Biasanya kehamilan terjadi hasil daripada persenyawaan antara sperma dengan ovum yang akan membentuk ketulan baru yang dipanggil blastosis dan seterusnya menjadi embrio.
Tetapi hal ini tidak terjadi pada kehamilan anggur. Kehamilan anggur atau mola hidatidosa merupakan keadaan rahim tidak berisi janin. Sebaliknya hanya berisi gelembung-gelembung mirip buah anggur.
Sel telur (sel dalam) terhenti perkembangannya pada minggu ke-3 atau ke-4. Sel luar (trofoblas) sahaja yang berkembang dan membentuk plasenta. Masalah ini mungkin dapat dikesan seawal minggu ke-6 kehamilan.
Sel trofoblas yang kosong ini kemudiannya membengkak, membentuk gelembung-gelembung berisi cairan, mirip buah anggur. Ukurannya ada pelbagai saiz. Ada yang antara 1 mm hingga 2 sm.
Jika dilihat melalui mikroskop, tidak ada pembuluh darah di dalamnya. Bagaimanapun jumlah selnya tetap terus bertambah.
Persenyawaan Normal |
- Telur yang tiada Genetic disenyawakan oleh Sperma. Sperma tumbuh dengan sendiri, tetapi ia hanya boleh menjadi ketulan tisu yang kelihatan seperti gugusan anggur dan akan menjadi janin
b) Kehamilan molar tidak lengkap (Partial Molar)
- Telur disenyawakan oleh 2 Sperma. Plasenta menjadi pertumbuhan molar iaitu ketulan tisu yang kelihatan seperti gugusan anggur. Tisu janin yang terbentuk mempunyai kecacatan yang teruk
Simptom
* Kadar HormonChorionic Ginadothropin (HGC) tinggi.
* Kandungan kelihatan lebih besar, hamil tiga bulan seperti enam bulan.
* Mual dan muntah yang luar biasa pada trimester pertama.
* Berlaku pendarahan yang berulang.
* Sakit Tiroid akibat hormon yang berlebihan
* Tiada degupan jantung atau tiada janin
* Keluar tisu yang serupa anggur dari faraj
* Darah tinggi sebelum usia kandungan minggu ke 24
* Ultrasounds menunjukkan "snow-storm effect" dalam rahim
Rawatan
* Jika doktor anda mengesyaki kehamilan anggur/molar, prosedur menyedut dalam untuk
membuang sebanyak mungkin tisu-tisu abnormal yang terdapat dalam rahim
* Hamil anggur yang tidak dirawat boleh mengakibatkan masalah lain termasuk kematian.
* Hysterectomy, membuang rahim mungkin menjadi satu pilihan untuk wanita yang lebih
tua yang tidak mahu anak di masa hadapan
* Tahap hormon hCG dipastikan dalam tahap yang normal dengan mengambil ujian darah
untuk selama beberapa minggu
* Wanita akan dinasihatkan untuk mengelak hamil selama 6-12 bulan selepas rawatan
untuk memastikan tisu yang tidak normal tidak akan kembali. Wanita yang hamil terlalu
awal selepas kehamilan anggur/molar mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat
kehamilan anggur/molar.
* Umur lebih tua 35 tahun keatas
* Mempunyai sejarah kehamilan molar
* Kemungkinan berlaku gangguan ovulasi
* Mempunyai sejarah keguguran
* Mempunyai Karotena (satu bentuk Vitamin A yang rendah)
Dipetik dari: http://pama.karangkraf.com/famili/apa-itu-kehamilan-anggur-1.199992
Tarikh: 9 September 2013 dan web site bayi-ibu.com http://bayi-ibu.com/kehamilan-molar-anggur/
No comments:
Post a Comment