Tak perlu nak jumpa semua 11 ejen drp syarikat takaful yang ada kat Malaysia utk compare. Katakan setiap ejen present 2 produk drp syarikat mereka, bermakna kita ada 22 pelan utk dipilih. Sah-sah makin pening, atlast tak ambil sampai ke sudah
Konsider situasi berikut:
✔sehat=kerja=ada gaji=ada duit
✔sakit=tak dpt kerja=tak ada gaji=nak pakai duit
✔takaful=bagi duit
Bagaimana klo tak de takaful ?
❌
-guna kredit card
❌
-keluarkan duit tabung haji(kalau ada)
❌
-jual barang kemas bini
❌
-jual kereta
❌
-jual rumah
❌
-jual apa saja selagi boleh
❌
-gadai maruah
Diulang lagi sekali, mana-mana syarikat ada manfaat utama dalam sijil:
-Mati
-Tpd
-Sakit kritikal
-Kemalangan
Jadi, pergi jumpa mana-mana ejen dari mana-mana syarikat minta diaorg quote manfaat seperti diatas.
Berapa jumlah ???
✔Untuk manfaat asas kematian dan tpd:
Kaedah 1(Liquidity)
=jumlah gaji × 120
Kaedah 2(Conservation)
=jumlah gaji × 12 ÷ 0.07
✔Untuk manfaat penyakit kritikal
=jumlah gaji × 60
Kenapa 60 ? Tempoh 60 bulan adalah bersamaan dgn 5 tahun adalah satu tempoh sukar sekiranya seseorang disahkan mengidap salah satu drp 36 penyakit. Banyak kos-kos terlibat terutamanya melibatkan barang pakai buang, supplement, dan peralatan bantuan lain.
Pastikan ada manfaaat diatas dulu sebelum nak fikirkan produk-produk lain yang berfungsi sebagai pelengkap.
Medical plan stand alone atau rider ?
✔Kalau belum ada apa-apa pelan, boleh konsider untuk ambil jenis rider. Pastikan ada manfaat waiver
✔Ambil yang jenis standalone jika dah ada pelan hayat lain
cheers