Saturday, August 4, 2018
JanganBenciCintaku
Kadang bukan #husna jadi orang ketiga.
Penyakit kritikal boleh jadi punca.
Wanita, perempuan kat luar sana..pleaseee...ambil satu plan perlindungan utk diri anda.❤️kerana dirimu begitu berharga 💃💃💃
Cth FEMALE, 35 thn
Pekerjaan; QS
Kelas ke-2
Tidak merokok
Sum covered 250,000
Critical illness 50,000
Monthly rm167 terms 20tahun sahaja covered sampai 70thn
P/s Klau kelas 1 lagi la rendah sket
#takafulwanita
#takaful
#TabungWanita
#Tabungisteri
#JanganBenciCintaku
Penyakit kritikal boleh jadi punca.
Wanita, perempuan kat luar sana..pleaseee...ambil satu plan perlindungan utk diri anda.❤️kerana dirimu begitu berharga 💃💃💃
Cth FEMALE, 35 thn
Pekerjaan; QS
Kelas ke-2
Tidak merokok
Sum covered 250,000
Critical illness 50,000
Monthly rm167 terms 20tahun sahaja covered sampai 70thn
P/s Klau kelas 1 lagi la rendah sket
#takafulwanita
#takaful
#TabungWanita
#Tabungisteri
#JanganBenciCintaku
Thursday, August 2, 2018
Takaful di mata pekerja swasta dan pekerja gomen
Saya pernah tanyakan hal nie kepada pekerja gomen dan pekerja swasta.
Pekerja Swasta
Kad perubatan syarikat saya cover unlimited. Memang canggih manggih lah.
Tapi.. kalau didiagnose penyakit kritikal atau meninggal atau mengalami cacat kekal menyeluruh, majikan hanya beri prolonged illness holiday pun 6 bulan sahaja. Itupun selepas 4 bulan gaji dah separuh. Dan tiada plan penggantian gaji yang secukupnya. Kalau dapat pun hanya boleh bertahan 2@3 bulan sahaja.
Pekerja Gomen
Nak buat apa nak risau. Hospital kerajaan kan ada. Segala rawatan tak perlu bayar. FREE.....
Tapi kalau disahkan mengalami penyakit kritikal atau meninggal atau cacat kekal menyeluruh (tidak boleh bekerja), tiada pampasan yang akan diberikan untuk kesinambungan hidup. Tiada plan kedua atau plan kecemasan untuk "sustain" perbelanjaan. Masalah kewangan akan melanda.
Kita.. tunggu apa lagi 🤔
#takaful
#hibah
#cpmbk
#planpenggantiangaji
#TabungWanita
Wednesday, August 1, 2018
Peranan hibah dalam institusi kekeluargaan
Apakah itu hibah dan peranan hibah dalam institusi kekeluargaan? Sebelum itu, jom sama sama kita fahami firman Allah seperti di bawah:
“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”.
(Surah al-Nisa’ ayat 4)
“dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya”.
(Surah al-Baqarah ayat 177).
Hibah dari segi hukum adalah sunat, hibah dalam bahasa mudah adalah hadiah. Antara jenis hibah adalah, hibah amanah dan hibah bersyarat. Hibah bersyarat lebih dikenali dengan hibah takaful.
Mengapa ada hibah selain dari hukum “faraid” yang telah lengkap? Apa peranan hibah ini? Apa kegunaan hibah? Dalam islam kita digalakan untuk berhibah untuk memupuk kasih sayang, menolong orang susah dan untuk mendapat ganjaran dari Allah.
Dalam islam tiada kadar tetap untuk jumlah yang boleh dihibahkan. Mengapa kita perlu hibah? Dan siapa yang memerlukan hibah?
Secara zahir nya setiap dari kita perlu memiliki dan mewariskan hibah, dalam cara lain hibah dapat membantu keluarga kita dalam meneruskan kelangsungan hidup dan juga memesatkan lagi ekonomi umat islam.
Sedarkah kita? Kaum dan agama lain telah lama mengamalkan hibah. Anda boleh membuat survey dan bertanya kepada mereka mengapa mereka lakukan dan apa peranan hibah ini pada mereka. Hanya satu sahaja, ini memudahkan kaum keluarga mereka meneruskan kehidupan.
Antara golongan yang perlu berhibah:
1. Pasangan yang mempunyai harta bersama
2. Pemilik perniagaan
3. Pasangan yang tidak menpunyai anak atau mempunyai anak perempuan sahaja
4. Pasangan yang mempunyai anak oku atau anak angkat.
5. Lelaki yang berpoligami
6. Golongan bujang
Hibah bukan penafian kepada peranan faraid, tetapi berperanan untuk melengkapi lagi kelancaran pengagihan faraid dan menghalang dari penindasan hak. Ini kerana bukan pincang nya faraid tetapi pincangnya penerima faraid yang kadang kala tidak menjalankan tanggungjawab mereka.
Berhibah lah, jika anda sayang kepada keluarga anda, berhibah lah untuk memudahkan proses ahli keluarga untuk melangsaikan hutang piutang kita. Aktifkan hibah takaful anda jika simpanan anda kurang dari liabiliti anda. Berhibah la jika anda mahu ahli keluarga anda memiliki kewangan yang cukup bila anda telah tiada.
Jangan soal seperti “ tak pe, ada faraid” ye ada faraid tapi cukup kah harta yang kita ada untuk di faraidkan. Itulah peranan hibah itu, kita tidak mampu untuk mempunyai simpanan jangka pendek satu juta dua juta atau berjuta juta jika sesuatu terjadi untuk kita tinggalkan pada insan tersayang. Tapi kita boleh adakan hibah setinggi amaun itu untuk ahli keluarga kita.
Begitu juga bagi yang mempunyai perniagaan, ya kita akan tinggalkan perniagaan itu untuk mereka, tapi adakah kita ada tinggalkan modal untuk mereka terus meniaga? Mampukah mereka menguruskan perniagaan itu kelak?
Oleh itu, mari kita sama sam tukar amalan kita, kita mulakan budaya “ hibah takaful” untuk merealisasikan kegemilangan ahli keluarga dan umat islam itu khusus nya.
Kredit: -az ariff-
#TabungIsteri SALAH FAHAM ISTERI TENTANG HARTA?
1. Wanita beranggapan jika suami meninggal rumah yang mereka duduk akan jadi milik mereka sepenuhnya.
#Hakikatnya kediaman itu menjadi pusaka dan akan dibahagikan secara Harta Sepencaraian dan barulah secara faraid.
2. Wang yang ada dalam KWSP atau Tabung Haji yang dinamakan atas nama isteri sepenuhnya, isteri boleh ambil semuanya beli beg harmes!
#Hakikatnya isteri berperanan sebagai pemudah cara atau pemegang amanah saja untuk duit itu dibahagikan secara faraid. Bukan hak mutlak isteri.
3. Pusaka Tunai oleh suami yang meninggal bagi anak anak bawah umur diperolehi secara terus oleh isteri.
#Hakikatnya isteri tidak boleh langsung mengambil bahagian anak anak ini, bahagian isteri hanya 1/8 dari jumlah yang ditinggalkan sahaja.
4. Buat rumah atas tanah suami dengan duit isteri, isteri akan dapat rumah tersebut jika suami meninggal. Horeiiiii
#Rumah itu tetap menjadi pusaka dan akan diberikan secara faraid. Isteri cuma dapat 1/8 dari rumah itu.
5. Semua harta suami akan jadi hak isteri jika meninggal.
#Terdapat hak ibubapa suami, bahagian bapa saudara jika tiada anak lelaki dan baitulmal dalam kes kes tertentu.
Pesan pada suami tercinta, untuk elak semua harta jadi pusaka dan dibahagikan secara faraid. Buatlah Hibah Bersyarat atau Bertangguh.
"Jika saya dah meninggal semua harta ini kepunyaan awak dan anak".
Azizul Azli Ahmad
#PesanPesanBuatSuami
Dalam drama pun ada sebut bab takaful dan harta pusaka
Pernah tengok cerita Dahlia? Saya suka drama nie kerna ada unsur kekeluargaan, penipuan, #Takaful (😏), kaitan harta pusaka #celikpusaka, dan ketabahan seorang wanita (selepas suaminya curang dan meninggal). Ada satu scene yang mana Dahlia berjumpa dengan pegawai takaful berkaitan dengan pampasan kemalangan bekas suaminya. Bekas suami Dahlia meninggal kerana "plane crash". Semasa hayat bekas suaminya, beliau ada mencarum Takaful dengan nilai pampasan RM500,000 dan membuat penama diatas nama Dahlia, dan dua anaknya. Memandangkan suaminya meninggal akibat kemalangan di udara (plan crash), pewaris akan dapat "double indemnity" menjadikan jumlah pampasan bernilai RM1 juta.
Arwah meninggalkan bekas isteri (Dahlia), mempunyai 2 orang anak (1 perempuan 1 lelaki - hasil perkahwinan dengan Dahlia) dan isteri yang baru dikahwini
1.Kalau mengikut hukum faraid, bekas isteri ada hak tak menuntut pampasan takaful tersebut? Sijil takaful tue berdasarkan faraid.
2. Setelah suaminya meninggal dan bercerai, hidup Dahlia terumbang ambing. Dengan pampasan bekas arwah suaminya dapat membantu meringankan beban kewangan memandangkan dia seorang yang baru hendak bekerja dan perlu membesarkan 2 orang anak
3. Perlunya kita membuat wasiat untuk mengelakkan perkara begini berlaku
4. Satu tindakan yang bijak bila bekas arwah suaminya awal-awal buat takaful untuk mejamin mengurangkan beban masalah kewangan
5. Mohon periksa manfaat kemalangan masing-masing. Ada takaful operator tak "cover" kemalangan akibat pengangkutan udara dan air. Hanya "cover" pampasan kematian sahaja.
#takaful
#cpmbk
#hibah
#planpenggantiangaji
Death Claim
Mungkin saya ada copy dan paste di sini. Saya upkan balik status pampasan kematian di tulis oleh Dr Muhammad Rahmat
Dan yang paling menarik soalan ialah
'Kalau mati dirumah macam mana? Tiada pengesahan kematian. Hanya polis sahaja yg sahkan"..
--------------------------------------------
Kematian boleh berlaku di 2 tempat.
1)hospital.
2) diluar hospital seperti rumah.
Untuk proses tuntutan claim;
Sacara am-nya, pihak syarikat akan buat penyiasatan 'investigation' bila timbul keraguan untuk memastikan tiada 'non-disclosure' sakit yang 'significant' dan tiada unsur bunuh diri kurang 1 tahun. Dengan kata lain, untuk mengelakkan penipuan berlaku.
-------------------------------------------
Ok, sekarang isu disini pasal 'postmortem'.
1) jika kematian berlaku di hospital, doktor akan mengeluarkan permit pengebumian yang mana diagnosis sebab kematian juga akan diberitahu.
Tiada postmortem bakal dilakukan jika diagnosis dapat di beri. Dan biasanya majoriti kes selesai hanya disini.
Jika pihak syarikat tidak berpuas hati dengan diagnosis, maka laporan perubatan akan diminta.
2) jika kematian berlaku di rumah. Hendaklah membuat laporan polis..Permit pengebumian akan dikeluarkan oleh pihak polis. Jika pihak polis tidak berpuas hati dan syak berlaku jenayah, maka postmortem akan dilakukan.
Didalam permit pengebumian polis biasanya tidak ditulis diagnosis spesifik. Hanya tulis sebab kematian 'sesak nafas, kencing manis, darah tinggi dan etc'.
Diceritakan oleh sahabat saya yang bertugas di unit forensik, banyak berlaku silap faham. Jika mati dirumah, bila tahu si-mati ada insuran, maka polis akan keluarkan borang Pol61, yang mana mengarahkan doktor untuk membuat postmortem dengan alasan untuk tuntutan insuran.
Jika yang berpengalaman, terus keluarkan permit pengebumian macam biasa. Tidak perlu postmortem.
Maka terkebil-kebil lah ahli keluarga. Kena buat postmortem.
Sebenarnya, perlu atau tidak postmortem untuk tuntutan insuran jika kematian dirumah?
Jawapan nya TIDAK.
Dan syarikat insuran tiada kuasa arah postmortem dilakukan.
Maka tuntutan insuran boleh dilakukan walaupun tiada diagnosis yang specific dan guna borang pengebumian polis.
Jika pihak syarikat tidak berpuas hati, mereka akan lakukan siasatan.
3) ada berlaku kes yang mana kematian dirumah. Dan postmortem dilakukan. Tetapi punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
'Undetermined cause of death'.
Syarikat akan tetap bayar walaupun tiada diagnosis, dengan syarat tiada unsur bunuh diri dalam tempoh 1tahun polisi dan non-disclosure.
Ok jelas?
#Takaful
#cpmbk
#hibah
#planpenggantiangaji
#cpmbk
#hibah
#planpenggantiangaji
Tuesday, July 31, 2018
Anak Angkat & Hibah Takaful
Azmi ambil anak angkat Sarah dari umur 7 hari. Sekarang Sarah sudah 21 tahun. Dah jadi anak muda yang cantik dan sopan. Sedang ambil jurusan perubatan di Universiti Swasta di Cyberjaya. Bayaran di tanggung Azmi. Alahai Anak ku sayang. Apa sahaja demi mu nak !
Itu lah satu - satu permata hati Azmi & Noriah
Apakah tugas Agent Takaful jika bertemu Azmi & Noriah ?
1. Terangkan applikasi hibah Takaful yang boleh ada dalam senario Azmi & Noriah
- Tujuan Pembayaran pendidikan Sarah
2. Boleh juga diskusi terbuka tentang bagaiman pembahaguan harta setelah kematian Azmi & Noriah
- Siapakah yang layak menerima keseluruhan harta itu
Okay. Ini macam trivia sahaja. Nak lebih banyak. PM lah 😆
Ringgit Sense: 30 July 2018 - Health insurance
Pada yang mencari takaful atau masih mencari takaful, video nie sesuatu yang wajib tonton. Pencerahan macam matahari di awal pagi. Cerah dan fresh. Cewwaaahhh..
Apa perbezaan life takaful dan kad perubatan (health takaful).? Nak tahu? Mohon tonton dan hadam.
Nota kaki: Nanti nak propose pada Fika & Husna pasal hibah takaful #Tabungsuami. Nak suruh shah mencarum. Kan adil tue.
Perlu ker hibah 1 juta?
Basically bila saya nak cadangkan program hibah, saya akan melihat kepada beberapa aspek penting sebelum jumlah amaun hibah diberikan. Antaranya seperti berikut:
1. Jumlah hutang/liabiliti yang ditinggalkan suami.
2. Pendapatan tahunan bagi suami. 5 tahun gaji atau 10 tahun gaji.
3. Anggaran kos sara hidup dan inflasi setiap tahun.
4. Hasrat pemberi Hibah (Suami). Kepada siapa hibah ingin diberi dan berapa jumlah hibah yang diperlukan.
5. Haji Badal (Sekiranya perlu)
6. Anggaran kos pendidikan anak-anak untuk jangkamasa tertentu.
7. Tebus hak milik hartanah/rumah sekiranya ada.
8. Nilai tunai simpanan untuk jangka panjang.
9. Hasrat untuk infak harta.
10. Keselesaan kewangan peserta hibah.
Jadi barulah saya dapat prepare amaun hibah yang bersesuaian dengan keadaan financial semasa, planing untuk jangka panjang dan hasrat peserta hibah.
Dan mungkin boleh melepasi amaun Hibah RM 1 Juta.
#cpmbk
#takaful
#hibah
#TabungWanita
#planpenggantiangaji
1. Jumlah hutang/liabiliti yang ditinggalkan suami.
2. Pendapatan tahunan bagi suami. 5 tahun gaji atau 10 tahun gaji.
3. Anggaran kos sara hidup dan inflasi setiap tahun.
4. Hasrat pemberi Hibah (Suami). Kepada siapa hibah ingin diberi dan berapa jumlah hibah yang diperlukan.
5. Haji Badal (Sekiranya perlu)
6. Anggaran kos pendidikan anak-anak untuk jangkamasa tertentu.
7. Tebus hak milik hartanah/rumah sekiranya ada.
8. Nilai tunai simpanan untuk jangka panjang.
9. Hasrat untuk infak harta.
10. Keselesaan kewangan peserta hibah.
Jadi barulah saya dapat prepare amaun hibah yang bersesuaian dengan keadaan financial semasa, planing untuk jangka panjang dan hasrat peserta hibah.
Dan mungkin boleh melepasi amaun Hibah RM 1 Juta.
#cpmbk
#takaful
#hibah
#TabungWanita
#planpenggantiangaji
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye
Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...
-
Anda berdepan kesempitan kewangan? Apakah pilihan yang ada atau boleh dipertimbangkan supaya anda dapat terus membayar premium? Adakala,...
-
1. ROC berlaku apabila pemegang polisi ‘surrender’ polisi asal dan ambil polisi baru. 2. Ada 2 keadaan; inter/internal dan external ROC...








