Monday, February 1, 2021

Perlu ke hibah cara Takaful nie?

 Apa yang korang baca nie,  memang luahan hati kawan Kak Mar yang juga seorang perunding Takaful.  Apa yang dia tulis tue memang terkena sampai ke jantung hati.  

Kisah si anak merayu pada kawan Kak Mar nie (Cik Dat),  untuk hidupkan balik policy ayahnya.  Macam mana nak bantu polisi ayahnya inforce,  kalau dah lapsed atau hanya sekadar quotation sahaja.  

Seorang pakcik usia 50 an dah ada pelbagai penyakit baru nak buat hibah takaful dan plan penggantian gaji. Huhuhu.. Susah pihak Takaful  nak approved.  

Kak Mar merayu,  bacalah luahan hati kawan Kak Mar nie. Tulisan dari hati ke hati.  Ada sebab kenapa korang kena ambil hibah Takaful secepat mungkin.  

Semalam sahaja,  kawan Kak Mar berjaya  realisasikan hasrat hibah untuk 4 orang untuk dihadiahkan pada  yang tersayang.

๐Ÿ. ๐—›๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ

- Dari Pulau Indah, Klang

- Bekerja sebagai Coordinator

- Berumur 34 tahun

- Bernilai RM400,000

- Tidak merokok

- Caruman 20 tahun

- Bulanan RM100

- Benefit:

Kematian atau kecacatan kekal : RM400,000

Kematian disebabkan oleh kemalangan: RM800,000

Kematian di kenderaan awam: RM1,200,000

Kematian di luar negara: RM1,600,000

๐Ÿ. ๐‡๐ข๐›๐š๐ก ๐ข๐›๐ฎ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ‘ ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐š๐ง๐š๐ค๐ง๐ฒ๐š

- Dari Selama, Perak

- Bekerja sebagai Guru

- Berumur 40 tahun

- Bernilai RM350,000

- Caruman selama 20 tahun

- Bulanan RM100

- Benefit:

Kematian atau kecacatan kekal : RM350,000

Kematian disebabkan oleh kemalangan: RM700,000

Kematian di kenderaan awam: RM1,050,000

Kematian di luar negara: RM1,400,000

3. ๐—›๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ

- Dari Shah Alam, Selangor

- Bekerja sebagai kontraktor (on site construction)

- Berumur 40 tahun

- Bernilai RM350,000

- Caruman 20 tahun

- Merokok

- Bulanan RM178

- Benefit:

Kematian atau kecacatan kekal : RM350,000

Kematian disebabkan oleh kemalangan: RM700,000

Kematian di kenderaan awam: RM1,050,000

Kematian di luar negara: RM1,400,000

4. ๐—›๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ

- Dari Nilai, Negeri Sembilan

- Bekerja sebagai Executive

- Berumur 35 tahun

- Bernilai RM100,000

- Caruman 20 tahun

- Merokok

- Bulanan RM57

- Benefit:

Kematian (apa jua keadaan kematian) atau kecacatan kekal : RM100,000

Dari senarai ini, 3 orang isteri bakal terbela nasibnya jika orang yang disayangi pergi dan 3 orang anak akan dilindungi apabila ibu mereka sudah tiada lagi. 

Masa cikdat kerja sebagai customer servis di sebuah syarikat insurans 3 tahun lalu, (sebelum jadi ejen sepenuh masa sekarang) cikdat pernah dapat panggilan dari seorang anak, yang menangis merayu supaya insurans ayahnya di aktifkan semula, kerana ayahnya baru sahaja terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia๐Ÿ˜ญ

Ibunya surirumah, anak sulung yang sedang bercakap dengan saya pada waktu itu baru berumur 17tahun. Jadi kemestian buat kami sebagai customer servis, sebelum panggilan tamat, akan bertanyakan “ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu”? Masih terngiang-ngiang suara adik tu (Allah taip ni pon cikdat masih sebak dan menitis air mata) kalau akak nak tolong saya, tolongla hidupkan insurans ayah ni, sebab dapatlah jugak mak dan kami duit... 

Pada waktu tu, Allah je yang tahu perasaan cikdat. Macam kena pukul kat dada, sesak nafas sebab sebak sangat-sangat. Saya diam je... adik tu cakap lagi, takpelah kak, ini nasib kami. Akak tanya nak bantu, tapi akak takboleh bantu apa pon! Tuttt tuttt

Adik tu letak telefon. Saya terus amik shortbreak, nangis kat toilet. (Sampai sekarang bila teringat, cikdat akan nangis

Sejak dari tu, cikdat nekad. Nak bantu semua orang ada insurans atau takaful. Ahli keluarga cikdat, semuanya cikdat suruh dan paksa amik. Alhamdulillah semuanya dah ada.

Bagi cikdat mudah sahaja, buatlah hibah. Tak kira berapa amaun, asalkan ada hibah. Lepas tu, buatlah awal-awal. Sebelum umur semakin meningkat, sebelum sakit datang. Sebelum terlambat, sebelum tak sempat. Bila dah amik, pastikan jangan miss caruman, supaya tak lapsed ( lapsed: terminated sebab tak bayar)

Cikdat sedih bila ada yang umur 50an mesej cikdat nak buat hibah. Sudah ada beberapa penyakit, makan ubat apa semua. Cikdat yang kecewa sebab tak dapat nak tunaikan hasrat dia.

Dari apa yang korang baca kisah tulisan kawan Kak Mar  nie, marilah Kak Mar bantu. Jangan ambil ringan bab harta benda ni. Kita takkan hidup selama-lamanya. Fikirkan apa yang kita tinggalkan untuk orang yang kita sayang. Janganlah tinggalkan mereka dengan hutang piutang dan kesedihan yang sengsara

Hubungi Kak Mar untuk buat hibah atau medical card. Kak Mar sedia bantu sedaya upaya. Kalau tak faham, Kak Mar  akan terangkan sampai anda faham. Azam Kak Mar tahun ni, sekurangnya 100 orang buat hibah dengan Kak Mar, supaya apa yang berlaku pada adik tu, tidak berlaku pada sesiapa jua. Insha Allah

wasap.my/+60192853910/HibahUntukSaya

Kredit FB Cikdatakaful Saidatul Liyana. 


#kakmarperundingtakaful

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...