Sunday, April 7, 2019

Salah faham berkenaan MLTT bahagian ke 2

BACA: Salah faham pasal MLTT edisi 1


Setiap kali ada klien nak beli rumah dan buat loan rumah mesti tak lari dengan MRTA. MRTA ada optional bukan wajib diambil. Setengah bank, mewajibkan klien untuk mencarum MRTA, padahal MRTA tidaklah WAJIB. Yang WAJIB mereka mencarum adalah fire insurance. Jika terdapat staff bank menekan klien untuk mewajibkan mencarum MRTA, itu sudah melanggar etika BNM. Setiap klien diberi pilihan sendiri untuk memahami MRTA dan memilih sama ada mereka mahu ambil atau tidak. MRTA tue jika tuan rumah meninggal dunia (Orang yang ambil loan rumah), MRTA akan bayarkan balance bayaran kepada pihak bank? MRTA tue milik bank? Bukan, MRTA adalah third party. Sebagai contoh loan dari Maybank, MRTA dari Etiqa. Soalan sekarang, perlu ke MRTA?

Pernah tak anda disapa ejen Takaful dan berkongsi berkenaan MLTT?  MLTT nie jika tuan rumah (orang yang mencarum takaful) meninggal dunia atau mengalami total permanent disability atau didiagnose penyakit kritikal, pampasan akan diberi kepada keluarga. Dan pihak keluarga wajib membayar balance bayaran kepada pihak bank.

Apa bezanya MRTA dan MLTT?


Berbaloi ker MRTA atau MLTT?

Lihat pada keadaan juga. Jika anda jenis yang kaya giler sanggup nak bayar cash rumah tue, tak perlulah ambil MRTA atau MLTT. Just fokus plan perlindungan pendapatan (kad perubatan). Kalau masuk hospital, tak perlu nak korek duit tabungan atau jual rumah. Kalau kta nak beli rumah dan buat loan terms selama 30 hingga 35 tahun, saya sarankan sangat-sangat tolonglah ambil MRTA atau MLTT. MRTA atau MLTT boleh tolong kita bayarkan balance hutang rumah. Selamat rumah dari kena lelong. Kalau tak nangis tak berlagu.... Kalau ditimpa musibah sakit, kematian atau Total permanenet disability dan tue pulak dah tak bolej kerja, mana nak cari duit nak bayar rumah? Dah lah kena sara keluarga lagi, harga barang makin mahal, taraf hidup makin mahal.

So..yang mana satu terbaik? MRTA atau MLTT?

Jika anda sudah ada sijil takaful bernilai 1 juta, anda tak layak ambil MLTT. Sudah cukup memandai ambil MRTA. Kenapa? Pabila tuan rumah (orang yang ambil loan rumah) meninggal, MRTA akan bayar balance bayaran bukan? Jika berlaku extra bayaran akibat kenaikan OPR (BLR), pewaris boleh bayar extra bayaran itu dengan duit pampasan sijil takaful bernilai 1 juta tersebut. Dah tak perlu pening kepala. Jika rumah itu jatuh pada faraid, keluarga tersebut boleh guna pakai nilai pampasan 1 juta tersebut untuk tebus harta pusaka (faraid) terhadap rumah itu. Baru tak ada adegan kena halau keluar rumah.
Jika anda seorang yang banyak hutang, sijil polisi takaful tak ada langsung atau jumlah caruman under insured (kurang dari RM20,000), maka disarankan 100% untuk mencarum MLTT. Berapa nilai coverage MLTT perlu kita letak? Nilai coverage adalah nilai principle loan rumah (exclude interest). Kenapa exclude interest? Kerna nilai principle sudah memandai untuk cover nilai loan rumah dan interest. Perlu diingatkan, sijil takaful nie kebanyakkannya menawarkan nilai tunai. Nilai tunai yang  ada, boleh cover interest (jika ada kenaikan BLR). Dan lebihan nilai tunai selepas tolak dengan bayaran loan rumah dan interest, keluarga yang tercinta boleh infaqkan duit itu, atau bayarkan hutang yang lain (hutang kereta, personal loan, kredit kad), atau buat education fund atau pasif income.

cheers

Selamat bekerja
#cpmbk
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...