendiri tapi dah jadi amanah. Kang kalu Takaful lapsed kang kitaorang juugaakk yg susah. Bukan nyer apa takut jadi kes adik nie hahhh.. Seperti diceritakan oleh agent nie... ceduk dari forum...

BACA: http://akupenjualinsurans.blogspot.com/2014/09/edisi-tuntutan-penyakit-kritikal-major.html

 Innalillah..
Pagi2 dapat cerita yang kurang baik..kita doa kan Adik ni cepat baik..dan kecederaan dia tak terlampau serious Dan tiada sebarang kecacatan.. Dikongsikan oleh kawan saya..
Pagi2 ni client dia msg..bertanya kan polisi insurans anak beliau..sebelum ni dah berkali2 ejen hantar friendly reminder untuk ingatkan pasal payment..pasal polisi lapsed..memang malang tak pernah bagi bau..polisi dah lapsed Dan tiba2 pagi ni anak kene air panas..yang sangat menyedihkan bagi saya ..reason tak nak bayar insurans anak,sebab "nak beli kereta estima"..
Client2 kalau ejen remind untuk payment yang tertunggak..kami hanya jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan..bukan kerana kami nak kaya dengan banyaran insurans anda yang seratus dua tu..tapi kerana ia adalah amanah anda sendiri kepada kami..
Semoga anda semua terhindar drp sebarang musibah..selamat membayar premium insurans untuk pastikan polisi anda sentiasa inforce....

Gambar sekadar hiasan

Wednesday, October 8, 2014

Insurans bukan untuk bergaya

Saya petik pesanan  di Facebook.....

Hari ini ramai dari kita memiliki insuran/takaful. Polisi yang kita ambil sebab kita faham atau kita ditakutkan oleh agen insuran.
Perinsip asas insuran adalah untuk perlindungan dan BUKAN PELABURAN.
Semakin banyak polisi yang anda ambil, semakin banyak ia sedut wang anda.
Tujuan asas insuran adalah untuk melindungi dari kerugian kewangan yang besar.
Anda tidak harus mengambil insuran untuk melindungi perkara yang rendah nilainya seperti Perlindungan cermin kenderaan, Waranti komputer riba anda, Elaun harian hospital, rim tayar kereta, bebola kristal lampu anda, sofa Italy buatan Jinjang dan amah yang lari dari rumah.
Semakin banyak polisi yang anda lindungi semakin tinggi premium yang sedang menanti. 
Kesimpulannya ambil insuran untuk melindungi risiko kewangan yang besar seperti rumah, kenderaan dan pembedahan kesihatan sahaja. 
Semakin banyak kita bayar, semakin kaya syarikat mereka.
Wallahu A'llam
 Azizul Azli Ahmad's status.


Notakakikudibibirmu: Tengok balik pd keperluan dan kemampuan. Mcm org beli kereta, tujuan utk mudah bergerak. Mungkin ulang alik balik keja. Tapi bg yg kemampuan lebih, diorg akan amek merceds atau bmw...benda sama ja dgn kancil 660. 

Begitu juga dgn insurans, amek ikut keperluan. Tp klu ada kemampuan lebih,amek la yg bg manfaat lebih. Pelaburan dlm insurans tetap xleh lwn instrumnt pelaburan lain. Cuma boleh bg twrn & manfaat yg lebih baik dr insurans yg rendah premium.

Friday, October 3, 2014

Edisi Orang salah anggap pasal Takaful: TAKAFUL – Peralatan Kewangan yang Sering Disalah Faham

Kisah Pisau, Parang dan Kapak

NOTA KAKIKU DI BIBIRMU: 

Memang BENAR apa yg penulis nie cakap. Pada permulaan saya jadi ejen, simpananlah saya fokus dahulu kemudian perlindungan. Biler dah lamer dan tengok konsep takaful baru saya faham......Takaful nie focus pada perlindungan dan perubatan sebenarnya. Saving tue just nak back up plan jer in case korang tak dapat nak bayar bulan tuh atau masalah pokai, at least saving nie takkan BURN akan korang punyer polisi. Nielah kita panggil investment link. Pasal insurans dulu-dulu kalu tak claim maka duit kita yg kita bayar selama ini akan jadi BAKAR. omputeh kata BURN. Sebab tue investment link datang. So nasihat saya kalu nak buat education fund pilah labur di ASB ker, Public Mutual ker, SSPN ker....

Beliau keliru apabila saya menerangkan fungsi-fungsi instrumen pengurusan kewangan; simpanan, pelaburan dan perlindungan. Dahinya berkerut menandakan sedang berfikir.
Saya diam sejenak, membiarkan beliau berfikir sendiri.

Pelaburan, Simpanan dan Perlindungan Adalah Berbeza

“Pelaburan, simpanan dan perlindungan berbeza antara satu sama lain. Takaful untuk perlindungan, manakala akaun bank untuk simpanan dan saham unit. Setiap satu mempunyai fungsi dan peranan tersendiri”, kata saya menjelaskan lagi apa yang diterangkan di awal pertemuan tadi.
“Tapi Afyan, tempoh hari saya berjumpa dengan seorang perunding kewangan yang mengatakan produknya adalah kombinasi semua perkara yang disebutkan tadi. Ia mengandungi simpanan, pelaburan dan perlindungan insurans”, kata beliau.
Saya tersenyum, mengenangkan ceritanya yang saya sudah agak pengakhirannya.
“Apa lagi yang diceritakan?” tanya saya.
“Perunding kewangan berkenaan menerangkan produknya merupakan keluaran sebuah institusi kewangan yang hebat dan  mengatakan produknya adalah produk pelaburan dan percuma insurans. Dengan hanya RM500 sebulan, saya boleh malabur dengan keuntungan 10% setahun dan mendapat isnsurans diri, kesihatan dan kemalangan sebanyak RM500,000”, kata beliau dengan teruja.
Saya tersenyum kerana apa yang saya fikirkan sama seperti yang diceritakan, sambil bertanya“Jadi encik pun melanggan produk berkenaan?”.
“Ya sudah tentu! Kerana ia lebih baik daripada Tabung Haji, ASB, insurans dan takaful, sebagaimana yang diceritakan”, kata beliau lagi.
“Encik pernah gunakan pisau, parang dan kapak?”, tanya saya.
“Err… Tidak… Eh, pernah. Eh, apa pula ini?”, beliau menjadi keliru apabila topik pengurusan kewangan bertukar ke topik peralatan memotong pula.

Analogi Pisau, Parang dan Kapak

Dalam pengurusan kewangan peribadi, ada pelbagai “peralatan” seperti simpanan, pelaburan, takaful, wasiat, pusaka dan lain-lain lagi. Setiap satu mempunyai kegunaan dan fungsi masing-masing.
Sebagai contoh, takaful adalah untuk persediaan bagi menghadapi saat-saat kecemasan dan musibah seperti masuk hospital, sakit kritikal, lumpuh dan kematian.
Fungsi simpanan pula terbahagi kepada tiga iaitu:
  • Jangka pendek,
  • Jangka sederhana, dan
  • Jangka panjang.
Fungsi simpanan jangka pendek adalah untuk memperuntukkan sebahagian wang untuk masa-masa kecemasan yang tidak dilindungi takaful seperti paip bocor, kereta rosak, dan duit hilang.
Fungsi simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti perancangan percutian dan pembelian perabot.
Fungsi jangka masa panjang pula adalah seperti pendidikan anak-anak, persaraan, dan pembelian rumah.
Fungsi pelaburan pula adalah untuk menggandakan wang simpanan yang ada. Fungsi perancangan pusaka adalah untuk memastikan ahli-ahli waris mudah mendapat pembahagian harta masing-masing selepas berlaku kematian.
Masing-masing mempunyai fungsi dan matlamat yang tersendiri.
Sebagai seorang perunding kewangan dan takaful, saya selalu gunakan analogi pisau, parang dan kapak apabila membuat perbandingan instrumen-instrumen kewangan takaful, simpanan, pelaburan, dan sebagainya.
“Encik, andaikan encik sekarang ingin memotong sayur, yang mana akan encik gunakan; pisau, parang atau kapak?”, tanya saya.
“Sudah tentulah pisau untuk memotong!”, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan saya.
 “Apa pula yang kita gunakan untuk menebang pokok?”, soal saya lagi.
“Hmm… gergaji… atau kapak”, sedikit teragak-agak jawapannya kali ini. Mungkin tidak pernah menebang pokok. Seperti saya.
“Apa akan jadi sekiranya kita gunakan kapak untuk memotong sayur?”, tanya saya.
Dia mengerutkan dahi. Berfikir barangkali.
“Apa pula akan jadi jika kita gunakan pisau untuk menebang pokok?”, tanya saya tanpa menunggu jawapan daripada soalan terdahulu.
Dia masih mengerutkan dahi. Masih berfikir barangkali.
Saya tidak perlukan membuat persoalan tentang parang yang masih belum digunakan. Sepatutnya saya akan bertanya “Apakah yang akan digunakan untuk menebas lalang?”, dan jawapannya adalah; parang.
Pisau untuk memotong sayur.
Parang untuk menebas lalang.
Kapak untuk menebang pokok.
Setiap peralatan mempunyai fungsi dan peranan masing-masing.
Ya, kita masih boleh “menebang” sayur menggunakan kapak, dan masih boleh “memotong” pokok menggunakan pisau, tetapi hasilnya tentu tidak memuaskan.
Sayur yang “ditebang” menggunakan kapak tentu akan porak-peranda hasil potongannya, dan tentu sukar sekali melakukannya, walaupun hasil potongan itu masih boleh dimakan.
Begitu juga apabila pokok “dipotong” menggunakan pisau pemotong sayur, tentu memakan masa yang lama untuk “memotongnya”.
Rasanya hanya dua keadaan sahaja orang akan menggunakan kapak untuk “menebang” sayur, dan pisau untuk “memotong” pokok.
Pertama: tiada pilihan peralatan lain yang ada.
Kedua: orang gila.

TAKAFUL – Peralatan Kewangan yang Sering Disalah Faham

Begitu juga halnya dengan takaful. Memang benar, kita boleh menggunakan takaful sebagai peralatan untuk simpanan dan pelaburan , tetapi hasilnya sudah tentu berbeza apabila kita menyimpan di dalam bank atau  melabur di Tabung Haji.
Apabila kita menyimpan wang di dalam bank, beberapa bulan selepas itu kita boleh mengeluarkan jumlah yang sama sebagaimana yang kita simpan. Apabila kita menyimpan RM100 sebulan ke dalam bank, kita akan mendapat RM1,200 selepas setahun kita menyimpan. Mungkin dengan sedikit keuntungan.
Ini tidak berlaku apabila kita menyimpan dalam takaful. Wang sumbangan untuk setiap polisi takaful, hanya sebahagian kecil yang masuk ke dalam akaun simpanan. Apabila kita membayar RM100 sebulan untuk polisi takaful, kita tidak akan dapat mengeluarkan RM1,200 selepas setahun menyertai skim ini.
Seperti kapak dan pisau tadi, hasilnya mengecewakan apabila kita mengharapkan simpanan daripada polisi takaful yang kita ambil.
Apabila menyertai skim takaful dengan bayaran RM 100 sebulan, sekiranya berlaku musibah dalam tempoh tersebut, kita bukan sahaja mendapat RM1,200. Malah berpuluh kali ganda dan mungkin mencecah seratus kali ganda daripada wang simpanan kita.
Inilah yang membezakan takaful dengan peralatan-peralatan kewangan yang lain. Sebagaimana pisau dan kapak berbeza. Berbeza dari segi fungsi, kegunaan, dan matlamat.
Betul, takaful juga boleh diguna sebagai simpanan, sebagaimana pisau boleh diguna untuk menebang pokok. Namun, ia akan memakan masa yang lama sehingga sekurang-kurangnya 10 ke 20 tahun. Itupun bergantung kepada produk takaful yang anda sertai.
Hanya produk takaful berserta simpanan yang mempunyai simpanan. Simpanan untuk jangka masa yang lama.
Sebagaimana pisau tadi hanya mampu menebang pokok selepas memakan masa yang lama. Oh, ini andaian saya sahaja kerana saya sendiri belum pernah lagi cuba untuk menebang pokok menggunakan pisau kerana saya masih waras.
Di sini peranan wakil-wakil takaful. Untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang fungsi takaful. Takaful sebagai alat untuk persediaan menghadapi masa-masa getir seperti kematian, lumpuh, sakit, dimasukkan ke hospital, kemalangan dan sebagainya.
Apalah sangat RM100 – RM200 sebulan jika hendak dibandingkan dengan pampasan takaful yang nilainya yang boleh mencecah RM100, 000 ke RM200,000.
Ini kadang-kadang disalah faham di kalangan masyarakat dan disalah guna oleh segelintir wakil takaful atau ejen insurans.
Apabila bertemu dengan prospek, ditekankan soal kelebihan simpanan apabila mempromosikan takaful berbanding menceritakan kelebihan perlindungan yang menjadi fungsi utamanya. Ini akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari apabila pelanggan mengambil polisi takaful dengan harapan untuk menyimpan.
Ia akan timbul masalah apabila selepas beberapa bulan, atau beberapa tahun pelanggan ingin mengeluarkan wang simpanan takafulnya. Selepas itu, baru mereka sedar bahawa selama ini mereka menggunakan pisau untuk menebang pokok.
Hasilnya; pokok tidak tumbang, manakala pisau pula semakin tumpul. Oh, saya terlupa hendak membuat analogi parang untuk menebas lalang.

credit: http://www.majalahniaga.com/kisah-pisau-parang-dan-kapak.html , 

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...