Monday, March 18, 2013

UPDATE 2: citer happy yg mommies nak tahu pasal Takaful lindungi anak sejak 20 minggu dalam perut.

Salam,



Nie ader beberapa soalan yg berkaitan dengan Takaful untuk anak-anak since dalam perut ibu yg berusia 20 minggu. Apa yang cuba saya nak khabarkan kat sini adalah citer gumbira yg boleh melegakan hati mommies...


Ok.. Jika mommies membuat simpanan Takaful since 20-35 weeks pregnancy, after 60 days polisi diluluskan anak mommies sudah dilindungi hanya untuk penyakit kritikal (36 penyakit kritikal)**, ***Vital care yaitu penyakit khusus untuk kanak2, accident dan manfaat kematian. Untuk medikal kad, puan perlu menunggu 120 hari selepas 15 hari baby di lahirkan. UPDATE: untuk manfaat Vital care dan penyakit kritikal (perlindungan khusus untuk kanak2 sblm 25 thn).

Bila anak saya mula dilindungi? Adakah selepas polisi diluluskan anak saya terus dilindungi?
Selepas polisi diluluskan, anak puan TIDAK TERUS dilindungi. Setiap manfaat ada tempoh bertenang.Untuk penyakit kritikal dan vital care (penyakit kritikal khusus untuk kanak2) akan bermula pada hari ke 14 selepas bayi selamat dilahirkan dan tempoh bertenang (waiting period) untuk manfaat ini akan bermula pada hari ke 15 selepas kelahiran. Tempoh bertenang adalah 60 hari.

Contoh:
Mama bayi comel sudah membeli Takaful dgn manfaat penyakit kritikal dan viral care semasa kandungan berusia 20 minggu. Pada 01.03.2013, bayi comel dilahirkan. Pada usia baby comel 15 hari, tempoh bertenang selama 60 hari untuk manfaat penyakit kritikal dan vital care pun bermula. Selepas 60 hari polisi diluluskan (bermula 15.01.2013-15.04.2013) , maka mommies boleh buat claim (start 16.04.2013 onwards)

Case Study: - 
Q :If the mother bought this policy during her 20 weeks pregnancy, and after 8 weeks, the doctor suspects the child have problem with his heart (contoh jantung berlubang). And the baby have benefits vital care and basic extra. Can the mother pay n claim? 

A:  No, because the coverage and the waiting period have yet to complete.

How to claim?
Since medikal kad perlu menunggu 120 hari selepas 15 hari baby dilahirkan, jika berlaku atau didiagnose mana - mana penyakit di bawah mommies boleh pay n claim (rembursement). Apa yang perlu mommies buat, selepas bayi dilahirkan, mommies diberi tempoh within 3 months:-

1  child birth certificate- Takaful need 1 copy
2. Selepas dapat child birth certificate, puan perlu mengisi borang untuk declare jantina anak, nama anak dan tarikh lahir anak, dan no birth certificate.
3. Child health book - copy
4. Pediatrician report - copy
3. Beri pada agent untuk proses update maklumat baby

If the parent do not update the child's details, all types of transaction including claims and surrender of the certificate will not be allowed. 

Apa berlaku selepas itu?
1. Setelah pihak Takaful sudah mendapat kan maklumat anak, mommies boleh buat claim dgn mengisi borang claim.  
2. Jika Claim untuk penyakit kritikal (36 penyakit kritikal) - mommies boleh claim atau tuntut pampasan 100% (biasa nya client akan tuntuk pampasan berdasarkan kos rawatan)
3. Jika claim untuk vital care (penyakit khusus untuk anak2) - claimnyer terbahagi kepada dua kumpulan;

Kumpulan A - boleh claim 20 %
1. Penyakit Lelah yang teruk
2. Epilepsi yang teruk (sawan untuk kanak2)
3. Glomerulonefritis dengan Sindrom Nefritik

Kumpulan B boleh claim 80% (jika sudah claim di kumpulan A) atau 100%
4. Leukemia
5. Penyakit Kawasaki dengan Komplikasi Jantung
6. Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin Melitus
7. Demam Reumatik dengan Ketidaksempurnaan Injap
8. Artritis Reumatoid Juvenil yang teruk
9. Trauma kepala major.

** Kalo penyakit kritikal lain, cover x?
Kalo penyakit kritikal cover. Kita cover 36 penyakit kritikal

1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER
16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA
30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK
34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA
36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI

DAN

*** Penyakit kritikal Untuk kanak-kanak sebelum usia 25 tahun
1. Penyakit Lelah yang teruk
2. Epilepsi yang teruk
3. Glomerulonefritis dengan Sindrom Nefritik
4. Leukemia
5. Penyakit Kawasaki dengan Komplikasi Jantung
6. Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin Melitus
7. Demam Reumatik dengan Ketidaksempurnaan Injap
8. Artritis Reumatoid Juvenil yang teruk
9. Trauma kepala major.

in case baby kn warded dlm icu, contohnya jantung berlubang ke, sawan ke, byrn hospital ikut hari cover x?
Takaful membuat bayaran berdasarkan kos rawatan Termasuk elaun hospital.


update: Since the mother cannot pay n claim due to coverage and waiting period have yet to complete, what should mommies do since her child have konginental illness (jantung berlubang) being detected since her pregnancy. 


For PruBSN SmartLink (Pre-Birth), the following exclusion will be applicable for all Critical Illness benefits : 
(a) the Covered Person is diagnosed as having Deafness, Blindness or Loss of Speech before the Covered Person attains 
     two (2) years old. 
(b) the Covered Person is diagnosed as having Critical Illness caused by a congenital or inherited disorder before the Covered 
     Person attains six (6) years old. 
(c) the Covered person is diagnosed as having illness caused by : 
     i. self inflicted injuries while same and insane ; or
     ii. the use of unprescribed drugs such as required by law to prescribed by Doctor.

In addition to the existing exclusions, the following exclusion is applicable for any medical plan that is attached while the Covered Person is still in the womb or before the Covered Person reaches 14 days old. Customer will not receive any benefit for a period of twenty four (24) months from date of birth if the Covered Person is diagnosed with an illness which is caused directly or indirectly due to birth defects and congenital anomalies.

Thus, no benefit shall be payable in respect any claims arising directly or indirectly.

Monday, March 11, 2013

UPDATE: Aku, dia dan TAKAFUL bukan PENIPU

Memandangkan ramai yg nak ambik Takaful tapi jenis atas pagar macam gambar bawah nie, so aku pun buat skrip berdasarkan current issue. 

Sebelum kes lahad datu nie, uols ade pedulik tak pasal kekuatan tentera kita? Tak pedulik kan? Tapi sebab kite kena serang, kite semua harapkan pihak tentera kiter untuk bertarung dan mempertahankan negara... Samalah macam takaful uols, sekarang uols mungkin tak nampak kenapa uols nak kene ader coverage, tapi bila tiba masa untuk uols pakai medical benefits, uols akan betul2 harapkan card nie untuk selesaikan masalah uols.

Huh.. ader raser nyesal tak? Tak lagi? Huhuhuhu... kering gersang giler kalu macam nie. Tahukah korang semua org cina ader insurans walaupun dierorg miskin gila? Sebagai contoh, Apek yg pungut tin-tin kosong tue ader insurans untuk dier n family. Apsal dier sibuk-sibuk beli insurans? Padahal keje tak seberapa? Kalu korang nak tahu, apek nie cukup cerdik dari korang kerana kalu dier sakit ader org tolong bayarkan untuk dier walaupun kos tue boleh cecah juta-jutaan. Kalu dier tak der, org tue akan bagi duit ker family apek tue. At least family apek tue taklah terdesak pi mintak sedekah kat luar saner nuuun. Baik kan org tue... Org tue Takaful atau insurans ikut cakap omputeh.

Apa kejadah Takaful nie?
Ia adalah "Sebuah Perlindungan" yang akan melindungi kewangan korang dari sebarang masalah kemalangan dan kesihatan selagi korang bayar a fix amount for every month. Duit yang anda bayar setiap bulan, akan digunakan untuk pelaburan dan hasilnya di panggil Cash Value. Cash value adalah antara kenapa orang Cina suka ambil insurans. Sebab dengan bayaran sekitar RM100-RM200 sebulan, dia akan dapat insurans dan simpanan jangka masa panjang untuk anak dan family dia sekitar RM20,000 hingga RM50,000++ setiap seorang. Dan duit ni boleh dikeluarkan bila-bila masa. Kalau agent minta % dari duit tu memang sah dia menipu sebab duit tu 100% anda punya.

Ingin sekali aku tekan kan bahawa dalam Insurans, tak ada nilai dan benefits yang tetap. Maksudnya, setiap orang mungkin tidak akan mendapat benefits yang sama. Setiap benefits boleh ditambah, diubah nilai dan dibuang terus untuk merendahkan amount yang perlu korang bayar setiap bulan. Ia jugak diubah untuk fit with your needs. Minimum standard plan berkualiti adalah RM100. But how about maximum? Nahh. You can make to RM1000 if you want to.


Harga Insurans yang perlu korang bayar setiap bulan bergantung kepada:

Umur korang. - Semakin muda korang, semakin sikit korang perlu bayar dan semakin tinggi perlindungan yang korang dapat. Thats why lah masa paling sesuai untuk ambil Takaful adalah ketika masih bayi. harga amat rendah.

Pekerjaan korang. - Kalau pekerjaan bahaya, bayaran bulanan will be slightly higher. Around RM30-50++ higher.

Tahap kesihatan korang - 99% chance anda tak boleh apply Takaful jika anda ada kanser dan penyakit kronik.

Lifestyle - Merokok ataupun tidak. Biasa minum arak ataupun tidak. Slightly higher RM required kalau merokok. Tp slightly je la.

Benefits dan Plan yang korang ambil. - More benefits + higher cover value = Higher payment. An Insurans Agent could manipulate this easily and causes you to pay higher amount of money.

Setiap benefits dan harga adalah computer generated. Kalau korang nampak agent korang terus bagi nilai bayaran yang tinggi serta merta, memang ada kemungkinan la yang dia menipu dengan menyuruh anda bayar lebih dari apa harga dan benfits yang anda perlukan.



Dia atas adalah contoh satu plan Takaful untuk seorang gadis comel berumur 25 tahun. Dengan Plan B - RM180 satu bulan, dia akan cool dan tak perlu risau jika...
  • Dia accident serta perlu bayar bill wards, perubatan serta hospital. - Semuanya di tanggung.
  • Dia sakit dan tak boleh kerja. Bila tak boleh kerja, tak ada duit nak bayar bil, tengok wayang, shopping dan belanja pakwe makan. - Untuk setiap hari dia tidak dapat ke kerja (MC), dia akan dibayar RM100 perday.
  • Dia terkena penyakit yang perlukan kos berlarutan sepanjang hidup. Contohnya penyakit kidney dan perlu menjalani dialysis 3 hari seminggu for the rest of her life. - Semua bill dialysis etc di tanggung, sehingga dia masuk kubur or berhenti insurans. 
  • Dia mengalami penyakit kritikal seperti Sakit Jantung, Stroke, Kanser etc. Once dia di-diagnose terkena apa-apa penyakit kritikal (Even stage permulaan), dia akan dibayar secara pukal. In this case, dia akan terus dapat RM50,000 untuk kegunaan sendiri. Dan ini tidak termasuk kos rawatan. Lain-lain bill dan kos rawatan dan kos susulan, insurans akan bayar pakai duit lain. No hal. Kecacatan, putus kaki, tangan, buta dan sebagainya juga akan ditanggung.
  • Perlukan duit yang banyak. Setiap linked Takaful / insurans, akan ada Cash Value. In this case, dia akan dapat sekitar RM25k-40k. Kalau pasaran baik, boleh cecah RM50k selepas 30 tahun.
  • If monthly payment anda adalah around RM200 dan ke atas, then I would like to say that you got your life almost fully covered with money and easiness.
Most Asked Question berkenaan Takaful dan Insurans. 

Adakah Insurans Hukum-nya haram di dalam Islam?
Ya, ianya Haram. Haram dari segi riba, judi dan sebagainya. Tetapi tidak Takaful. Sebab itu ramai Agent  Insurans beragama Islam hanya menjual Takaful.

Banyak kes penipuan dalam Insurans dan Takaful. Apa komen kau?
Penipuan yang berlaku tidak berkait dengan company. Setiap company insurans di Malaysia di pantau oleh Bank Negara Malaysia dan lain-lain badan pertubuhan. Penipuan yang berlaku adalah dari agen Insurans yang menipu itu sendiri. Sebenarnya, adalah satu kesalahan dari segi undang-undang Malaysia jika Agen Insurans anda tidak memberitahu perkara-perkara penting sebelum anda sign borang daftar insurans. Dan, ianya juga satu kewajipan untuk agen Insurans menjawab setiap soalan anda. Dan jawab pula, kena jujur serta tak boleh berbelit-belit. Know your rights.

Company Insurans yang mana boleh provide insurans (Takaful) terbaik?
Tak ada. Semua company Insurans di Malaysia adalah sama. Kalau beza pun, dalam Rm1-2 ringgit kot. Tapi rasanya tidak ada beza sebab semuanya di bawah 'satu bumbung'.

Apa pelan insurans terbaik yang boleh dibeli?
Tak ada istilah "Pelan Terbaik" sebab setiap pelan akan diconstruct based on diri anda. Bergantung jika anda nak focus kepada perlidungan accident ke, perlindungan kewangan ke, long term saving ke atau sebagainya. Pelan akan di-construct based on apa yang anda nak, dan bajet anda.

Mana bagus, simpanan ASB atau Cash Value Insurans Takaful?
Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Setiap tahun anda boleh dapat deviden yang amat tinggi dari ASB while insurans hanyalah bergantung kepada Cash Value. Itu pun kena tunggu bertahun-tahun baru boleh cecah more than RM10,000. Cuma, kalau anda accident atau terkena penyakit kronik, ASB tak akan dapat membantu bayar RM50,000 untuk satu pembedahan.

Pernah tak korang tengok iklan dalam surata khabar atau FB yang menyayat hati pasal "suami mati n family tak der tempat bergantung?"

"Kami perlukan sumbangan RM50,000 segera untuk membantu bayar kos pembedahan anak kami yang dalam keadaan kritikal di ICU". 

"Perlukan bantuan segera untuk kos pembedahan anak-anak"

Well, anda tak akan perlukan iklan dan berita macam tu kalau anda ada Takaful. Jika anda masuk hospital disebabkan accident atau apa-apa jangkitan dan penyakit etc, just tunjukkan Medical Card dan serta merta anda akan di-proceed untuk rawatan / pembedahan. Insurans untuk kehilangan punca rezeki pun ada kalau anda mahu.

Based on pelan B Gadis Comel, kalau aku ambil insurans pastu setiap tahun aku masuk hospital, macam mana?
Pelan dia memperuntukan RM50,000 setiap tahun. Maksudnya, setiap tahun anda ada 'simpanan' RM50,000 yang boleh digunakan untuk bayar bil perubatan / hospital je. Tak boleh guna untuk joli. Kalau RM50,000 tu dah habis dan nak guna lagi, dia boleh 'renew'. Tapi kena up harga sikit.

Merujuk kepada pelan Gadis Comel, apa yang akan berlaku jika dia mati ketika accident?
Anak / Waris dia akan mendapat RM50,000 + RM50,000 = RM100,000.

Ada kemungkinan tak insurans tidak cover?
Ada.

Jenayah
Andai kata anda accident ketika lari dari polis setelah kantoi mencuri, itu tidak di cover. Tapi jika anda mati ketika accident tu, ada kemungkinan anda akan dapat pampasan. Dan, andai kata anda bunuh diri kurang dari 7 tahun selepas membeli insurans, ada kemungkinan anda juga  tidak akan mendapat pampasan.

Polisi Lapsed
Andai kata anda tidak membayar premium (RM) bulanan anda, serta merta anda tidak dicover oleh insurans. Sebenarnya, a good agent akan sentiasa mengingatkan anda untuk membayar Insurans setiap bulan kalau client masih belum bayar. But a super good agent akan bayarkan dulu kemudian tunjukan Official Receipt tu kat korang untuk claim dari korang.

Tidak Berkait
Antara bayaran lain yang tak dicover adalah jika ianya request dari anda. Contohnya, korang accident. Kemudian korang minta ubat untuk sakit selesema. Itu MUNGKIN tidak di cover. Untuk sebarang pembedahan kosmetik yang tidak berkaitan dengan kemalangan juga tidak dicover.

Tidak Berkait 2.
Andai kata time drive nak pergi clubbing dengan pakwe makwe bergaya, malaikat datang cabut nyawa anda. Selepas mati tu, kereta tidak dikawal dan anda terus accident  Kalau ada forensik dapat buktikan anda mati sebelum accident, keluarga anda akan dapat pampasan kematian je.

Tidak Inform Pihak Insurans.
Misalkata sebelum ni anda kerja sebagai Guru. Kemudian anda tukar profession anda sebagai Pilot tanpa bagi tahu pihak Insurans. Kemudian, kapal terbang yang anda pandu tu terhempas dan anda cedera teruk, anda tidak akan mendapat pampasan. Kalau mati, hanya dapat pampasan kematian je. Pampasan kemalangan tidak akan dapat.

Boleh tak claim insurans kalau kat klinik je tanpa masuk ward?
Tak boleh. Syaratnya adalah masuk ward lebih enam jam dan bermalam (Kalau tak silap. Tapi enam jam tu memang sure). Melainkan, anda tambah benefits yang yang membolehkan anda claim bil klinik. Mungkin kena tambah dalam RM20-RM30 dan ke atas.

Abis tu, rugi la kalau sakit teruk-teruk tak boleh claim?
Sebenarnya, segala bill 30 hari sebelum masuk ward dan 90 hari selepas masuk ward untuk satu kes utama, boleh di claim balik.

Sebagai contoh:
  • Anda pergi klinik untuk check sakit kepala. X-ray bagai. Kena RM500 ringgit. - Anda tak boleh claim. 
  • Next week, sakit makin teruk, anda pergi lagi klinik tu. Doktor bagi rawatan power. Kena RM1500 - Anda tak boleh claim.
  • Jumlah bill RM2000
  • Another next week, sakit kepala makin teruk. Anda pergi hospital, doktor kata "Teruk sangat dah ni dik." Kemudian doktor suruh anda masuk ward. 
  • Once korang masuk ward, semua bill klinik etc (in this case RM2000, boleh di-claim). Dengan syarat, ianya berkait dengan sakit anda masuk ward. Jangan la korang masuk ward sebab sakit jantung tapi korang pi claim sakit mata. Memang nak kena ah tu.
  • Dan semua bill di hospital tu dibayar directly oleh syarikat insurans. Anda MUNGKIN perlu bayar diposit terlebih dahulu kepada hospital swasta yang kemudiannya boleh diclaim balik.
Apa sebenarnya tugas Agent Insurans.
The truth is, fungsi agen Insurans adalah jaga anda. Dia akan buat semua benda untuk dapatkan apa yang anda nak dengan menggunakan Insurance. Contohnya, dia nak keluarkan RM10,000 dari polisi dia; semua borang dan kelengkapan adalah tugas agen untuk sediakan, dan sumbit sehingga anda dapat cheque.

Jika hari ni aku beli insurans, selepas tu esok lusa aku mati accident, adakah anak / keluarga aku akan dapat RM100,000 tu?
Ya jika ianya telah di approved dan dah diregister didalam sistem. Tapi aku tak rasa anda akan beli insurans because of this. Sebab orang Melayu akan kata

"Aku dah mati, duit tu bukan dapat kat aku pun. Family aku yang dapat. So buat apa aku ambil insurans nyawa?" 

Berbeza dengan bangsa lain yang memang tak nak anak, isteri dan keluarga dia merempat andai kata dia mati / lumpuh etc. Sadly, tak ramai ketua keluarga beragama Islam berfikiran macam ni. Mostly akan berfikir pasal diri dia je. That's the truth.

Tapi sebenarnya, orang di Malaysia beli insurans untuk saving dan perlindungan kesihatan. Sebab kos rawatan di hospital swasta amat mahal.

So, kalau aku tak sakit dan tak claim apa-apa sampai tua, rugi lah aku.
Sebenarnya tidak, apa yang anda bayar, anda akan dapat balik termasuk dengan pelaburan dan saving. Ini anda akan dapat setelah tamat kontrak insurans. Dan jika anda dah pernah buat apa-apa withrawal dari Cash Value, baki yang masih belum di keluarkan akan di tukarkan ke bentuk cheque dan diberikan kepada anda. Dengan kata lain, jumlah Maturity cheque adalah lebih banyak dari jumlah overall yang anda bayar secara keseluruhan.

Dengan kata lain, duit anda tetap anda dapat. Tak ada unsur riba, judi dan sebagainya.

Credit to: http://theotherkhairul.blogspot.com/2013/02/apa-itu-insurans-takaful-dan-bagaimana.html

Ps:// Aku masih teringat aku pernah tepek pasal "kisah lelaki cina dan blogger" Cuba ko  kelik kat sini:
http://akupenjualinsurans.blogspot.com/2013/02/kisah-lelaki-cina-blogger.html
aku baca pun malu. Tapi semuanyer adalah sebuah iktibar untuk kiter semua. Khusus untuk org melayu.


mardiyah79@gmail.com
01-2853910

Friday, March 8, 2013

update: medical card Tersurat dan tersirat (x ader ko-takaful dahhhh)

(Belakang medical Card). Boleh Call 03-2166 7377 (24 hours services)
atau 03-2159 7188 (buss hour: 8.30am to 5.15pm)
1. Policy/Certificate Number
2. Harga bilik
3. Tarikh polisi/certificate diluluskan
Salam,

Pernahkah anda melihat medical card diatas? Kalau dah, Alhamdulillah kerana kemungkinan anda sudah dilindungi atau kalau pernah tgk pun kekawan anda sajer jer nak show off dier ader medical card.... (ellehhh aku ader I/C pun tak heran). Begitulah ragam atau fitrah manusia pabila dirinya disayangi atau terasa dilindungi.... Aman jer rasanyer.

Apa yang anda perlu tahu pasal medical card nie?
Medical card nie adalah manfaat tambahan atau rider (tunggangan kalau ditranslate ker bahasa melayu), yg mana optional jer cik kiah. Kalau tak nak tak per.. kalau nak, alhamdulillah. Ini kerana, punyerlah power medikal kad nie, boleh bayar kos rawatan di hospital (mostly hospital panel dan of courselahh!!! private hospital)... (rolling eyes)... 

Medical card nie guarantee renewable yaitu, setiap tahun medical card nie secara automatiknya akan diperbaharui. So, peserta sekalian tak perlulah pi spital tiap tahun untuk buat medical check up kalau nak renew medikal kad nie. Automatiok Hokkkeeeyyyyy!!!! Yg best nyer, medikal kad nie jenis non-callable yg mana pihak Takaful tak boleh sewenang-wenang nya mencancellkan kad ini TANPA SEBAB YG MUNASABAH walaupun anda semua pernah buat claim beribu-ribu lemon . Medikal kad ini akan tercancel jika:-

1. Value medikal kad sudah habis
2. Medikal kad sudah cukup umur atau dikenali sebagai matang/mature
3. Akaun takaful anda lapse atau tak aktif pasal dah lamer tak bayar

Boleh buat group medikal kad tak?
Ramai prospek atau bakal Takaful yg bertanyakan hal nie. The answer is No. Pihak kami tiada group medikal kad. Medikal kad Pru BSN Takaful hanya perindividual basis. Ya, kami akui medikal kad yg bergroup nie murah tapi ianya cukup berisiko. Ini kerana, untuk group medikal kad, katakanlah cover 4 org (ayah+ibu+2 org anak). Jika pembayay utama yg meninggal yaitu ayah, maka secara automatik medikal kad group nie tidak dapat digunakan lagi. lebih teruk lagi, jika pembayarnya meninggal dan ditakdirkan salah seorag anggota keluarga ader penyakit kritikal, maka tak dapatlah mereka menggunakan medikal kad ini untuk kos rawatan kerana medikal kad sudah terbatal.

Berapakah bayaran untuk medikal kad ini?
Pelan boleh di custom mengikut keperluan dan bajet, untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh selalunya untuk umur 25-30, bajet antara RM150 - RM250 sudah mencukupi. Best practise untuk bajet adalah 10% daripada pendapatan anda.

Untuk anggaran yang lebih tepat saya perlukan maklumat yang lebih terperinci disebabkan bayaran bulanan premium bergantung pada umur, jantina, pekerjaan, status merokok dan rekod kesihatan.


Apakah Elaun Wang Tunai yang saya boleh dapat?
Dengan Hospital Benefit , anda akan dibayar Wang Tunai jika anda masuk Hospital Kerajaan atau Swasta. Bermula dari elaun sebanyak RM50/sehari hingga RM400/sehari. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.

Dengan Medical Cover , anda akan dibayar Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah. Dijual di dalam bentuk unit, 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital - 100hari/setahun), RM 100 sehari (Elaun ICU-30hari/setahun) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah-RM12,500/setahun)

Faedah Harian 
- untuk diwadkan di dalam hospital RM50 
(sehingga 100 hari setahun)

Faedah Harian 
- untuk diwadkan di dalam unit rawatan rapi RM100 
(sehingga 30 hari setahun)

Faedah Sekaligus 
- untuk prosidur pembedahan RM2,500* setiap prosidur (had maksimum sebanyak RM12,500 setahun)


Bagaimana untuk pastikan Perlindungan Saya berterusan?
Dengan Contributor, Premium Takaful anda akan ditanggung PruBSN jika anda disahkan menghidapi Penyakit Kritikal sebelum umur 80. Perlindungan anda secara automatik menjadi PERCUMA.

Apakah Ko-Takaful dan Deductible?
Ko-Takaful
Ia adalah perkongsian tanggungan kos perubatan antara PruBSN Takaful dan anda. Iaitu 10% akan ditanggung oleh anda dan 90% akan ditanggung oleh PruBSN Takaful. Namun begitu, ada syarat tambahan untuk tidak membebankan anda. Iaitu, Minimum ko-takaful tersebut adalah RM 300 dan Maksimum adalah RM 1,000.

Sebagai Contoh :
A. Bil Rawatan : RM 2,000 (10% = RM 200)
PruBSN Takaful : RM 1,700
Anda perlu bayar : RM 300
*sebab minimum ko-takaful adalah RM 300.

 B. Bil Rawatan : RM 3,000 (10% = RM 300)
PruBSN Takaful : RM 2,700
Anda perlu bayar : RM 300
* sebab, ko-takaful adalah 10% dan minimum RM 300

 C. Bil Rawatan : RM 5,000 (10% = RM 500)
PruBSN Takaful : RM 4,500
Anda perlu bayar : RM 500
*sebab, ko-takaful adalah 10% minimum RM 300 dan maksimum RM 1000. RM 500 adalah antara RM 300 dan RM 1000. Anda perlu bayar RM 500

 D. Bil Rawatan : RM 50,000 (10% = RM 5,000)
PruBSN Takaful : RM 49,000
Anda perlu bayar : RM 1,000
*sebab maksimum ko-takaful adalah RM 1,000

Zero Deductible (x ader Ko-Takaful) *
Berlawanan dengan Ko-Takaful yang mana customer tak perlu menanggung beban membayar 10% kos rawatan lagi. Pihak takaful akan membayar 100% kos rawatan sahaja. Kos yg tidak berkaiatan dengan rawatan seperti faks, extra katil atau bantal, extra makanan, toilette package, extra blanket, internet line etc semua nya harus ditanggung oleh customer.

* Tidak apply untuk juvenile Takaful

Pelan medikal kad Takaful



Tempoh bertenang
Ok.. nie juga dinamakan grace period. Jangan ingat terus masuk takaful terus kena lindungi. Tidak!!!! ader tempoh bertenang. Biler nya tempoh betenang tue? Ok... Tempoh bertenang bermula selepas polisi diluluskan. Kat bawah saya tempek gambar untuk tempoh bertenang medical card.


Harap semuanya gembira dengan penjelasan saya ini.

PS:// Al Fatihah untuk wira negara kita yg terkorban di Lahad Datu.

019-2853910
mardiyah79@gmail.com

To day is our day!!!!!!!!!!!!!!

This world is a better place because of the presence of women, mother, sister,daughter, friend,lover or wife..no matter what their role is they add meaning of to our existence.They bring ♥ to our life.

~Happy Women's Day~

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...