Pengecualian: Perkara yg MEDICAL CARD TAK COVER


Pengecualian

Medikal kad Takaful tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan  secara langsung  atau tidak  langsung, keseluruhannya  atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:

1.  Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

2.  Penyakit spesifik  yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan.
a.   Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular
b.   Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari c.  Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d.   Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
e.   Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem Pembiakan f.   Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

3.  Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal  yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

4.  Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.

5.  Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana Kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful. Perbelanjaan yang timbul  dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.

6.  Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat  Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya,  AIDS (Sindrom  Kurang Daya Tahan Penyakit)  atau ARC (Kompleks  Berkaitan  AIDS) dan penyakit  berkaitan  HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit  yang memerlukan  kuarantin oleh undang-undang.

7.  Apa-apa rawatan  atau pembedahan dijalankan  untuk  keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

8.  Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan  kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif  mekanikal  atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

9. Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan  apa-apa rawatan  pencegahan, ubat  atau  pemeriksaan  pencegahan yang  dijalankan  oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan  khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

10. Bunuh diri,  percubaan membunuh  diri  atau kecederaan diri  sendiri  yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

12. Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

13. Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang yang Dilindungi dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.

14. Siasatan dan rawatan  gangguan tidur  dan dengkur, terapi penggantian hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

15. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana- mana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

16. Psikotik,  gangguan  mental  atau  saraf  dan  keadaan  yang  disebabkan  oleh  penyakit  nyanyuk
(termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

17. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek  kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak.

18. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

19. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.

22. Caj-caj  yang tidak  Berpatutan  dan Biasa Diamalkan,  atau apa-apa  pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau caj-caj  yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-kemasukan ke Hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas Tarikh Tamat Tempoh.

Pengecualian dan had adalah tidak hanya terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

sebarang pertanyaan boleh whats app saya :0192853910

tq... :)

293 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 293 of 293
Unknown said...

Kalau mcm rabun tinggi so klu buat operation mata ada cover tak??

Unknown said...

Kalau mcm rabun tinggi so klu buat operation mata ada cover tak??

akok is a person not a kuih said...

Salam Adul Ajim,

Kalau rabun tinggi pihak Takaful TAK COVER kerana ia dikategorikan sebagai pembedahan untuk kecantikan.

cheers

mbk
0192853910

Unknown said...

salam saya tlh beli mc selama 8 bln....baru2 ni saya disahkan ada gastrik, kolesterol, hipotiroid....kdg2 bdn rasa lemah selalu muntah...blh ke saya ke hospital panel dan gunakn mc saya...adakah kes saya akan di cover olh syarikat mc.tq

akok is a person not a kuih said...
This comment has been removed by the author.
akok is a person not a kuih said...

waalaikumussalam,

terima kasih kerana sudi bertanya.

Kes puan akn di cover oleh pihak Syarikat akan tetapi memandangkan puan masih 8 bulan sahaja mencarum, pihak syarikat akan memohon puan PAY and CLAIM terlebih dahulu (Reimbursement). Buat masa ini, saya sarankan puan mendapat rawatan di hospital kerajaan atau hospital semi kerajaan. Ini kerana walaupun MC puan sudah habis tempoh waktu bertenang, pihak syarikat ada hak untuk investigate penyakit puan memandangkan penyakit gastrik, kolesterol dan hipotiroid dan simptom2 yg lain kebiasaanya akan mengambil masa untuk develop dalam tempoh tertentu. Dan penyakit yg puan hadapi nie bukan dalam kategori penyakit biasa.

jika puan perlukan bantuan, boleh hubungi saya

Moga saya menjawab soalan puan

0192853910
mbk

Harap saya menjawab soalan puan

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya menghidap pcos sejak 3 tahun lalu. saya telah 10 bulan ambil takaful pru bsn. Yg terbaru saya disahkan terdapat polyp dalam rahim dan perlu jalani operation. Adakah pru bsn akan cover kos operation. pcos bukan penyebab kepada terjadi polyp dan ini penjelasan pakar2 o&G.

harap dapat membantu. Terima kasih.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Anonymous

Soalan: saya menghidap pcos sejak 3 tahun lalu. saya telah 10 bulan ambil takaful pru bsn. Yg terbaru saya disahkan terdapat polyp dalam rahim dan perlu jalani operation. Adakah pru bsn akan cover kos operation. pcos bukan penyebab kepada terjadi polyp dan ini penjelasan pakar2 o&G.

Jawapan: Memandangkan sis menghidap polyp bukan dari pcos dan telah disahkan oleh dr yg merawat, maka pihak takaful COVER kos rawtan dan operation sakit puan. Jika penjelasan disertakan dengan surat sokongan lagi digalakkan. Kerna semasa pihak hospital mohon GL, surat dr perlu untuk menunjukkan bukti pcos bukan penyebab polyp. Semasa ambil polisi puan ada declacre pcos tak? Jika declare baguslah, kiranya menyenangkan GL puan. Jika puan belum declare, saya sarankan puan declare dengan memberitahu ejen supaya dapat mengelakkan sebarang isu yg berbangkit.

Saya doakan agar puan dipermudahkan segala urusan dan moga cepat sembuh.

Amin

mbk
0192853910

Anonymous said...

insurance utk nyawa+simpanan+kesihatan 3 in 1 tu ada tak?

akok is a person not a kuih said...

Salam Anonymous,

Ya, Ada

cheers

mbk
0192853910

Bahgia Minhat said...

Salam,
Kalau seorang hawa ambil Takaful Puteri Plus, nilai coverage Maternity Protection berapa ye? Kalau ada masalah pada bayi, manafaat kepada pemegang polisi dan bayi ialah macamana? Pemegang polisi dapat nilai tunai? Segala perbelanjaan perubatan bayi ditanggung selagi tak melebihi maternity sum cover value? Max 50% dari sum cover value dibayar / boleh digunakan?

Terima Kasih.

akok is a person not a kuih said...

Salam,

Waalaikumussalam,

Terima kasih kerana sudi bertanya,

Soalan 1: Kalau seorang hawa ambil Takaful Puteri Plus, nilai coverage Maternity Protection berapa ye?

Jawapan: Ada 3 plan yg pihak kami tawarkan. Plan 1: RM50,000 , Plan 2:RM100,000 dan plan 3: RM150,000

Soalan 2: Kalau ada masalah pada bayi, manfaat kepada pemegang polisi dan bayi ialah macamana?

Manfaat untuk bayi yang ditawarkan oleh Takaful Puteri Plus adalah:

Infant Congenital Illnesses (After the child is 30 days old but before 2 years old)
a. syndrome down
b.Vertricular Septal Defect (jantung)
c. Atrial Septal Defect (Jantung)
d.Spina Bifida
e.Cleft Palate

Terma dan syarat:
------------------
Polisi boleh dituntut selepas satu tahun tempoh bertenang bermula polisi diluluskan dan boleh dituntu sekiranya bayi tersebut dapat bertahan selepas 30 hari selepas kelahiran dan diberi diagnosis didalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Tuntutan hanya boleh dibuat sekali seumur hidup untuk salah satu infant conginental illness. Pampasan berjumlah RM20,000.

Untuk manfaat penjagaan ibu adalah komplikas kehamilan yang terdiri daripada:
1. Penyebaran Penggumpulan Intravaskular selepas 7 bulan mengandung
2. Kehamilan luar rahim
3. Keguguran pada hujung Kehamilan (dari hari 126 ke hari 196 tempoh kehamilan)
4. Kematian janin (selepas hari ke196 tempoh kehamilan)
5. Kematian bayi (di dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

Terma dan syarat:
Manfaat penjagaan ibu boleh dituntut hanya sekali didalam tempoh hayat seseorang peserta. Boleh dituntut hanya selepas 1 tahun daripada tarikh polisi diluluskan.

Pampasan berjumlah RM10,000

Soalan 3: Pemegang polisi dapat nilai tunai?

Semua pampasan berbentuk reimbursement dan mendapat dengan cara pembayaran cek.

Soalan 4: Segala perbelanjaan perubatan bayi ditanggung selagi tak melebihi maternity sum cover value?
Untuk pengetahuan pihak tuan, jika berlaku infant konginetal illness ini, MEDIKAL KAD TIDAK COVER perbelanjaan perubatan bayi. Dengan pampasan RM20,000 itulah, yg akan cover perubatan bayi.

Solan 5:Max 50% dari sum cover value dibayar / boleh digunakan?
Tidak tuan. Pihak kami hanya beri RM20,000 sahaja.

Harap saya menjawab soalan tuan

mbk
0192853910

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya nak ambik medical card untuk anak saya yg berumur 12.14 dan 2 tahun. saya nak minta pendapat med.card stand alone atau yang ada simpanan tu, yg mana lebih bagus?

akok is a person not a kuih said...


Waalaikumussalam,

Soalan: Saya nak ambik medical card untuk anak saya yg berumur 12,14 dan 2 tahun. saya nak minta pendapat med.card stand alone atau yang ada simpanan tu, yg mana lebih bagus?

March 8, 2016 at 3:56 PM

Jawapan:

medikal kad stand alone
------------------------
Medical card jenis ni selalunya harga yang ditawarkan adalah MURAH. Kadang-kadang presentation yang dibuat oleh ejen-ejen yang menjualnya menunjukkan ianya sangat MURAH. Ianya adalah medical card semata-mata di dalam satu polisi dan tiada manfaat lain yang boleh dimasukkan

Advantage
----------
-Murah

-Berkelompok yg mana satu medikal kad boleh digunakan untuk 4 anggota keluarga yg berumur less than 18 years.

Disadvantage
------------
-Setiap tahun harga yang berlainan (most medikal kad stand alone buat Yearly renewal). Yearly renewal yg mana peserta kena renew medikal kad setiap tahun dan harga medikal kad akan berubah berdasarkan umur dan penyakit (jika ada).

- Tidak attached dengan life (setengah orang memang tak suka attach dengan life kerana sudah ada. So, depends pada keperluan dan kehendak encik sendiri)

-mudah lapse (kerana ianya tiada saving maka ia mudah lapsed jika tertinggal bayaran dalam tempoh 30 hari). Sebab itu digalakkan bayar secara tahunan.

-duit yg kita invest akan burn (macam insurans motor)

Medikal kad yg ada saving (Investment link Polisi (ILP))
---------------------------------------------------------
-Medical card jenis ni kebiasaannya dijadikan sebagai rider ke dalam polisi utama. Rider dalam polisi investmentlink juga dipanggil benefit atau manfaat. Polisi utama ni selalunya ialah investmentlink. Jadi anda boleh beli polisi biasa dan attached medical card ke dalam polisi tersebut

Advantage
----------
-attached dengan life serta ada saving (Nilai tunai)

-Lambat hendak lapse paling minimum 3 months without paying baru nak lapsed

-Since attached dengan life, kalau apa2 jadi pewaris akan dapat pampasan sebagai income replacement

-Guarantee auto renewal (Setiap tahun akan renew secara automatik)

-Non Cancellable clause. Yang mana pihak takaful TIDAK akan lupuskan polisi sewenang-wenangnya atau tanpa sebab musabab. Polisi akan luput jika lapsed, death, dan polisi sudah matang.

-setengah takaful/insurans operator ada offer "contributor" (Istilah dipakai oleh PruBSN Takaful. Lain Takaful/Insurans operator menggunakan istilah atau nama yg berlainan tapi fungsi yg sama.Fungsinya jika berlaku kematian, cacat kekal menyeluruh atau didiagnose penyakit kritikal maka takaful/insurans akan waive.Tak perlu bayar sehingga tarikh luput atau meninggal (yg mana terlebih dahulu).

Diadvantage
-----------
-mahal kerna ia ada service charge

Infor mengenai medikal kad
--------------------------

Setiap medikal kad ada tempoh menunggu selama 120 hari dan ada PENGECUALIAN nya.

Saya harap maklumat yg saya berikan dapat menolong encik/puan membuat keputusan. Jika encik/puan concern mengenai bajet, medikal kad stand alonelah jawapannya. Jika encik/puan concern mengenai saving dan return on investment serta advantage seperti contributor dan renewal medikal kad kad, medikal kad yg ada savinglah jawapannya.

Saya tak boleh nak kata yg mana paling bagus. Terpulang pada encik/puan yg menentukannya. Saya hanya beri pendapat saja.

cheers

mbk
0192853910

Siti said...

Hi.. Boleh tak sy amek insurans...
Saya disahkan PCOS ketika menjalani rawatan kesuburan kerana sudah 5tahun berkahwin..
Ketika rawatan, saya ade buat blood test, dN result gula saya tinggi. Doktor suspek sy ada insulins resistance disebabkan gangguan hormon. Jd, doktor terangkan kpd saya yang gula dlm darah sy tggi disebabkan oleh hormon bukan penyakit. Jadi adakah sya layak amek insurans.. Adakah insurans akan cover

akok is a person not a kuih said...

Salam Siti,

Terima kasih sudi baca blog saya.

Puan boleh mohon insurans, akan tetapi,memandangkan puan disahkan PCOS, ada kebarangkalian akan berlaku:

a) ACCEPT WITH EXCLUSIONS: Dr suspek yang puan ada insulins resistance, walaupun dr menyatakan ia disebabkab hormon bukan penyakit, pihak Insurans akan exclude diabetes dan EXCLUDE penyakit yang disebabkan oleh PCOS secara langsung atau tidak langsung.

nota: EXCLUDE = TIDAK Cover

b) ACCEPT WITH EXCLUSIONS DENGAN LOADING: Loading adalah monthly contribution akan tinggi (ditentukan oleh pihak syarikat) kerana ada jangkaan beberapa risiko yang akan berlaku dimasa hadapan. Untuk cover kos rawatan yang lain.

c) EXCLUDE MEDIKAL KAD HANYA OFFER LIFE INSURANCE (PAMPASAN KEMATIAN, ACCIDENT , DAN BEBERAPA PENYAKIT KRITIKAL (YG TIDAK MELIBATKAN PCOS).

d) REJECT

Harap saya menjawab soalan puan. Maafkan saya, saya lambat balas.

tq

mbk
0192853910

Anonymous said...

Salam..adakah takaful akan cover untk pembedahan penyakit buasir? sy dah ambil hampir setahun 5 bulan takaful ni dan semasa mengandung sy kena buasir..
minta penjelasan

Mira Mahfut said...

salam puan,

saya nak bertanya kerana kurang faham dengan insurans ni, ada yg kata insurans hanya akan cover utk critical illness/ penyakit yg besar2 sahaja.. utk penyakit kecil2 cth macam kalau demam/migraine/selesema tidak boleh pakai medical card (maksudnya takde klinik panel yg cover as pesakit luar) betul ke? sebab pada sudut diri sendiri, sy lebih selesa utk cari plan insurans yg :- demam panas/migraine boleh pergi klinik panel, tunjuk medical card, jumpa doc, ambik ubat, balik (tanpa sebarang bayaran lgsg). ada ke plan insurans yg sebegitu? sbb sy mmg tgh cari sangat insurans plan yg sebegitu. harap dapat penjelasan dan penenrangan dr pihak puan selanjutnya. tq.

akok is a person not a kuih said...


Waalaikumussalam..Anonymous April 27, 2016 at 4:59

Soalan: adakah takaful akan cover untk pembedahan penyakit buasir? sy dah ambil hampir setahun 5 bulan takaful ni dan semasa mengandung sy kena buasir..minta penjelasan

Jawapan: Maafkan saya terlewat menjawab soalan puan

Untuk mengandung dan terkena buasir ada dua kebarangkalian:-

1. Medikal kad cover jika buasir ini adalah kali pertama puan kena dan tak pernah ada penyakit buasir sebelum ini. GL akan mengambil masa untuk pihak Takaful memeriksa sejarah perubatan pihak puan berdasarkan soal jawab (questionnaire) dengan doktor yg merawat puan.

2. Kemungkinan GL decline jika ada beberapa perkara yang mencurigakan bagi pihak Takaful ketika review medikal record Dr. Puan tak perlu bimbang, jika GL decline, Puan boleh PAY n Claim (Bayar dan claim kemudian).

Jika penyakit ini adalah yg pertama kali kena dan tak pernah didiagnose buasir sebelum ini, puan tak perlu khuatir kerana pihak Takaful (medikal kad) akan cover.

harap saya menjawab soalan puan

mbk
0192853910

mohon maaf sekali lagi kelewatan menjawab soalan puan

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam puan,

Soalan: saya nak bertanya kerana kurang faham dengan insurans ni, ada yg kata insurans hanya akan cover utk critical illness/ penyakit yg besar2 sahaja.. utk penyakit kecil2 cth macam kalau demam/migraine/selesema tidak boleh pakai medical card (maksudnya takde klinik panel yg cover as pesakit luar) betul ke? sebab pada sudut diri sendiri, sy lebih selesa utk cari plan insurans yg :- demam panas/migraine boleh pergi klinik panel, tunjuk medical card, jumpa doc, ambik ubat, balik (tanpa sebarang bayaran lgsg). ada ke plan insurans yg sebegitu? sbb sy mmg tgh cari sangat insurans plan yg sebegitu. harap dapat penjelasan dan penenrangan dr pihak puan selanjutnya. tq.

Jawapan: Ya betul puan. Medikal kad yg personal hanya cover untuk penyakit yang memerlukan warded atau hospitalization atas nasihat Dr. Jika pesakit luar seperti yg puan maksudkan, pihak insurans/Takaful tidak cover.

Setahu saya, syarikat insurans/takaful yg menawarkan personal insurance TIDAK OFFER MEDIKAL KAD UNTUK KLINIK. Hanya Group Hospitalization (Employee Benefit Scheme) yg mana ditawarkan untuk pekerja-pekerja Syarikat sahaja yg menawarkan Medikal kad Klinik.

Akan tetapi ada situasi yang boleh puan claim jika ke klinik.

Contoh:-

1. Jika demam, migrain atau selsema puan akan ke klinik untuk rawatan

2. Jika seminggu atau beberapa hari tak sembuh dan dinasihatkan oleh DR Klinik untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital, maka resit bayaran Klinik, puan boleh claim berdasarkan reimbursement (PAY AND CLAIM).

Harap saya menjawab soalan puan.

selamat hari buruh

mbk
perunding takaful
0192853910

Unknown said...

nak tanya 12 tahun dahulu saya pernah operate buang ketumbuhan dekat otak.sekarang ni kalau saya ambik medical card untuk cover penyakit akan datang dan kecualikan sakit saya lama ni boleh tak.insuran akan cover tak

akok is a person not a kuih said...

Salam En Mohd Hakimi,

Terima kasih kerna sudi bertanya.

Soalan: nak tanya 12 tahun dahulu saya pernah operate buang ketumbuhan dekat otak.sekarang ni kalau saya ambik medical card untuk cover penyakit akan datang dan kecualikan sakit saya lama ni boleh tak.insuran akan cover tak?

Jawapan: Jika Encik ambil insurans, ada beberapa kebarangkalian :-

1. ACCEPT - COVER SEMUA

2. ACCEPT WITH EXCLUSION- DENGAN EXCLUSION KETUMBUHAN DEKAT OTAK DAN PENYAKIT YG BERKAITAN SECARA LANGSUNG ATAU TAK LANGSUNG DENGAN KETUMBUHAN DEKAT OTAK

3. ACCEPT WITH EXCLUSION DAN LOADING - DENGAN EXCLUSION KETUMBUHAN DEKAT OTAK DAN PENYAKIT YG BERKAITAN SECARA LANGSUNG ATAU TAK LANGSUNG DENGAN KETUMBUHAN DEKAT OTAK PLUS LOADING ADALAH CONTRIBUTION AKAN DINAIKKAN BERDASARKAN BUDI BICARA TAKAFUL (HARGA QUOTATION LEBIH TINGGI)

4. REJECT

Untuk dokumen sokongan yang menyatakan En Mohd sudah sihat dan boleh menjalani aktiviti seperti biasa ,En Mohd perlu dapatkan surat sokongan dari Dr yg pernah merawat En Mohd dahulu atau Dr berdaftar di hospital yang berhampiran. Dengan surat sokongan Dr nie, dapat mengelakkan dari exclusion.

Moga saya menjawab soalan En. Maaf terlewat menjawab soalan

mbk
0192853910

Mira Mahfut said...

salam puan,

saya berminat untuk mengambil pelan insurans, tetapi tidak tahu apakah insurans yang bersesuaian dengan saya. saya adalah perempuan dan berumur 20-an dan masih belum berkahwin (tidak juga berkahwin dlm masa terdekat ni). akan tetapi, saya berminat untuk mengambil insurans yg ada cover maternity. patut ke saya ambil pelan tersebut terus dr skrg/tambah kemudia lepas kahwin? lagi satu, saya nak bertanya, ada ke pelan insurans yang akan cover bill hospital kita apabila melahirkan baby (yg cover beranak normal & juga operation)? Kiranya konsep manfaat bersalin yg sy maksudkan ni, ada tak yg lebih kurg sama konsep macam group hospitalization? tanpa perlu bayar sebarang/separuh kos bersalin hospital shj.

penjelasan dan penerangan puan amatlah saya hargai. terima kasih.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Mira Mahfut,

Tahniah Mira kerana berminat untuk mengambil pelan Takaful.

1. Soalan: tidak tahu apakah insurans yang bersesuaian dengan saya.

Jawapan: Insurans /Takaful terdiri daripada:-
a. Insurans/Takaful hayat : Pampasan kematian, accident, cacat kekal menyeluruh dan pampasan penyakit kritikal

b Insurans/Takaful perubatan: Medikal kad

c.Cash value : Nilai tunai yang ada

Item A-C adalah basic. Yang rider atau dikenali manfaat tambahan seperti Takaful wanita, Waiver (Polisi waive jika didiagnose penyakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh).

Kebiasaannya, orang akan memilih pelan Insurans/Takaful diatas keperluan apa yang mereka inginkan. Jika seorang yang bujang, saya sarankan ambil Takaful/Insurans hayat dan Insurans/Takaful perubatan.

Jika berlaku musibah seperti accident atau didiagnose penyakit kritikal, sekurang-kurangnya pampasan yang diterima boleh dijadikan sebagai pelan penggantian gaji dan jika warded dalam hospital, medikal kad boleh tolong bayarkan.

2. Soalan: saya berminat untuk mengambil insurans yg ada cover maternity. Patut ke saya ambil pelan tersebut terus dr skrg/tambah kemudia lepas kahwin?

Jawapan: Insurans/Takaful TAK PERNAH OFFER/COVER MATERNITY. Normally, Syarikat tempat seseorang bekerja yang akan offer maternity benefits sebagai employee maternity benefits.Itu pun pay and claim. MATERNITY adalah penyakit buatan orang. heheheheheh... chances tue tinggi..Rugi company dik dok cover Maternity. Hari2 ada kes orang bersalin. Kalau Komplikasi Kehamilan, pihak Insurans/Takaful ada COVER. Normally komplikasi kehamilan dan penyakit congenital (untuk bayi) cover by Takaful/Insurans Wanita. Ada sesetengah Takaful/Insurans company letakkan sebagai rider yg mana boleh attached dengan insurans hayat dan perubatan atau ada yang pelan stand alone (tidak attached dengan manfat yg lain).

Saya sarankan agar Cik Mira ambil sekarang kerana kalau ambil kemudian Cik Mira kena tunggu 1 tahun tempoh menunggu sebelum dapat buat sebarang tuntutan untuk polisi Wanita (Insurans/Takaful wanita) dan monthly contribution akan naik berdasarkan umur kalau ambil lewat.

3. Soalan:saya nak bertanya, ada ke pelan insurans yang akan cover bill hospital kita apabila melahirkan baby (yg cover beranak normal & juga operation)? Kiranya konsep manfaat bersalin yg sy maksudkan ni, ada tak yg lebih kurg sama konsep macam group hospitalization? tanpa perlu bayar sebarang/separuh kos bersalin hospital shj.

Jawapan: TIDAK ADA pelan insurans yang akan cover bill hospital apabila melahirkan baby samada C-Sec atau beranak normal. Dan TAK ADA konsep manfaat bersalin seperti group hospitalization.

harap saya menjawan soalan Cik Mira. Cik Mira tinggal dimana? Bolehlah kita bertemu untuk saya cerita lebih detail. No worries.. no obligation. Just nak terangkan lagi agar Cik Mira lebih nampak dengan jelas.

tq.

mbk
0192853910
Wangsa Maju, KL.

Unknown said...

Salam.. Sy pemegang pru bsn takaful since 11/2014. Sebab amik insurans: sy ni mudah sakit, pernah ada history of Dengue (warded) & kencing tikus (warded). Tp masa tu sy xde insurans, so just buat rawatan kat hospital gov je.

Soalan:
1) sekiranya in future (minta jauh), kena dengue / kencing tikus or apa2 penyakit virus kat darah, pru bsn cover ke?

2) sy x merokok. Tp kalau kita dpt penyakit paru/ bahagian pernafasan oleh sebab 2nd hand smoker mcmana? Insuran cover x?

Thank you.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Mohammad Darsuku.

Terima kasih sudi baca blog saya.

Soalan:

1) sekiranya in future (minta jauh), kena dengue / kencing tikus or apa2 penyakit virus kat darah, pru bsn cover ke?

Jawapan: Semasa En. Darsuki apply Takaful, ada tak En Darsuki declare denggue dan kencing tikus ? Jika declare, sila lihat polisi en Darsuki ada exclusion tak? Jika tiada exclusion dan ada buat declaration pada pihak Takaful, Jika terkena balik denggi atau kencing tikus (Nau'zubillah hi min zalik) , pihak Takaful akan COVER.

Soalan : 2) sy x merokok. Tp kalau kita dpt penyakit paru/ bahagian pernafasan oleh sebab 2nd hand smoker mcmana? Insuran cover x?

Jawapan: Pihak takaful COVER walaupun kita nie second hand smoker.

harap saya menjawab soalan En Darsuki

tq

mbk
0192853910

Anonymous said...

Assalam cik, saya nak minta pandangan
1. Sebelum pregnant saya didiagnosis mempunyai PCOS syndrome iaitu telur tidak matang dan mengakibatkan telur berkumpul dan menjadi cyst. Tp dr kte x merbahaya.

2. Syndrom PCOS ni disebabkan insulin resistance dan kebarangkalian mendapat diabetis sgt tinggi. Dr ade buat ujian gula dan menunjukkan bacaan gula saya tinggi sedikit dari biase tp x smpai bacaan untuk diabetis. (Dr kate pre-diabetic). Untuk turunkan syndrom ni, dr ade bagi ubat merformin untuk control insulin dlm badan iaitu untuk ubat penghidap diabetis dapat biasenye.

3. Semasa saya pregnant, saya di dalam kategori GDM (gestational diabetis melitius) disebabkan ujian gula tersebut. Semasa pregnant juga ade ketika tekanan darah agak tinggi dari biasa.

4. Selepas bersalin, tekanan darah dan bacaan gula saya seperti biase.

5. For info, mak saya juga mempunyai diabetis dan kencing manis.




Soalan saya..

Adakah penyakit diabetis, cyst dan kencing manis akan dikecualikan dalam pelan tkaful/medical card jika saya bercadang mengambil takaful. disebabkn history yang leps ni. Perkara ni berlaku lebih 2 tahun yg lepas.




For info, saya belum lagi mempunyai takaful.




Terima kasih untuk jawapan yang diberi.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

Untuk memohon Takaful, penyakit yang sedia ada mestilah kita declare. Ada beberapa kebarangkalian yg akan ditawarkan oleh pihak Takaful.

a) Exclusion with loading: Pihak Takaful akan exclude penyakit yang sedia ada yaitu PCOS dan penyakit yang berkaitan dgn PCOS, cysts, diabetes atau penyakit yang berkaita dgn PCOS secara lanhsung atau tidak langsung. Caruman bulanan akan tinggi dari biasa.

b) Reject

Semasa memohon Takaful, semestinya pihak takaful akan meminta medikal report dari hospital dan Dr yang merawat puan. Puan juga perlu menjawab questionnaire berkaitan dengan diabetes memandangkan ada penyakit keturunan (diabetes).

Proses permohonan Takaful ini akan ambil masa memandangkan perlu tunggu medikal report siap.

moga saya menjawab soalan puan

mbk
0192853910

Safarina Fyna said...

Salam...sy nak tanye sy ada ambik medical card prubsn 6 bln lepas.. bru2 ni sy dmm pns dan disahkn mengalami tonsil dan doktor sarankan supaya tonsil dibuang...adakah insurans sy akan cover kos pembedahan..

akok is a person not a kuih said...

Salam Safarina Fyna,

Terima kasih kerna sudi bertanya.

Medical card akan cover tonsil puan jika tonsil itu didiagnose selepas 4 bulan. Pihak Insurans akan tanya pendapat Dr bila Tonsil itu bermula (kiranya tanya usia Tonsil). Jika semua nya clean kiranya berlaku selepas 4 bulan waktu bertenang, medikal kad akan cover. Jika berlaku sebarang keraguan, pihak insurans ada hak untuk melakukan siasatan. Jika berlaku begini, puan boleh buat pay n claim (bayar dulu claim kemudian). Untuk elakkan perkara GL decline, normally ejen akan mohon pre GL.. Pre GL dimohon untuk ketahui sama ada GL approved atau tak. JIka decline, kiranya puan tak perlu warded. Jika GL approved, puan bole warded. Ini utk elakkan dari pembayaran kos rawatan yg mahal. Kiranya tak adalah kena tunggu lama dan buang masa.

harap saya menjawab soalan puan. Terima kasih

mbk

Unknown said...

Assalamualaikom puan..

Sekadar bertanya..SAyA ada slip disc Dan baru lepas menjalani pembedaan Dan semakin beransur pulih..doctor menasihati saya supaya tidak melakukan sukan Dan kerja berat...kerana kemungkinan akan berlaku lagi...Dan risiko lumpuh juga mungkun berlaku..saya ingin mengambil insurance perlindungan diri Dan medical card baru supaya ada perlindungan sekiranya saya lumpuh di masa akan datang?, kerana sya adalah ketua keluarga Dan risau sekiranya xdpt memberi nafkah utk keluarga...adakah insurance akan cover penyakit masalah as INI..

akok is a person not a kuih said...

waalaikumussalam,

terima kasih kerana sudi bertanya,

Memandangkan encik sudah ada slip disc dan pernah menjalani pembedahan berkenaan dengan slip disc ada kemungkinan yang akan ditawarkan oleh pihak takaful:

1. Ada exclusion berkenaan slip disc dan perkara yg berkaitan dengannya secara langsung atau tidak langsung. kiranya bile takaful X COVER SLIP DISC

2. Kalau takaful hayat seperti kematian, pihak takaful masih tawarkan.

3. Jika dah ada lumpuh akibat slip disc, pihak Takaful tak akan tawarkan. Ini dikira under exclusion juga kerana penyakit sedia ada. jika lumpuh akibat sebab lain, boleh buat tuntutan.

tq.

mbk
0192853910

Unknown said...

Assalamualaikom puan...

Saya baru lepas menjalani pembedahan slip disc...Saya baru bercadang utk mengambil insuran perlindungan diri memandangkan saya ketua keluarga...persoalannya adakah insurance akan cover sekiranya saya lumpuh/cacat kekal pada masa akan dtg?? Dan kecacatan tu disebabkan oleh disc yang rosak tadi?...walaupun ianya dua penyakit yang berlainan tapi berkaitan..

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

Saya baru lepas menjalani pembedahan slip disc...Saya baru bercadang utk mengambil insuran perlindungan diri memandangkan saya ketua keluarga...

Saoalan :persoalannya adakah insurance akan cover sekiranya saya lumpuh/cacat kekal pada masa akan dtg?? Dan kecacatan tu disebabkan oleh disc yang rosak tadi?...walaupun ianya dua penyakit yang berlainan tapi berkaitan..

Jawapan: Pihak takaful TAK COVER sekiranya lumpuh/cacat kekal akan datang jika disebabkan slip disc. Ia kerana dikira pre existing illness.

Jika encik mohon, pihak Takaful hanya akan offer Death dan penyakit kritikal. Medikal kad akan offer dengan exclusion slip disc dan penyakit yg berkaitan dengannya secara langsung atau tidak langsung.

regards
mbk

moga saya menjawab soalan encik.

Unknown said...

salam..
saya kemalangan jalan raya 3tahun lalu dan tahun ini baru habis semua rawatan...saya mengalami patah tulang pelvik tapi tidak dimasukkan besi..selain itu terdapat kecederaan parah sehingga perlu dibuat pembedahan plastik rekonstraktif..selain itu saya juga menjalani pembedahan perpindahan otot disebabkan kerosakan otot..saya tidak sempat mengambil insuran iaitu sbln sblm saya merancang untuk mengambilnya saya terlibat kemalangan...saya amat terkilan sehingga sekarang..

saya berniat untuk mengambil insuran bsgi masa akan datang..ejen ada beritahu ada 2 option iaitu 1.cover semua termasuk penyakit sedia ada 2. cover penyakit lain selain penyakit sedia ada.ejen juga ada beritahu option 1 berdasarkan laporan perubatan saya, sekiranya accept kemungkinan amount bulanan sedikit tinggi..

soalan saya:
sekiranya masih perlu follow di hospital dikira belum sembuh?
adakah saya perlu menunggu discaj follow up baru apply insuran untuk dapat laporan perubatan yg tepat@mungkin saya boleh apply sekarang?
untuk kemalangan biasanya apakah jenis2 kecacatan sedia ada yang tidak di cover oleh insuram?

apakah pendapat puan berkenaan ini?

sekiam terima kasih

orangkampungmai@gmail.com

akok is a person not a kuih said...

Salam orang kampung,

Saya ada email pada orang kampung.. Saya tulis sekali lagi jawapan saya di sini:-

soalan saya:
sekiranya masih perlu follow di hospital dikira belum sembuh?

Jawapan:
Ya, betul.

adakah saya perlu menunggu discaj follow up baru apply insuran untuk dapat laporan perubatan yg tepat@mungkin saya boleh apply sekarang?
Saya cadangkan encik apply skrg. Dan discaj follow up boleh diberi kemudian. Saya akui pihak insurans/takaful akan mohon requirements medikal report dan discaj follow up report.

untuk kemalangan biasanya apakah jenis2 kecacatan sedia ada yang tidak di cover oleh insuran?
Pengecualian untuk cacat kekal menyeluruh

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
-----------------------------------
1. Percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman.

2. Mengambil bahagian dalam penerbangan udara termasuk penerjunan berpayung dan penerjunan udara selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang di atas kapal terbang membawa penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi dalam laluan

3.Kecacatan yg sedia ada tak kisah dari segi keturunan atau krn accident atau penyakit.

Saya harap saya menjawab soalan encik.

mbk

cheers

Unknown said...

Salam. Nak tanya bole tak guna pm care untuk medical check up?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

PM care tak boleh digunakan untuk medikalcheck up jika berkaitan dengan routine medikal check up. Jika medikal check up disokong dengan surat dr serta wardedm PM care medikal akan cover.

Harap saya menjawab soalam saudara.

tq

cheers

mbk
0192853910

Unknown said...

Buat pembedahan mata tak cover sayang nya.tak ada cara lain ke?

akok is a person not a kuih said...

Hi pendaki Gunung,

Kalau pembedahan lasik atau pembedahan untuk pembetulan mata bertujuan untuk pembedahan kosmetik memang medikal kad tak cover. kalau pembedahan mata akibat accident untuk elak dari buta atau kerana ketarak medikal kad cover.

Jika pembedahan kosmetik memang tak ada cara lain. memang medikal kad x cover. sudah tertakluk dalam pengecualian.

cheers

mbk

Anonymous said...

Salam tuan .. saya da join prubsn 3 tahun .. baru2 ni saya da menjalani operation acl menggunakan gl goverment .. apa faedah yg boleh saya peroleh melalui insuran prubsn jika saya bercuti selama 3 bulan ?

akok is a person not a kuih said...

Salam Anonymous,

Terima kasih kerna sudi bertanya. Mohon maaf kerana ambil masa untuk membalas persoalan anonymous....

Saya tak pasti manfaat yang anonymous punya. Kebiasaannya manfaat yang akan dapat jika bercuti 3 bulan, manfaat weekly indemnity. Ini adalah pampasan mingguan. Pampasan mingguan dibayar jika berlaku kemalangan dan melibatkan kecederaan dan boleh heal dalam tempoh tertentu. Pampasan dibayar berdasarkan healing period bukan MC. Mohon Anonymous semak kembali polisi, ada x include weekly indemnity. Ini kerana Weekly indemnity nie manfaat tambahan dan ianya optional untuk dimasukkan dalam polisi atau tidak.

Dan jangan lupa untuk claim hospital benefits (Jika ada) elaun masuk hospital.

Moga saya menjawab soalan Anonymous.

mbk
0192853910

cheers

Unknown said...

Salam.kalu ejen tak aktif boleh saya tukar kpd ejen lain.syarikat insurans sama.tq

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

Boleh. Tiada masaalah untuk pertukaran ejen yang baru.

mbk
0192853910

Unknown said...

puan, anak saya mendapat jahitan di lutut. adakah pihak insurans cover?

akok is a person not a kuih said...

Puan Emiey,

Terima kasih kerna sudi bertanyakan takaful.

Boleh saya tahu, anak puan kena jahitan di lutut disebabkan oleh apa? Pihak insurans cover dalam dua keadaan claim:

A. Jika kos jahitan lutut itu disebabkan jatuh (dikira accident kecil) yg mana tidak memerlukan warded, puan boleh buat tuntutan secara pay n claim ( bayar dan claim) dengan guna rider accident medcal reimbursement (AMR).

B. Atau puan boleh buat tuntutan melalui medikal kad dengan guna direct medikal kad jika warded atau jika tidak warded ( day surgery) pun boleh buat pay n claim melaui medikal kad.

Harap saya menjawab soalan puan

Mbk
0192853910

Queenz92 said...

Salam, saya nak tanya.

1. Untuk plan bayi dalam kandungan, adakah peyakit kuning akan dicover?
2. Saya punya medical card dah lapsed sebelum ni. Tapi kalau saya nak buat semula boleh tak sekali dengan satu family. Tq

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Queen92,

Terima kasih kerna sudi bertanya,

Maafkan saya ambil masa untuk menjawab soalan Queen92.

Jawapan.

1. Jika ambil polisi berbentuk Takaful YG ADA INFANT CARE PROTECTION, pihak Takaful TIDAK COVER JAUNDICE. Apa yang saya tahu polisi konvensional yg cover itu pun offer dari PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BERHAD. Nama polisi tue Pru My Child. Kalau ambil infant care, ia cover.

2. Boleh saya tahu sudah lama ker polisi Queen92 lapsed? Jika polisi Queen92 sudah lapsed lebih dari 12 bulan, saya sarankan mohon polisi baru. Kerna is sememangnya sudah luput secara automatik.

Jika polisi lapsed less than 12 months, Queen92 boleh buat bayaran secara keseluruhan atau bayar 2@3 bulan dahulu untuk polisi inforced. Polisi itu boleh digunakan selepas habis tempoh bertenang selama 30 hari.

Boleh, Queen92 boleh buat untuk satu family (jika family pun ada Takaful/Insurans). Sekali lagi, jika polisi mereka pun lapsed, tertakluk dengan terma yg saya citerkan tadi.

mbk

0192853910

Anonymous said...

Apa beza insuran yang company berikan? Employee benefits. Jika warded, kos selepas tu blh claim? And kalau untuk first check up or mana2 appointment selepas tu boleh claim juga tak?

akok is a person not a kuih said...

Hi Anonymous,

Terima kasih kerna sudi bertanya.

1. Beza insurans yang company berikan yang mana jika pekerja itu pernah ada penyakit atau sedia ada penyakit, insurans company masih cover. Berbeza dengan personal insurans, yang mana jika pernah atau sedia ada penyakit, medikal kad DAH TAK COVER PENYAKIT ITU.

Insurans company kebiasaanya akan cover general patient (GP) yaitu cover klinik (pakai medikal kad), Cover check up dengan Specialist Dr sama ada pay n claim atau pakai medikal kad, ada juga yang offer executive screening yaitu buat medikal check up. Tapi benefits nie terpulang dengan budi bicara pihak HR. Normally pihak HR akan grade benefits insurans seseorang pekerja berdasarkan status tangga gaji. Contoh utk executive just cover hospitalization, GP sahaja. Manakala Senior Manager cover Hospitalization, GP, Executive screening.

2. Jika warded, kos selepas itu boleh claim. Jika pakai medikal kad company, tak perlu sebarang pembayaran melalui duit (cash less) kerana GL berkuat kuasa selama 30 hari bermula tempoh kita warded. Tapi hanya boleh claim selama 60 hari sahaja. Lain pula dengan personal insurans yg mana kos consultation selepas warded perlu didahulukan duit pemohon. Pemohon boleh buat tuntutan secara pay n claim (bayar dahulu, claim kemudian).

3. Kalau first check up or mana2 appointment selepas itu boleh claim. Jika guna insurans company, Anonymous boleh claim under outpatient atau guna medikal kad (selagi tempoh GL masih dikuat kuasa within 30 days bermula tempoh kita warded). Jika personnel insurans, anonymous boleh buat tuntutan secara pay n claim jika warded di kemudian hari. Pihak personal insurans melatakkan syarat boleh buat tuntutan 30 hari sblm warded.

Harap saya menjawab dan membantu anonymous.

cheers

mbk
0192853910

Da2 said...

As salam...

Sy ade amik insurans prudential (bkn takaful)... b4 tu sy ade sakit tangan for moths, clinic doc ade check darah n suspect ade auto immune disorder, then after a few months after dpt medical card, ade refer ke gov hosp for further confirm.. ade check darah, x-ray (tgn), mri (tgn), tapi takde conclusion.. n after 2 years dok ulang alik hosp (ortho & rheu), doc still takde diagnose sy ni sakit ape... jumpe just tuk follow up condition... n skrg tgn tu dah tak sakit...

time wat insurans tu sy tak declare sbb only suspected...

so soalan sy is if in future, sy ade sakit, n it is relate to auto immune disorder, insurans still cover or not?

Thanx in advance cause sudi answer...

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam,

Terima kasih sudi bertanya.

Memandangkan Da2 sudah detect ada auto immune disorder walaupun suspected, pihak insurans TAK COVER kalau berlaku lagi. Saya sarankan better Da2 declare kembali suspected penyakit itu. Kekadang kalu declare sesuatu penyakit walaupun baru suspected, pihak insurans akan revive balik polisi dan kena bayar banyak sikit tapi cover sakit tue atau ada juga lepas revive penyakit sedia ada akan jadi exclude. Semuanya diatas budi bicara underwriter (orang yg menentukan sama ada polisi nie ok atau x ok).

Bila Da2 buat declaration, akan ada requirements dari pihak insurans yg mana medikal report diperlukan seperti report pisio, blodd test, mri.

Moga saya menjawab soalan Da2

cheers

mbk

Unknown said...

salam..sy nk tnya adakah sy boleh gunakan medical card sy utk buat monthly checkup kehamilan termasuk utk scan baby?cover x jika sy masuk hospital utk melahirkn?

akok is a person not a kuih said...

Hi lee leen,

Terima kasih sudi bertanya.

Jawapan: MEDIKAL KAD TAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BUAT MONTHLY CHECK UP UNTUK KEHAMILAN TERMASUK UNTUK SCAN BABY. DAN JUGA TIDAK COVER JIKA MASUK HOSPITAL UNTUK MELAHIRKAN ANAK.

Moga saya menjawab soalan sis

mbk
0192853910

Anonymous said...

Salam,sy nak pencerahan sedikit mengenai kes sy. Baru baru ni sy telah dimasukkan ke hospital akibat intestinal obstraction, doktor sarankan untuk buat operation tp setelah 2 hari sy di hospital, pihak hosp inform yg insurance tak cover disebabkan sy pernah buat operation waktu umur 4 bulan, sekarang sy umur 22 tahun. Tp sy tak declare. Since insurance declined doktor pun refer sy ke GH,tp selepas pemeriksaan oleh pakar di GH, doktor buat keputusan yg sy tidak perlu buat pembedahan dah boleh discharge. Adakah sy boleh claim bil hospital?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Anonymous,

Terima kasih kerna sudi bertanyakan soalan dan baca blog saya. Maafkan saya lambat menjawab soalan anonymous.

Memandangkan pihak insurance declined due to Intestinal Obstraction (existing illness), kiranya anonymous tak boleh claim bil hospital.

Nasihat Saya:

1. Anoymous boleh appeal claim bil hospital. Tapi.... ia akan makan masa. Dr kena pastikan penyakit intestinal obstraction tak akan berulang lagi. Mohon Dr keluarkan surat menyatakan kita dah sihat.

2. Adakah tidak perlu buat pembedahan ini, anonymous diberi ubat-ubatan? Sembuh melalui ubat? Jika Anonymous perlu rely pada ubatan untuk sembuhkan penyakit ini.. maka agak sukar nak appeal untuk cover penyakit ini.

moga saya menjawab soalan anonymous

mbk

irdina said...

Assalamualaikum..saya ingin bertanya,sy ada buat diagnosis MRI dics tulang belakang pada bulan feb,2015. Saya buat medical card pd bulan disember,2014. Adakah prubsn cover penyakit tulang belakang jika diagnose penyakit ketika masih dalam tempoh bertenang(120hari)?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Irdina,

Terima kasih sudi bertanya dan baca blog saya,

pruBSN TAK COVER penyakit tulang belakang jika diagnose penyakit ketika masih dalam tempoh bertenang (120 hari).

Mbk
0192853910

Unknown said...

Salam akok,
Saya nk tanya adakah isurans prubsn ni cover kanser servik. Sebab kn kanser servik ni disebabkn oleh virus hpv yg disebarkn melalui hubugn seks. Mohon pencerahan

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumusalam,

PruBSN Takaful cover kanser servik dengan cara:-

1. Kad perubatan - jika didiagnose ada penyakit kanser serviks dan diward kan di hospital, kad perubatan akan tolong bayarkan kos rawatan kanser serviks. Bills rawatan dibayar berdasarkan as per charge atau tertakluk dengan ko-takaful (mohon refer polisi anda).

2. Pampasan penyakit kritikal - jika didiagnose penyakit kanser servik dan didapati virus sudah malignant, pencarum boleh buat tuntutan pampasan penyakit kritikal (jika ada). Pihak Prubsn Takaful akan bayar secara lump sum dan tuntutan ini hanya boleh dituntut sekali seumur hidup. Jika virus kanser serviks didapati benign (x aktif), pencarum TAK BOLEH BUAT TUNTUTAN. Pihak Takaful hanya bayar pampasan sekiranya virus kanser sudah MALIGNANT (AKTIF).

Kad perubatan akan bayar kos rawatan untuk kanser serviks tak kisah sama ada virus sudah malignant atau benign. Asalkan pencarum warded dihospital akibat penyakit ini, kad perubatan akan main kan peranan dengan membayar kos tersebut.

harap saya menjawab soalan tuan.

cheers

mbk
0192853910

Unknown said...

Assalamualaikum. Boleh saya dapatkan sedikit penjelasan kenapa Takafuk tak cover penyakit mental? Bukankah penyakit mental itu juga perlu mendapat rawatan yang sewajarnya seperti penyakit-penyakit lain?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumusalam,

Terima kasih En Hadi sudi membaca blog saya.

Untuk persoalan En Hadi, mohon berikan saya sedikit masa untuk menjawab soalan ini. Saya ada bertanyakan kepada pihak underwriter sebab kenapa pihak Takaful tidak cover penyakit mental ini. Sedang menanti pihak underwriter membalas email saya.

Saya akan menerangkannya, apabila pihak underwriter menjawab soalan saya.

terima kasih

mbk
0192853910

Anonymous said...

saya ada 2 persoalan, minta penjelasan,
1- jika endometrosis di tiub fallopion, cover tak utk treatment?
2- laparoscopy sebab tiub fallopion tersumbat, cover atau tidak?

tq atas penjelasan

akok is a person not a kuih said...

Hi Anonymous

Maaf kan saya reply agak lewat untuk persoalan ini. Maafkan saya .. Saya ada training kena attend tak sempat nak buka blog nie...

saya ada 2 persoalan, minta penjelasan,
1- jika endometrosis di tiub fallopion, cover tak utk treatment?

Jawapan: Ya.. Takaful/Insurans cover untuk treatment tibub fallopion bagi penyakit endometriosis. Pastikan usia polisi saudari sudah mencampai 1 tahun atau lebih dari 8 bulan untuk mengelak dari doubt/ragu-ragu pihak Takaful/Insurans. Jika berlaku, kos rawatan akan diclaim secara reimbursement (pay n claim).

2- laparoscopy sebab tiub fallopion tersumbat, cover atau tidak?

Jawapan: Disini based on case to case basis. Kena lihat objektif laparoscopy dibuat. Jika laparoscopy tiub fallopion itu dibuat untuk tujuan pregnancy, pihak Takaful/Insurans akan REJECT DAN TIDAK COVER. Jika laparoscopy tiun fallopion dibuat kerna ada penyakit atau ada treatment yg berkaitan dengan penyakit puan, pihak Takaful/Insurans akan COVER. Ini semua terpulang dengan tujuan proses itu dilakukan.

maafkan sekali lagi saya lambat menjawab soalan saudari.

cheers

mbk

jika saudari inginkan prompt reply dari saya, mohon whatsapp atau message di talian 0192853910

Unknown said...

Salam akok,

Saya ada mengambil plan insurance bsn prudential pada nov 2014. Baru2 nie saya ade buat check up di klinik swsta dan disahkan ada ovarian cyst jenis PCOs. Mcm mane cara saya nk guna medical card tu utk buat further check up sakit tu dan rawatan yg septtnya.
Tq

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumusalam Mariati,

1.Puan perlu bertemu dengan Dr yang merawat puan di hospital berkenaan dan mention pada Dr yang puan ada plan PruBSN Takaful. (Semasa jumpa dengan Dr untuk consultant dan rawatan yang sepatutnya, jika tidak warded puan kena bayar dahulu. Nasihat saya simpan resit asli dan segala dokumen seperti itemised bills dan Lab report (jika ada) utk reimbursement jika puan dinasihatkan warded dikemudian hari.)

2. Jika tarikh untuk medikal check up atau treatment yang seterus sudah ditentukan dan atas nasihat Dr puan kena warded, pihak hospital akan memohon Authorisation letter pada pihak Prubsn Takaful sebelum puan warded. Once semua dah ok (Dr dah isi questionnaire dari PruBSn Takaful), Pre Authorisation letter akan kuar. Kiranya kos rawatan puan akan dicover by prubsn takaful

3. Perlu di ingat kad perubatan puan tertakluk sama ada ko-Takaful atau full coverage.

4. Jika berlaku emergency, puan hanya perlu ke emergency dan mention puan ada plan PruBSN Takaful. Pihak hospital akan uruskan. Jika dikira sebagai outpatient (TIDAK MELIBATKAN KEMALANGAN) puan perlu bayar kos rawatan. Ini kerana PruBSN Takaful hanya cover outpatient yg melibatkan kemalangan.

Moga saya menjawab soalan puan.

cheers
akok
0192853910

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam sis.

Sy daftar plan HE Select almost 2years. Baru2 ni leher sy bengkak. If sy pegi check hospital (kos checkup, scan, consultation etc.), adakah sy bole pakai medic card? If turns out tu thyroid and perlu operate, takaful cover tak? And if turns out its not cancer and tak bahayakan nyawa, takaful cover tak kalau kita nak operate? Thanks in advanced sis.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Rania,

Terima kasih sudi baca blog saya.

1. Baru2 ni leher sy bengkak. If sy pegi check hospital (kos checkup, scan, consultation etc.), adakah sy bole pakai medic card?

Jawapan: Jika pergi buat check up sahaja medikal kad TAK COVER dan tak boleh pakai medikal kad. Jika pi check up dan next week dr suruh warded untuk further treatment, kita boleh buat tuntutan (claim) untuk check up itu (kos checkup, scan, consultation etc.)

2. If turns out tu thyroid and perlu operate, takaful cover tak?
Ya, Takaful cover (kad perubatan cover)

3. If turns out tu thyroid and perlu operate, takaful cover tak?
Ya, ia masih cover dan kos rawatan di tanggung oleh takaful. *

* HE select ada full cover dan ko takaful. Kos rawatan akan ditanggung berdasarkan terma dan syarat. Jika full cover, Takaful cover 100% dan jika ko-takaful , customer kena bayar jumlah yg dinyatakan dalam polisi dan selebihnya pihak Takaful cover

** certain items kad perubatan tak cover seperti supplements, medikal report, hospital management fees atau hospital processing fees. (customer kena bayar).

moga saya memberi pencerahan yg sewajarnya. Maaf lambat respond soalan Rania

mbk
0192853910

akok is a person not a kuih said...

Soalan: And if turns out its not cancer and tak bahayakan nyawa, takaful cover tak kalau kita nak operate?

Jawapan: Ya, ia masih cover dan kos rawatan di tanggung oleh takaful

Sorry, termiss satu soalan

Tq Rania sudi bertanya berkenaan Takaful

mbk
0192853910

Unknown said...

Kalau tumpah darah selepas bersalin medical card cover tak?

akok is a person not a kuih said...

Assalamualaikum En Suffian ,

Terima kasih kerna sudi baca blog saya.

Tumpah darah kebiasaanyan kad perubatan tak cover komplikasi kehamilan KECUALI mereka ada offer. Yang saya tahu kad perubatan dari syarikat prubsn Takaful ada selitkan sekali post partum haemorrhage. itupun jika ia melibatkan histerektomi (pembuangan rahim). Kalau pemegang kad perubatan prubsn Takaful adalah Health Enrich select, Premier dan advanced serta Health Enrich + select, Premier dan advanced , yang cover postpartum haemorrhage dan juga jika polisi isteri puan ada Takaful berkaitan wanita juga cover komplikasi kehamilan (post partum haemorrhage. )

Jika polisi isteri tuan bulan pemegang kad prubsn takaful yg baru (helath enrich), sila semak polisi isteri tuan takut dia ada mencarum polisi untuk wanita. Kebiasaanya polisi untuk wanita nie ia cover post partum haemorrhage.

Moga saya menjawab soalan tuan. Maaf kelewatan menjawab soalan

mbk
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Anonymous said...

assalam.. nak tanya.. sy nak pakai braces, tapi adakah PMCARE boleh cover rawatan pendakap gigi ni? harap sis dapat balas ye hehe

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Anonymous,

Maafkan saya lambat respond.

PMCARE tak cover pendakap gigi nie. Kebiasaannya, kalau dental medical hanya boleh claim dari pihak majikan saja. Anonymous boleh tanya pihak majikan ada tak pendakap gigi termasuk dalam employee benefits.? Cer tanya pihak HR.

moga saya menjawab soalan anonymous

tq

cheers

mbk
0192853910

Anonymous said...

Assalamualaikum. Kalau ada batu hempedu. Medikal kad baru 1 thn. Cover tak?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikummussalam anonymous,

Terima kasih sudi bertanya.

Kad perubatan cover batu hempedu walau setahun usia kad perubatan. Akan tetapi, pihak takaful nak pastikan batu hempedu tue dah lama ker dalam badan kita. Kalau tempoh batu hempedu itu detect semasa tempoh bertenang, kad perubatan TAK COVER. Anonymous boleh tanyakan Dr, berdasarkan pendapat profesional Dr, batu dalam hempedu nie dah lama ker? Kerna batu dalam hempedu ambik masa untuk jadi. Kalau baru sahaja berlaku, yaitu lebih dari 5 bulan, Kad perubatan COVER.

Nanti tanyakan Dr sudah berapa lama batu hempedu dalam tue.

moga saya menjawab soalan

cheers

mbk

Anonymous said...

dah ambil polisi, lepas tu merokok, perlu declare ke ?

akok is a person not a kuih said...

Hi Anonymous,

Terima kasih sudi bertanya

Ya, perlu declare bila baru merokok lepas ambil takaful

Cheers
Mbk
0192853910

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya kalau semasa saya mengandung, saya mengalami batuk dan asthma pada usia kandungan mencecah 29 minggu, adakah insurans akan cover kos perubatab saya sekiranya doctor menasihatkan saya utk admitted dan jalani rawatan di hospital? Memandangkan penyakit batuk demam tiada kaitan dengan kehamilan, bolehkah insurans cover? Setahu saya insurans tidak akan cover komplikasi yang berkaitan dengan kandungan semasa mengandung sahaja. Mohon penjelasan terima kasih!

akok is a person not a kuih said...

Waalaikummussalam Nadia,

Soalan: Saya mengalami batuk dan asthma pada usia kandungan mencecah 29 minggu, adakah insurans akan cover kos perubatan saya sekiranya doctor menasihatkan saya untuk admitted dan jalani rawatan di hospital?

Jawapan: Jika Dr. nasihatkan puan untuk admitted, Insurans akan cover asthma dan batuk. Jika asthma sudah sedia ada sebelum ini, pihak insurans tak akan cover.

Soalan: Memandangkan penyakit batuk demam tiada kaitan dengan kehamilan, bolehkah insurans cover?

Jawapan: Penyakit yang tiada kaitan dengan kehamilan dan komplikasinya, insurans COVER.

Selagi asthma bukan penyakit keturunan atau penyakit sedia ada, pihak insurans akan cover. Jika asthma memang dah sedia ada, INSURANS TAK COVER.

Moga saya memberi pencerahan. Maaf saya lambat reply.

Terima kasih

mbk

intan said...

Salam Puan,

Saya nak tanya, saya baru ambil plan PRUBSN tempoh 120 hari masih belum tamat lagi...

sekarang Dr sah kan saya menghidap polyps dan terpaksa di buang polyps tu, saya tau insurance x cover kos pembedahan saya... saya kena guna duit sendiri

saya nak tau jika tempoh 120 hari dah tamat, dan kemudian nya terdapat polyps lagi (minta di jauhkan), adakah insurance akan cover penyakit yang sama kemudian hari?

terima kasih

akok is a person not a kuih said...

Waalaikummussalam Intan,

Terima kasih kerna sudi bertanya.

Maaf puan. Once dah ada polyps within 120 days, after dah habis 120 hari tue, insurans dah tak cover kalau ada polyps lagi.

Moga puan diberi kesihatan sentiasa. Saya baru 10 bulan undergo operations.

Rina said...

Assalamualaikum Puan,

Saya ambil insurans pada awal tahun lepas tapi baru2 ni saya disahkan menghidap depression oleh doktor. Adakah pihak Prudential akan cover utk biaya kos rawatan dan konsultasi?

Terima Kasih.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam Rina,

Terima kasih sudi bertanyakan Takaful,

Pihak Prudential TAK Cover untuk kos rawatan depression dan konsultasi. Kerana depressi termasuk dalam psikotik.

Anonymous said...

Salam..
Dulu pernah ada ketumbuhan dan dah pernah buang. Skg dah ok doc dah discharge kan.
Sekiranya saya amik insurans, tetiba sakit yg sama datang, boleh ke guna insurans tu?

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam anonymous

Kalau pernah operate dan buang ketumbuhan; adakah insurans cover jika apply insurans?

Insurans akan cover penyakit itu jika tiada exclusions status pada kad perubatan jika Kita memohon insurans. Pastikan Kita declare penyakit yang pernah kita Ada. Walaupun Dr kata Kita dah sembuh sepenuhnya, Saya sarankan Kita declare. Bila Kita declare, pihak takaful akan mohon medikal rekod dari pihak hospital. Berdasarkan report Dr itu, pihak takaful akan tentukan samada:

A. Exclusion: pihak takaful Tak cover dah existing illness yang melibatkan secara lansung atau x langsung
B. Accept: terima seadanya penyakit itu

Moga Saya menjawab soalan anonymous

Merdeka! Merdeka! merdeka!

Cheers
Mbk

Anonymous said...

Hi saya nak tanya.saya ada ambik insurans pd ogos 2018 dan pd januari 26 saya disahkan ada batu karang.jadi jika saya memerlukan pembedahan dan rawatan susulan boleh guna medical card ke

Anonymous said...

Saya tidak pernah menerima mana2 rawatan dan hanya tahu yang ada batu karang sejak sakit 3hr lalu.jd dapat ke saya guna medical.card dan claim insurans.Saya tidak pernah declare sbb tidak pernah ada penyakit ini sebelum ini

akok is a person not a kuih said...

Terima kadih Anonymous sudi baca blog saya.
Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf kerna lewat menjawab soalan ini.

Memandangkan anonymous baru sahaja mencarum medical card pada ogos 2018, kemungkinan akan ada investigation requirements Dari pihak Takaful. Didalam polisi ada sedia memberitahu akan ada 2 tahun uncontestable period yg Mana pihak Takaful ada hak untuk investigate sebarang claim atau permohonan gl jika terdapat keraguan. Untuk pengetahuan pihak anonymous, Batu karang ambil Masa ingin terjadi. Anonymous boleh buat pay and claim. Medical card boleh pakai dan ia cover Batu karang. Kerna medical card anonymous masih baru, akan ada investigation untuk tengok bila sebenarnya Batu karang nie terjadi. Buat Masa anonymous boleh buat tuntutan secara pay and claim.

Moga dipermudahkan segala urusan. Amin.

Razali said...

Assalamualaikum puan,
Assalam..nak tanya kalau berlaku kecederaan akibat sukan berbasikal adakah insurans cover?

Terima kasih.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam En Razali

Maaf Kan saya ambil masa agak lama untuk reply. Adakah encik declare activiti berbasikal? Adakah ia melibatkan secara professional? Dalam general exclusion ada sebut any extreme sport tak cover. Jika aktiviti berbasikal encik tidak melibatkan secara professional , pihak insurans cover. Encik ada subscribe kelab tak?

Unknown said...

Salam saya nak tanya..Macam mana kita nak buat surat appeal mengatakan yang kita ni tak ada penyakit? Haritu saudara saya baru je warded dan dr tulis yang dia accute bronchitis..Ikutkan accute bronchitis tu biasa ja kan..And saudara saya plan untuk upgrade policy since policy dia dah lama and tak banyak benefits (kena tanggung 30% kos hosp)...

Disebabkan dia pernah masuk hosp, dia kena amik plan yang mahal sikit...Jadi, saya nak tnya..mcm mana kita nk buat surat appeal mengatakan kita ni sihat je? Terima kasih sudi menjawab soalan saya :)

akok is a person not a kuih said...

Assalamualaikum Anonymous,

Maaf reply lambat. Nak dapatkan reply yang cepat boleh terus wasap Mar 0192853910.

Salam saya nak tanya..Macam mana kita nak buat surat appeal mengatakan yang kita ni tak ada penyakit? Haritu saudara saya baru je warded dan dr tulis yang dia accute bronchitis..Ikutkan accute bronchitis tu biasa ja kan..And saudara saya plan untuk upgrade policy since policy dia dah lama and tak banyak benefits (kena tanggung 30% kos hosp)...

Disebabkan dia pernah masuk hosp, dia kena amik plan yang mahal sikit...Jadi, saya nak tnya..mcm mana kita nk buat surat appeal mengatakan kita ni sihat je? Terima kasih sudi menjawab soalan saya :)

Jawapan: -
Kalau Dr dah tulis accute bronchitis kiranya agak risk jugak. Kalau nak upgrade medikal kad tue akan ada pelbagai requirements. kebiasaanyaa pihak Takaful atau insurans akan mintak Medikal report, Kena buat medikal examination dan perlu isi some questionnaires berkaitan accute brochitis.

Kebarangkalian penerimaan tue

a. Accept with no exclusion atau rated up (harga naik)
b. Accept with exclusion (exclude penyakit berkaitan accute bronchitis sama ada secara langsung atau tidak langsung)
c) Rated up (kenaikan harga)

Nak buat appeal kena ada syaratnya:
1. Make sure sudah 3-5 tahun penyakit itu sudah tak occur dan tak pernah masuk hospital
2. Kena buat medikal Checkup dan make sure dalam result medikal check up menyatakan penyakit itu sudah tiada atau sembuh
3. Perlukan surat sokongan dari Dr yg merawat yg menyatakan kita sudah sembuh

Perbelanjaan Medikal check up dan yg berkaitan dengan rawatan untuk appeal adalah tanggungan sendiri.

Kalau baru dapat Accute Bronchitis agak sukar hendak buat appeal kerna penyakit tue baru terjadi. Kena tunggu 3-5 tahun untuk appeal dan review balik policy tue.

Maaf sekali lagi atas kelewatab menjawab soalan. Kalau nak tanya lagi boleh terus wasap Mar 0192853910

Peace no War
#kakmarperundingtakaful


«Oldest ‹Older   201 – 293 of 293   Newer› Newest»

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...