Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Friday, April 28, 2017

Berapakah Jumlah Nilai Perlindungan Insuran Perubatan yang Diperlukan?


Walaupun ramai orang akan berasa tertekan dan musykil setelah mendengar pandangan yang jelas mengenai manfaat pelan insuran yang berbeza; mengikut pengalaman kami, ramai yang membuat pilihan yang salah. Kami tidak akan mendedahkan kepada anda  pelan insuran yang terbaik di sini, tetapi lebih kepada memperbetulkan minda anda untuk memberi pertimbangan kepada faktor-faktor yang di bawah ini semasa membeli insuran perlindungan yang anda perlukan

Usia

Memang benar anda kurang memerlukan perlindungan insuran di usia yang muda dan masih sihat. Selain daripada itu, anda mendapat manfaat membayar premium insurans rendah apabila belian dibuat semasa muda. Sebaliknya, lebih perlindungan diperlukan apabila usia bertambah untuk mengurangkan impak potensi jatuh sakit.
Walau bagaimanapun, adalah tidak berbaloi menunggu  sehingga anda lebih berusia dan menunjukkan tanda-tanda tidak sihat. Syarikat insuran biasanya akan mengecualikan perlindungan bagi penyakit yang telah dihidapi (namun terdapat juga syarikat insuran yang menawarkan perlindungan tambahan bagi penakit yang telah dihidapi dengan kos yang lebih besar), oleh itu pembelian ketika ini adalah menyasar dari tujuan insuran.
Nasihat: Pembelian semasa muda dan sihat sdalah baik. Anda membayar premium lebih kurang dan memerlukan kurang perlindungan. Tambah perlindungan diri anda setelah mencapai pertengahan umur.

Kemampuan

Insuran akan menjadi mahal sekiranya anda membeli pelan insuran yang terancang dengan baik termasuk berbagai perlindungan yang berbeza. Pelan insuran yang tidak terlebih atau terkurang perlindungan adalah yang terbaik. Agak kurang jelas di sini. Walaupun tiada aturan yang tetap, namun kami menasihatkan supaya anda kekal dalam had belian anda. Buat pengiraan jika perlu. Dengan menolak simpanan dan jumlah perbelanjaan bulanan anda (bayaran pinjaman, makan, barangan runcit, hiburan dan lain-lain) anda  memperolehi had tertinggi yang boleh digunakan bagi membayar insuran. Jika anda menjangka akan timbul masalah untuk membayar premium yang tinggi, adalah lebih baik untuk menghadkan pembayaran ke tahap yang lebih rendah. Anda masih dapat menikmati faedah perlindungan yang dapat membantu menyelesaikan setidak-tidaknya sebahagian bil perubatan
Nasihat: Jangan melangkaui bajet anda. Pelan insuran anda akan ditamatkan jika anda gagal membuat bayaran

Sejarah Keluarga

Secara kasarnya, tujuh (7) dari 10 penyebab utama kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit yang kebiasaannya diwarisi. Jika keluarga anda pernah jatuh sakit disebabkan oleh salah satu penyakit yang diwarisi, maka mengambil perlindungan untuk penyakit itu adalah satu keperluan. Dalam hal ini, adalah lebih wajar untuk mengambil insuran di usia yang muda bagi manfaati perlindungan dengan premium yang rendah. Walau bagaimanapun, sila maklum yang syarikat insuran berkemungkinan akan meningkatkan premium sebagai pampasan terhadapnya.
Nasihat: Beli perlindungan yang diperlukan di usia muda.

Rawatan Luar Negara

Jika keluarga anda mempunyai sejarah penyakit yang diwarisi secara berpanjangan dan anda maklum bahawa anda hanya boleh mendapat doktor yang baik di luar negara, maka anda harus membeli pelan dengan penambahan insuran yang meliputi rawatan di luar negara. Dalam hal ini, syarikat insuran mungkin hanya menawarkan rawatan luar negara di negara-negara yang tertentu sahaja dan hospital rakan perkongsian mereka. Kebanyakkan syarikat insuran juga mungkin hanya akan menawarkan kadar perlindungan untuk menerima rawatan yang sama di hospital tempatan. Sebagai contoh, jika perbelanjaan rawatan di luar negara menelan belanja yang banyak iaitu RM100 ribu, manakala kos rawatan yang sama di dalam negara hanyalah RM50 ribu, anda perlu menambah RM50 irbu kerana syarikat insuran hanya akan membayar mengikut kadar di dalam negara. Kesimpulannya, rawatan di luar negara adalah elok tetapi akan menelan belanja yang tinggi.
Nasihat: Beli perlindungan untuk rawatan d luar negara sekiranya anda tahu sejarah penyakit keluarga anda yang akan memerlukan rawatan di luar negara

Gaya Hidup

Bukan semua orang mengamalkan gaya hidup yang sihat malah ramai yang diabui oleh sejarah kesihatan yang baik. Jika anda tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi seperti perokok, peminum arak dan obes, anda seharusnya membeli perlindungan diri terhadap kesan yang mungkin timbul akibat ketagihan ini. Sebagai contoh, menghisap rokok adalah punca utama kanser paru-paru manakala ketagihan arak boleh membawa kepada kerosakan hati dan obesiti pula boleh menyebabkan sakit jantung, strok dan kencing manis.
Nasihat: Beli perlindungan yang lebih jika anda tahu gaya hidup anda tidak sihat

Sejarah Perubatan yang Lepas

Adalah menyedihkan apabila mengetahui badan anda boleh berhenti berfungsi hanya disebabkan yuran perubatan yang tinggi. Oleh itu, jika anda seorang pesakit yang kerap menerima rawatan, maka pelan insuran dan kad perubatan adalah penting bagi memastikan anda bersedia dari segi kewangan untuk mengatasi masalah kegagalan sistem badan yang mungkin akan terjadi. Dengan peningkatan had tahunan melalui pengambilan perlindungan tambahan juga dapat membantu jika perbelanjaan perubatan adalah sangat besar.
Nasihat: Mengetahui sejarah perubatan yang lepas adalah lebih menyakinkan bagi memperolehi perlindungan yang lebih

Kesimpulan

Faktor-faktor yang disenaraikan di atas boleh digunakan sebagai garis panduan yang berguna apabila anda membeli pelan insuran. Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza untuk bagi setiap orang bergantung kepada keadaan dan keperluan individu. Perlu diingat bahawa walaupun semua faktor ini telah diambil kira, anda perlu sentiasa mengikut belanjawan anda kerana pelan insuran bukan bermaksud untuk menyusahkan hidup anda.

kredit: https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/berapakah-jumlah-nilai-perlindungan-insuran-perubatan-yang-diperlukan#

3 comments:

Nurliana Novi said...

Hello,
Saya Nurliana Novi saya ingin berkongsi kerja-kerja yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada bangsaku yang mencari pinjaman di Asia dan bahagian-bahagian lain perkataan, kerana ekonomi tidak baik di beberapa negara.
 Saya kini tinggal di jakarta di Indonesia. Saya adalah seorang janda dengan empat kanak-kanak dan saya telah terperangkap dalam keadaan kewangan yang pada bulan Julai 2016 dan saya perlu membiayai semula dan membayar bil-bil saya
Saya adalah mangsa penipuan pemberi pinjaman 4 kredit, saya hilang begitu banyak wang kerana saya mendapatkan pinjaman dari syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya ditahan oleh rakyat hutang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan kawan-kawan saya yang saya terangkan keadaan saya dan kemudian memperkenalkan saya kepada syarikat pinjaman yang ELINA JOHNSON LOAN FIRM reliabl.
Bagi orang-orang yang mencari pinjaman? Jadi, anda perlu berhati-hati kerana banyak syarikat-syarikat pinjaman penipuan internet di sini, tetapi mereka masih amat nyata dalam syarikat-syarikat pinjaman palsu.
 Saya mendapat pinjaman saya dari ELINA JOHNSON LOAN FIRM Rp500,000,000 dengan mudah dalam tempoh 24 jam yang saya digunakan, jadi saya memutuskan untuk berkongsi kerja yang baik dari Allah melalui ELINA JOHNSON LOAN FIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat anda jika anda memerlukan pinjaman anda sila hubungi ELINA JOHNSON LOAN FIRM. menghubungi mereka melalui e-mel:. (Elinajohnson22@gmail.com)
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya di (nurliananovi96@gmail.com) jika anda mendapati sukar atau mahu prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

anita jones said...

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Anita Jones, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (anitajones154@gmail.com)

Mohd Rasul said...

haih.. acul tak amik lagi insurans ni. plan nak amik dlm masa terdekat ni