Thursday, October 8, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 5]: LECEH GILA NAK CLAIM



Bergantung dari sudut mana yg anda tengok. Syarikat boleh bayar RM972 juta claim setahun, kalau RM2000 anda minta claim tak berbayar mesti ada sebabnya.

RM2000 bayar jelah apa susah, untung banyak!

Pelanggan yg berjaya dapat claim, dari syarikat mana pun, takkan viral kan berita claim mereka walaupun dibayar RM15000 seperti pelanggan saya. Ini kerana hal kesihatan adalah sulit dan persendirian. Agen yg bersemangat saja yg biasanya cuba viralkan claim pelanggan sendiri - berbangga denga usaha mereka.

Tetapi bila RM2000 claim lambat sedikit disebabkan teknikal, 30,000 kali viral jadinya!
Nampak tak mindset viral media sosial baru-baru ini? Syarikat lain pun ada saja yg claim dilambatkan dan ditolak. Tak jadi viral pun sebab:

1. Orang tak kisah pasal sangat syarikat tersebut.
2. Pengguna dan agen bersikap matang dalam menyelesaikan masalah.
3. Aduan telahpun dibuat kepada pihak berwajib.

Nasihat saya jika nampak kes viral syarikat lain "tak boleh claim", kita agen Takaful jagalah akhlak islami kita dan tak perlu viralkan kes syarikat lain tanpa siasatan. Ini bukan arahan saya tapi dari Quran, jika anda beriman dengan-Nya, dalam surah al-Hujurat 6.

Proses claim tidak susah dan tidak juga senang, ikut prosedur dan peraturan syarikat, dan ikut undang-undang di bawah penyeliaan Bank Negara, senang saja claim.

DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful Cc: Faiz Najmi

Wednesday, October 7, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 4]: INSURAN BOLEH TUKAR TERMA DAN SYARAT BILA-BILA

Boleh seperti 12.9.1 dalam gambarajah. Jika diarahkan kerajaan Malaysia. Antara kes yg telah berlaku baru-baru ini:
1. GST - arahan dari kerajaan Malaysia untuk mengenakan 6% GST untuk semua manfaat dan rider kecuali manfaat kematian. Maka notis diwartakan, dikeluarkan dan dikhabarkan kepada pemegang polisi sedia ada.
2. MH370 yg hilang- penyiasatan tidak lengkap kerana mayat tidak dijumpai dan serpihan kapal saja yg ditemui. Mengikut undang-undang, jika seseorang pemegang polisi hilang, hanya selepas 7 tahun saja baru pampasan kematian dapat dibayar. Namun, dengan pengumuman kerajaan bahawa MH370 ditimpa "kemalangan", maka wajiblah insuran membayar manfaat kematian dan kemalangan sekaligus.
Gambarajah 1
Bagaimana pula dengan kes yg BUKAN arahan kerajaan Malaysia? Orang suka baca 12.9.3 buku polisi [sila rujuk gambarajah 1) sebagai menunjukkansyarikat takaful/insurans  boleh ubah terma dan syarat sesuka hati, lantas memburukkan syarikat takaful/insurans. Ya, semua syarikat Takaful/insuran mempunyai klausa yg lebih kurang sama saja. 
Syarikat Takaful/Insurans boleh menukar terma yg TIDAK MEMBERI IMPAK KEPADA HAK DAN MANFAAT DALAM SIJIL (12.9.3) [mohon rujuk gambarajah 1). Maknanya berapa nombor yg dijanjikan itulah yg syarikat perlu tunaikan asalkan claim itu valid, tiada fraud dan mengikut undang-undang.
Kes viral yg berlaku pada salah syarikat Takaful pada awal tahun ini , di mana GL disekat utk kemasukan wad penyakit ringan kali ketiga dalam setahun, adakah ia merubah manfaat dalam sijil?
Tidak. Menyekat GL bukanlah menafikan hak pembayaran balik (reimbursement) manfaat perubatan. 
Adakah ia menipu pelanggan? Kontrak TIDAK menipu pelanggan tapi tak tahulah apa yg dikomunikasikan oleh agen kepada pelanggan. Barangkali tiada pengurusan harapan (expectation management), yg membuatkan pelanggan berharap bulan dan bintang semuanya dapat cover dan semua boleh claim.
Apa yg kita boleh belajar di sini? Perlu celik perubatan dan celik undang-undang. Dan semestinya celik kewangan!

DISCLAIMER:
1. Ada perkataan yang saya tukar untuk tidak disalah ertikan (mislead information) oleh pembaca blog saya mengenai syarikat Takaful/Insurans
2. Untuk lihat entri yang asal tanpa pengubahan ayat, entri ini saya petik dari Facebook Faiz Najmi

Tuesday, October 6, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 3]: KEPENTINGAN SYARIKAT - MENYIASAT DAN MENJAGA KUALITI

Ya, syarikat takaful ada kepentingan juga untuk menjaga bisnes. Takkanlah anda bayar RM200 sebulan untuk 5 bulan, lepastu anda terus nak claim pembedahan batu karang RM11,000! Tak acilah, peserta lain yg dah mencarum 10 tahun ada yg tak pernah claim lagi, awak 5 bulan terus nak claim. Inilah anti-selection namanya! (Rujuk gambar)


Mestilah syarikat mahu siasat dahulu jika anda sudah mempunyai penyakit batu karang sebelum ini dan anda tidak beritahu kepada syarikat takaful (non-disclosure, suppression of material facts).
Adakah ini tindakan salah, tidak patuh syariah dan menipu pelanggan? Tidak. Malah, ada provisi dalam takaful operational framework lagi!

Bagi yg "menipu" atau "tidak beritahu" fakta penting tentang kesihatan mereka seperti berpenyakit kritikal atau kronik seperti lemah jantung, kanser, stroke dan lain-lain, tetapi masih mencarum takaful, syarikat boleh membatalkan polisi dan pulangkan wang yg dicarumkan (ada pengiraannya).
Siasatan boleh dilakukan semasa underwriting (proses selepas permohonan) berlaku dan boleh juga semasa proses claim. Percayalah lebih baik disiasat semasa underwriting. Siasat masa claim semua orang pening kepala.

DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful Cc: Faiz Najmi

Wednesday, September 30, 2015

[Edisi kahwin] : Polisi Takaful hantaran Kahwin Era Terkini

Musim kenduri kawin dah tiba.. 💑 Bertuah bakal pengantin dapat hantaran Polisi Insurans sebagai lambang kasih sayang.. Hadiah paling mahal



Menarik untuk dikongsi bersama entry kali ini. POLISI TAKAFUL HANTARAN KAWIN ERA TERKINI....errmmm apa komen anda semua...jomlah kita fikirkan untuk seketika dan kita sebenarnya mampu mengubahnya...Penulis juga turut mengesyorkan agar kita membuat pembaharuan dalam tradisi hantaran perkahwinan. Bagi pendapat cik puan, ianya sangat memberi manfaat buat insan yang kita sayangi dan berpanjangan...salah satunya istiqamah dalam beramal jariah...InsyaAllah. Hadiah tetap ada tetapi ianya akan habis dan sekejap jer...tetapi polisi Takaful sebagai barang hantaran sangat baguskan...

Kita boleh mengubah adat yang lama kepada yang lebih baik. Bukan hendak dibuang yang lama tetapi yang baru boleh diwujudkan sekiranya ia mendatangkan kebaikan buat kita semua...tak gitu..Tepuk Dada jangan tanya selera tapi jawab dengan akal...

Antara petikan yang terdapat dalam buku Ke Mana Wang Anda, tulisan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir mengenai polisi Takaful sebagai  hantaran kawin.   Dengan adanya polisi Takaful ia menunjukan begitu prihatinnya bakal suami untuk membuat persediaan buat bakal isterinya. Jumlah polisi yang diambil serta manfaat yang termuat daam polisi tersebut boleh dijelaskan dalam mock policy yang diletak di atas dulang hantaran. Ini boleh ditulis dalam tulisan besar atau sejelas mungkin supaya ramai yang datang dapat melihat hantaran kawin Era kini.

Bagi Ibu bapa yang bakal menerima menantu tak salah untuk meminta Polisi Takaful sebagai Hantaran Perkahwinan. dengan nilai polisi sekurang-kurangnya Perlindungan RM 100,000.00 (Simpanan Tahunan Tak Banyak pon) ataupun lebih. Mungkin tak nampak kesan sekarang..If berlaku musibah sekurangnya kita manfaatkan wang kita semasa tengah banyak dan waktu kita sihat. Sangat bermanfaat. Yang belum berkahwin dan bercadang nak berkahwin dan fenin nak memikirkan hantaran perkahwinan...Polisi Takaful adalah salah satu hantaran yang dicadangkan....

cc: http://ierdahaszahida.blogspot.my/2013/03/hantaran-kawin-polisi-takaful.html

mbk
perunding takaful
0192853910

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 2]: ADAKAH PLAN PERUBATAN BERSAMAAN DENGAN KAD PERUBATAN?

Jawapan: Tidak sama.

Bacalah mana-mana buku polisi. Manfaat PLAN perubatan tidak sama dengan KAD perubatan, dan tiada apa-apa klausa yang menyatakan sedemikian.

Contohnya had tahunan perubatan anda RM100,000, adakah terus-menerus anda boleh habiskan semuanya sesuka hati dengan KAD itu? Boleh, dengan beberapa penyiasatan dan paperwork tertentu!


Analogi yg senang ialah akaun simpanan dan debit kad. Anda mempunyai akaun simpanan, di dalamnya ada wang RM100,000. Adakah anda boleh bawa keluar SEKALIGUS SEMUA wang anda dalam akaun tersebut melalui mesin ATM? Sudah tentu tidak. Anda kena pergi kaunter dan buat paperwork tertentu.

Jika anda KEHILANGAN kad debit tersebut, adakah bermaksud anda hilang wang RM100,000 itu? Tentulah tidak. Minta ganti dari bank saja. Begitu juga dengan kad perubatan, jika HILANG minta ganti saja, bukanlah hilang semua manfaat perubatan.


Jika bank akaun simpanan itu mengumumkan debit kad anda TIDAK DAPAT DIGUNAKAN di beberapa shopping mall atau stesen minyak tertentu, adakah ia bermaksud hak anda dirampas dan wang anda berkurangan? Sudah tentu tidak. Perkara yg sama jika syarikat takaful mengumumkan hospital sekian sekian bukan panel, kad perubatan TIDAK DAPAT DIGUNAKAN. Sila "pay first and claim later". Hak anda tidak pernah dinafikan mahupun dikurangkan.

Jadi, bezakan antara kontrak dan kemudahan (fasiliti). Plan perubatan (analogi akaun simpanan) adalah kontrak. Medical card (analogi debit kad) adalah fasiliti.

--------------------------------------

Kegunaan kad perubatan hanyalah untuk hospital panel. Sebab itu perkataan "kad perubatan" tidak dimasukkan ke dalam klausa, kegunaannya SANGAT TERHAD. Tetapi apabila klausa "manfaat perubatan" yg dimasukkan, ia lebih merentas masa, tempat dan situasi!

1. Hospital bukan panel seperti hospital kerajaan, hospital di luar negara, hospital swasta yg kecil-kecilan, pusat dialisis, pusat kanser, rawatan outpatient sebelum dan selepas masuk wad macamana nak claim? Jadi mesti bayar dulu, claim kemudian bawah klausa manfaat perubatan.

2. MMA (Malaysian Medical Association) melalui PHFSA (Private Healthcare Facilities and Services Act) boleh menukar arahan atau peraturan masuk wad dan harga barangan perubatan. Arahan boleh bertukar-tukar di masa hadapan. PHFSA sudah ada jadual ke-13! Ya, fasiliti kad perubatan sedia ada mungkin tak boleh keep up dengan peraturan/pekeliling yg dibuat oleh PHFSA atau Kementerian Kesihatan Malaysia!

3. Bacalah word-by-word dalam buku polisi anda, mana-mana syarikat sekalipun. Tiada perkataan KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) di situ. Perkataan yg sering digunakan ialah REIMBURSEMENT atau PEMBAYARAN BALIK. Drama juga kan kad perubatan Malaysia ni? Di negara maju, kad perubatan hanya berfungsi sebagai ID atau pengenalan saja, tapi di Malaysia ianya dipromosi seolah-olah jawapan kepada semua masalah!

Jadi adakah medical card ini menipu semata-mata? TIDAK menipu, ia hanya sebuah kemudahan oleh semua syarikat insuran dan takaful. Cara yang betul ialah, bayar dulu dan tuntut bayaran balik seperti dalam terma dan syarat. Tapi kalau kad perubatan mahu bayarkan terus, apa salahnya?

Bersambung siri 3... Ya saya tau banyak isu yg perlu dijelaskan lagi2 kes viral baru-baru ni. Siri 1-4 ialah muqaddimah konsep dan kefahaman berkenaan manfaat perubatan. Dah siapkan siri-siri dari minggu lepas lagi tinggal nak pos secara berkala saja.



DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful cc: Faiz Najmi

Monday, September 28, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 1] MEMILIH KAD PERUBATAN

Di pasaran sekarang banyak jenis kad perubatan. Setiap tahun ada saja kad perubatan yg baru dan nampak lebih bagus dari yg syarikat lain. Apa-apa kad perubatan yg anda pilih, minta agen anda terangkan klausa ini.
NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) vs PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC)

1. NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) bermaksud syarikat tidak boleh batalkan manfaat perubatan selagi pelanggan masih membayar dan tidak berlaku apa-apa penipuan (fraud or misrepresentation). PRUDENTIAL & PRUBSNTAKAFUL menggunakan klausa ini.

CONTOH NON CANCELLED CLAUSE

2. PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC) bermaksud syarikat BOLEH menarik balik manfaat perubatan dengan notis 30 hari jika syarikat mahu berbuat demikian (kerugian, claim banyak sangat etc). Sebab itu ada syarikat boleh kata manfaatnya jutaan atau tiada had, harga murah utk kad perubatan satu keluarga. Gimik saja.

CONTOH PORTFOLIO WITHDRAWAL CONDITION
Saya ada kad perubatan NCC dan PWC. Pilih NCC. Hari ini tentunya anda lebih sihat daripada 30 tahun akan datang. Tapi jika umur anda sudah 60-70 beserta kad perubatan PWC, syarikat pula tiba-tiba mahu tarik balik manfaat itu, apa jadi? Sudahla dengan pelbagai penyakit ketika umur tersebut - kencing manisla, darah tinggi la, batu sana sini, penyakit jantung, stroke, cancer - tiba-tiba ditarik semula manfaat tersebut. Maka kita pun berkatalah kad perubatan PWC menipu.
Adakah insuran PWC menipu? Tidak. Dalam buku polisi PWC sudah sedia tertulis, minta agen anda terangkan.
Seperti yg saya kata, pilih NCC. Nombor-nombor itu hanya gimik. Ya, NCC sedikit mahal. Klausa yg mahal tapi itulah fungsinya - ketenangan minda.

DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful cc: Faiz Najmi

mbk
perunding takaful
0192853910

Anak Angkat dan Takaful – Mereka juga manusia

Kehidupan manusia ini tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, sama ada ianya besar atau kecil Allah sentiasa ada untuk kita menginsafi segala kesalahan dan bertaubat kepadaNya.
Anak angkat. Ianya bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang atau pasangan suami isteri. Fenomena mengambil anak angkat sangat tinggi dan menjadi perkara biasa sekarang terutama sekali kepada mereka yang tidak dikurniakan cahaya mata (semoga Allah SWT mendengar doa anda untuk mendapatkan anak). Islam membenarkan amalan mengambil anak angkat, malah diriwayatkan Rasulullah SAW sendiri pernah mengambil Zaid bin Haritah sebagai anak angkat Baginda SAW.
Kasih sayang dan cinta itu adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Sudah pasti atas dasar kasih sayang dan cintalah, seseorang itu mengambil anak angkat untuk hidup dan membesar bersama mereka. Namun, adakah anak angkat ini layak untuk menikmati kehidupan dunia seperti insan-insan biasa yang lain. Pendidikan, pekerjaan dan perkahwinan adalah antara perkara yang mereka akan lalui juga. Disebabkan itu, Islam memberi ruang kepada ibu bapa angkat untuk memberikan hak kepada anak angkat bagi mendapat semua perkara diatas.
Bercakap tentang pendidikan,  acap kali saya menerima permintaan daripada ibubapa angkat ini untuk mendaftarkan plan takaful pendidikan dan perubatan kepada anak angkat mereka. Boleh ke ?? Jawapannya sudah pasti BOLEH!
Namun, ada beberapa dokumen yang perlu disediakan oleh anda sebelum mendaftarkan anak angkat anda dalam plan takaful pendidikan dan perubatan. Dokumen ini wajib dikepilkan bersama ketika proses pendaftaran takaful:
1.  Sijil Kelahiran Anak Angkat (abaikan kotak merah)

2. Sijil Pengangkatan Anak Angkat (boleh di apply di Jabatan Pendaftaran Negara selepas umur anak angkat genap 2 tahun)


Benar, Islam menetapkan bahawa anak angkat tidak berhak untuk mendapat harta pusaka ibu bapa angkat mereka kerana mereka bukanlah waris yang asal, namun Islam tetap menjamin keadilan bagi semua pihak. Melalui cara hibah keluarga angkat dibolehkan menghadiahkan wang kepada sesiapa saja daripada keluarga ataupun bukan keluarga.
Semoga sedikit coretan ini dapat membantu anda untuk memberikan perlindungan terbaik untuk anak-anak syurga ini. InshaAllah.
Jika inginkan FREE QUOTATION, mohon isi borang di sebelah kanan.
mbk
perunding takaful
0192853910
credit:https://rezekirizkeetakaful.wordpress.com/2015/03/27/anak-angkat-dan-takaful-mereka-juga-manusia/

WANG TAKAFUL REZEKI ANAK


Kisah benar ini berlaku pada seorang guru yang berumur 51, bekerja sebagai guru.
Beliau mempunyai seorang ISTERI, dan 6 orang ANAK.

LIFE IS VERY UNPREDICTABLE
------------------------------------------
Suaminya kematian semase pergi ke sekolah untuk mengajar.
Tetapi si ayah mempunyai PANDANGAN JAUH, dengan meninggalkan wang yang banyak, kerana dia tahu, isterinya tak mampu mencari duit yang banyak untuk menyara anak2.

PERANCANGAN UTK ORANG HIDUP
------------------------------------------------
So dia BERPANDANGAN JAUH, apabila menyimpan dengan TAKAFUL, supaya jikalau sesuatu berlaku pada dirinya, isterinya masih mempunyai duit untuk menyara anak2nya.
Akhirnya, itulah realiti, WANG TAKAFUL rezeki anak2.
Semoga kita semua sang suami, dpt meneruskan kebahagiaan isteri & anak2 walaupun dah tiada.

BENEFITNYA
-------------------
Si anak dapat meneruskan pengajian walaupun bapa mereka dah tiada sbb mereka tidak mempunyai mslh kewangan.
Si isteri tidak runsing tentang masa depan anak2.

PERANCANGAN KEWANGAN
---------------------------------------
Wang pampasan perlu 5 kali ganda anual income sekarang.
Sebagai contoh gaji tahunan rm 60,000, maka pampasan kematian perlu rm 300,000 supaya isteri dan anak2 dpt hidup 5 tahun selepas kematian suami.

Selamat membaca.

mbk
perunding Takaful
0192853910

Thursday, September 17, 2015

sudah 129 orang bertanya kan mengenai APA Medikal kad TAK COVER (PENGECUALIAN)...........


Dalam banyak-banyak entri yang saya tulis dan publish, entri Pengecualian: Perkara yang medical card tak cover paling popular dilawati. Dengan angka lawatan 11,226 orang dan dengan 129 komen.... menunjukkan sudah ramai yang mencarum medikal kad takaful di Malaysia nie.

Sesiapa yang ingin bertanya berkaitan dengan Takaful boleh lah call atau whats saya di: 
0192853910 atau email saya mardiyah79@gmail.com. Kalau nak FREE quotation boleh klik borang di sebelah kanan.

BACA:http://akupenjualinsurans.blogspot.my/p/pengecualian-perkara-yg-prubsn-takaful.html

mbk
perunding takaful
0192853910

[Edisi Surat Khabar]: Insurans/Takaful sudah jadi keperluan





LAZIMNYA, insurans hanya menjadi kepentingan apabila diri dilanda musibah. Namun kekangan wang, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan keadaan ekonomi negara yang sukar dijangkakan sekarang, ramai lebih mementingkan perbelanjaan isi rumah berbanding pengambilan insurans. Mungkin berlaku sedikit kelembapan dalam industri insurans?

Bagaimanapun, rakyat Malaysia masih mementingkan insurans kerana kesedaran mereka mengenai kepentingan perlindungan dalam kehidupan membabitkan kos perubatan yang meningkat.

Jika dilihat, banyak syarikat insurans menyatakan pertumbuhan insurans semakin meningkat dan berpotensi untuk berkembang memandangkan rakyat mula sedar mengenai kepentingan pengambilan insurans hayat dan perubatan.

PENGAMBILAN insurans adalah penting walaupun terbeban dengan kos sara hidup tinggi dan keadaan ekonomi tidak menentu.

Ketua Jururawat Unit Perawatan Jantung di Hospital Tuanku Fauziah, Rusmira Ramli berkata, kepentingan insurans dilihat apabila memerlukan rawatan khas dan kos rawatan tinggi.

"Jika tiada insurans, untuk mendapatkan rawatan khas di hospital kerajaan, perlu menunggu masa lama. Jika ada insurans, ia memudahkan untuk dapat rawatan segera di hospital swasta," katanya.

Katanya, insurans juga memudahkan untuk memilih mana-mana pakar untuk rawatan.

Bagaimanapun katanya, hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan rawatan terbaik bagi penyakit kritikal.

Pekerja swasta, Shukria Aziz berkata, insurans bukan lagi kehendak tetapi  adalah keperluan.

"Dengan banyak pendedahan, peratusan pemahaman dan kesedaran mengenai insurans semakin meningkat," katanya.

Pelaksanaan GST memberi kesan kepada perniagaan insurans namun tidak membebankan bagi menanggung segala kos perubatan yang akan meningkat.

Selain itu, tanggapan segelintir individu bahawa kemudahan kesihatan adalah tanggungjawab majikan juga masih diterapkan dalam kalangan masyarakat hari ini.

Katanya, pengalaman ahli keluarga dan kawan-kawan yang berhadapan dengan ejen tidak bertanggungjawab dalam hal-hal tuntutan menjadi punca orang ramai kurang membeli insurans.

"Mereka juga kurang memahami mengenai perlindungan insurans yang diambil dan cara penyampaian yang kurang berkesan daripada pihak insurans.

Bagi pelajar, Farah Nuzaily Zakaria berkata, pengambilan insurans penting namun masih ada segelintir masyarakat lebih mementingkan perbelanjaan harian.

Katanya, kadar dan harga semasa membeli insurans yang mahal juga menyebabkan orang ramai tidak mampu untuk menampung komitmen pembayaran setiap bulan.

"Pembayaran insurans minimum RM100 sebulan jika digunakan untuk keperluan harian pelbagai barang boleh dibeli. Masyarakat perlu diberi pendedahan dan kesedaran terhadap risiko yang bakal dihadapi sekiranya menghadapi masalah kesihatan ketika tidak mempunyai perlindungan.

“Persatuan insurans dan takaful perlu menganjurkan seminar percuma kepada masyarakat berkaitan dengan pengurusan risiko, sekali gus memberikan pendedahan umum kepada orang ramai,” katanya.

sisipan: Surat Khabar Sinar Harian , NORSHAHZURA MAT ZUKI, 14 SEPTEMBER 2015

[Edisi bergambar]: Kenapa perlu ber TAKAFUL?


mbk
perunding takaful
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...