Nie saya ambik dari facebook kawan saya yg juga seorang ejen " The Takafulman"
Takaful menjadi renggang dengan masyarakat bukanlah kerana sifatnya. Namun lebih menjurus pada sebab intrepetasinya.
Contoh yang selalu kita diasak, "Jual Takaful" dan "Beli Takaful".
"Menyuruh orang beli Takaful" <-- masyarakat--="" persepsi="">-->
"Mengajak orang menyertai Takaful" <--ini sepatutnya--="" yang="">--ini>
Takaful bukan komoditi jualan untuk dibeli. Takaful adalah mekanisma saling-bantu yang diselaraskan melalui konsep sumbangan para peserta Takaful itu sendiri.
Contoh lain;
"Dia ni kerja jual Takaful" <--- font="">--->persepsi masyarakat---">
"Dia ni bertugas sebagai pendakwah Takaful" <--ini sepatutnya--="" yang="">--ini>
Perkataan 'Dakwah' diasosiasikan dengan Takaful atas satu faktor mudah. Nature Takaful ni adalah 'mengajak'. Mengajak kepada hal baik yang kurang dirapati. Itulah Dakwah. Macam mengajak orang sembahyang berjemaah di masjid, itu hal yang susah untuk dituruti, jadi ia dipanggil dakwah. Mengajak orang bertenang, bersabar, berbuat perkara baik yang lain, juga digelar Dakwah.
Cuma bezanya, Takaful lebih menjurus kepada aspek perancangan ekonomi keluarga, dan jika ia berkembang biak dengan baik..cakupan aspeknya akan melangkau kepada ekonomi ummah secara menyeluruh, justeru akan mencipta kekuatan ekonomi Islam yang tersendiri.
Idelisma sebegini sukar nak dicapai kalau masyarakat masih melihat Takaful dari sudut pandang yang salah. Lagi sukar bila ada segelintir pendakwah Takaful hanya mahu 'menjual' sehingga meninggalkan elemen paling utama dalam berTakaful, yakni 'mendidik'.
Maka didiklah, InsyaAllah tugas para pendakwah Takaful akan jadi lebih mudah.
Semoga kita sama sama diRahmati Allah.
No comments:
Post a Comment