Friday, March 8, 2013

update: medical card Tersurat dan tersirat (x ader ko-takaful dahhhh)

(Belakang medical Card). Boleh Call 03-2166 7377 (24 hours services)
atau 03-2159 7188 (buss hour: 8.30am to 5.15pm)
1. Policy/Certificate Number
2. Harga bilik
3. Tarikh polisi/certificate diluluskan
Salam,

Pernahkah anda melihat medical card diatas? Kalau dah, Alhamdulillah kerana kemungkinan anda sudah dilindungi atau kalau pernah tgk pun kekawan anda sajer jer nak show off dier ader medical card.... (ellehhh aku ader I/C pun tak heran). Begitulah ragam atau fitrah manusia pabila dirinya disayangi atau terasa dilindungi.... Aman jer rasanyer.

Apa yang anda perlu tahu pasal medical card nie?
Medical card nie adalah manfaat tambahan atau rider (tunggangan kalau ditranslate ker bahasa melayu), yg mana optional jer cik kiah. Kalau tak nak tak per.. kalau nak, alhamdulillah. Ini kerana, punyerlah power medikal kad nie, boleh bayar kos rawatan di hospital (mostly hospital panel dan of courselahh!!! private hospital)... (rolling eyes)... 

Medical card nie guarantee renewable yaitu, setiap tahun medical card nie secara automatiknya akan diperbaharui. So, peserta sekalian tak perlulah pi spital tiap tahun untuk buat medical check up kalau nak renew medikal kad nie. Automatiok Hokkkeeeyyyyy!!!! Yg best nyer, medikal kad nie jenis non-callable yg mana pihak Takaful tak boleh sewenang-wenang nya mencancellkan kad ini TANPA SEBAB YG MUNASABAH walaupun anda semua pernah buat claim beribu-ribu lemon . Medikal kad ini akan tercancel jika:-

1. Value medikal kad sudah habis
2. Medikal kad sudah cukup umur atau dikenali sebagai matang/mature
3. Akaun takaful anda lapse atau tak aktif pasal dah lamer tak bayar

Boleh buat group medikal kad tak?
Ramai prospek atau bakal Takaful yg bertanyakan hal nie. The answer is No. Pihak kami tiada group medikal kad. Medikal kad Pru BSN Takaful hanya perindividual basis. Ya, kami akui medikal kad yg bergroup nie murah tapi ianya cukup berisiko. Ini kerana, untuk group medikal kad, katakanlah cover 4 org (ayah+ibu+2 org anak). Jika pembayay utama yg meninggal yaitu ayah, maka secara automatik medikal kad group nie tidak dapat digunakan lagi. lebih teruk lagi, jika pembayarnya meninggal dan ditakdirkan salah seorag anggota keluarga ader penyakit kritikal, maka tak dapatlah mereka menggunakan medikal kad ini untuk kos rawatan kerana medikal kad sudah terbatal.

Berapakah bayaran untuk medikal kad ini?
Pelan boleh di custom mengikut keperluan dan bajet, untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh selalunya untuk umur 25-30, bajet antara RM150 - RM250 sudah mencukupi. Best practise untuk bajet adalah 10% daripada pendapatan anda.

Untuk anggaran yang lebih tepat saya perlukan maklumat yang lebih terperinci disebabkan bayaran bulanan premium bergantung pada umur, jantina, pekerjaan, status merokok dan rekod kesihatan.


Apakah Elaun Wang Tunai yang saya boleh dapat?
Dengan Hospital Benefit , anda akan dibayar Wang Tunai jika anda masuk Hospital Kerajaan atau Swasta. Bermula dari elaun sebanyak RM50/sehari hingga RM400/sehari. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.

Dengan Medical Cover , anda akan dibayar Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah. Dijual di dalam bentuk unit, 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital - 100hari/setahun), RM 100 sehari (Elaun ICU-30hari/setahun) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah-RM12,500/setahun)

Faedah Harian 
- untuk diwadkan di dalam hospital RM50 
(sehingga 100 hari setahun)

Faedah Harian 
- untuk diwadkan di dalam unit rawatan rapi RM100 
(sehingga 30 hari setahun)

Faedah Sekaligus 
- untuk prosidur pembedahan RM2,500* setiap prosidur (had maksimum sebanyak RM12,500 setahun)


Bagaimana untuk pastikan Perlindungan Saya berterusan?
Dengan Contributor, Premium Takaful anda akan ditanggung PruBSN jika anda disahkan menghidapi Penyakit Kritikal sebelum umur 80. Perlindungan anda secara automatik menjadi PERCUMA.

Apakah Ko-Takaful dan Deductible?
Ko-Takaful
Ia adalah perkongsian tanggungan kos perubatan antara PruBSN Takaful dan anda. Iaitu 10% akan ditanggung oleh anda dan 90% akan ditanggung oleh PruBSN Takaful. Namun begitu, ada syarat tambahan untuk tidak membebankan anda. Iaitu, Minimum ko-takaful tersebut adalah RM 300 dan Maksimum adalah RM 1,000.

Sebagai Contoh :
A. Bil Rawatan : RM 2,000 (10% = RM 200)
PruBSN Takaful : RM 1,700
Anda perlu bayar : RM 300
*sebab minimum ko-takaful adalah RM 300.

 B. Bil Rawatan : RM 3,000 (10% = RM 300)
PruBSN Takaful : RM 2,700
Anda perlu bayar : RM 300
* sebab, ko-takaful adalah 10% dan minimum RM 300

 C. Bil Rawatan : RM 5,000 (10% = RM 500)
PruBSN Takaful : RM 4,500
Anda perlu bayar : RM 500
*sebab, ko-takaful adalah 10% minimum RM 300 dan maksimum RM 1000. RM 500 adalah antara RM 300 dan RM 1000. Anda perlu bayar RM 500

 D. Bil Rawatan : RM 50,000 (10% = RM 5,000)
PruBSN Takaful : RM 49,000
Anda perlu bayar : RM 1,000
*sebab maksimum ko-takaful adalah RM 1,000

Zero Deductible (x ader Ko-Takaful) *
Berlawanan dengan Ko-Takaful yang mana customer tak perlu menanggung beban membayar 10% kos rawatan lagi. Pihak takaful akan membayar 100% kos rawatan sahaja. Kos yg tidak berkaiatan dengan rawatan seperti faks, extra katil atau bantal, extra makanan, toilette package, extra blanket, internet line etc semua nya harus ditanggung oleh customer.

* Tidak apply untuk juvenile Takaful

Pelan medikal kad Takaful



Tempoh bertenang
Ok.. nie juga dinamakan grace period. Jangan ingat terus masuk takaful terus kena lindungi. Tidak!!!! ader tempoh bertenang. Biler nya tempoh betenang tue? Ok... Tempoh bertenang bermula selepas polisi diluluskan. Kat bawah saya tempek gambar untuk tempoh bertenang medical card.


Harap semuanya gembira dengan penjelasan saya ini.

PS:// Al Fatihah untuk wira negara kita yg terkorban di Lahad Datu.

019-2853910
mardiyah79@gmail.com

2 comments:

Mazni Azmi said...

Assalamu'alaikum Wrmbth Cik Puan,

Merujuk kepada petikan anda dibawah ni

"Boleh buat group medikal kad tak?
Ramai prospek atau bakal Takaful yg bertanyakan hal nie. The answer is No. Pihak kami tiada group medikal kad. Medikal kad Pru BSN Takaful hanya perindividual basis. Ya, kami akui medikal kad yg bergroup nie murah tapi ianya cukup berisiko. Ini kerana, untuk group medikal kad, katakanlah cover 4 org (ayah+ibu+2 org anak). Jika pembayay utama yg meninggal yaitu ayah, maka secara automatik medikal kad group nie tidak dapat digunakan lagi. lebih teruk lagi, jika pembayarnya meninggal dan ditakdirkan salah seorag anggota keluarga ader penyakit kritikal, maka tak dapatlah mereka menggunakan medikal kad ini untuk kos rawatan kerana medikal kad sudah terbatal."

Maksudnya, bagi pengendali takaful yang menyediakan medical card takaful keluarga, kelemahan pelan secara berkumpulan/group adalah apabila pemegang polisi meninggal maka polisi kumpulan tersebut juga batal?

akok is a person not a kuih said...

Waa'laikummussalam,

" bagi pengendali takaful yang menyediakan medical card takaful keluarga, kelemahan pelan secara berkumpulan/group adalah apabila pemegang polisi meninggal maka polisi kumpulan tersebut juga batal? "

Polisi yang terbatal hanya melibatkan medikal kad sahaja.

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...