Wednesday, December 19, 2012

Bina Tabung Pendidikan Menerusi Pelan Takaful




Bina Tabung Pendidikan Menerusi Pelan Takaful
Dalam zaman yang serba moden ini, kos sara hidup sangat tinggi terutamanya bagi yang tinggal di bandar. Namun, ini bukanlah alasan untuk anda tidak memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi, mulalah menyimpan seawal mungkin agar hidup berkeluarga lebih teratur dan terjaga.
Umumnya, terdapat banyak cara untuk menabung. Antaranya ialah membuat simpanan di bank, membeli saham amanah, menabung melalui skim kerajaan seperti SSPN atau ASB dan  mengambil pelan insurans/takaful. Simpanan yang dibuat itu pula perlulah mengikut kemampuan supaya konsisten dan mendapat manfaat yang dijanjikan.
Tidak dinafikan, untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidikan yang sempurna. Pendidikan inilah yang mesti kita berikan kepada anak-anak agar mereka mendapat ilmu pengetahuan yang mencukupi bagi meneruskan kehidupan alam dewasa sebaik mungkin. Tetapi harus diingat, dari masa ke semasa, kos pendidikan semakin meningkat. Oleh itu, kita perlu menabung.  Sebagai contoh, pada masa ini, kos sebenar untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah RM166,000 (Utusan Malaysia:15 April 2012). Bayangkan peningkatan kos 10 tahun akan datang.
Peningkatan yuran pendidikan bukan hanya tertakluk kepada Institusi Pengajian Tinggi malah, yuran tadika dan taska pun semakin meningkat. Yuran bulanan sahaja sudah mencecah antara RM200 hingga RM300. Itu belum termasuk yuran pendaftaran yang biasanya sekitar RM500 hingga RM1500.
Tidak kira institusi pendidikan tinggi awam atau swasta, yurannya sahaja boleh menjadi beban jika ibu bapa tidak membuat perancangan rapi. Apatah lagi kos pembelajaran di luar negara. Inilah sebabnya ibu bapa perlu bertindak cepat kerana bukan semua akan mendapat tajaan atau pinjaman pendidikan untuk melanjutkan pelajaran. Menabunglah sejak awal agar tidak terbeban apabila tiba masanya nanti. Anda juga akan berasa lebih puas hati apabila dapat membantu anak-anak anda menyambung pelajaran dalam jurusan yang diminatinya tanpa risaukan kosnya.
Ada beberapa cara untuk ibu bapa menyimpan :
•Akaun Simpanan Biasa
Akaun simpanan membolehkan anda menyimpan atau memasukkan wang dan menerima faedah tanpa tempoh matang tertentu. Pastikan simpanan yang dibuat adalah konsisten dan tidak membuat pengeluaran sewenang-wenangnya.
•Akaun Tetap
Ia sejenis pelaburan yang menjamin kadar pulangan tetap pada tarikh matang. Selalunya amaun pelaburan bermula dari RM1,000.
•Unit Amanah (Unit Trust)
Unit amanah adalah antara alternatif pelaburan bagi kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun). Bagaimanapun, pulangannya tertakluk kepada prestasi dana yang terikat dengan pelan tersebut.
•Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 
Ia merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN turut menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah tertakluk kepada syarat peraturan yang ditetapkan.
•Pelan Takaful
Apakah itu takaful? Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang tertentu. 
Antara kelebihan mengambil pelan pendidikan takaful ialah:
  • Menyediakan perlindungan nyawa untuk anak anda di samping membina dana atau simpanan pendidikan.
  • Menyediakan perlindungan nyawa dan kewangan terhadap ibu bapa agar anak anda terus mendapat manfaat simpanan jika ibu bapa mengalami hilang upaya atau kehilangan nyawa.
  • Pilihan untuk mendapatkan perlindungan perubatan.
  • Ganjaran untuk kecemerlangan akademik.
  • Pilihan pengeluaran dana atau simpanan untuk menampung kos pendidikan.
Merancang Dengan Pelan Yang Bijak
Jika belum ada perancangan, anda boleh mengambil pelan PruBSN SmartLink . Melalui pelan bijak ini, anda boleh menarik nafas lega. PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda.
Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda seawal usia 14 hari selepas lahir. PruBSN SmartLink juga fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun. Di samping itu, pelan ini juga memberikan ganjaran Bonus Loyalti sekiranya anda membuat bayaran secara konsisten.

credit dari: http://pama.karangkraf.com/bayi/bina-tabung-pendidikan-menerusi-pelan-takaful-1.109918

Friday, December 14, 2012

Info RM | Produk Islamik dan produk konvensional sama sahaja?


Analoginya begini;

Orang Muslim tetap Muslim dan tidak jadi sama dengan orang kafir hanya semata tidak tutup aurat, minum arak, etc.


Begitu juga perbankan Islam, yang membezakannya dengan sistem konvensioanal adalah pada kontaknya, seumpama beza Muslim dengan non-Muslim adalah pada syahadahnya.

Mengatakan sistem ekonomi Islam sama sahaja dengan sistem ekonomi konvensional seolah-olah mengatakan sama sahaja antara Ahmad (nama sekadar contoh) yang mengucapkan syahadah, dengan Ah Chong (nama sekadar contoh) yang tidak mengucapkan syahadah.

Namun, maksiat si muslim tadi tetap diambil perkiraan oleh Allah sebagai dosa, namun ia tetap dijamin syurga selagi mana dia tidak mensyirikkan Allah.

Tidak seperti si non-Muslim, yang langsung tidak mengucapkan syahadah sebagai kontrak hidupnya dengan Allah.

Begitulah analogi untuk membezakan antara produk-produk patuh syariah dengan produk-produk konvensional.





credit dari: Rahsia Takaful

Tuesday, December 11, 2012

jadual kadar faedah untuk kemalangan

Jika dalam polisi anda menyatakan manfaat kemalangan adalah RM20,000 maka jangan lah mimpi untuk dapatkan 100% RM20k kerana PruBSN Takaful ader jadual hokeyyyyyyyy



Takaful VS Konvensional

Ramai yg tanya apa beza konvensional dan takaful. Samer ker? So.. uols nie ader sedikit infor pasal pertanyaan nie.. Moga pencerahan nie membuka minda semua.... enjoiceeeeeeeeeeeeeeee


klik gambar (jadual) untuk pencerahan lebih jelas
klik gambar (jadual) untuk pencerahan lebih jelas


Monday, December 10, 2012

Nasihat Takaful






Semua yang baru nak ambil mana2 perlindungan, pastikan anda faham keperluan diri. Agent mana tau sepenuhnya keperluan anda. Bagi agent, kalau boleh kitaorang mmg nak bagi fully protection pada semua org. Tapi setiap org x sama keperluan dan kemampuan. Fahamkan dulu keperluan dan baru buat keputusan.


Alhamdulillah skrg ni dah agak jarang kita dengan perkataan takaful/insurans ni menipu, tak mcm dulu2. Agent cuma jual death benefit due to accident je RM 15 sebulan, tup2 accident patah kaki, masuk swasta...keluar nak claim insurans kos rawatan tu...tak ke kes naya kan bagi agent?

ps:// bak kata pujangga 
"LIFE is like multiple choice question, sometimes the choice confuse you, not the question it self"

selamat beramal.. renung... renumgkannnnnn

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...